chapter 2

A rose for you

Langkah kakinya dipercepatkan. Langsung tidak dihiraukan orang yang berada disekelilinya yang asyik memerhatikannya. Biarlah apa yang hendak diperkatakan oleh mereka semua, yang penting dia sempat punch card sebelum orang atasan memeriksanya!

        Namun apa yang ingin dielakkan oleh Jihye akhirnya berlaku jua. Dari jauh lagi Jihye sudah lihat susuk tubuh Dr.Minho yang terpacak di hadapan kaunter utama. Mampus aku!

       “Dr.Lee Jihye? Baru bangun dari alam mimpi ke? Ke ada putera diraja datang melamar awak semalam sampai tak boleh tidur malam tadi?”

Jihye meneguk air liurnya sambil berjalan dengan lebih perlahan kearah Dr. Choi Minho yang sedang memegang kad attendentnya. Nampaknya, dia sudah tertangkap akibat datang lambat ke tempat kerja! Hebat juga Minho kerana dapat meneka yang sememangnya dia dilamar malam tadi!

        “maaflah doctor. Saya betul-betul terlupa untuk set alarm jam loceng saya malam tadi. Sebab tu saya tak terjaga pagi ni. Maaflah doctor…saya janji ini merupakan kali terakhir doctor nampak saya datang lambat!” rayunya sambil mengangkat janji. Nak ambil hati saja, bukannya betul-betul pun. Nanti kena makan sumpah, siapa susah?

          “Nasib baik ini kali pertama awak buat hal doctor muda. Kalau awak buat lagi, saya akan denda awak untuk syif malam!” kad attendant Jihye dihulurkan sebelum Minho berlalu pergi sambil memeluk tubuh. Pantang betul kalau ada juniornya yang buat salah!

          Jihye melepaskan keluhan lega sebelum punch card dia. Fail pesakitnya diambil lalu kakinya terus melangkah kearah wad pesakitnya. Baik jalankan tugas dengan pantas sebelum singa mengaum!

 

         Setelah tugas runtinnya selesai, Jihye terus menuju kearah kaunter utama dan menyerahkan laporannya kepada penjaga kaunter. Sementara menunggu laporannya siap dinilai, mata Jihye mula merambang melihat suasana Hospital Pakar Metro Dee yang sentiasa sibuk dengan ragam pesakitnya.

         Hati Jihye bertukar riang tatkala Seolhyun, rakan sekerja sedang berjalan kearahnya. Nak hantar laporan jugalah.

         “Hah, Jihye! Baru aku nampak batang hidung kau. Kenapa datang lambat pagi tadi? Singa jantan tadi mengaum bagai nak rak bila dapat tahu kau tak masuk kerja lagi.” Ujarnya sambil menyerahkan laporannya kepada penjaga kaunter.

          “aku baru je nak cerita punca aku datang lambat pagi ni! Cuba kau tengok ni.” Jihye terus menayangkan jari manisnya yang tersarung cincin pertunangannya semalam.

         “Wow, kau jadi tunang orang?  Jejaka bertuah tu ialah Kim Jongin yang kau selalu cerita tu ke?” soalnya teruja. Jihye hanya tersenyum sambil mengangguk laju.

          “dia lamar aku semalam. Tapi malam tadi, dia memang seorang yang sangat romantic! Seriously, aku tak pernah jangka dia seromantik tu. Dia lamar aku di restorant Easter!!”

           “What?? Seriously?!! Ceritalah apa yang dia buat semalam!!” teruja sungguh untuk mengetahui detik-detik manis itu. Kalau kawan sendiri nak tahu sangat, apa salahnya kalau bercerita?

 

Hari minggu kembali buat sekian kali. AKhirnya, ada juga masa untuk doctor muda ini bermalas atas katil setelah sekian lama bertungkus lumus di hospital. Masa yang berharga ini digunakan dengan sebaik yang mungkin oleh Jihye untuk tidur!! Yeah!

           “Wait!! Tak lama lagi aku akan bergelar seorang isteri untuk Kai, ibu untuk anak-anak kami dan nenek untuk cucu-cucu aku tapi aku masih lagi bermalas atas katil?!! No!” bentak Jihye seorang diri sambil bangun dari tidurnya. Sepantas yang mungkin Jihye menuju kearah dapur setelah membasuh wajahnya.

          Bahan kering yang berada didapurnya dibelek. Tepung, telur, susu, coklat masakan, mentega, roti, jam dan beras. Jihye merengus kasar melihat barang dapur yang tinggal. Tapi, bahan yang berada di dapurnya cukup untuk memasak kek coklat ! nasib baik gula dan garam masih berbaki.

          “apa salahnya kalau aku buatkan dia kek? Baru dia tahu anak dara ni pandai memasak!” Jihye tersenyum kambing sebelum mula membuat kek coklat untuk Kai. Setelah siap dikukus, Jihye terus bersiap sebelum menelefon teksi. Biarlah susah sedikit, asalkan boleh gembirakan hati si dia!

 

Jihye memandang rumah teres dua tingkat itu lama sebelum melangkah mendekati loceng. Ding..dong.. Loceng yang terdapat ditepi pagar ditekan berkali-kali namun Kai  langsung tidak munculkan diri. Kereta ada, tapi kemanalah dia pergi? Takkan naik teksi kot nak keluar pagi-pagi buta macam ni? Pintu pagar tak berkunci.

          “Kim Jongin! You ada didalam ke?” tempik Jihye dengan kuat sambil melangkah masuk kedalam kawasan rumah Kai. Tiada jawapan. Pintu rumah diketuk berkali-kali tetapi secara tiba-tiba pintu itu terbuka sedikit apabila Jihye mengetuknya. Hatinya tiba-tiba berasa tidak senang.

Pintu rumah ditolak sedikit demi sedikit sebelum Jihye ternampak tubuh Kai terbaring kaku dengan berlumuran dengan darah. Darah Jihye seakan-akan tersentap melihat keadaan Kai sebelum dia terduduk lemah dimuka pintu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
feel jerk with this story? huhu..nevermine :D

Comments

You must be logged in to comment
syafieyka #1
Chapter 36: woahhh.!! daebak.!!
you did well.!
sye suka fic ni. best gile
RayhanAdni #2
wowwww best cerita ni. ada saspen. saya nak author-nim teruskan update ^^