joggiingggg

spirit of the coin

Selesai sahaja tugasan mereka didalam hutan, terus semua peserta berpusu-pusu memenuhi perut lif untuk ke bilik masing-masing. Jangan cakap banyak, sekarang ialah masa untuk tidur!

        “weih Luhan, bukan kau satu group dengan Jessica erk? Mana dia?” dari tadi lagi Yuri dan Tiffany mencari Jessica untuk kerja harian mereka, bergossip! Namun, sejak balik dari hutan, batnag hidung Jessica langsung tidak nampak. Bila mereka rujuk group name list, barulah mereka tahu bahawa junior mereka, Luhan satu kumpulan dengan Jessica!

           “ouhh..Jessica noona? Bukan dia jugak jadi barang berharga tu?” sejak pertemuan mereka dengan Sooyoung yang terikat seorang diri, barulah mereka sedar bahawa ahli kumpulan yang hilang turut dikenakan denda sepertimana Sooyoung!

            “tak ada pun. Noona pun barang berharga jugak ok!” tempelak Tiffany. Kalau tak, sudah lama dia akan terserempak dengan Jessica semasa ditangkap!

             “tak ada?jadi…actually, mana noona pergi?” soalan demi soalan mula menerjah kedalam kepala Luhan. Adeh, adakah Jesisca noona sesat dalam hutan?!
               “janganlah macam ni Luhan! Anyway, kami nak pergi report kat komanderlah!!” sekelip mata sahaja Tiffany dan Yuri sudah menghilangkan diri dicelah-celah peserta yang lain.

              “weihh!! Mana snsd yang lain?! Memang gempaklah kalau betul yang Jesisca hilang dalam hutan tu!!” dengan langkah yang besar Yuri berjalan menuju kearah dewan semula. Tiffany yang berkaki pendek terpaksa berlari anak mengejar Yuri yang sememangnya laju semasa berjalan.

                “Komander!! Kawan kami hilang!! Dari tadi kami tak jumpak dengan dia pun!!” dengan lantang Yuri menjerit kearah Komader Gae yang baru sahaja selesai mengunci kesemua pintu masuk dewan utama itu.

                “kawan kamu nama apa?” lagi satu berita yang mengejutkan!

                “Jung Jessica!!” jawab Tiffany dan Yuri secara serentak.

                “ouhh…actually, dia ada kat bilik rehat..urr..tadi dia terjatuh dalam hutan. Anyway,kenapa kamu beruda masih ada kat sini?!” tempik Komander Gae dengan tegas. Sama sekali dia tidak mahu dua gadis ini tahu akan hal yang telah berlaku pada kawan mereka itu.

               Memang semua peserta yang telah berjaya dijumpai telah dibawa ke bilik rehat, namun takkan nak biarkan saja Yuri dan Tiffany ni lihat sendiri keadaan peserta yang lain yang sememangnya masih lagi dikuasai oleh makhluk halus?

               “urr..kamu nak inform komander pasal kawan kami je…”

              “tak payah nak risau! Semua selamat!!pergi masuk bilik kamu sebelum saya tolak markah group kamu berdua!”

             Seperti ahli magik, tiba-tiba satu kepulan asap yang tebal muncul lalu kedua-dua gadis itu telah menghilangkan diri.

 

Arghh…tiada bunyi kereta, lori mahupun bas awam yang kedengaran diwaktu subuh ini. Sunyi sepi sahaja suasana dilaur bilik masing-masing.Bunyi cengkerik berlawan vocal cukup menghayalkan siapa yang mendengarnya, bunyi itu seperti dadah yang mampu menguasai minda kita untuk tidur..dan tidur.

          “Good morning everyone!! Dalam sepuluh, semua kena berkumpul dibawah or else sapa yang lambat akan direndam dalam air terjun!!”  tiba-tiba keheningan pagi itu diganggu dengan pekikan Komander Jin melalui pembesar suara yang dipasang disetiap aras.

          Bangunan setinggi 3 tingkat itu mula digegarkan dengan tempikan Komander Jin lagi sekali. Namun tiada seorang pun yang berkutik dari tidur mereka. Masing-masing nyenyak memeluk bantal busuk sambil melingkar kesejukan didalam selimut tebal dan selesa yang dibawa oleh mereka. AMboi, gaya maam sedang bercuti saja, lupakah mereka sekarang mereka berada di kem integrity remaja?!

