Yura

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Enam Belas: Yura Yook

 

Yura hanya memandang dari jauh. Sudah seringkali dia berbuat sedemikian. Hari-hari. Aik. Dah macam stalker dah bunyinya. Mungkin jugak. Dah dekat hari-hari dok pandang orang yang sama. Dok rekod apa yang orang tu buat. Dok jadi fangirl bila orang tu buat something yang menarik perhatian. Dah bunyi macam sasaeng fan la pulak.

Dia hanya duduk disitu bersama dengan anak-anak kecil. Oh. Lauren dan adik perempuan Yura, Ilayda. Mason pun ada juga disitu. Entah apelah yang dibualkan oleh mereka saat itu. Adakalanya Yura sendiri tertanya-tanya sampai bila dia hendak buat begini. Jadi sasaeng fan orang yang seperti dia. Hanya memandang dari jauh.

Yura hendak juga rasa bagaimana bercinta. Rasa itu. Entahlah. Sejak kegagalannya dalam bercinta, Yura jadi serik. Sekali sudah cukup. Kepahitan itu. Segalanya cuma.. Entahlah. Yura pun tidak tahu. Suho tak salah. Mungkin dia yang belum bersedia.

"Cik adik, tak elok taw mengintai orang ni.. Taw la saya hot.."

"Oh mak kau!!"

Latah Yura, terkejut mendengar suara tersebut yang datang dari belakangnya, menyebabkan kamera DSLR miliknya itu terjatuh ke tanah saat itu. Berderau darahnya apabila orang menegurnya sebegitu rupa. Apatah lagi suara itu betul-betul seperti dikenali olehnya...

Memandang ke arah pemuda itu saat itu. Entah kenapa jantung Yura terasa seperti sudah terhenti. Seperti darahnya langsung tak boleh mengalir. Nafasnya berhenti. Semuanya terhenti. Kenapa?? Korang tanya lagi kenape?

Dia cuma berdiri disitu. Pemuda itu. Kulit putih itu. Mata sepet itu. Muka seperti hamster tu. Pipi tembam tu. Ape semua ni? Kenapa dia yang berdiri kat sini?

Kenapa orang yang jadi punca Yura jadi sasaeng fan yang berdiri kat depan dia ni sekarang ni????

"Err.. Saya kena pergi dulu.. Eomma saya dah panggil..."

Kata Yura, terus berlari meninggalkan pemuda itu disitu, berlari terkedek-kedek seperti seekor penguin. Terburu-buru sangat sampai dia terlupa akan kamera DSLR miliknya yang tertinggal di atas tanah saat itu.

"Menarik betul..."

Kata pemuda itu mudah, tersenyum sambil mengangkat kamera tersebut, menyimpannya di dalam beg yang dibawa sejak tadi. 

"Apehal pulak kau senyum sorang-sorang ni Suga? Giler ape?"

Tanya satu suara dari belakang pemuda itu, membuatkan pemuda itu berpaling memandang sahabatnya, Chen yang sudah berdiri di belakangnya. Dia bukan tak tahu Chen benci menunggu. 

"Aishh.. Kau ni.. Jomlah.. Aku belanja kau makan la.."

Kata Suga, terus memaut leher Chen sambil menarik sahabatnya itu sekali. Sekurang-kurangnya itu sahaja yang mampu dilakukan untuk sahabatnya yang seorang itu...


"Yura..."

Suara yang datang dari belakang Yura saat itu membuatkan gadis itu terpana seketika. Apa pulak yang dia mimpi sekarang ni? Suara angelic yang datang entah dari mana. Yura kenal sangat dengan suara tu.

"Err.."

Kata-kata yang hendak keluar dari mulut Yura jadi tersekat dekat kerongkongnya. Tersekat. Tak boleh keluar. Orang putih cakap speechless. Bahasa Melayu berbunga sikit cakap kehilangan kata-kata.

Yura perlahan-lahan memandang ke belakangnya saat itu, memandang ke arah Suga yang sedang berdiri di belakangnya. Kamera DSLR milik Yura tersandang rapi di bahu pemuda itu, membuatkan Yura sedikit takut dengan reaksi pemuda itu. Pasti Suga sudah mengetahui yang Yura menjadi stalkernya selama ini. 

"Saya mintak maaf! Semua benda tu, saya janji takkan buat lagi!! Saya janji!!"

Kata Yura, tunduk kepada pemuda itu secara automatik. Dia mengerti salahnya. Dia tahu mestipemuda itu akan memaki hamun dirinya. Membenci dirinya. Yura sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Segala kemungkinan kecuali satu...

"Min Yong Gi.. Kau Yura kan? Kamera ni tertinggal hari tu.."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