Tao!

spirit of the coin

Dalam kekalutan, secara tiba-tiba elektrik kembali semula. Membuatkan mereka yang lain mampu menarik nafas lega.

       “sudah semua..pergi masuk tidur sekarang! Nanti tak pasa-pasal kena hentam dengan Komander esok!” pesan CL sambil mengarahkan mereka yang lain masuk kedalam bilik masing-masing semula. Choa dan Hyejeong hanya mampu menelan air liur kelat setelah teringatkan wajah makhluk tadi..Haish..wat tak tau sudahlah!

 

Tao sudah berpeluh. Dari tadi peluhnya tidak habis-habis membasahi wajahnya walaupun dia sudah memasang kipas sehingga kelajuan 5! Haish..kenapa pulak ni?

          Dari duduk diatas katil,Tao sudah berjalan mundar-mandir didalam biliknya sambil mengias-ngipas wajahnya dengan tangannya. Tidak cukup dengan itu, bajunya turut dibuka, menyerlahkan abs yang menggoda wanita diluar sana. (err..not me cause I don’t like man with abs)

          “kalau panas mandilah!” kedengaran jelas suara Minho dibelakangnya.

Dengan pantas Tao berpaling kebelakang sambil bersuara,

          “kau nak bagi aku mati kejung…” Tao terkelu. Dibelakangnya mana ada sesiapa pun! Sedangkan Minho pun belum balik bilik lagi!

          Dada Tao berdegup dengan kencang. Sudah, sapa pulak yang sampuk aku malam-malam ni?

Dengan pantas Tao mengambil semula Tshirtnya lalu terus memecut laju kepintu bilik. Tombol dipulas namun tidak berjaya, seperti ada seseorang sedang menahannya dari luar.

             “TOLONG!!!” tempik Tao dengan kuat sambil mengetuk-ngetuk pintu untuk menarik perhatian orang luar. Bila dia berpaling kebelakang, wajah yang sanggat menggerunkan berada betul-betul dihadapan wajahnya kini.

 

Kawasan kem yang tadinya cerah mula menjadi gelap, sedikit demi sedikit akibat dihalang oleh awan mendung. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa turut bertukar menjadi angin kencang. Choa terkelu melihat awan yang tersangat besar dan gelap itu.Tak pernah dalam hidupnya melihat awan itu, seperti taufan bakal melanda saja.

            Choa melihat keadaan sekelilingnya, sunyi sepi… tiada seorang pun disekelilingnya. Yang ada hanyalah daun-daun kering yang berterbangan akibat ditiup angin kencang.

            “guys?!” setelah mengetahui bahawa dirinya keseorangan ditepi tasik itu, terus Choa berlari anak menuju kearah bangunan asrama. Semakin dia berlari, tidak pula dia mendekati bangunan tersebut.

             “Please..anyone?!” jerit Choa apabila kini dia sedar bahawa dirinya ditarik kearah tasik itu. Dan yang lebih teruk lagi, ada mayat berkelimpangan di permukaan tasik itu!

 

Choa membuka mata seluas mungkin akibat terkejut dengan mimpi tadi. Peluh yang membasahi wajahnya dibiarkan sahaja. Kini, pemandangan yang terbentang dihadapannya ialah siling yang buruk yang berada diatasnya.

              Akan tetapi, secara tiba-tiba siling yang buruk itu runtuh sambil melimpahkan air hitam yang tersangat busuk! Dengan kuat Choa menjerit sambil tangannya menekup wajahnya. Nak lari tak sempat, baru je bangun dari tidur, siling tu jatuh!

                Minah yang kebetulan tidak tidur lagi turut terjerit akibat terkejut. Dan yang lebih teruk lagi, ada mayat yang turut terjatuh dari atas, membuatkan kedua-dua gadis itu menjerit dengan lebih kuat lagi.

 

Tingg~tingg~  bilik yang sunyi sepi mula digegarkan dengan bunyi seperti duit syiling yang jatuh satu persatu. Naeun yang sedang mencucui muka terus terus berpaling kebelakang setelah dikejutkan dengan bunyi itu. Terbantut terus aktivitinya yang sedang mencuci muka itu.

          “unnie?!” jerit Naeun dari dalam toilet sambil kepalanya dijenguk keluar tandas untuk melihat CL yang berada didalam bilik. Tiada sahutan.

           “CL unnie?” jerit Naeun lagi namun keadaan masih sama. Hanya bunyi duit syiling jatuh saja yang kedengaran didalam bilik.

Dengan segera Naeun membasuh wajahnya dan secara tiba-tiba, cermin dihadapannya bukan memantulkan wajahnya, namun wajah CL yang berdarah akibat tertusuk besi!

         “uniie!!!” tempik Naeun akibat terkejut lalu terus berlari keluar dari bilik air. Didalam bilik, kelihatan CL sedang membaling duit syiling 20 sen dari atas katil kebawah.

