barang yang hilang

spirit of the coin

Meredah hutan bukanlah satu pengalaman yang menarik buat para peserta kem jati diri ini. Tambah-tambah pula kena redah hutan malam-malam buta sebaik sahaja program memilih nama untuk group masing-masing telah tamat!

           “gosh! Gelap-gelap macam ni, boleh ke kita jumpa benda yang hilang tu?” rungut Naeun sambil kuat memegang lengan Taeyeon yang berjalan dihadapannya.  Lampu suluh yang dibekalkan oleh pihak kem langsung tidak membantunya untuk melihat didalam hutan yang gelap ni!

           “manalah unnie nak tahu..anyway, kenapa kamu pegang lengan unnie kuat sangat ni? Haish..” serta-merta Naeun melepaskan genggamannya sebaik sahaja ditegur oleh Taeyeon. Baru je tadi aku kenal kau, suka hati pulak nak manja dengan aku? Pi balik peluk bantal busuklah kalau takut!

            Sebaik sahaja group Bosnia yang terdiri daripada Suho,Naeun, Taeyeon, Hyeri, Yongguk, Ravi dan Woohyun bergerak jauh kedalam hutan yang seluas  5 ekar itu, serta merta Yongguk yang berjalan dihadapan sekali berhenti.

            “kenapa berhenti?!” jerit Woohyun yang berjalan dibelakang. Agak pelik juga dengan tindakan drastic Yongguk berhenti secara tiba-tiba.

              “wait a minute..everyone, gather here…ingat tak apa yang komander Jin cakap tadi?” serta-merta mereka semua mula mengingati arahan dari Komander Jin sebelum mereka semua dikehendaki untuk masuk kedalam hutan.

             “secara tiba-tiba barang terpenting untuk kem ini hilang dalam hutan ni. So, apa yang saya nak kamu semua buat ialah cari barang yang hilang itu. Kumpulkan semua barang itu sebanyak yang mungkin dan group yang berjaya kumpul barang yang hilang itu, akan diberi 12 point. Group kedua akan diberi 11 point dan seterusnya. But, untuk kumpulan yang tidak menjumpai walau satu pun barang yang hilang itu, group korang tidak akan diberi walau satu point pun. Saya bagi setengah jam dari sekarang!”

            Suho menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya perlahan-lahan. Barang apa yang hilang, and the most important is, barang tu penting buat kem…hhmm….dagunya digosok-gosok untuk mendapatkan ilham hutan.

              “I got it! How about baju kem? Well, setiap kem pasti sediakan satu baju khusus untuk peserta kan?” cadang Hyeri dengan penuh semangat. Suho terus mengangguk mengiayakan cadangan bernas Hyeri itu.

             “anyway, kita tak boleh bergerak macam ni aje..apa kata kita berpecah cari barang kem?Lagi cepat!” lagi satu idea hebat dan menggila dari Ravi. Masa yang sesuai untuk meluahkan ideanya yang dari tadi lagi bersarang dalam kepalanya. Keenam-enam pasukannya terus bersetuju untuk berpecah demi mencari baju kem yang disangka-sangka oleh mereka.

             AKhirnya kumpulan Bosnia dibahagi kepada dua.Yongguk ,Suho dan Taeyeon bergerak sekali kearah barat hutan manakala Naeun, Hyeri,Ravi dan Woohyun bergerak kearah timur hutan. Mereka langsung tidak mempunyai idea bahawa idea sebegitu boleh mengundang bahaya, tambah-tambah pula dimalam jumaat ini.

 

         5 minit berlalu namun kumpulan Canada ini masih lagi clueless dengan hint yang diberi oleh Komander Jin sebentar tadi. Pusing sana,pusing sini..mereka lansung tidak menjumpai satu barang pun yang dikatakan penting untuk kem. Apa yang mereka jumpa ialah pokok, ranting, burung hantu dan…

         Lampu ditangan Ken terus disuluh menerawang disekeliling hutan itu. Tugasnya untuk berjalan dibelakang sekali adalah untuk melihat sebarang benda yang mungkin mereka terlepas pandang dan juga untuk menjaga keselamatan peserta perempuan~ tugasnya juga turut dibantu oleh Luhan yang pada mulanya dia sendiri tidak tahu jantina lelaki itu! Nak buat macam mana, nampak macam perempuan, tapi nasib baik rambut pendek!

