mesin air gila!

spirit of the coin

Mp3 didalam lokernya diambil sebelum Woohyun menghempaskan badannya keatas katilnya. Nasib baik program pada malam ni tidak seteruk malam semalam. Hanya menjalankan aktiviti ice breaking (again) di dewan besar itu.

           Secara tiba-tiba pintu bilik terkuak dari luar lalu muncul J-hope, ahli dormnya meluru masuk dengan sekotak pop corn ditangannya. Oit, mana pulak dia ni dapat pop corn kat sini?

           “weih..semalam kenapa kau  tak balik bilik?” earfon ditelinga Woohyun segera dicabut keluar. Waktu nilah peluang untuk dia bertanya kerana rehat tengahari tadi J-hope tak balik bilik~

          “aku..urghh…” serba salah pula J-hope hendak bercerita namun takkan nak tolak aje permintaan rakan sebiliknya tu?

Setelah memastikan bahawa pintu dorm dikunci, terus J-hope melompat duduk keatas tilamnya yang berada bersebelahan dengan katil Woohyun.

          “sebenarnya, bukan aku seorang je tau yang tak balik bilik semalam..ada 6 orang!” habis, pecah sudah rahsia tu!

          “haishh…aku tak nak tau pasai diorang, yang aku nak tau pasai kau! Nasib baik bilik Sungkyu sama level, kalau tak mereputlah aku tidur sorang-sorang..so, kenapa?”

         “aku kena rasuk..but aku tak berapa nak ingat sangatlah tapi for sure….”

 

(flashback)

Ralik punya ralik, akhirnya J-hope tidak sedar bahawa ahli groupnya telah pergi jauh kehadapan. Itu semua adalah kasut but punya pasal! Bukan main susah J-hope hendak menarik kasut itu turun tapi yang bila sudah berjaya mendapatnya, baru dia sedar dia keseorangan.

          “weihhh!!!anyone?!! Costa Rica?!!” kelam-kabut J-hope mengutip kasut but itu lalu terus berlari dengan laju dicelah-celah hutan yang tebal itu. Kasut di dakapannya dipeluk dengan erat sambil matanya meliar memandang sekeliling.

            Lari-jogging-jalan-jogging-jalan…akhirnya J-hope terserempak dengan Bomi yang sedang berjalan seorang diri.

           “kau pun sesat?” cepat-cepat J-hope berlari mendekati Bomi yang kelihatan serious. Mana taknya,Bomi  jalan seorang diri tanpa lampu suluh!

            Bomi tidak menjawab soalan J-hope. Malah Bomi kelihatan seolah-olah tidak melihat J-hope kerana selamba badak je dia berjalan lagi kehadapan. Terkekek-kekek J-hope mengejar Bomi lalu berjalan beriringan dengan Bomi.

            “kau group apa? Kau tak kisah kan aku ikut kau? Lagipun bahayalah kalau kau jalan sorang-sorang kat dalam ni…” eleh, dia risaukan Bomi atau risaukan diri sendiri?

             D.I.A.M…

Bulu roma J-hope sudah terpacak tinggi. Secara tiba-tiba dia rasa seram sejuk pula walaupun tiada angin yang bertiup pada malam itu.

          Sejak aku terserempak dengan perempuan ni, terus aku rasa lain macam je… cepat-cepat J-hope menggosok-gosok lengannya yang kesejukkan.

         Papp!! Adeh, terjatuh pulak kasut but yang dijumpainya tadi. Lambat-lambat J-hope mencapai kasut itu namun apa yang dilihatnya kini sukar dipercayai.

         Tangannya mula terketar-ketar mengambil kasut but itu sebelum J-hope mula berjalan berundur menjauhi ‘Bomi’.  Kini baru dia tahu kenapa bulu romanya terpacak. Kaki Bomi langsung tidak mencecah tanah, dan dari situ J-hope sedar bahawa dia sedang berjalan bersama makhluk halus yang menyamar sebagai Bomi!

            Kini ‘Bomi’ berhenti bergerak kehadapan. Perlahan-lahan dia berpaling kebelakang, memerhati J-hope yang sudah pucat lesi menjauhinya.

          “kenapa awak nak lari? Bukan tadi…KAU NAK JALAN NGAN AKU?!!!” secara tiba-tiba makhluk itu menonjolkan wajahnya yang sebenar sambil berlari dengan laju kearah J-hope.

         “arghhh!!!”

(END OF FLASHBACK)

Kali ini giliran Woohyun pula yang terasa seram sejuk. Tak sangka rupanya malam semalam ada 6 peserta kena ‘usik’ didalam hutan tu!