         “unnie, stop throwing that coins!” tempik Naeun dengan tegas lalu terus merampas duit syiling dari tangan CL dan melemparnya kearah tong sampah namun  duit syiling itu terpelanting keluar lalu tergolek ke bawah katil.

          Cl yang tadinya asyik merenung kebawah terus memalingkan wajahnya kearah Naeun yang berdiri disebelahnya. Tangannya diangkat kearah Naeun seperti hendak meminta sesuatu dar Naeun, duit syiling.

           “sudahlah unnie..jangan nak wat scary ngan saya ok! Tadi dalam toilet…” belum sempat Naeun menghabiskan ayatnya, tiba-tiba pintu bilik terkuak dari luar. Muncul CL dengan Maggie cup ditangannya.

           Naeun terlopong.

“Naeun!!!” jerit CL yang sudah cuak melihat ‘dirinya’ sendiri sedang terkam kearah Naeun dari belakang!!

 

Bunyi jeritan Tao, Choa, Minah, Cl dan Naeun yang menjerit secara serentak berjaya menggetarkan gegendang telinga Komander Jin yang kebetulan sedang membuat rondaan di tingkat satu. Dengan pantas dia berlari kearah bunyi jeritan itu. Dan yang lebih teruk lagi, semua pelajar juga berjaya mendengar bunyi jeritan itu...membuatkan blok asrama bertukar menjadi haru-biru.

           “Komander…tu suara kawan saya..!” rayu Seolhyun yang secara tiba-tiba muncul dihadapan Komander. Buat terkejut je Komander badan tegap ni!

             “dia bilik mana?!”

Dengan pantas Seolhyun berlari kearah bilik Choa dan Minah yang berada dihujung koridor dan Komander Jin hanya mengekorinya dari belakang.

            Sebaik sahaja mereka berdua membuka pintu bilik nombor 13 itu, terus mereka berdua meluru kearah Minah dan Choa yang sedang menekup wajah masing-masing dihujung bilik.

           “jangann!!” jerit mereka berdua dari tadi.

            “unnie! Ni Seolhyun!” jerit Seolhyun sambil menerkam bahu Choa dengan kuat.

             “bawak unnie balik!!” jerit Choa dengan linangan air mata. Seolhyun terus menarik tangan Choa untuk bangun lalu Choa hanya menturuti dengan berat. Minah pula dari tadi asyik menyeka air matanya  sambil berdiri disebelah mereka berdua. Haish… ==”… manalah geng Gils Day ni?

            “kau, arah semua orang berkumpul kat dewan sekarang! Saya nak pergi periksa tingkat atas!!” tempik Komander lalu terus berlari ke tangga kecemasan. Sekarang bukan masanya untuk naik lif!

            Di tingkat dua…keadaan lebih hura-hara kerana Naeun asyik merangkak sambil tersengih-sengih, membuatkan mereka yang lain terkopoh-kopoh untuk masuk ke bilik yang berhampiran namun tak boleh! Tombol pintu tersekat dari dalam!

            “diam semua…rileks!! Semua pergi berkumpul kat dewan sekarang!” arah Komander Jin sambil cuba untuk mengangkat Naeun namun tidak berjaya kerana Naeun asyik mengertaknya untuk menggigit lengannya.

            Secara tiba-tiba Eunji muncul dibelakang lalu dengan beraninya memegang kedua-dua belah kaki Naeun. Apa lagi, merontalah Naeun namun cepat-cepat Komander Jin mencempung Naeun sambil Eunji terus memegang tangan Naeun.

             ‘berani gila budak ni!tapi baguslah dia boleh tolong aku tadi…’ bisik Komander dalam hati.

 

Bulu tangan yang dari tadi menegak segera digosok-gosok dengan laju. Haish…kenapa masa ni jugalah tiba-tiba rasa semacam ni?!

            Langkah yang tadinya perlahan terus dilajukan apabila Kris dapat menangkap jeritan Tao yang nyaring itu.

             ‘what the h**l?!! Tao kena jugak ke?’ kakinya laju saja mengatur arah ke bilik Tao. Dia sedar, ada sesuatu yang tak kena sejak mereka bermain Spirit Coin tu. Mana taknya, baru saja panggil  semua dah kena cekau kat lengan masing-masing!

               “Tao..bukak pintu ni!” tempik Kris sambil tangannya asyik mengetuk-ngetuk pintu bilik Tao. Nak pulas tombol, tapi tersekat!

               Rapmon dan Jungshin yang kebetulan terdengar jeritan Tao tadi turut keluar dari bilik mereka, yang terletak dihadapan bilik Tao. Penghuni tingkat 3 yang lain semuanya dah lari, tak berani nak face-to-face dengan ‘Tao’ okey!

