NB Lovers Time!! [Part One]

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Special III: Bila Fluffiness Menyerang... 

 

Doo Joon hanya mampu memandang ke arah isterinya saat itu, tidak tahu apa lagi yang patut dikatakan. Dia tahu isterinya itu tidak suka dimarahi seperti anak kecil sebegitu rupa namun sabar Doo Joon sudah tiba ke penghujungnya. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia membebel lagi waktu itu.

Mana tidak Doo Joon jadi naik angin. Dia sudah banyak kali mengingatkan Ki Kwang supaya jangan makan makanan segera, terutamanya mee segera namun itulah yang dibuat oleh Ki Kwang saat itu. Doo Joon cuma mampu mengeluh sambil memandang ke arah lain, cuba untuk menenangkan dirinya agar tidak mengamuk lebih teruk saat itu.

"Buat la lagi kan lain kali? Dah tak boleh nak dengar sangat cakap Doo ni..."

Bebel Doo Joon lagi apabila matanya terlihat Ki Kwang sedang mengetap bibirnya sambil memegang perutnya, menyebabkan Doo Joon jadi tidak tentu arah saat itu. Bukan dia tak tahu mengenai gastrik Ki Kwang. Mungkin itu juga enyebabnya sangat-sangat marah apabila Ki Kwang makan makanan segera. Namun begitu, kemarahannya itu jadi reda, hilang tatkala matanya terlihat wajah Ki Kwang yang sedang berada dalam kesakitan waktu itu.

"Kiki.. Yah.. Okay ke tak ni?"

Tanya Doo Joon, panik di dalam suaranya. Ki Kwang hanya mengetap bibirnya lagi, sambil menarik Doo Joon ke sisinya, membuatkan suaminya itu langsung tak senang duduk. Dalam kepala Doo Joon sudah berkira-kira hendak membawa Ki Kwang ke hospital berjumpa doktor. Ataupun mungkin dia patut menelefon eomma Mikki dan memberitahu mengenai Ki Kwang. Doo Joon jadi buntu saat itu.

"Doo.. Tunduk sekejap boleh tak?"

Tanya Ki Kwang, suaranya yang perlahan mengejutkan kembali Doo Joon dari lamunannya. Perlahan-lahan Doo Joon tunduk ke arah Ki Kwang, sambil memandang wajah isterinya itu dengan penuh kerisauan apabila satu ciuman hinggap di bibirnya, mengejutkan Doo Joon pada waktu itu juga.

"Janganlah marah-marah.. Nanti if Doo asyik membebel jer Ki nak wat pe?"

Tanya Ki Kwang, tersenyum sambil memerhatikan suaminya yang sudah pun berubah kemerahan sejak tadi. Dia sendiri pun sudah berubah kemerahan kerana melakukan perkara tersebut. Mereka mungkin tidak se'sweet' parents mereka tapi entahlah. Perkara-perkara kecil boleh membawa kepada yang lebih besar kan??


 

"Hyun. Suka tak bunga ni?"

Tanya Joo Yeon lembut, hanya untuk melihat suami kesayangannya itu sudah tertidur di sofa yang berdekatan. Joo Yeon hanya mampu mengeluh sebelum kembali menyusun bunga di dalam pasu rumahnya itu, memandang ke arah taman kecil yang dihiasi sendiri olehnya saat itu. Joo Yeon memang sangat-sangat suka menghiaskan tamannya itu. Keindahan menanam pokok. Hobinya itu memang langsung tak boleh dibuang, malah dah jadi makin dahsyat pula. Bunga di dalam tamannya itu sudah bertambah-tambah sejak sebelumnya. 

Joo Yeon baru sahaja ingin menuju kembali ke dalam rumahnya itu apabila dia merasakan kesakitan yang teramat sangat di tengkuknya, menyebabkan dia menjerit waktu itu, mengejutkan Hyun A yang sejak tadi tidur dengan nyenyaknya. Hanya untuk menjumpai Joo Yeon yang sudah terduduk di atas tanah waktu itu, tangannya memegang tengkuknya. Mukanya yang jelas menanggung kesakitan waktu itu membuatkan Hyun A panik, terus berlari mendapatkan isteri kesayangannya waktu itu.

"Yah, Joo.. Ape dah jadi ni?"

Tanya Hyun A panik, hanya untuk menjumpai seekor lebah yang sudah mati tak jauh dari tempat Joo Yeon berada saat itu. Ini pasti kena sengat dengan lebah lagi, bisik Hyun A dalam hati. Hyun A segera masuk ke rumah mereka saat itu juga, mencari kotak pertolongan cemas sebelum kembali kepada Joo Yeon, merawat luka gadis kesayangannya itu.

