Baekhyun

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Tiga Belas: Baek Hyun Wu

 

Tupai. Satu nama yang tidak pernah hilang dari kotak memori Baek Hyun. Dia merindui sahabatnya itu. Walaupun setelah sekian lama sahabatnya itu pergi menghilang, entah kenapa tiba-tiba baru hari ini nama itu muncul kembali dalam hidup Baek Hyun.


"Hei, Baek Soon!!" 

Tanya satu suara dari belakang Baek Hyun sebelum dia ditolak ke dinding, menyebabkan Baek Hyun terhantuk ke dinding, membuatkan dia merintih kesakitan waktu itu. Ini pasti budak-budak sekelasnya yang membencinya waktu itu. Entahlah.

"Korang nak ape? Aku nak balik la... Nanti noona aku tunggu..."

Kata Baek Hyun, jujur. Dia tahu yang noonanya tiada pun menunggu di hadapan sekolah itu. Bukan niatnya hendak menipu namun dia sudah tidak tahan lagi diperlakukan sebegitu. Baek Hyun baru sahaja hendak berjalan pergi dari tempat itu namun ditarik balik kembali ke tempat dia bermula tadi, terduduk di lantai setelah begnya putus ditarik kasar budak-budak itu.

"Haha.. Kau fikir kau boleh pergi? Kau tak bayar lagi duit pada kami hari ni!"

Bentak salah seorang dari rakan sekelasnya itu, menyebabkan Baek Hyun berndur ke belakang. Dibandingkan dengan mereka, saiz Baek Hyun yang kecil serta mukanya yang jambu itu telah menimbulkan terlalu banyak masalah buatnya. Baek Hyun sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sekelasnya disebabkan oleh itu. Namun tidak sekali pun dia mengatakan perasaannya itu kepada ahli keluarganya.

"Hoi, kau ni! Tak payah la buli orang!"

Kata satu suara tidak dikenali di belakang mereka, menyebabkan rakan-rakannya itu berhenti seketika. Baek Hyun yang telah menutup matanya tadi terus membuka matanya, melihat seorang budak kecil yang lebih kurang sama saiz dengannya berdiri di situ. Rambut coklat kemerahan miliknya yang membara di tengah cahaya matahari waktu itu, membuatkan Baek Hyun cuma mampu memandang ke arah pemilik suara tadi.

"Ape kau nak buat hah? Kau fikir kau boleh beat kami semua ke?"

Tanya salah seorang dari pembuli itu, hanya untuk mendapat senyuman mengejek dari si budak berambut merah. Apabila di pandang sekali lagi, Baek Hyun mula melihat ciri-ciri yang terserlah di wajah itu. Muka budak itu tidaklah seperti yang diharapkan. Kulitnya cerah seperti Baek Hyun jugak. Namun pipinya. Ada sesuatu tentang pipi budak itu yang mengingatkan Baek Hyun kepada tupai.

"Memang tak pun. Sebab tu aku-- TOLONG!!!!! ADA PEMBULI KAT SINI!!"

Jerit budak tupai itu sekuat hatinya, menyebabkan guru disiplin sekolah mereka yang kebetulan berada berhampiran berjalan ke arah mereka, menyebabkan pembuli-pembuli itu bertempiaran lari menyelamatkan diri. Meninggalkan Baek Hyun dan penyelamatnya berdua di situ...

"Hei.. Kau okay tak?"

Tanya budak tersebut kepada Baek Hyun, menghulurkan tangannya sambil membantu Baek Hyun untuk bangun waktu itu. Tangan budak tupai itu disambut oleh Baek Hyun namun airmata yang tiba-tiba mengalir ke pipinya waktu itu membuatkan budak tupai itu panik, segera memeluk Baek Hyun untuk menenangkan anak itu.

"Sudahlah.. Jangan nangis.. Sebab kau nangis la diorang selalu buli kau.."

Kata budak tupai itu, suaranya berlagak seperti seorang hero yang cuba menenangkan gadis yang baru diselamatkannya sebentar tadi. Baek Hyun cuma mampu tertawa mendengar cara budak tupai itu berkata-kata. Entah kenapa budak tupai itu mengingatkannya kepada hyung-hyungnya di rumah. membuatkan budak tupai itu memandangnya dengan senyuman yang meleret.

"Kau nampak comel la bila tergelak macam ni.. Be happy.. Janganlah asyik bersedih jer. Buruk la. Macam bacon.."

Kata budak tupai itu, menyebabkan senyuman Baek Hyun hilang saat itu juga. Tidak pernah lagi ada orang yang memanggilnya dengan gelaran Bacon. Budak tupai ini yang pertama. Menyebabkan keduanya akhirnya end up bertekak sambil Baek Hyun memanggil budak tidak dikenali itu Tupai dan budak itu memanggilnya Bacon. Kedua mereka berjumpa buat kali pertama dan terakhir pada hari itu juga, namun Baek Hyun tidak pernah sekalipun melupakan Tupai tersebut.

Tupai itulah penyebabnya dia berdiri di sini hari ini, lebih berani dan bahagia dari sebelumnya. Dia tidak pernah sekalipun melupakan Tupai tersebut. Jauh di sudut Baek Hyun, dia sangat-sangat berharap dapat bertemu kembali dengan Tupai itu. Si Tupai yang sangat dirinduinya saat itu...


Lampu trafik yang berubah menjadi merah itu menyebabkan Baek Hyun cuma mengeluh sambil tangannya mengerling ke arah jamnya. Dia sudah lambat hendak menemui klien yang sangat penting saat itu.

'Pasti dia akan kehilangan projek ini.'

Bisik hati kecil Baek Hyun sambil membelokkan keretanya ke simpang kiri yang berhampiran dengan No Brain Cafe apabila seorang lelaki berambut merah melintas di hadapan keretanya saat itu, menyebabkan Baek Hyun menekan brek mengejut pada saat itu juga. Dia pasti telah melanggar pemuda tadi kan. Baek Hyun menyumpah-nyumpah dirinya sendiri sambil membuka pintu kereta tersebut, memandang ke hadapan keretanya yang mana pemuda berambut merah tadi sudah terduduk di atas jalan, menimbulkan panik di dalam hati Baek Hyun.

"Awak okay tak? Awak tak pape ke encik? Saya mintak maaf sangat-sangat!"

Ucap Baek Hyun, sambil membantu pemuda berambut merah tadi bangun. Entah kenapa dia rasa seperti mengenali pemuda itu. Hatinya kuat mengatakan dia mengenali pemuda ini, namun siapa? Dia tidak tahu. Pemuda itu hanya tersenyum sambil melepaskan tagan Baek Hyun yang sejak dari tadi memimpin tangannya, menyebabkan Baek Hyun rasa sedikit terpukul saat itu. Pasti pemuda itu tidak akan memaafkan dirinya kali ini.

Hanya untuk melihat pemuda itu mendekatinya sebelum memegang bahu Baek Hyun erat, bibir pemuda itu yang terlalu dekat dengan telinga Baek Hyun sehingga nafasnya pun terasa di tengkuk Baek Hyun, menyebabkan jantungnya berdegup kencang saat itu.

"Kau langsung tak berubah la, Bacon..."

Bisik pemuda berambut merah itu sebelum berlalu pergi, meninggalkan Baek Hyun yang terkesima di situ...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