kena ganggu 2

spirit of the coin

Kelam-kabut Zelo dan Key berlari keluar dari bilik mereka. Sungguh, lembaga itu asyik mengejar mereka dari tandas!

        Dengan pantas mereka berdua berlari kearah bilik sebelah lalu dengan laju tangan mereka mengetuk pintu bilik itu.

           “weiihh!!! Buka pintu ni!!!!” tempik Zelo dan Key secara serentak akibat ketakutan. Lembaga tadi mula merangkak diatas dinding koridor itu dengan laju kearah mereka berdua yang masih lagi berdiri diluar bilik 14.

       Ketukan dan tempikan mereka berdua semakin kuat apabila lembaga tadi mula menghampiri mereka berdua namun secara tiba-tiba pintu terkuak dari dalam. Muncul Jimin dengan rambut serabut dihadapan pintu bilik.

          Dengan kasar Zelo dan Key berebut masuk kedalam bilik 14 itu lalu terus menutup pintu bilik itu dengan rapat.

         “kau diam!!” tempik Key sebelum Jimin smepat hendak membuka mulut untuk bertanyakan keadaan sebenar. Tiba-tiba diorang ni serbu masuk dalam bilik, sapa tak pelik?

          Kelegaan Key dan Zelo hanya sementara apabila tiba-tiba lembaga tadi muncul tepat dibelakang Jimin. Melihat wajah cuak dua strager itu membuatkan bulu roma Jimin berdiri dengan tegak. Cepat-cepat Jimin berjalan kearah mereka berdua namun dengan cepat juga mereka berdua menjauhi Jimin.

           “korang..jangan buat aku macam ni..please..tolong aku ..aku tau ada something belakang aku yang tengah ikut aku ni..!” walaupun kedengaran biasa sahaja Jimin bersuara, namun agak tegas juga nada yang digunakannya sekarang. Gila, siapa yang tak cuak bila dapat tahu yang sebenarnya ada benda sedang bertenggek dibelakang!

 

Dengan cepat Yoona, Sooyoung, Hyuna dan Sandara meraba-raba disekeliling. Dengan keadaan yang gelap gelita itu berjaya membuatkan mereka berempat berasa berjauhan sedangkan mereka berada dilif yang sama.

            “Ni tangan kau kan Sooyoung?” soal Yoona apabila berjaya memaut lengan seseorang didalam gelap itu.

           “bukanlah..ni tangan aku, Sandara..” jawab Sandara, milik sebenar tangan yang dipaut Yoona.

Dengan pantas Hyuna meraba-raba poket seluarnya lalu mengeluarkan telefonnya. Penyelamat telah tiba! Butang on ditekan lalu lif yang gelap gelita itu sudah terang sedikit dengan kehadiran telefon Hyuna.

         Namun kegembiraan mereka dengan kehadiran cahaya itu tidak kekal lama tatkala mereka sedar bahawa mereka sebenarnya bukan berempat didalam lif ini. Ada lagi seorang yang turut ‘tumpang’ di lif ini!

          Lampu ditelefon Hyuna berjaya membuatkan keempat-empat gadis itu terpandang wajah yang huduh sedang memakan isi pipinya sendiri di hujung lif itu!

          “arghh!!” dengan lantang mereka berempat menjerit sekuat hati sambil berebut-rebut untuk menghimpit di hujung lif yang bertentangan dengan benda itu. Telefon Hyuna pula sudah terjatuh di lantai lif tanpa disedarinya.

          “kenapa menjerit? Saya bukannya makan isi korang…” tegur benda itu dengan hilaian yang cukup kuat.

Mereka berempat terus menekup telinga masing-masing akibat tidak tahan dengan hilaian benda itu. Namun, apa yang ditakuti mereka telah tiba.Lampu di telefon Hyuna telah terpadam dengan sendirinya, membuatkan keempat-empat gadis kembali menjerit dengan lebih kuat, lebih nyaring.

 

 

Komander Jin mula berasa hairan apabila terserempak dengan seorang peserta kem di kawasan tepi tasik. Apa pula yang budak ni buat seorang diri kat sana?!

        “hoi budak! Balik bilik kamu sekarang!! Ni bukan masanya untuk keluar merayap!” tempik Komander Jin sambil berjalan laju kearah Kai yang duduk ditepi tasik.

          Tempikan Komander langsung tidak disahut oleh Kai.

          “balik bilik sekarang!!” tempik Komander Jin lalu terus menarik cuping telinga Kai dengan kuat.

         “jangan kacau aku!!!” tempik Kai dengan suara yang sangat-sangat garau. Pandangan matanya menikam wajah Komander Jin yang sedang menarik telinganya. Satu cakaran turut diterima Komander apabila Kai menempik kearahnya.

          “oh..no..kau kacau budak aku lagi setan?” baru kini dia perasan bahawa dia sedang berhadapan dengan makhluk halus.

           “diorang yang kacau aku dulu!! Budak-budak ni saja cari pasal kat tempat aku!!” tempik Kai lagi dengan kuat.

            “ apa maksud kau diorang cari pasal kat tempat kau?! Aku yang jaga budak-budak ni, so tak mungkin diorang ada kacau tempat kau!!”dengan lantang Komader menempik kearah Kai pula.

             “mereka seru kami untuk datang kemari!!”

Komander Jin tersentap tatkala mendengar jawapan dari ‘Kai’. Seru?

 

…..~…..~….

Yeah!! Killing birds with one stone!! Adeh, k…belagak mat salih pulak kat sini~

            Kekeke  ~-~  akhirnya chap ni berjaya dihasilkan walaupun sy skrg tgh kehabisan idea utk part seram…huhuh…enjoy it~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
sorry sbb lmbt sgt update citer ni :'(

Comments

You must be logged in to comment
ROVIXAYEE_96
#1
Chapter 22: Fanfic kamu sangat bagus dan kreatif. Tapi, majority semua idol dah takde, termasuk VIXX.......
ddddehyun #2
Chapter 36: Cerita ni memang best and seram but sedih jugak dengan keadaan diorng
cute_korean_girl
#3
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
cute_korean_girl
#4
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
nickyshanz #5
Chapter 36: Arhhh my Baekkie... Sedih cite ni.. Tpi best.. Sy suka
Nia_Akish #6
Saya memang tertunggu tunggu fanfics nie complete.. Best sangat :)
AsyiA_MiZuki
#7
Chapter 36: bravo a/n...
tapy cita ni sedih,but i like this story
Chanlu_kaihun
#8
Chapter 36: Hbis mcm ni je? T.T Nk lagi~ btw good job author!! I love it sooo much!! Tp sedih la ramai mati. Seram jngn ckp la. Rse nk ngis je. Saya vote ff ni!!! Ngeeeeeee ^^