hai awak!

spirit of the coin

Semakin mereka berjalan, Hyeri sedar bahawa jalan tar itu menjadi semakin teruk dan akhirnya tiada jalan tar lagi…yang ada hanyalah lorong kecil ditengah-tengah hutan.

         “aku rasa kita dah silap jalan ni…korang tak perasan ke masa first time nak datang sini haritu…mana ada kita lalu jalan hutan macam ni…tambah-tambah pulak, macam mana van sekolah kita leh lalu kat kawasan macam ni..?” soal Hyeri yang semakin hairan dengan keadaan jalan sekarang.

          “ kau merepek apa Hyeri? Betullah kita lalu kat sini awal-awal haritu!” tempelak Bomi yang tidak mahu mengalah. Dah jauh mereka berjalan sejak dari persimpangan tadi….takkan nak patah balik macam tu saja?

           “weiihh..obvious sangat kot kita dah sesat! Mana ada jalan tar dah kat depan tu!” tempik Hyeri lagi sambil menangis ketakutan.

          Mereka yang lain hanya memandang Hyeri pelik. Ada saja jalan tar elok kat depan tu!

          “hyeri…kami ada dengan kau ok..” pujuk Yura risau.

          “unnie…obvious sangat kot! Kenapa korang tak dengar cakap aku?! Fine..aku nak patah balik! Korang bolehlah nak straight kat dalam hutan tu. Aku tak nak bermalam kat tengah-tengah hutan macam ni!” dengan kasar Hyeri menolak dahan-dahan pokok yang menghalang laluannya sambil berjalan kebelakang semula.

         “Hyeri!! Hyeri!!” jerit Minah sambil mengejar Hyeri dari belakang. Mereka yang lain terkebil-kebil melihat Hyeri yang sudah menghilangkan diri.

        “kami..terpaksa ikut dia…urmm..” akhirnya Sojin dan Yura terus meninggalkan A-pink disitu, dah tak tahu nak cakap macam mana kat geng a-pink itu. Yang penting sekarang is maknae diorang ok!

         “woahh…kenapa tu?” terkelu Chorong melihat geng Girls day yang sudah meninggalkan mereka.

          “apa-apalah..jom..biarlah diorang nak patah balik!” dengan kasar Eunji menarik tangan Chorong, Bomi dan Namjoo kehadapan. Diorang patut teruskan perjalan kalau nak selamat.

          “wait girls…sekarang mana jalan tadi?” tergagap-gagap Eunji melihat apa yang berada dihadapannya sekarang. Tak ada jalan tar langsung! Baru mereka sedar mereka berada betul-betul ditengah-tengah hutan.

           Bila mereka berpaling kebelakang semula…yeahh..jalan tar dibelakang juga tak ada!

 

Minah mempercepatkan langkahnya untuk mendahului Hyeri. Mulutnya juga tidak henti-henti menjerit memanggil Hyeri.

          “Hyeri stop!” tempik Minah dengan kuat akhirnya Hyeri berhenti terus secara mendadak. Dengan cepat Minah memegang tangan Hyeri namun apa yang dilihatnya sekarang ialah…

          “hai awak..” jawab seorang gadis yang yang hancur sebelah wajahnya. Tersenyum sinis sambil memandang tepat dianak mata Minah.

          “Hy.ye..”

 

Jessica dan Yoona terduduk lesu sambil termenung melihat darah yang meleleh keluar dari mesin itu. Dua gadis itu tidak mampu nak buat apa-apa, hanya melihat dua sahabat mereka mati dihadapan mata mereka sendiri.

         Kreeaak…krreakk…

Yoona terus mengangkat wajahnya melihat mesin itu. Bunyi itu terlalu asing untuk telinganya!

         “jess…jess..” terketar-ketar Yoona menyiku Jessica yang menundukkan wajahnya diatas lututnya sendiri.

         “kenapa Yoon?” soal Jessica perlahan.

         “Tu..”

Jessica memandang kearah mesin keropok yang dimaksudkan oleh Yoona tadi..Baru mereka tahu…bahawa ada satu makhluk berdarah yang berwajahkan Yuri dan Sunny..atau yang lebih tepat, makhluk berkepala dua dengan mencangkuk diatas mesin itu sambil memandang tepat kearah mereka.

        “Yuuri…Suunyyy…” Jessica dan Yoona menggenggam tangan masing-masing seerat yang mungkin. Nak lari tapi entah kenapa mereka tidak dapat nak bergerak!

        “eerkk….” Bunyi menyeramkan itu memang membuatkan bulu roma Jessica dan Yoona berdiri dengan tegak. Sejuk!

        Kali ini, secara tiba-tba makhluk berkepala dua itu melompat dihadapan Jessica dan Yoona dan lebih mengejutkan, terus tubuh itu hancur apabila mendarat di lantai!

        “arrghh!!” jeritan Jessica kuat bergema apabila kepala yang berwajah Yuri yang menyeramkan itu mendarat diatas ribanya. Dan yang lebih teruk lagi..kepala itu tersenyum kearahnya!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
sorry sbb lmbt sgt update citer ni :'(

Comments

You must be logged in to comment
ROVIXAYEE_96
#1
Chapter 22: Fanfic kamu sangat bagus dan kreatif. Tapi, majority semua idol dah takde, termasuk VIXX.......
ddddehyun #2
Chapter 36: Cerita ni memang best and seram but sedih jugak dengan keadaan diorng
cute_korean_girl
#3
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
cute_korean_girl
#4
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
nickyshanz #5
Chapter 36: Arhhh my Baekkie... Sedih cite ni.. Tpi best.. Sy suka
Nia_Akish #6
Saya memang tertunggu tunggu fanfics nie complete.. Best sangat :)
AsyiA_MiZuki
#7
Chapter 36: bravo a/n...
tapy cita ni sedih,but i like this story
Chanlu_kaihun
#8
Chapter 36: Hbis mcm ni je? T.T Nk lagi~ btw good job author!! I love it sooo much!! Tp sedih la ramai mati. Seram jngn ckp la. Rse nk ngis je. Saya vote ff ni!!! Ngeeeeeee ^^