chapter 3

A rose for you

Dari jauh Seolhyun dapat menangkap tubuh Jihye sedang duduk sambil menutup wajahnya dengan tapak tangannya.Dengan pantas langkahnya diatur kearah Jihye. Belakang sahabatnya diusap lembut sebelum Seolhyun duduk disebelah Jihye.

         Dengan sekelip mata sahaja, Jihye terus mendakap Seolhyun dengan erat lalu menangis semahu-mahunya dibahu Seolhyun.

        “aku takut Seolhyun….aku takut….” Terketar-ketar Jihye menyusun ayatnya kerana matanya masih dibanjiri dengan air mata. Rasa sedih kuat mencengkam dalam dirinya.

           “kau jangan takut…dia okey punya…. Sekarang ni, kau berdoa ajelah agar dia selamat ye?” pujuk Seolhyun dengan lembut. Jihye melepaskan pelukannya sebelum memandang wajah Seolhyun lama. Air mata yang membasahi pipinya dikesat dengan tangannya sebelum Jihye merenung Seolhyun lama.

           “thanks Seolhyun sebab temankan aku…”

Seolhyun hanya tersenyum kecil kepada Jihye. Melihat darah yang melekat pada tubuh Jihye, Seolhyun terus menarik Jihye bangun lalu berkata, “jom…basuh dulu darah tu…nanti kita tunggu sama-sama ye?”

Seolhyun terus membawa Jihye kearah tandas dan membantu sahabatnya untuk membersihkan darah yang melekat pada baju dan tangan Jihye. Jihye hanya membiarkan Seolhyun mencucinya manakala Jihye hanya termenung memandang wajahnya pada cermin. Air paip ditadah sebelum Jihye mencuci wajahnya yang terdapat kesan darah Kai.

            Setelah siap mencuci kesan darah pada tubuh Jihye, mereka berdua berjalan semula kearah ruangan menunggu dihadapan dewan bedah.

              “Dr. Jihye. Saya Ins.Sehun dan dia Ins.Luhan. Boleh kita berbincang sebentar?”

Jihye dan Seolhyun masing-masing memandang kearah dua orang pegawai polis yang lengkap beruniform di hadapan mereka berdua.

            “ya boleh.” Jawab Jihye lalu terus berjalan kearah dua orang pegawai polis sambil ditemani oleh Seolhyun.

            “ boleh cik ceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang encik Jongin?”

Jihye menarik nafas berat sebelum memandang wajah mereka berdua.

            “ Actually Jongin seorang anak yatim piatu sejak dia berumur 20 tahun. Dia tiada saudara mara langsung sebab ibu bapanya merupakan anak tunggal. Sekarang dia bekerja sebagai akauntan di Bank SM. “ segala latar belakang Kai diceritanya tanpa tinggal walau sedikit pun.

           “And, apa tujuan doctor ke rumah Jongin pada waktu itu?” sampuk Sehun pula.

           “Saya pergi ke rumahnya untuk menghantar kek coklat. Saya tahu pagi-pagi macam tu dia takkan kemana tambahan pula hujung minggu.”

Sehun mencatit segala keterangan Jihye tanpa meninggalkan sebarang maklumat yang penting untuk menyelesaikan kes ini.

            “ Ok. Berdasarkan siasatan kami terhadap rumah Jongin, rumah dia dirompak kira-kira 4 pagi. Orang yang pecah masuk kedalam rumah Jongin bukannya hendak mencuri wang sebab duit dan barang berharga yang berada dirumah Jongin masih ada. Mereka hendak mengambil sesuatu yang berharga dari Jongin. And, rumah Jongin bersepah disebabkan terdapat pergelutan antara Jongin dan juga pencuri. Jadi, boleh saya tahu adakah Jongin mempunyai musuh diluar sana?” soal Luhan setelah memberi sedikit sebanyak maklumat yang diterimanya dari jiran tetangga Kai.

            “saya tak ada pula tahu dia ada musuh disana sebab dia tidak suka cerita tentang kerjanya pada saya.” Jawab Jihye perlahan.

           “ok. Terima kasih atas semua maklumat yang cik berikan tadi. Kalau ada apa-apa perkembangan, sila telefon kami berdua ye. Ini nombor  saya.” Luhan menghulurkan kadnya sebelum berlalu pergi setelah bersalaman dengan Jihye dan Seolhyun.

 

Tidur Jihye tiba-tiba diganggu oleh seseorang. Jihye terpisat-pisat bangun sebelum terkejut melihat Jessica dihadapannya, doctor yang mengetuai pembedahan terhadap Kai.

            “sunbae…macam mana dengan Jongin?!!” lengan baju Dr.Jessica ditarik dengan kuat. Biarlah dia dimarahi, asalkan dia tahu akan perkembangan Kai.

             “Jihye…awak sendiri tahu kan apa yang bakal berlaku terhadap dia kan? Dia alami pendarahan dalam otaknya. Kita hanya mampu berdoa agar dia selamat. Saya dan senior yang lain dah melakukan tugas, sekarang kita hanya mampu berharap pada keajaiban yang bakal berlaku terhadap Jongin.” Belakang Jihye diusap dengan lembut sebelum Jessica berlalu pergi.

Jihye tahu keadaan Kai pasti teruk sekarang. Semasa Jihye melihat keadaan Kai dirumahnya, sememangnya kepala Kai dikerjakan dengan teruk sekali.

