Shinyeong

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Dua Belas: Shin Yeong Kim

 

Shin Yeong hanya mampu melihat ke persekitarannya waktu itu. Hijau. Cantik sekali. Entahlah. Dia rasa tenang sekali di tempat itu. Hatinya rasa tenteram. Mungkin juga kerana tempat itu tempat bersejarah di antara dia dan juga Xiumin. Tempat memori mereka bersama.


"Kim Shin Yeong kan? Ulzzang tu?" 

Tanya satu suara dari belakang Shin Yeong, mengejutkannya saat itu juga. Segera dia berpusing ke belakang, hanya untuk melihat seorang pemuda berdiri disitu. Dia tidaklah setinggi manapun. Cuma ketinggian orang biasa. Malah boleh dikatakan hampir lebih kurang tinggi Shin Yeong sahaja. Namun entahlah. Ada sesuatu yang diwajah itu yang menarik perhatian Shin Yeong.

"Nae.. Kenape?"

Tanya Shin Yeong lembut, hanya untuk menerima senyuman manis dari pemuda itu.

"I'm a fan of yours.. Awak cantiklah.."

Kata pemuda itu, membuatkan pipi Shin Yeong dengan tidak semena-mena berubah kemerahan. Tidak pernah lagi orang memujunya sebegitu rupa, terang-terangan. Shin Yeong hanya mampu mengukir senyuman di wajahnya sambil dia tertunduk ke lantai.


Shin Yeong hanya duduk disitu, matanya fokus kepada novel romantis yang dibacanya waktu itu. Seronok sahaja dia membayangkan watak lelaki di dalam novel tersebut sedang cuba mendekati gadis kesukaannya itu. Membuatkan Shin Yeong tersenyum lagi. Semuanya kelihatan sangat romantis. Teringin sekali dia merasakan kehidupan begitu. Walaupun cumalah sekali.

Pemuda itu datang lagi hari itu. Sudah beberapa hari pemuda itu sentiasa ada dan berbual dengannya. Namun begitu, tidak pernah sekalipun Shin Yeong mengetahui namanya. Si pemuda berkulit putih yang kelihatan seperti tupai di pandangan mata Shin Yeong itu. Kali ini Shin Yeong nekad ingin mengenali lelaki itu.

"Hmm.. Awak.. Saya nak tanya boleh tak?"

Tanya Shin Yeong lembut, seperti biasa. Membuatkan pemuda itu hanya tersenyum memandang ke arahnya. 

"Tanyalah."

Mudah jawapannya. Matanya masih lagi memerhatikan langit yang membiru hari itu, ditemani oleh kepulan awan yang berarak di langit. Cantik sekali.

"Nama awak ape eh? Saya tak pernah tahu pun..."

Tanya Shin Yeong sekali lagi, sedikit tidak sabar dalam nadanya. Dia segan pula dengan ketidaksabarannya, jelas kedengaran pemuda itu sedang tertawa kecil disebelahnya. Mungkin mentertawakan dirinya. Entahlah.

"Xiumin.. Nama sebenar Yook Xiumin tapi panggil Minmin jer.. Eomma selalu panggil macam tu jer kat rumah.."

Jawab pemuda itu, senyuman terukir di bibirnya waktu itu. Entah kenapa Shin Yeong hanya mampu memandang ke arah pemuda tidak bernama, eh. Dia sudah bernama sekarang. Dan namanya ialah Xiumin...


Pandangan Shin Yeong tiba-tiba menjadi gelap apabila sepasang tangan menutup matanya itu, membuatkan dunia cerah Shin Yeong hilang untuk seketika. Buku tersebut ditutupnya, sambil tangan Shin Yeong menyentuh kembali jari-jari yang menutup matanya saat itu. 

"Cuba teka siapa ni.."

Tanya suara itu, membuatkan Shin Yeong tersenyum lagi. Suara itu. Sudah pastilah dia mengenalinya. Tak pernah ada suara yang sama seperti suara ini. Suara yang merupakan melodi indah di dalam hidup Shin Yeong pada waktu itu.

"Ini Min kan?"