            “Arghh!! Pacat!!!” tiba-tiba kumpulan Canada ini menjadi riuh apabila seekor pacat hinggap dilengan Yura yang terdedah itu. Waktu itu, Chorong secara tidak segaja tersuluh lampunya kearah  lengan Yura yang berjalan dihadapannya. Apa lagi, menjerit sakanlah dia sebab terkejut! Dengar sahaja jeritan Chorong itu membuatkan Jessica dan Yura turut panic dan menjerit ketakutan. Tambah-tambah lagi Yura sebab pacat tu ada kat lengan dia!!

            “weiihh!! Tolong buang benda ni!!!” jerit Yura yang kegelian. Jessica dan Chorong sudah melompat jauh dari Yura kerana tidak mahu menerima nasib yang serupa dengan Yura! Luhan, Ken dan V sudah berada setapak menjauhi Yura kerana mereka mana nak reti handle benda ni!

            “Shhuu…diam-diam!!” dengan pantas Minho yang berada dihadapan barisan berlari kearah Yura. Lengan Yura dipegangnya dengan erat sebelum Minho mencabut sehelai daun di pokok sebelah.

             “lamp!! Light please!!” tempikkan Minho berjaya membuatkan ketiga-tiga teruna itu tersedar lalu terus menyuluh lampu mereka kearah lengan Yura.

             “wait..im gonna pull this thing out..” dengan kuat Minho memegang pacat itu dengan menggunakan daun tadi lalu terus menarik pacat itu dengan kuat.

           “erghh..”

Dengilnya tak terkata oleh Minho apabila cubaan pertamanya gagal! Kuat juga pacat itu melekat pada kulit gebu Yura kerana sudah lama pacat itu tidak menghisap darah bandar!

           “ err…kau picitlah pacat tu sampai mampus!” ujar Luhan yang geram dengan kedegilan pacat itu. Tak faham ke orang nak cepat ni?!

           Cubaan kedua, dengan kudrat yang masih berbaki, akhirnya Minho berjaya juga menarik pacat itu dari lengan Yura. Air minuman Yura terus digunakan oleh Yura untuk membasuh lengannya yang dihinggap oleh pacat tadi. Geli siot!

                “balik bilik satgi kena rendam semalaman jugaklah tangan aku ni!” rungut Yura sambil menggosok-gosok lengannya.

              Sebaik sahaja Minho berjaya mencabut pacat itu, Ken terus mengeluh lega tatkala masalah kumpulan mereka telah selesai. Namun, kini baru dia sedar, ahli kumpulannya tidak cukup!

              “weih..mana Jes…ur..leader kita?!” tempik Ken dengan risau tatkala sedar akan kekurangan ahli groupnya.

             “wait..bukanke group kita ni ada….5..ehh..6 kan? So, selain leader kita, ada gak yang hilang jugak!” kepalanya yang tidak gatal digaru dengan kuat. Peluh yang membasahi wajah Luhan terus dikesatnya dengan kasar. Habislah, group tak cukup member!

             “6 tak silap aku…weihh..time macam ni jugaklah diorang nak hilang!” bentak Minho dengan kasar lalu terus menumbuk batang pokok tadi. ADeh, senak perut pokok tu!

              Sudah lupakah mereka bahawa kumpulan mereka mempunyai 7 ahli?

 

Jalan, jalan dan jalan, akhirnya group Netherlands terserempak dengan group Peru. Secara kebetulan mereka terserempak selepas 15 minit mereka berpusu-pusu didalam hutan yang gelap itu.

           Apa lagi, pertemuan semula selepas terpisah buat satu jam yang lalu terus terjadi. Bukan main lagi diorang berpelukan, macam sudah setahun terpisah!

