where?

spirit of the coin

Air yang mengalir deras melalui paip terus ditadah lalu terus Luhan membasahi wajahnya. Sakit didadanya masih begitu, tiada tanda mahu kurang sedikit sakitnya. Nafasnya pula sudah menjadi berat. Kedua-dua belah tangannya erat memegang sinki manakala dia asyik melihat wajahnya yang sudah bertukar pucat tidak berdarah.

      “okey Luhan..keep strong!” tempik Luhan sambil menampar-nampar kedua belah pipinya. Entah kenapa sejak bangun pagi tadi, dia asyik rasa seperti ditindih di dadanya, membuatkan dia sukar untuk bernafas seperti biasa.

       Setelah beberapa saat, Luhan mula gagahkan diri untuk melangkah keluar dari tandas. Satu langkah..dua langkah..Bangg!! tiba-tiba pintu tandas yang paling hujung terkatup dengan kuatnya, sedangkan tiada angin langsung!

       "sapa tu?" perlahan-lahan Luhan menghampiri tandas itu namun secara tiba-tiba pintu itu terbuka secara perlahan-lahan lalu muncul satu makhluk yang bergelumang dengan darah merangkak keluar kearahnya dengan laju.

        "Makk!!" 

 

       Dari tadi Sehun melilau di sekeliling kawasan dewan namun batang hidung Luhan langsung tidak dijumpainya. Yang peliknya, tiada sesiapapun yang tahu kemana Luhan si deer itu menghilangkan diri sejak dari tadi.

       “eleh, sudah-sudahlah berkepit dengan Luhan hyung tu..mai kepit dengan hyung pulak!” dengan pantas Chanyeol menarik tubuh Sehun kebawah ketiaknya. Ambik…terus bertapa dibawah ketiak masam yang tidak mandi pagi!

        “apa hyung ni..!! lepaslah!!” rungut Sehun sambil cuba melepaskan diri dibawah ketiak Chanyeol dan yes! Berjaya juga!

         “alolo…merajuk pulak maknae kita nieh!! Okeylah..fine..merajuks!” bentak Chanyeol lalu terus melompat turun dari atas bangku dan berdiri dihadapan Sehun.

          “tadi hyung ada nampak Luhan hyung bejalan kat belakang sana..dari tadi tak balik-balik pun..pergilah try tengok dulu..” jawab Chanyeol sambil menundingkan jarinya kearah bangunan asrama mereka. Adeh, bila teringat peristiwa malam tadi, buat orang meremang je bulu roma!

          “thanks hyung!” dengan pantas Sehun terus berlari anak kearah bangunan asrama yang dimaksudkan oleh Chanyeol.

           Langkah Sehun diperbesarkan apabila tiba-tiba dia rasa seram sejuk apabila melangkah mendekati kawasan asrama. Tambah pulak dia sekarang sedang bersendirian, habis tegak semua bulu roma kerana kawasan asrama agak jauh dengan kawasan dewan!

           “Luhan hyung!!” jerit Sehun berkali-kali namun hampa…tiada sahutan berbalas daripada Luhan.Sedang Sehun melilau-lilau mencari Luhan, akhirnya dia ternampak kelibat Luhan di tingkap di salah sebuah bilik di tingkat 3 bangunan asrama.

          “apalah yang mamat ni buat kat atas sana?!” rungut Sehun sambil melambai-lambai tangannya kearah Luhan, memberi isyarat supaya Luhan turun sekarang.

          Perlahan-lahan, Luhan berpaling lalu kelibat Luhan hilang dari pandangan Sehun.

       “woi! Kau buat apa kat sini?!” secara tiba-tiba bahu Sehun ditampar oleh seseorang, membuatkan Sehun terus berpaling.

         Tiada orang…

Sehun terpanar melihat suasana dibelakangnya. Baru sahaja tadi dia rasa seperti ada seseorang menyapanya sambil menampar bahunya, namun kini dibelakangnya tiada sesiapapun!

PANGG!!!

Sehun tergamam melihat tubuh Luhan melayang jatuh dari tingkat tiga dengan serpihan kaca dari tingkap bilik yang dirempuh oleh Luhan.

 

Taeyeon melangkah menghampiri kawasan hutan dengan perlahan-lahan. dia tahu ni kerja gila, but keep calm first!

       "weihh!! kau nak buat apa kat dalam sana?" tempik Taeyeon melihat Yonghwa yang masih berjalan dengan perlahan kedalam kawasan hutan.

       "wooii!! kau dah hilang akal ke?!" tempikTaeyeon lagi apabila Yonghwa langsung tidak memberi sebarang reaksi. Amboi...sesuka hati je tak layan orang! 

       Secara tiba-tiba Yonghwa berhenti berjalan lalu berpaling memandang Taeyeon dibelakangnya. Yonghwa mula tersenyum lalu secara tiba-tiba dia melipat kakinya keatas kepala dan mengesot dengan tangannya kearah Taeyeon. Wajahnya pula turut bertukar menjadi 'creepy'!

        "babun tua!!" jerit Taeyeon dengan kuat sebelum melarikan diri dari makhluk yang menyamar sebagai Yonghwa tadi.

 

 

Hoho...selamat hari raya aidilfitri kepada semua readers yg mnyambutnya. saya disini nk mohon ampun maaf atas sgla salah laku spnjg kita berkenalan. acewahh..hoho..saya tahu citer ni dh terbengkalai nk dkt sebulan kn? huhu..maafkn saya yg jahil ni..apa-apa pn..ini je yg saya smpt taip sblom sy mlgkh masuk ke kolej smul..berperang dgn UPS1!! huargh....okeylah..maybe slps UPS1 ni, bolehlah sy nk tarik nafas lega smsa taip cite ni kn? hohoho..k, bye2!!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
sorry sbb lmbt sgt update citer ni :'(

Comments

You must be logged in to comment
ROVIXAYEE_96
#1
Chapter 22: Fanfic kamu sangat bagus dan kreatif. Tapi, majority semua idol dah takde, termasuk VIXX.......
ddddehyun #2
Chapter 36: Cerita ni memang best and seram but sedih jugak dengan keadaan diorng
cute_korean_girl
#3
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
cute_korean_girl
#4
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
nickyshanz #5
Chapter 36: Arhhh my Baekkie... Sedih cite ni.. Tpi best.. Sy suka
Nia_Akish #6
Saya memang tertunggu tunggu fanfics nie complete.. Best sangat :)
AsyiA_MiZuki
#7
Chapter 36: bravo a/n...
tapy cita ni sedih,but i like this story
Chanlu_kaihun
#8
Chapter 36: Hbis mcm ni je? T.T Nk lagi~ btw good job author!! I love it sooo much!! Tp sedih la ramai mati. Seram jngn ckp la. Rse nk ngis je. Saya vote ff ni!!! Ngeeeeeee ^^