Getting
Lost In Your LoveOrang ramai mula memenuhi ruang persandingan , berpusu-pusu tetamu yang diundang menghadiri hari bahagia dua mempelai itu . Puan Narsha dan Puan Minhee, ibu kepada Ran menjadi penyambut tetamu , manis saja mereka mengenakan hanbok warna seragam iaitu pink cair .
Tak lekang senyuman di bibir mereka sebaik sahaja tetamu datang memeriahkan lagi hari itu . Ren , Choi Jin dan kawan-kawan Chanyeol di sekolah mempersiapkan laluan pengantin ke gereja itu . Di letaknya karpet merah di sepanjang jalan ke tempat membuat restu atau akad nikah ..............
"Eotteoke Una ssi!". Ran yang gelisah di bilik pengantin perempuan , mengengam sejambak bunga nya itu . Dia sudah lengkap memakai gaun putih meleret ke bawah , sarung tangan putih dan penutup muka . Walaupun hanya mengenakan solekan nipis dan bersahaja , dia masih kelihatan cantik dan comel .
"Rilek lah Ran . Adatlah tu kalau kau nervous , ntah-ntah si Chanyeol tu pun nervous gila nak mati". Usik Una sambil membetul-betulkan solekan di mata Ran . Ran menarik nafas panjang . Dia mengembungkan pipinya .
"Okay Ran , calm down . Tenang , jalan , pastu just cakap 'I do' okay ?". Ran menenangkan dirinya sendiri , namun rasa gementarnya masih lagi menguasai diri .
"Ran , nak minum air dulu k ? Jangan panik , tenang....". Una mengapai sebotol air mineral SeaMaster dan menghulurkan kepada Ran . Ran meneguknya perlahan-lahan , kira-kira 3 tegukan , barulah nafasnya kembali stabil . Dia bersandar di ker
Comments