           Komander Jin sudah tiada cara lain selain daripada menghidupkan loceng kecemasan. Apa lagi, berteriakkanlah semua peserta lari dari bilik mereka lalu terus bergegas turun kebawah.

           “Hhmm..bagus! tepat pada masanya korang semua bangun kan? Macam mana dengan first night kat sini, best?!” Komander Jin tersenyum sinis melihat wajah smeua peserta yang terkulat-kulat tidak memahami keadaan yang sebenarnya. Baru mereka tersedar bahawa mereka tertipu!

            “best….!!” Jawab semua peserta dengan wajah yang monyok, macam tak ikhlas aje bunyinya~

            “bagus kalau macam tu..hah, dengar kata malam tadi ada orang tidur kat bilik orang lain? Ada sapa-sapa nak mengaku?” soalan pertama yang teringin benar dia mendengar dari mulut peserta itu sendiri kerana pada malam tadi, semasa dia dan Komander Gae menjalankan pemeriksaan pada pukul 3 pagi, terdapat 6 bilik yang kosong. Tidak berpenghuni! Barang ada, tapi manusianya tak ada!

            “saya..rakan sebilik saya, Suga tak balik malam tadi. So..saya pergilah tidur kat bilik Tao!” dengan berani Kris mengangkat tangan sambil mengaku kesalahannya. Bukan main kecut perut lagi dia malam tadi bila sedar bahawa rakan sebiliknya itu tak balik! Apa lagi, segala tilam, bantal dan selimut terus diheret ke bilik Tao yang kebetulan berada ditingkat yang sama dengan biliknya! Tidak dilupakan, ace turut diheret ok!

               “ok baiklah..daripada kamu buat gossip liar dalam kem ni, biar saya cerita sendiri apa yang berlaku pada kawan-kawan kamu yang tak balik malam tadi…actually diorang cedera sikit semalamso sekarang diorang sedang berehat. So saya harap gossip liar yang kata diorang ni lompat pagar, kena culik, disorok bunian ni akan lenyap ok? So now, jom kita mulakan aktiviti kita dengan berjogging!” dengan kuat Komander Jin meniupkan wiselnya namun semua peserta mula memberontak tidak setuju.

           Gila! Takkan nak jogging dengan pakai baju tidur lagi ni? Anyway, dengan berselipar jepun macam ni aje nak berlari?! Gosh, itu kerja gila!

           “saya tak nak dengar alasan kamu semua. Setiap bilik sudah tertampal jadual kamu sepanjang di kem ini. So, takkan kamu nak ada usaha nak bangun awal bersiap?! Saya tahu malam tadi bukan main lagi kamu smeua bergossip kan sampai pukul 1!”

          Memang kecoh betul semua peserta ini apabila tiba-tiba mereka dikejutkan dengan jeritan yang kuat dari Mina. Mereka semua tidak tahu siapa dan apa yang sedang berlaku namun apa yang pasti, bulu roma sudah terpacak tinggi! Seram siot sebab tepat sahaja pukul 12 mereka digemparkan dengan jeritan yang nyaring.

            Mereka langsung tidak tahu dibawah, semua pegawai sedang bergelut untuk mengeluarkan benda halus itu dari badan Mina, Jhope, Suga, Chorong dan Dongwoo. Nasib baik yang lain tidak memberontak macam Mina. Kalau tak, memang semua peserta berjaga malamlah sebab terkezut dengan jeritan itu.

            Pihak pengurus kem bukannya segaja merahsiakan hal ini dari pengetahuan peserta yang lain, namun mereka tidak mahu keadaan menjadi lebih kucar-kacir. Lagi satu, ketujuh-tujuh peserta yang ‘diusik’ pada malam tadi segaja tidak dibenarkan pulang kerana mereka tidak mahu penjaga berasa susah hati. Mak bapak mana yang tak risau walaupun baru sehari sahaja mereka tinggal disana, macam-macam sudah terjadi!

            Apa yang boleh mereka lakukan sekarang selain daripada ikut sahaja arahan dari Komander Jin itu. Adeh, ni kem integrity ke kem askar?!!

 

Berjogging sejauh 5 kilometer sememangnya memenatkan! Tanpa bersarapan pulak tu!! Nasib baik tak ada yang terkulai kat tengah jalan je masa tengah jogging tadi.