"Hmm.. Dah tak sakit sangat kan?"

Tanya Hyun A, memandang ke arah Joo Yeon yang sedang baring di ribanya, cuba untuk menahan tangisannya waktu itu. Membuatkan Hyun A jadi lembut saat itu. Segera dipegang pipi Joo Yeon lembut, tangannya mengusap-usap pipi Joo Yeon sambil bibirnya tak henti-henti mencium mata Joo Yeon, menghentikan Joo Yeon dari menangis dengan lebih teruk lagi.

"Joo taw kan Hyun tak suka tengok Joo nangis? Janganlah macam ni.. Hyun ade kat sini la.. Jangan nangis lagi okay?"

Pujuk Hyun A lembut, sambil memeluk Joo Yeon, sentiasa tersenyum dan memeluk gadis itu, tidak mahu membiarkannya terluka lagi...


  

"Yura..."

Panggil Suho lembut, mengharapkan gadis kesayangannya itu memandang ke arahnya, hanya untuk tidak langsung dipedulikan oleh gadis itu.

"Yaa.. Yura dah tak nak tengok muka oppa eh?"

Tanya Suho lagi, nadanya sedikit sedih waktu itu. Merajuk barangkali kerana Yura seperti langsung tidak mempedulikannya. Membuatkan pemuda itu menjadi makin sedih. Yura perlahan-lahan memandang ke arah Suho waktu itu, baru menyedari Suho memanggilnya sejak tadi. Mana tidaknya. Earphone yang tersumbat di telinganya sejak tadi. Yura memang langsung tidak mendengar Suho memanggilnya sebentar tadi dan nampak sangat pemuda itu sudah merajuk dengannya saat itu.

"Oppa.. Yura mintak maaf.. Yura tak dengar tadi.. Mianhae.."

Pujuk Yura perlahan, hanya untuk dibiarkan begitu sahaja oleh Suho. Dia tahu bagaimana penyabarnya Suho. Haish. Kenapalah dia terlalu asyik sangat dengan lagu Girls Day tadi? Lihat sahaja pemuda itu sudah merajuk. Yura memanggil lembut nama Suho berkali-kali hanya untuk dibiarkan lagi. Membuatkan dia hanmpir hilang kesabarannya waktu itu.

"Oppa! Yura akan terjun betul-betul dalam kolam ni if oppa tak pandang Yura now.."

Ugut Yura, berdiri di sebelah tasik yang menjadi simbol tarikan di No Brain Secret Garden waktu itu. Dia hanya mengugut namun jauh disudut hatinya, dia sangat-sangat berharap agar Suho akan memandang ke arahnya waktu itu juga. Hanya untuk mendapat kehampaan saat itu. 

"Yah!! Hati-hati!!!"

Jerit satu suara yang tidak dikenali oleh Yura, menyebabkan gadis itu berpusing ke belakang saat itu juga, hanya untuk melihat Tae Yeon hilang kawalan ke atas kasut rodanya lalu melanggar sebatang pohon yang tumbuh disitu. 

"Mesti sa---"

Belum sempat Yura menghabiskan ayatnya, kakinya sudahpun tergelincir masuk ke dalam tasik yang ada disitu, menyebabkan Yura terjatuh ke dalamnya, membuatkan gadis itu basah sepenuhnya. Baguslah, pertama Suho merajuk dengannya dan kini dia jatuh ke dalam tasik. Kenapalah hebat sangat nasibnya hari ini?

"Oppa ingatkan Yura main-main je bila Yura cakap Yura nak terjun masuk kat dalam kolam tu.."

Kata Suho, cuba menahan tawanya apabila melihat Yura yang sudah basah kuyup waktu itu. Tangannya masih membantu gadis itu naik ke darat, membuatkan kedua-duanya jatuh ke atas rumput hijau tempat mereka duduk bersama sebentar tadi. 

"Yura nampak kelakar sangat ke pada Suho sekarang ni?"

Tanya Yura, matanya memandang tepat ke arah Suho waktu itu. Mungkin menjeling adalah perkataan yang lebih baik untuk menerangkan apa yang dilakukan oleh Yura pada Suho waktu itu. Hanya untuk melihat Suho memandang kembali kepadanya sambil menunjukkan aegyo pada Yura. Mengambil hati.

"And Yura ingat oppa marah gila-gila pada Yura.. Teruk la oppa ni.."