           Lay dan Kris, Himchan dan Zelo, Jongshin dan Yonghwa, Cl dan Sandara, Jihyun dan Hyuna…tapi 3 peserta yang lain hanya terdiam melihat penyatuan ini ditengah-tengah hutan. Dramatik gila!

           Semasa dua kumpulan itu bertembung, Sungkyu yang kelihatan agak bosan mula mengira ahli membernya kerana baru dia perasan kalau dua group bertembung, sepatutnya sekarang ada 14! Tapi kenapa sekarang cuma ada 13 sahaja?!

           “okey, stop the drama..we need to do our mission. Kat luar hutan nanti, korang nak bersuap ke, berpeluk sakan ke, even nak ber’highfive pon…korang buatlah, but sekarang I have to interrupt ok? So…dah!” serta merta Yoona masuk ketengah-tengah untuk menghentikan drama hutan ini. Berbulu okey mata aku!

           “urgghh…cakap ajelah yang kau jeles sebab geng snsd kau tak ada kat sini kan?” tempelak Himchan berseloroh. Saja nak menyakat gitu!

           “whatever..anyway I sokong dia! Jomlah cepat!” bentak Choa sambil menarik lengan Sandara supaya group mereka segera beredar dari situ. Bukan masa yang sesuai untuk jalankan drama!

         “aloh..apa kata kalau kita share sikit..sharing is caring..kita combine nak?” cadang Yonghwa, leader untuk group Perunya. Kalau combine, senanglah nanti mereka nak cari benda tu!

          “No,no!! tak boleh! Absolutely no!! Netherlands, lets go!” cepat-cepat Sandara menggajak ahlinya untuk pergi dari situ. Kalau share, nanti kalau group Peru  khianat pula macam mana?! No way, dalam game ni, konsepnya satu. Jangan percaya dengan sesiapa!

          Sebaik sahaja dua kumpulan ini terpisah, Sungkyu mula mengira ahli kumpulannya.

          “weih..kenapa group kita tinggal 5 orang aje ni?!” jantung Sungkyu mula berdegup kencang tatkala baru sedar 2 ahli Netherlands sudah hilang!

           “alamak! Jangan kata dua ekor tu tersesat kat group tadi!” tempelak Kris sambil menampar dahinya dengan kuat.

           Akan tetapi, tanpa pengetahuan mereka group Peru juga kekurangan ahli seramai dua orang juga!

 

  Author note:  Adeh..suspens saja tapi x ada pon part seram kan? Well, for your information, aktiviti oreintasi berkenalan masih belum berakhir lagi~ So, masih panjang lagi perjalanan mereka di Kem itu! So, keep waiting for another chap :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
sorry sbb lmbt sgt update citer ni :'(

Comments

You must be logged in to comment
ROVIXAYEE_96
#1
Chapter 22: Fanfic kamu sangat bagus dan kreatif. Tapi, majority semua idol dah takde, termasuk VIXX.......
ddddehyun #2
Chapter 36: Cerita ni memang best and seram but sedih jugak dengan keadaan diorng
cute_korean_girl
#3
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
cute_korean_girl
#4
Chapter 36: hoho nsib baik b.a.p ngan bts tak mati, tpi sedih jgklah ngan citer ni, dah boleh bayangkan yg dewan sekolah kmi tu tetiba je runtuh, sian yeollie sbb bacon dah takde
nickyshanz #5
Chapter 36: Arhhh my Baekkie... Sedih cite ni.. Tpi best.. Sy suka
Nia_Akish #6
Saya memang tertunggu tunggu fanfics nie complete.. Best sangat :)
AsyiA_MiZuki
#7
Chapter 36: bravo a/n...
tapy cita ni sedih,but i like this story
Chanlu_kaihun
#8
Chapter 36: Hbis mcm ni je? T.T Nk lagi~ btw good job author!! I love it sooo much!! Tp sedih la ramai mati. Seram jngn ckp la. Rse nk ngis je. Saya vote ff ni!!! Ngeeeeeee ^^