kena ganggu

spirit of the coin

Setelah siap mengenakan cardigan putih di tubuh kecilnya,kakinya terus melangkah keluar dari biliknya. Tidak dilupakan, pintu dikunci terlebih dahulu sebelum Sandara keluar. Almaklumlah Yoona, rakan sebiliknya itu selalu menghilangkan diri! Tak pernah melekat lama dalam bilik.

         Kalau Yoona selalu menghilang, kenapa dia tak? Hahaha..samalah. Dia juga selalu melepak di tingkat 2 dimana kesemua geng 2ne1 yang lain bertapa disana~

          Sedang dia ralik mengunci pintu bilik, tiba-tiba anak matanya menangkap bayang-bayang yang besar melintas di hujung koridor. Dalam hati, dia sudah berdetik untuk menjerit sekuat hati apabila dia terasa yang dirinya terancam.

            Dengan pantas Sandara berjalan dengan laju kearah pintu lif sambil tangannya mencengkam kuat hujung cardigannya.  Rasa takut menyuntik dirinya tatkala ini. Kenapalah harus aku yang kau nak kacau?!

          Makin lama langkahnya makin laju apabila dia berasa seperti hembusan nafas dibelakang tengkuknya. Sejuk! Dalam hati, bukan main lagi dia menjerit agar ‘benda’ itu berhenti mengacaunya.

          Secara tiba-tiba pintu bilik nombor 5 terbuka lalu terpampang wajah Yoona dihadapannya.

         “Yoona!!!” dengan pantas Sandara berlari kearah Yoona lalu terus masuk kedalam bilik 5. Yoona yang terpinga-pinga turut ditarik Sandara agar masuk kedalam bilik 5 milik Sooyoung dan Hyuna semula.

          “kenapa ni?!”

Sandara tidak menjawab soalan Yoona, malah dia hanya mendiamkan diri sambil tercunggap-cunggap akibat terlalu laju jantungnya mengepam sekarang. Takut punya pasal!

           “fuhh..nothing. But tadi unnie rasa macam ada benda duk ikut unnie from my back.” Jawab Sandara perlahan apabila dia sudah kembali normal.

         “firasat unnie aje..rilekslah..” Hyuna bangun dari katilnya lalu terus menggosok-gosok belakang Sandara dengan perlahan.

           “betul..lagipun tempat macam ni kan memang keras sikit. Ialah, jarang orang datang kan..no wonder unnie kena kacau macam tu..” ujar Sooyoung pula, cuba untuk mententeramkan Sandara.

          “maybe korang semua betul. Anyway, unnie nak pergi tingkat dua..please teman unnie naik atas?” tiada jalan lain dah buat waktu sekarang!

 

Ting~ pintu lif terus terbuka apabila tiba ditingkat 1 itu. Terus keempat-empat gadis itu masuk kedalam lif lalu menekan butang nombor dua.

           “baguslah…bilik Yuri ada kat tingkat dua kan? Boleh melepak sekali dengan…”

Secara tiba-tiba lif itu bergegar dengan kuat, seperti gempa bumi. Lampu lif mula tertutup, terbuka, tertutup lama dan akhirnya terbuka apabila lif berhenti bergoyang. Bukan main lagi mereka berempat berpeluk sesama sendiri sambil menjerit ketakutan.

          “fuhh..ingatkan lif ni nak jatuh terus!” rungut Hyuna sambil menggosok-gosok dadanya.

         “weihh..kita ada masalah lagi besar ni..” Sooyoung menundingkan jarinya kearah skrin lif itu. Kosong.

         “lif ni… rosak?!!”

Pap!! Secara tiba-tiba lampu lif terpadam dengan sendirinya!

 

 

Bunyi pancuran air dari tandas membuatkan Key hilang tumpuan pada movienya. Butang pause terus ditekan sebelum Iphone 6 nya dilempar ke sisi katil.

         “kau tak tutup air ke lepas mandi?”

Soalan Key itu dibalas dengan gelengan dari Zelo yang sedang bermain game di atas katilnya. Ya, memang tadi dia yang mandi last, tetapi dia bukannya cuai sampai tak tutup shower~

         Dengan malas Key bangun lalu berjalan kearah bilik air. Tombol pintu bilik air dipulas mengikut arah jam sebelum pintu itu ditolak.

         Mengaku ajelah salah dia..kalau bukan kau, takkan tiba-tiba air dalam bathtub tu boleh melimpah? Sempat lagi Key mengutuk rakan sebiliknya sambil tangannya ligat menutup pili air. Kini baru dia sedar, walaupun kepala pili itu sudah ditutup hingga habis, namun air tetap mengalir keluar.

           “Zelo!! Mai sat!!” lantang sungguh Key menjerit memanggil rakan sebiliknya. Terkedek-kedek Zelo berlari kearah tandas sebelum menampakkan diri didalam tandas itu.

          “kenapa?”

         “ni..aku rasa pili ni dah rosak. Tutup rapat pun air boleh keluar lagi. Kau buat apa tadi dengan paip ni?” wajah Zelo ditenung dengan dalam, pinta jawapan yang benar.

        “betullah..tadi aku guna ok je..and, aku tutup ok paip tu..ke kau yang bagi rosak tadi then, nak tuduh aku pula yang bagi rosak?” adeh, macam ada perang akan tercetus aje lepas ni.

          “mana ada! Better kau pergi..”

Secara tiba-tiba air yang mengalir tadi berubah warna dari jernih kepada coklat. Baunya pula macam air yang berkarat yang sudah lama tidak digunakan. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.

         Namun yang lebih memeranjatkan, tiba-tiba air itu bertukar hitam dalam sekelip mata sahaja! Laju mereka berdua mengundur setapak demi setapak untuk menjauhkan diri dari air hitam yang teramat busuk itu.

        “air apa ni? Bau ni lagi teruk  dari bau air longkang tau!” rungut Zelo sambil menutup hidungnya dengan t-shirtnya.

         Soalan Zelo dibiar tergantung tanpa jawapan apabila secara tiba-tiba sesusuk tubuh terbentuk dari dalam bathtub yang dipenuhi dengan air berwarna hitam itu. Sikit-sikit sebelum secara tiba-tiba lembaga yang menyerupai bentuk manusia itu mula merangkak keluar dari bathup itu dengan keadaan yang cukup mengerikan!

            “makk!!!”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
sorry sbb lmbt sgt update citer ni :'(

Comments

You must be logged in to comment
ROVIXAYEE_96
#1
Chapter 22: Fanfic kamu sangat bagus dan kreatif. Tapi, majority semua idol dah takde, termasuk VIXX.......
ddddehyun #2
Chapter 36: Cerita ni memang best and seram but sedih jugak dengan keadaan diorng
cute_korean_girl
#3
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
cute_korean_girl
#4
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
nickyshanz #5
Chapter 36: Arhhh my Baekkie... Sedih cite ni.. Tpi best.. Sy suka
Nia_Akish #6
Saya memang tertunggu tunggu fanfics nie complete.. Best sangat :)
AsyiA_MiZuki
#7
Chapter 36: bravo a/n...
tapy cita ni sedih,but i like this story
Chanlu_kaihun
#8
Chapter 36: Hbis mcm ni je? T.T Nk lagi~ btw good job author!! I love it sooo much!! Tp sedih la ramai mati. Seram jngn ckp la. Rse nk ngis je. Saya vote ff ni!!! Ngeeeeeee ^^