          Kini, dewan makan pula yang dipenuhi semua peserta sebaik sahaja Koamnder Jin membenarkan mereka untuk bersarapan selepas berjogging disekitar kawasan kem. Kini yang kelihatan ialah kanak-kanak yang gembira sedang berlari mengejar ais krim motor~ (semuanya berebut nak beratur ambik makanan dahulu!)

           “weih..perasan tak tadi ada perempuan tua kat dalam hutan yang kita main semalam?” sambil tangannya sibuk mencedok nasi goreng kedalam pinggannya, Zelo terus membuka cerita apa yang dilihatnya sebentar tadi.

           “mana sempat aku nak tengok merata masa tu..semput ok!” seloroh Youngjae smabil tersenyum kelat. ADeh, macam-macam pulak yang Zelo nampak asa jogging tadi.

           “tapi kan, semalam aku tak pernah nampak pula dengan perempuan tua tu.Yang lagi peliknya, kawasan ni kan tertutup untuk orang luar. Macam mana nenek tu boleh tersesat kat hutan kawasan kem ni?”

            “maybe nenek tu nak cari rotan. Bila hutan sebelah dah habis stok, nenek tu gagah juga nak panjat dinding pemisah tu , nak cari rotan dalam hutan milik kem ni pulak!” seloroh Himchan pula lalu disokong oleh Yongguk.

            “pandai-pandai je korang ni buat cerita kan? Hello, nenek tu pakai jubah putih okey! Takkan nak cari rotan pakai jubah? Gilalah!” terang Zelo lagi. Kehadiran nenek tadi cukup misteri baginya!

             “hah! Entah-entah kau nampak bunian kot!” mulut celupar Jongup itu terus ditampar oleh Daehyun yang beratur dihadapannya.

             “woi..jangan nak main-main boleh tak? Mak aku pesan, mulut kita tak boleh cakap besar tau bila ada kat hutan..nanti kan..” ayat Daehyun terus mati apabila disampuk oleh Youngjae.

           “bunian ikut kau balik~~” ujar Youngjae sambil mengilai dengan perlahan di telinga Daehyun.

          “suka sungguh kan korang ni dengan benda-benda macam ni? Korang tahu, malam tadi ada dua orang hilang dalam hutan! Budak sebilik aku yang cerita malam tadi..” terkejut beruk Daehyun apabila mendengar cerita tentang kehilangan Jessica dan Chorong dari mulut becok V itu pada malam tadi. Vpulak cerita masa lampu bilik dah tutup! Memang meremanglah bulu romanya!

         “ ouhh…budak yang sama muka dengan kau tu erk? Entah-entah dia kencing kau je apa? Percayalah dengan budak mentah tu..mana ada apa-apa pun kat sini!” ujar Himchan tanpa ragu-ragu. yakin sungguh dia melontarkan kata-katanya sehingga dia langsung tidak sedar bulu romanya sedang terpacak! something is standing next to himmm~

 

Kohkohkoh.....event busy lyn tetamu yg bertandang umah, saya masih sempat lg wat ff nie? kehkehkeh, nampak sgt yg saya ni x lyn tetamu sgt..kejo terperap dlm bilik jer~~ huhuhu...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
sorry sbb lmbt sgt update citer ni :'(

Comments

You must be logged in to comment
ROVIXAYEE_96
#1
Chapter 22: Fanfic kamu sangat bagus dan kreatif. Tapi, majority semua idol dah takde, termasuk VIXX.......
ddddehyun #2
Chapter 36: Cerita ni memang best and seram but sedih jugak dengan keadaan diorng
cute_korean_girl
#3
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
cute_korean_girl
#4
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
nickyshanz #5
Chapter 36: Arhhh my Baekkie... Sedih cite ni.. Tpi best.. Sy suka
Nia_Akish #6
Saya memang tertunggu tunggu fanfics nie complete.. Best sangat :)
AsyiA_MiZuki
#7
Chapter 36: bravo a/n...
tapy cita ni sedih,but i like this story
Chanlu_kaihun
#8
Chapter 36: Hbis mcm ni je? T.T Nk lagi~ btw good job author!! I love it sooo much!! Tp sedih la ramai mati. Seram jngn ckp la. Rse nk ngis je. Saya vote ff ni!!! Ngeeeeeee ^^