peserta yang hilang pulak!

spirit of the coin

       Sekali lagi  kumpulan Korea telah menjumpai barang yang dicari oleh mereka. Berteriakan mereka akibat gembira tatkala Bomi menumpai wisel yang tersangkut diatas ranting.

      “mesti wisel betul sebab sepanjang masa ada wisel kat leher komander Jin kan?” cadang DO dengan matanya yang terbuka luas kegembiraan. Dengan cepat Leo memanjat pokok itu untuk mengambil wisel itu setelah yakin bahawa wisel juga barang yang dimaksudkan oleh Komander Jin.

        Sebaik  sahaja Leo tiba disebuah dahan yang agak kuat diatas pokok itu, terus Leo menghulurkan tangannya kehadapan untuk mencapai wisel yang tergantung jauh darinya. Namun secara tiba-tiba tangannya direntap dengan kuat kehadapan lalu Leo terus terjatuh tersembam kebawah.

          “weih…kau ok tak?!” berpusu-pusu member Korea mengurumi Leo, kerana risaukan akan keadaan Leo. Tanpa mereka sedar, secara tiba-tiba rambut hitam yang agak panjang mula membelit kaki Mina dan Suga secara serentak sebelum terus menarik mereka berdua kebelakang dengan laju, tanpa disedari oleh kumpulan Korea itu.

 

          Komander Jin terus mencatit nama yang ditangkap oleh rakan sekerja pada kertas A4 di failnya itu untuk tujuan keselamatan. Setiap group akan kehilangan seorang atau dua orang seperti mana yang dirancang oleh mereka.

        Yang sebenarnya, tugas mereka semua ialah untuk mencari peserta yang telah ditangkap lalu diikat didalam hutan! So, untuk mengaburi mata para peserta, segala macam barang kem seperti kasut but, baju, seluar, wisel dan topi disorokkan didalam hutan tersebut. Hehe..!! bergeliga jugak orak aku ni!

         “Jin..wakil dari group Canada…” tiba-tiba seorang rakan sekerjanya keluar dari hutan itu sambil membawa V yang kelihatan agak binggung dengan situasi diluar hutan. Seramai 11 peserta turut kelihatan bersama-sama dengan pengurus kem ini.

         Dengan pantas Jin menulis nama V pada kertasnya sebelum memasangkan seurat gelang berwarna oren ditangan kiri V. Sebenarnya gelang itu ialah alat penjejak!

           “ok V. sebenarnya awaklah barang yang hilang juga! Samalah dengan yang lain. Awak terpilih kerana awak tidak berada bersama-sama dengan member group awak yang lain..so, sekarang, kami akan sorokkan awak dalam hutan tu.” Terang komander Gae sambil mengikat kedua-dua tangan V.

           “komander ada nampak dua ahli group saya yang lain tak?” risau juga V tatkala dia langsung tidak nampak Jessica dan Chorong diluar hutan itu.

             Yang sebenarnya semasa member yang lain sibuk dengan kes pacat Yura itu, secara tiba-tiba Jessica dan Chorong telah berjalan pergi dari group mereka. Dengan pantas V mengekori mereka kerana dia fikir dua gadis itu ingin mulakan pencarian dahulu tanpa yang lain.

           “unnie…takkan kita nak tinggal diorang je?” soal V yang sememangnya tidak tahu perkara yang sebenarnya. Dua gadis itu langsung tidak menjawab soalannya malah dengan pantas dua gadis itu berjalan sebelum tiba-tiba kedua-duanya merangkak dengan laju meninggalkannya.

             V yang langsung terkejut dengan aksi dua gadis itu terus memecut laju mengekori dua gadis itu namun secara tiba-tiba komander Gae yang lengkap berpakaian askar muncul dihadapannya.  Dengan cekap Komander Gae menekup mulut V lalu membawanya keluar dari kawasan hutan.

 

        Komander Jin terus memeriksa failnya dengan pantas. Namun kedua-dua nama yang dinyatakan oleh V itu langsung tiada di catatannya!

          “betul mereka berdua terpisah dengan group kamu yang lain?!” soal Komander Gae untuk mendapatkan kepastian. Setahunya sepanjang dia berada diatas pokok itu, langsung dia tidak melihat kelibat dua gadis selain dari V seorang sahaja di kawasan yang dijaganya.

           Melihat anggukan V membuatkan semua komander yang bertugas pada malam itu menjadi kelam kabut. Takkan pada malam pertama, hari pertama dah ada peserta yang hilang?!!

          “ wei, arahkan pasukan barat dan timur buat pencarian kat kawasan diorang! And, arahkan pasukan gate check kat kawasan pagar . Takut mereka berdua ada niat nak larikan diri kat dalam hutan sebelah!” arah komander Jin dengan tegas. Semua komander, sarjan dan koperal disitu menganggukkan kepala lalu terus masuk kedalam hutan smabil memberi arahan kepada pasukan yang lain melalui walkie-talkie.

         “then, how about this game?”

        “kita teruskan jugak. Kau! Rahsiakan benda ni dari orang lain or else…” dengan penuh kejam komander Jin menyiat lehernya dengan jarinya, menggayakan seperti disiat oleh parang.

         V menelan air liurnya yang kelat sambil menganggukkan kepalanya dengan laju. Komander Gae terus membawa V masuk kedalam hutan semula lalu diikat pada sebatang pokok didalam hutan. Tidak dilupakan, mata dan mulut V turut diikat dengan kemas.

         “ingat V, is anothing happened, jangan sesekali panjat keluar dari pagar kat dalam sana. Kalau awak panjat, memang sampai bila-bilah awak tak boleh keluar dari situ!” pesan Komander Gae sebelum dia meninggalkan V seorang diri.