           Jihye menggenggam penumbuknya dengan erat. Tiada apa yang boleh dilakukan olehnya untuk menyelamatkan Kai .Apa gunanya ada seorang tunang bercarrier doctor tetapi tidak dapat merawat tunangnya sendiri?

             “Unnie!!! Biar saya yang bertanggungjawab terhadap dia! Saya janji akan menjaganya dengan baik!! Kos perubatannya juga saya yang akan tanggung!!” jerit Jihye kuat sambil menggenggam lengan Jessica.

Jessica menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin sebelum tersenyum. Bahu Jihye digosoknya sebelum Jessica memberi kata putus.

            “saya faham niat awak tu. Tapi, seorang doctor pakar pun tak mampu untuk mengawal perasaannya apabila berhadapan dengan keluarganya sendiri. Saya harap, awak faham maksud saya ni. Tapi saya akan beri keizinan untuk awak melawat tunang awak walaupun semasa awak bertugas. Awak jangan risau, saya akan buat yang terbaik untuk pulihkan Jongin.”

Jihye mengangguk laju sebelum tersenyum. Setelah berterima kasih kepada seniornya, terus Jihye masuk kedalam dewan bedah untuk membantu apa yang patut.

          Jessica memandang susuk tubuh Jihye yang menghilang kedalam bilik bedah. Baginya, bukan masanya untuk menerangkan keadaan Kai yang sebenar buat sekarang ini. Biarlah Jihye bertenang dahulu, baru dia sendiri akan menceritakan komplikasi terhadap Kai sekiranya Kai masih hidup selepas ini.

 

Jihye mengerling kedalam bilik ICU buat sekian kali. Setiap kali dia melalui koridor ditingkat 2 itu, pasti bilik nombor 2 akan dijenguknya. Apabila tugasnya selesai dengan cepat , Jihye pasti akan bergerak dengan pantas kearah wad nombor 2 itu. Mesin yang dipasang pada tubuhnya akan diperiksa dengan penuh teliti sebelum Jihye duduk disamping Kai sambil merenungnya dengan lama.

        “Hei, kenapa tak bangun-bangun lagi? Jangan nak malas sangat, bangun sekarang! You kena tengok wajah you bila botak lincin macam ni. Lawak gila! I teringat dulu you punyalah sayang rambut you kerana bagi you, rambut itu asset handsome you. Haha…sekarang asset tu dah tak ada…tepaksalah you pakai wings!” seloroh Jihye seorang diri. Namun dia yakin, Kai dapat mendengarnya.

        Sebegitulah runtin harian Jihye dan boleh dikatakan, wad Kai kini bertukar menjadi rumah keduanya. Semua baju habis diangkut kedalam wad itu dan setiap malam, Jihye pasti akan menemani Kai disana. Jarang sekali Jihye akan pulang ke kondonya. Dan, setiap hari jugalah Luhan dan Sehun datang menjenguk keadaan Kai. Seperti biasa, Jihye akan memberitahu kepada mereka berdua bahawa Kai masih tidak menunjukkan sebarang perkembangan.

 

         “doctor, adakah doctor kenal dengan Nam Woohyun?” Sehun mengeluarkan sekeping gambar yang menunjukkan wajah Woohyun yang dimaksudkan oleh mereka.

        “tak silap saya, Woohyun merupakan rakan sekerja Jongin juga.” Jawab Jihye setelah memerhati gambar tadi. Dia juga pernah terserempak dengan Woohyun semasa dia dan Kai keluar membeli barang bersama-sama.

        “boleh cik ceritakan perihal Woohyun yang sebenarnya?”

Jihye semakin runsing dengan soalan Luhan sebentar tadi.

        “saya tak pernah tahu pun tentangnya. Apa yang saya tahu, dia rakan sekerja Jongin. That’s all. Adakah Woohyun dalang untuk semua ini?”

Luhan dan Sehun tersenyum kecil mendengar pendapat Jihye. Nampak sangat yang Jihye ingin mengetahui siapalah dalang untuk semua ini.

         “actually dr.Jihye, Woohyun ini telah lama dipecat dari bank itu. Tak silap saya sudah sebulan lebih dia menghilangkan diri dari pengetahuan rakan-rakannya yang lain. Dengar kata Woohyun telah pecah amanah dalam menjalankan tugasnya dan hampir menyebabkan bank itu kehilangan dua juta ringgit! Sejak Woohyun dipecat, Jongin mula berubah. Dia langsung tidak ramah dengan pekerja-pekerja bank disitu sehinggalah ke hari ini. And, dari spekulasi kami berdua, maybe Woohyun terlibat sama dalam kes ini.” Terang Luhan panjang lebar. Masalah semakin complicated! Apa sebenarnya yang telah berlaku di bank yang terkemuka itu?!

 

--------------------------------------------------~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~------------------------------------------

hallo cmua! yeah, akhirnya notebook ni x wat gila nk jammed bila sy nk wat citer ni..Yuhoo!! EXTREAMLY HAPPY... ok, sapa-sapa yg sdg baca citer ni, thank you verryyiiee much! luv u~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
feel jerk with this story? huhu..nevermine :D

Comments

You must be logged in to comment
syafieyka #1
Chapter 36: woahhh.!! daebak.!!
you did well.!
sye suka fic ni. best gile
RayhanAdni #2
wowwww best cerita ni. ada saspen. saya nak author-nim teruskan update ^^