Kata Yura, merungut seorang diri apabila Suho tiba-tiba mendekatkan diri kepadanya, membuatkan Yura terkebelakang sedikit, terkejut dengan kelakuan Suho waktu itu. 

"Kiss my cheeks or oppa akan merajuk lagi skali.."

Ugut Suho, menyebabkan Yura hanya mampu terdiam mendengar kata-kata Suho waktu itu. Sudah semestinya Yura tidak mahu Suho merajuk namun permintaan Suho.. Yura menarik nafas panjang di saat itu, memandang ke hadapannya untuk mencium pipi Suho apabila pemuda itu berpaling menghadapnya, menyebabkan mereka berkongsi ciuman bibir ke bibir saat itu juga. 

"Misi tercapai.."

Kata Suho lembut, membuatkan pipi Yura menjadi kemerahan saat itu. Hanya membuatkan gadis penguin itu mula memukulnya lagi saat itu, marah dengan apa yang telah dilakukan oleh Suho sebelum Suho memeluknya dengan erat, menghentikan Yura yang sudah malu dengan kiss yang mereka kongsi sebentar tadi...


Sudah lama Kris tidak mengajaknya keluar berdua, lebih-lebih lagi untuk sesuatu yang seperti ini. Mana tidaknya, Kris yang sentiasa sibuk dengan kerjayanya dan sentiasa berkerja di luar negara. Lay merindui suaminya itu. Sangat-sangat. Mungkin sebab itu juga Lay masih tidak melepaskan genggaman tangannya dari tangan Kris. Ataupun sebab kain hitam yang sedang menutup mata Lay saat itu...

"Kris, jauh lagi ke tempat tu?"

Tanya Lay, tangannya memegang erat lengan Kris saat itu. Hanya membuatkan suaminya itu tersenyum sambil menarik isteri kesayangannya itu rapat dengannya sambil membawa Lay ke tempat yang ingin dituju mereka waktu itu.

"Okay. Lay tunggu sekejap.."

Kata Kris lembut, sambil menuju ke belakang Lay pada waktu itu, tangannya memegang lembut bahu Lay. Perlahan-lahan kain hitam yang menutup mata Lay tadi dibuka, menampakkan Lay kepada dunia yang penuh dengan warna kembali saat itu. 

"Cantiknya..."

Hanya itu perkataan yang keluar dari mulut Lay tatkala melihat apa yang tersedia di hadapannya kini. Sebuah piknik waktu malam yang cantik sekali. Kris hanya mampu tersenyum melihat reaksi Lay saat itu. 

Lay kehilangan kata-kata. Tiada apa yang dapat mengambarkan perasaan Lay apabila melihat semuanya. Ianya sama seperti temu janji mereka sebelum ini, piknik waktu malam yang sangat-sangat Lay rindui. Hanya cahaya lilin dan lampu minyal tanah. Terdapat unggun api juga disitu. Untuk membuatkan mereka tidak kesejukan malam itu. Kerusi rehat tempat salah seorang anak mereka dikandungkan, (haha.. Lay sendiri sudah lupa anaknya yang mana satu).

Pelukan Kris dari belakang Lay saat itu mengejutkan Lay sepenuhnya. Dagu Kris sengaja dibiarkan diatas bahu Lay sambil muzik klasikal dimainkan di radio yang dipasang oleh Kris. Suasana romantis mula menyelubungi tempat itu. 

"Happy anniversary, sayang.."

Ucap Kris lembut sambil menari mengikut rentak waltz yang kini bermain di radio waktu itu. Membuatkan Lay hanya tersenyum meleret, sampai ke telinga senyumnya. Bahagia sekali. Mana tidaknya? Sudah berhari-hari dia cuba mengingatkan Kris mengenai hari ulang tahun perkahwinan mereka tapi Kris seperti endah tak endah sahaja. 

"Lay ingat Kris lupa..."

Kata Lay lembut, masih lagi berada dalam pelukan suami kesayangannya waktu itu. Membuatkan Kris tersenyum saat itu juga sambil tangannya mencubit pipi Lay yang sudah semakin gebu saat itu.

"Hehe.. Kris takkan lupa la sayang.. Gila ke nak lupa hari first Kris ditemukan dengan orang yang sehebat Lay ni? Haha.."

Kata Kris, membuatkan Lay tersenyum saat itu juga. Ini mungkin tidaklah seromantis mana bagi orang lain, namun bagi Lay. Hanya untuk berada di sini bersama dengan Kris. Hatinya sudah cukup bahagia saat itu...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