        “kenapa kau cerita kat aku sekarang? Tak reti ka nak tunggu esok?!” rungut Woohyun sambil matanya mula meliar-liar memandang disegenap biliknya.ADeh, menyesal pula dengar cerita J-hope nie!

        “laa..aku pulak? Kau dah mandi kan? Aku nak masuk mandi dulu…and kau, please jangan tinggal aku sorang-sorang pulak bila aku mandi ni k!” pengalaman pada malam semalam cukup membuatkan J-hope trauma untuk tinggal seorang diri di kem ini.

          “kau pun jangan mandi lama sangat!”

 

 

Dengan selambanya Kai berjalan seorang diri kearah dewan makan walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Fesyennya pada malam itu cukup ringkas, seluar pendek paras lutut, t-shirt berlengan panjang dan berselipar jepun.

            Haish..kalau bukan sebab tekak yang tetiba mengidam Twister, memang jangan haraplah aku nak turun malam ni! rungut Kai sambil tangannya sibuk mengira duit syiling. Nasib baiklah diluar dewan makan terdapat sebuah mesin yang menjual air minuman, kalau tak jenuhlah nak dengar mak cik kantin membebel malam-malam buta~

            Satu-persatu duit syilingnya disumbat masuk kedalam mesin itu lalu dengan yakin Kai menekan butang botol kecil Twister.

           Gedebukk!! Serentak dengan bunyi airnya jatuh, dia dapat mendengar seperti batu besar jatuh dari atas. Terus Kai mengalihkan pandangannya kearah sekelilingnya namun tidak pula dia lihat seperti ada benda yang jatuh dikawasan dewan makan itu.

           Haish..kai..just ignore it. Benda macam tu memang suka mengusik! Satu nafas ditarik dalam-dalam sebelum Kai menghulurkan tangannya untuk mengambil airnya.

          Namun, apa yang dirasa pada tangan kanannya sekarang adalah bukannya botol twister! Ia adalah tangan!!!!! Cepat-cepat Kai menarik tangannya keluar semula sebelum dia tunduk perlahan-lahan kearah mesin itu.

           “aku tak kacau kau, so better kau jangan kacau aku!!” tempik Kai seorang diri kearah mesin itu sebelum sekali lagi tangannya dihulur masuk kedalam mesin itu semula. Kali ini, secara tiba-tiba mesin itu mengalirkan cecair merah yang seakan-akan darah dibawahnya.

           Dengan cepat Kai merambat botol airnya lalu terus menarik tangannya kelaur namun tiba-tiba tangannya seakan-akan tersekat dari dalam. Kai sudah gelabah. Darah tadi mula mengalir keluar dari mesin dengan lebih banyak lagi dan mengalir dibawah Kai pula.

           “No..no..no!!! TOLONGGG!!!!”

 

*-*  *-*  *-*  *-*

So amacang ngan chap ni? Adeh..saya nk minta maaf sgt2 sbb klu x slp sy dh seminggu saya tk update kn? Huhu…my fault…sy sememangnya agk busy sbb sy nk uruskan proses sy utk smbung bljr..  ;D anyway, sy akn cuba utk siapkan citer ni sblm sy smbung bljr nnt erk? Sy x nk nnt citer ni lg skali “hiatus” . . . . . . . .  leave comment if sy ada slp dlm chap ni..almaklumlah..sy ni insan gak..pelupa~ hahahaha..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
sorry sbb lmbt sgt update citer ni :'(

Comments

You must be logged in to comment
ROVIXAYEE_96
#1
Chapter 22: Fanfic kamu sangat bagus dan kreatif. Tapi, majority semua idol dah takde, termasuk VIXX.......
ddddehyun #2
Chapter 36: Cerita ni memang best and seram but sedih jugak dengan keadaan diorng
cute_korean_girl
#3
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
cute_korean_girl
#4
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
nickyshanz #5
Chapter 36: Arhhh my Baekkie... Sedih cite ni.. Tpi best.. Sy suka
Nia_Akish #6
Saya memang tertunggu tunggu fanfics nie complete.. Best sangat :)
AsyiA_MiZuki
#7
Chapter 36: bravo a/n...
tapy cita ni sedih,but i like this story
Chanlu_kaihun
#8
Chapter 36: Hbis mcm ni je? T.T Nk lagi~ btw good job author!! I love it sooo much!! Tp sedih la ramai mati. Seram jngn ckp la. Rse nk ngis je. Saya vote ff ni!!! Ngeeeeeee ^^