        “haish..aku juga yang kena jadi mangsa..but, macam manalah dengan unnie kat dalam sana?”

 

Hampir lima minit Baekhyun diikat seorang diri didalam hutan itu. Badannya sudah mula menjerit untuk digaru kerana berpeluh. Rasa melekit, belengas, gatal mula menyerang secara serentak.

          “Urghh…tolonglah..sapa-sapa pun mai bukak tali ni! Aku dah tahan ni!!!” jerit Baekhyun dengan kuat namun diluar hanya kedengaran bunyi urghh!! Ehmm!! Dah mulut kena ikat, memang bunyi macam tu ajelah yang kedengaran!

           Secara tiba-tiba kain yang menutup matanya terjatuh secara sendiri, membuatkan Baekhyun mampu menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya, tak adalah dia berasa bosan duduk seorang diri. Namun darah Baekhyun mula menyirap tatkala melihat usus yang panjang telah meleret ditanah betul-betul dihadapannya!

           Walaupun Baekhyun berasa sangat-sangat takut untuk mendongak keatas, tapi entah kenapa firasat ingin tahu kian memuncak. Perlahan-lahan Baekhyun mendongak keatas dan apa yang dilihatnya kini ialah penanggal sedang terbang diatasnya!!!!!!!!!!!!

 

Kumpulan Azerbaijan yang terdiri daripada Sehun, Eunji, Sungyeol dan Rapmon terus melangkah dengan penuh yakin walaupun Yuri,Sojin dan Hyuk sudah hilang dari pandangan mereka. Bukan mereka tidak sedar akan hal itu, namun mereka sudah agak perkara sebegini akan berlaku!

             “agak-agaknya, manalah diorang sorokkan member kita erk?” seloroh Sungyeol yang sememangnya semangat bahawa tafsiran mereka semua tepat belaka!

            “cari ajelah! Tapi kan, kalaulah kita terserempak dengan member group lain…nak kutip jugak tak?” soal Eunji sambil mengesat peluhnya. Penat siot jalan dalam hutan ni! Tambah-tambah malam!

             “kutip ajelah! Tetap peserta kem jugak kan? So, sememangnya barang yang berharga!” jawab Sehun dengan yakin. Harap-haraplah kumpulan aku ni jumpak juga dengan member yang hilang!

          “weih!! Tu!!tu!!” terkinja-kinja Rapmon berlari terus kehadapan tatkala melihat seorang peserta yng diikat di batang pokok.

           “yes!! Jumpak juga!!” dengan pantas mereka berempat membuka ikatan L dari pasukan Korea lalu terus bertampar-tamar kerana seronok akhirnya pencarian mereka berhasil!

           “thanksla sebab tolong buka but…aku nak tolong group aku!!!” dengan pantas L melarikan diri dari pasukan Azerbaijan. Sama sekali dia takkan membantu kumpulan Azerbaijan ini untuk dapat point free-free!

           Sepantas kilat Sehun, Sungyeol dan Rapmon mengejar L lalu dalam sekelip mata sahaja Sungyeol berjaya menangkap L.

             “sampai hati kau nak lari dari aku noh?! Sepatutnya kau kena berterima kasih sebab aku dah tolong bebaskan kau!” perli Sungyeol lalu dengan kejap memegang lengan L. Nak buat macam mana, terpaksalah L ikut saja kumpulan Azerbaijan kerana bestie dia ada dalam group tu!

 

              Lain pulak yang terjadi di kumpulan Kiribati. Bukan main kecoh lagi tatkala mereka terserempak dengan Chanyeol yang terikat di pokok sepertimana yang lain.

             “weih..sapa yang ikat kau ni?!” tergopoh-gopoh Chen dan Jonghyun membuka ikatan Chanyeol dan member yang lain hanya melihat dari belakang. Dalam hati, mereka sudah terjentik bahawa Chanyeol telah diculik!

            “so maybe Sungjong ngan Jiyoon kena culik macam dia juga apa?!” tembak Junghyun bass tatkala Chanyeol sudah berjaya dilepaskan.

           “tak adelah..actually benda yang kita kena cari ialah peserta yang hilang!” terang Chanyeol sambil membersihkan seluarnya yang kotor.

  Waktu itu barulah kumpulan Kiribati sedar bahawa mereka semua telah tertipu dengan kasut but yang dijumpai mereka!

 

*Jonghyun bass ialah jonghyun Cnblue tau..huhu...biasalah..ada dua Jonghyun dalam group Kiribati!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
sorry sbb lmbt sgt update citer ni :'(

Comments

You must be logged in to comment
ROVIXAYEE_96
#1
Chapter 22: Fanfic kamu sangat bagus dan kreatif. Tapi, majority semua idol dah takde, termasuk VIXX.......
ddddehyun #2
Chapter 36: Cerita ni memang best and seram but sedih jugak dengan keadaan diorng
cute_korean_girl
#3
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
cute_korean_girl
#4
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
nickyshanz #5
Chapter 36: Arhhh my Baekkie... Sedih cite ni.. Tpi best.. Sy suka
Nia_Akish #6
Saya memang tertunggu tunggu fanfics nie complete.. Best sangat :)
AsyiA_MiZuki
#7
Chapter 36: bravo a/n...
tapy cita ni sedih,but i like this story
Chanlu_kaihun
#8
Chapter 36: Hbis mcm ni je? T.T Nk lagi~ btw good job author!! I love it sooo much!! Tp sedih la ramai mati. Seram jngn ckp la. Rse nk ngis je. Saya vote ff ni!!! Ngeeeeeee ^^