nasi ayam rosak atau sebaliknya?

spirit of the coin

Kini semua kelihatan agak terkejut apabila seorang demi seorang ahli kumpulan Kiribati mula terguling-guling akibat sakit perut yang melampau. Juri yang bertanggungjawab untuk menilai masakan semua kumpulan turut menerima nasib yang sama kecuali Sungjong seorang. Ialah, dia sudah bersumpah tak nak makan daging yang misteri itu. Nasib baik~

           Kecoh habis dewan makan tatkala itu.Cepat-cepat semua peserta mula meninggalkan makanan masing-masing.

            “habislah..nasib baik aku tak lahap lagi nasi ayam tu. Kalau tak, memang menggelupur ntah aku macam diorang!” rungut Woohyun sambil tangannya menolak pinggannya kehadapan. Tak lalu! Adeh, kesiannya nasib nasi ayam special mak kiah tu…tak pasal-pasal akan jadi penghuni tetap di toong sampah, bukan didalam perut Woohyun!

              “weihh..dah tiga suap aku lahap tadi…jangan-janganlah aku kena jugak!” menyesal tak sudah Hoya tatkala itu. Ialah, nampak saja ayam golek itu, terus kecur air liur dia! Belum sempat semua geng Infinitenya duduk, dia sudah melantak terlebih dahulu!

              “haha…nasib kaulah…bukan perut aku yang nak meragam nanti..” dengan selamba badak Sungkyu menghirup jus epalnya. Huhu…padan muka!

              “korang semua ni..actually, aku rasa bukan pasai nasi mak cik kiah ni…but aku rasa daging yang group aku jumpak tu..” akhirnya Sungjong mula membuka pendapatnya.

              “group kau nama apa? Apa pasal dengan daging tu and apasal kau tak kena pulak?” bertalu-talu SUngyeol menyoal dengan serious. Macam polis pencen menyoal mat rempit pulak, bukan main serious lagi!

               “Kiribati..korang tengoklah…yang kena pon semuanya dri group aku…and kenapa Komander yang lain tak kena pula while hanya juri rasa tadi je yang sakit perut?? Korang tak rasa ke yang memang masakan group kami punya pasal? Anyway, aku dah cuak dah masa diorang jumpak daging tu…tak ada plastic or pinggan yang lapik daging tu. Tup-tup ada kat atas tanah macam tu aje…”

Meremang habis bulu roma semua ahli Infinite yang mendengar bebelan Sungjong. Ada kalanya betul juga tanggapan Sungjong itu. Dongwoo hanya diam tidak berkutik di hujung meja. Peristiwa dia diserang hysteria mula terbayang-bayang di kepalanya sekarang.

 

Bilik rawatan yang tadinya sunyi sepi terus bertukar hingar bingar apabila seorang demi seorang ahli group Kiribati (kecuali Sungjong) dipapah masuk kedalam. Nurse yang comel lottee tadi mula berlari-leri anak menuju kearah peserta yang menggelupur itu. Apa lagi…mulalah mengeluh Jimin, Key, Zelo dan Kai yang ‘kehilangan’ bidadari dunia mereka. Amboi…mentang-mentang nurse tu yang suap, bukan main menggedik lagi eh!

         “nurse! Keracunan perhaps!” jerit Komander Jin yang turut serta memapah semua ahli group Kiribati itu. Sakitnya, tak tertanggung! Rasa macam ada kaca yang berada disetiap inci usus mereka.

            “Let us handle them!” doctor Siva mula memainkan peranan sebagai doctor bertugas pada hari itu. Pantas Dia mengarahkan nurse memeriksa kesemua pesakit.

 

5 minit berlalu, akhirnya mereka semua sudah berhenti mengerang selepas disuntik ubat tahan sakit. 3 dos okey baru semua duduk diam! Bila diperiksa lebih lanjut, baru mereka sedar akan sesuatu di perut mereka.

             “bukan sebab keracunan komander..but actually…ada duri dalam saluran pencernaan mereka. Saya rasa better bawa mereka semua ke hospital untuk buang duri-duri tu..” doctor Siva terus berlalu pergi setelah menjalankan tugasnya. Adeh, nasib baik gaji kat sini besar..kalau tak dah lama doctor Siva angkat kaki sebab memang dia sudah rasa seram sejuk bila dapat tahu ada duri dalam saluran pencernaan ahli group Kiribati setelah melakukan pemeriksaan dengan memasukkan kamera kedalam saluran mereka.

              “duri? Macam mana…”

              “itu better Komander tanya diorang sendiri…macam mana duri tu ada kat dalam saluran mereka. But, saya yakin sangat ni bukan kerja mak cik kantin…but makhluk halus..” jawab Doktor Siva dengan serious. Hello, siapa kata doctor zaman sekarang tak percaya benda-benda halus ni? Masa Doktor Siva jejak kaki kat kem ni pun dia sudah diusik ok!

              “urghh…stressnya saya!”

 

Kohkohkoh…x kembg kan chap ni..huhu..mianhe..siang2 xkan benda tu nk serang nk rak kan? So..better kita slow2 dulu..confirm chap lepas ni xkn disappointed uolss k~ 

    Man!! esok test jpj untk motor plak!! saya xnk menyemak kat sana dh.penat k~ nk kena dgr leteran pak ya lagi..urghh...i wanna past this test!!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
sorry sbb lmbt sgt update citer ni :'(

Comments

You must be logged in to comment
ROVIXAYEE_96
#1
Chapter 22: Fanfic kamu sangat bagus dan kreatif. Tapi, majority semua idol dah takde, termasuk VIXX.......
ddddehyun #2
Chapter 36: Cerita ni memang best and seram but sedih jugak dengan keadaan diorng
cute_korean_girl
#3
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
cute_korean_girl
#4
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
nickyshanz #5
Chapter 36: Arhhh my Baekkie... Sedih cite ni.. Tpi best.. Sy suka
Nia_Akish #6
Saya memang tertunggu tunggu fanfics nie complete.. Best sangat :)
AsyiA_MiZuki
#7
Chapter 36: bravo a/n...
tapy cita ni sedih,but i like this story
Chanlu_kaihun
#8
Chapter 36: Hbis mcm ni je? T.T Nk lagi~ btw good job author!! I love it sooo much!! Tp sedih la ramai mati. Seram jngn ckp la. Rse nk ngis je. Saya vote ff ni!!! Ngeeeeeee ^^