              “rempuh je pintu bilik ni!” cadang Jungshin lalu mereka bertiga terus merempuhnya. Satu cubaan, dua dan tiga! PANGG!! Tercabut terus pintu itu dari soketnya!

              Tapi, apa yang mereka nak heran, keselamatan Tao lagi penting okey! Kelam-kabut mereka bertiga meluru masuk kedalam bilik itu dan akhirnya mereka hanya mampu tergamam melihat Tao yang sedang duduk dihujung bilik… yang sedang menghiris lengannya dengan pencukur bulu kaki. Darah sudah mengalir keluar dengan banyak!

            “Tao..stop it! Kau jangan nak buat kerja gila!” tempik Kris sambil merampas pencukur itu dari Tao lalu melemparnya jauh kebawah katil. Tao hanya diam lalu kini dia asyik pula menghisap darah yang membuak-buak ditangannya itu.

            “weiihh…!Weiihh..!”kelam kabut Jungshin dan Rapmon menahannya lalu terus menarik Tao untuk bangun. Nasib baik ‘Tao’ ni bukannya jenis yang suka memberontak, hanya akur saja apa yang disuruh.

            “kita bagi dia kat Komander…tahulah diorang apa nak buat dengan kawan kau ni!” arah Rapmon lalu terus memapah Tao keluar bilik.

              Dengan laju mereka bertiga berjalan kearah tangga kecemasan sambil memapah Tao. Hah, lupa nak bagitahu…posisi rapmon dah kena tukar dengan Kris sebab Tao jauh lebih tinggi darinya! Membuatkan Jungshin yang menderita pulak!

              Setiba sahaja ditangga, secara tiba-tiba tubuh Tao terpelanting kebelakang semula dengan kuat..membuatkan Tao tertiarap di koridor sambil memandang mereka bertiga dengan pandangan hiba.

             “weihh..tolong aku..” bisik Tao lalu tiba-tiba tubuh Tao seperti ditarik kebelakang dengan kuatnya. Kelam kabut mereka bertiga mengejar Tao namun entah. Tiba-tiba seperti ada daya yang menolak mereka bertiga  dengan kuatnya, membuatkan ketiga-tiga lelaki itu terpelanting kebelakang semula.

               Tak cukup dengan itu, tiba-tiba mereka juga turut ditarik kebelakang dnegan kuatnya menuju kearah tangga kecemasan. Haish…hantu ni nak bagi mereka terpisah dengan Tao ke?

                Bila tubuh mereka bertiga ‘selamat’ masuk kedalam tangga kecemasan, terus pintu rintangan api itu tertutup dengan kuatnya!

 

@-@  *-*  @-@  *-*  @-@

Hallo smua! Sy kat sini nk mintak ampun maap sgt2 sbb sy x tunaikan hasrat sy utk perabih citer ni sblum sy smbung bljr~ sy tahu sy mmg menyusahkan korg smua kan…wat korg smua ternanti-nnt je…please..im sorry…sy akn cuba utk tulis juga kalau sy ada masa lpg…

           Anyway, my first week at here was extremely exhausted because km smua kena bgn awai koi 4 and tido around koi 11 lebih…ikutlah, klu progam hbs lmbt, maka lmbtlah km dpt tido…huhuhu…tp bila dh hbs program orientasi ni, bkn main byk lg masa km yg free. So, dr mereput sowg2 kat dlm dorm, better sy taip citer ni kan? (wlaupun pd mulanya sy agk takut..ialah..dh dua bln tmpt ni x berpenghuni) tp sy branikan diri jugak nk taip…(hehe…waktu pg and tghari je sy taip) oklah..smpai sini dulu citer sy..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
sorry sbb lmbt sgt update citer ni :'(

Comments

You must be logged in to comment
ROVIXAYEE_96
#1
Chapter 22: Fanfic kamu sangat bagus dan kreatif. Tapi, majority semua idol dah takde, termasuk VIXX.......
ddddehyun #2
Chapter 36: Cerita ni memang best and seram but sedih jugak dengan keadaan diorng
cute_korean_girl
#3
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
cute_korean_girl
#4
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
nickyshanz #5
Chapter 36: Arhhh my Baekkie... Sedih cite ni.. Tpi best.. Sy suka
Nia_Akish #6
Saya memang tertunggu tunggu fanfics nie complete.. Best sangat :)
AsyiA_MiZuki
#7
Chapter 36: bravo a/n...
tapy cita ni sedih,but i like this story
Chanlu_kaihun
#8
Chapter 36: Hbis mcm ni je? T.T Nk lagi~ btw good job author!! I love it sooo much!! Tp sedih la ramai mati. Seram jngn ckp la. Rse nk ngis je. Saya vote ff ni!!! Ngeeeeeee ^^