Minah

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Lima: Minah Yook

 

Memandang ke hadapannya, entah kenapa hati Minah jadi sakit. Benci? Entahlah. Menyampah? Ya. Meluat. Sudah semestinya. Minah sudah letih dengan semua ni. Letih dengan dunia ni. Letih dengan perangai manusia yang tidak reti menghargai dirinya. Ah!! Persetan semuanya. Ececeh. Bahasa tak boleh blah.

Sememangnya sejak dari tadi dia hanya duduk memerhatikan makanan yang dihidangkan dihadapannya. Bukan eommanya, Mikki tidak perasan dengan tingkahlaku anak perempuannya yang seorang itu. Perasan sungguh. Walaupun anaknya itu lebih selesa mendiamkan diri dari berkata kepadanya, dia mengerti segalanya.

"Minah ada something yang Minah nak beritahu pada eomma ke?"

Tanya Mikki lembut, membasuh pinggan dihadapannya, langsung tidak memandang anaknya yang seorang itu. Serta merta Minah tersentak dari lamunannya sebentar tadi. Eommanya pasti perasan dengan perubahannya sehingga bertanya sedemikian rupa. Minah hanya mampu memandang ke arah eommanya sekali lagi. Entah kenapa airmatanya terasa hendak jatuh waktu itu. 

Tindakan Minah yang tiba-tiba memeluknya pada waktu itu mengejutkan Mikki sepenuhnya. Sengaja dibiarkan gadis itu begitu. Hatinya mengerti sekali betapa sukarnya Minah hendak membuka hatinya, apatah lagi untuk menangis sebegitu rupa. Pasti ada yang telah menyakiti hati anak gadisnya itu. Dan entah kenapa hanya satu nama sahaja yang muncul dalam fikiran Mikki waktu itu.

"Eomma tak suka Chen."

Kata Mikki, memandang ke arah Minah, menyebabkan Minah terhenti seketika. Tak sangka eommanya akan berkata begitu. Memang selama ini eommanya ingin dia berkahwin dengan Dong Woon namun entahlah. Minah tiada hati dengan pilihan eommanya itu. Hatinya cuma nampak Chen, teman lelakinya yang sedang menjadi masalahnya sekarang.

"Tapi eomma..."

Minah cuba membangkang, menidakkan kata-kata eommanya. Entahlah. Dia tidak suka cara eommanya tidak menyukai Chen.

"Minah tinggalkanlah Chen kalau Minah dah tak sayang lagi. Kan senang? Tak payah Minah tahan sakit hati dengan perangai dia lagi."

Kata Mikki lagi, membuatkan Minah terkedu seketika. Bolehkah dia meninggalkan Chen? Minah tak pernah membayangkan hidupnya tanpa Chen. Bolehkah dia hidup tanpa Chen disisinya walaupun sehari?

"Minah sayangkan Chen. Minah cuma nak Chen ada masa dengan Minah lebih sikit je. Tak boleh ke, eomma? Salah ke eomma?"

Tanya Minah, membuatkan Mikki tersenyum melihat telatah anaknya yang seorang itu. Sengaja dia menduga hati Minah. Ternyata Minah sangat menyayangi Chen. Segera diusap kepala anaknya yang seorang itu.

"Kalau sayang, pergilah dapatkan dia."

Kata Mikki mudah, mengukir senyuman di wajahnya sambil memandang ke arah Minah. Minah hanya mengukir senyuman diwajahnya mendengar kata-kata eommanya itu. 


"Minah!! Cepatlah!!"

Kata satu suara, membuatkan Minah berlari mendapatkan pemuda tersebut. Kelihatan wajah yang sangat disayangi Minah disitu, berdiri sambil wajahnya menunjukkan wajah tidak sabar. Mungkin terlalu lama menunggu gadis itu bersiap di luarnya.

"Kau ni tak reti nak sabar ke Chen? Orang perempuan nak bersiap la! Sabar la!"

Kata Minah, mukanya sedikit merah menahan geram akibat ketidaksabaran Chen tadi. Sudahlah kakinya sakit akibat terjatuh di tangga akibat berlari mendapatkan pintu tadi. Pemuda dihadapannya ini pula seperti tidak memahami. Apalah malang sangat nasibnya mendapat teman lelaki yang tidak sensitif seperti Kim Jong Dae?

Minah baru sahaja ingin berjalan lagi apabila Chen dengan tidak semena-mena tunduk dihadapan Minah, memeriksa kaki gadis itu. 

"Kaki tu kan dah sakit. Kenapa degil sangat nak pakai high heels?"

Kata Chen, mencabut kasut tumit tinggi di kaki Minah pada waktu itu, membiarkan gadis itu dengan kaki ayam. Kaki Minah sudah sedikit bengkak waktu itu, sakit terpampang diwajahnya. Chen segera tunduk dihadapan Minah waktu itu, membelakangi gadis itu menyebabkan Minah terkejut diperlakukan sebegitu rupa.

"Naiklah. Nanti eomma kau bising pulak kau balik lambat sangat."

Kata Chen, langsung tidak memandang Minah. Menyebabkan Minah tersipu malu waktu itu. Ya. Mungkin Chen tidaklah seromantik appanya Jae pada eommanya Mikki. Ataupun sering memberikan kata-kata cinta seperti Luhan-chun dan Chan Yeol yang bakal menjadi pakciknya. Tapi satu fakta memang pasti.

Minah sangat sayangkan Chenchen yang seorang ini...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