Teka Shin Yeong mudah, menyebabkan jari-jari halus tadi melepaskan pegangan pada mata Shin Yeong tadi. Nampaknya Shin Yeong dapat meneka dengan betul lagi. Shin Yeong membuka matanya perlahan-lahan, memandang ke arah Xiumin yang memandangnya dengan pandangan pelik saat itu. 

"Macam mana Shin taw itu Min?"

Tanya Xiumin, matanya memandang tepat ke arah Shin Yeong. Dia sedang berfikir mungkin, dahinya itu berkerut-kerut memikirkan cara Shin Yeong meneka dirinya sendiri. Entah kenapa, Shin Yeong rasa sangat bahagia waktu itu. Dia tidak mahu melepaskan Xiumin pergi. Mungkinkah dia sudah mula sayangkan Xiumin??


"Sebenarnya.. Err..."

Kata Xiumin, sedikit tergagap saat itu. Entahlah. Jarang Shin Yeong melihat Xiumin sebegitu rupa. Shin Yeong memandang ke arah Xiumin lagi, namun entah kenapa Xiumin seperti melarikan pandangan matanya dari Shin Yeong, membuatkan gadis itu sedikit hilang pertimbangan. Sudahlah Xiumin tiba-tiba memanggilnya keluar di malam-malam buta ini, berjumpa dibawah pohon tempat mereka selalu bertemu.

"Yang sebenarnya--"

"Shin suka kat oppa. Aniya! Shin cintakan oppa!" 

Pengakuan berani Shin Yeong sememangnya mengejutkan Xiumin waktu itu. Matanya tidak berhenti berkelip memandang gadis itu, masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. Shin Yeong sudah pun berpaling dari memandang ke arah Xiumin waktu itu, membuatkan Xiumin terus memaut tangan gadis itu, memeluknya dengan erat sekali dari belakang. 

"Mana Shin nak pergi?"

Tanya Xiumin, menyebabkan Shin Yeong terdiam seketika. Tidak pernah dia dan Xiumin sedekat ini selama ini. Nafas Xiumin yang dapat dirasakan di tengkuk Shin Yeong. Degupan jantung yang berdegup seperti mahu keluar dari rusuknya. Segalanya seperti begitu dekat saat itu. Entah bagaimana bibir mereka bertemu dan mereka berkongsi sesuatu yang tidak pernah mereka rasai sebelum ini.


"Yah oppa.. Sure ke? If eomma oppa tak suke Shin macam mana?"

Tanya Shin Yeong, membetulkan skirtnya untuk kali yang ke berapakah. Dia pun tidak tahu. Sudah hilang kiraan. Xiumin hanya tertawa kecil, membuatkan Shin Yeong memandangnya dengan pandangan keji waktu itu. Kenapalah Xiumin ingin membawanya berjumpa dengan eommanya hari ini??

"Shin dah nampak cantik dah.. Besides, eomma Min bukannya makan orang pun. Dia baik sangat.. Maybe orang yang paling baik Shin akan jumpa.."

Kata Xiumin, hanya tersenyum sambil bercerita mengenai eommanya. Entah kenapa Shin Yeong dapat merasakan bahawa Xiumin seorang yang baik. Mungkinkah ini calon suami yang dicarinya selama ini?


"Da Young.. Tengok ni.. Da Young suka tak rumah baru kita??" 

Tanya Shin Yeong, menunjukkan rumah baru mereka kepada bayi kecil didalam pegangannya waktu itu. Da Young hanya mampu tersengih sambil memandang eommanya, keduanya masih melihat-lihat rumah baru tersebut. Rumah keluarga Kim. Xiumin telah berkerja keras untuk membelikan rumah tersebut untuknya dan Da Young. 

"Shin suka tak rumah ni?"

Tanya Xiumin lembut sambil memaut pinggang Shin Yeong. Penuh kasih sayang. Membuatkan Shin Yeong tersenyum saat itu. Sememangnya dia amat menyukai rumah itu. Walaupun rumah itu tidaklah sebesar rumah pemberian eomma Mikki kepada mereka namun Shin Yeong lebih menyukai rumah itu. 

Xiumin hanya tersenyum melihat Shin Yeong sebelum mencium isterinya itu, betul-betul sebelum dia pergi meneruskan lawatannya ke sekeliling rumah tersebut. Entah kenapa Shin Yeong merasakan sesuatu yang pelik di dalam hatinya. Adakah ini cuma perasaannya ataupun Xiumin seperti ingin pergi jauh daripadanya?


