A rose for you

Description

         Lee Jihye, seorang doktor pakar di sebuah hospital yang terkemuka di Kuala Lumpur bukan calang-calang gadis orangnya. Dahulunya, dialah seorang pelajar yang dikagumi semua guru dan pensyarahnya kerana memperoleh keputusan yang amat cemerlang. Setiap tahun dia akan dianugerahkan dengan Anugerah Dekan sehinggalah semuanya berubah semasa dia sedang menyambung pelajarannya diperingkat Master. Berita kematian seluruh ahli keluarganya dalam sebuah kemalangan benar-benar meruntun jiwanya namun hidupnya kembali cerah dengan kehadiran Kai.

          Dibahu Kailah tempat dia mengadu nasib dan berkongsi kegembiraan. Dari Kailah dia berjaya juga menghabiskan pengajiannya di kota London dan mendapatkan gelaran doktor seperti mana yang dipegangnya sekarang. Hidupnya lebih bermakna tatkala dirinya diikat dengan ikatan pertunangannya dengan Kai.

          Namun, sikap tamak harta seorang pengurus menyebabkan Jihye hampir-hampir kehilangan Kai dari hidupnya. Sepanjang ketiadaan kai disisinya, muncul pula Luhan yang sudi mengantikan tempat Kai buat sementara waktu walhal Luhan sendiri maklum akan status Jihye.

          Sekembalinya Kai didalam hidupnya, jiwa Luhan mula terusik dengan satu perkataan, cemburu. Namun apakan daya, gadis yang dicintainya itu sudah dimiliki oleh lelaki lain.

          Adakah Kai akan setia berada disamping Jihye hingga ke akhir cerita setelah sedar dari koma? Namun pada akhirnya doktor muda ini akan kekal bersama dengan Kai ataupun gadis ini akan jatuh ketangan Luhan yang ikhlas menyintainya? 

Foreword

Salam semua readers yang masih setia dengan SYASYABILLY!! Well, sapa yang sudah membaca cerita ini dari awal, mesti korang rasa sangat-sangat teruk kan bila hendak membaca cerita ni yang terlebih memanjang! Ok, sekarang saya dah buat yang baru dan harap-harap ini tidak akan memanjang macam yang lama kan? Ok, mesti korang rasa lain kan sebab saya telah buat description yang baru!! Huhu..walaupun lain tapi isinya masih sama. Cuma cara penyampaiannya sahaja yang berbeza sedikit kerana bagi saya yang baru ini lebih dramatic dari yang lama~ Kahkahkah!! Kuat berangan pulak…

         anyway, selamat membaca untuk sesiapa yang baru sahaja hendak membacanya dan terima kasih untuk semua yang sudi menunggu untuk sambungan cerita ini. Saya sangat2 menghargai jasa korang semua yang sudi membaca karya saya yang seciput ini kan? Hhmm..saya ni bukannya kreatif sangat dalam bab-bab merangka tapi inilah hasilnya. Moga-moga anda terhibur dengan cerita ini ye! Sampai disini sahaja.

          Oh one more thing! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dari kepala saya. So, kalau ada rasa tak logic dalam cerita ni, mohon bersabar ye~ saya dah tak ada idea selain buat jalan cerita macam ni…ok?!

       *jika ada sebarang komen, jangan segan silu untuk kritik hasil seni saya ya dengan leave comment! Komen anda amat-amat dihargai~

syasyabilly
feel jerk with this story? huhu..nevermine :D

Comments

You must be logged in to comment
syafieyka #1
Chapter 36: woahhh.!! daebak.!!
you did well.!
sye suka fic ni. best gile
RayhanAdni #2
wowwww best cerita ni. ada saspen. saya nak author-nim teruskan update ^^