"Oppa.. Sudahlah tu.. Jangan cakap lagi.."

Rayu Shin Yeong, cuba menghentikan Xiumin waktu itu. Xiumin hanya mampu tersenyum memandang ke arah Shin Yeong, tangannya cuba mengelap airmata yang sudah bertakung di kelopak mata gadis itu namun dihentikan oleh Shin Yeong. Shin Yeong seboleh-bolehnya tidak mahu menangis hari ini. Tapi melihat Xiumin begitu, hatinya rasa sayu tiba-tiba. Xiumin sudah banyak berubah dari sebelumnya. 

Wajah berkulit putih kemerahan dulu sudah berubah menjadi pucat. Pipi tembam yang menjadi trademark baozi Xiumin juga sudah susut, digantikan dengan wajah yang menampakkan tulangnya sahaja. Begitu juga dengan berat badannya. Tiada apa lagi yang sama pada Xiumin. Segalanya sudah berubah. Semua kecuali senyumannya.

Berada kembali di tempat memori ini. Xiumin yang memintanya. Bukan kehendak Shin Yeong ingin membawanya ke mari namun suaminya itu tetap berkeras mahu ke situ. Entahlah. Shin Yeong sendiri tidak faham dengan suaminya itu. Xiumin hanya tersenyum sambil melentokkan kepalanya ke bahu Shin Yeong, melihat kelopak sakura jatuh ke atas kepalanya. Perlahan-lahan Shin Yeong membuang kelopak-kelopak tersebut dari rambut Xiumin.

"Shin tahu tak Shin selalu baca buku kat sini? Hmm.. Shin comel sangat.."

Kata Xiumin perlahan, membuatkan Shin Yeong kemerahan sekali lagi. Mengimbas kembali memori yang ada, hati SHin Yeong jadi berbunga kembali. Memori itu semuanya seperti baru sahaja berlaku semalam. Masih segar dalam ingatan Xiumin.

"Oppa minta maaf tak dapat jadi yang terbaik untuk Shin.. Oppa sedar oppa teruk.. Oppa tak dapat bahagiakan Shin.. Oppa mintak maaf sangat pada Shin.. Oppa banyak buat Shin menangis.."

Kata Xiumin, mengejutkan Shin Yeong saat itu juga. Xiumin sentiasa berfikiran positif mengenai semuanya namun entahlah kenapa. Dia nampak berlainan hari ini. Tidak seperti hari-hari sebelumnya.

"Oppa janganlah cakap macam tu.. Shin bukanlah perfect macam yang oppa sangka.."

Jawab Shin Yeong, tangannya mengusap lembut tangan Xiumin. Airmatanya itu sudah mengalir deras di pipinya, menyebabkan Xiumin menutupnya dengan tangannya, dirinya masih lagi tersenyum saat itu.

"Dekat tangan oppa ni ada tulis nama orang yang oppa sayang sangat-sangat.. Tapi kalau Shin nangis, nanti nama tu hilang.. So berhentilah nangis.."

Kata Xiumin lembut, hanya membuatkan airmata Shin Yeong mengalir lebih deras. Tidak mahu berhenti. Terus mengalir. Siapa yang Shin Yeong ingin tipu saat itu? Dia lebih dari tahu keadaan Xiumin sekarang, namun... Airmata Shin Yeong sudah tidak tertahan lagi.

"Shin-ah.. Mian.. Saranghae, Kim Shin Yeong..."

Kata Xiumin perlahan, tangan yang sebentar tadi menutup mata Shin Yeong hanya terkaku disisi Xiumin, sudah tidak bergerak lagi. Walaupun Shin Yeong tidak mahu mengakuinya, dia sendiri memahami maksudnya. Lelaki yang pernah dikenalinya suatu masa dahlu telah pergi meninggalkannya. Tidak kembali lagi.

Shin Yeong perlahan-lahan melihat tangan Xiumin saat itu, kesan dakwat comot dari tangisannya tadi. Perkataan yang tertulis disitu mungkin sudah hilang namun Shin Yeong dapat melihat sedikit dari perkataan yang tertulis disitu..

-Kim Shin Yeong and Kim Da Young-

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