Babies Time!

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Special: Bila Baby Berkumpul...

 

Lokasi: Rumah Kediaman MiJae

Masa: Jam 1000

Status: Misi Pertama

"Mommy.. Mommy.. Janganlah tinggalkan Lauren..."

Suara comel Lauren merengek, menyebabkan Tiffany berpaling ke belakang kembali. Kelihatan Lauren hanya berdiri disitu, memandang daddy dan mommynya dengan pandangan sayu, menyebabkan Jessica segera mendapatkan anak kecilnya itu.

"Lauren jangan nangis. Kalau tak daddy tak bagi Lauren aiskrim nanti."

Kata Jessica, memujuk Lauren, menenangkan anak kecil itu. Lauren hanya mengangguk sedikit, sebelum diletakkan kembali ke dalam rumah MiJae, ditinggalkan disitu dengan pelukan dan ciuman sebelum keduanya pergi. Mikki hanya memandang ke arah Lauren yang perlahan-lahan mengesat airmatanya, seperti tidak mahu menangis lagi. Mikki terus memeluk tubuh kecil anak itu, geram dengan kecomelan Lauren.

"Tak mo nangis taw? Nanti daddy dengan mommy datang la balik.. Kalau Lauren baik nanti aunty Mikki bagi Lauren minum banana milk okay?"

Kata Mikki, memujuk Lauren kembali, menyebabkan anak kecil itu terus mengukir senyuman kegembiraan. Nasib baik ada lagi banana milk di dalam peti sejuk rumahnya itu. Namun bukan milik Mason ataupun Ilayda. Suaminya, Sung Jae yang suka minum banana milk tersebut, berperangai seperti kanak-kanak seumuran Lauren.

Baru sahaja Mikki ingin pergi ke dapur mendapatkan banana milk itu apabila Mason berdiri di hadapan pintu peti sejuk tersebut, matanya memandang keji kepada Lauren yang memeluk kaki eommanya disitu. Geram sungguh hati Mason, hanya dia sahaja yang tahu. Dia cukup tak suka berkongsi eommanya dengan orang lain. Dan Lauren sesenang hatinya memeluk eomma kesayangan Mason pula. Tak boleh dimaafkan.

"Janganlah peluk eomma Mason! Mason tak suke la!!"

Kata Mason, menghentak-hentak kakinya tanda protes dengan tindakan Lauren. Hanya untuk melihat Lauren membulatkan matanya, sebelum mengerdipkan matanya itu banyak kali tanda tak faham. Mikki hanya menggelengkan kepalanya, tersenyum melihat keletah anaknya yang seorang itu. Mason memang sangat mengongkong ibunya itu, dia tidak suka berkongsi eommanya dengan orang lain kecuali ahli keluarganya sendiri.

"Mason, Lauren ni anak daddy Sica la.. Janganlah buli-buli dia.. Sian dia.. Anak eomma pandai kan?" 

Pujuk Mikki dengan lembut memandang ke arah anaknya yang nampak sangat cemburunya di sini. Selesai mengambil banana milk didalam peti sejuknya untuk diberi kepada Mason dan Lauren yang kelihatannya sudah mula boleh menerima diri masing-masing, Mikki baru sahaja ingin menuju ke dapur untuk menyediakan makanan apabila dia terasa ada sesuatu yang menarik skirtnya waktu itu. Terlihat Leo berdiri disitu sambil tangannya memegang Mavin yang kelihatan tersengih dalam pegangan Leo.

"Momoe.. Mavin ni.. Busuk la.."

Kata Leo, menunjukkan Mavin yang sememangnya kelihatan seperti ingin menangis pada waktu itu juga. Dahi Leo sudah berkerut-kerut seperti sangat-sangat tidak menyukai terpaksa berada bersama dengan Mavin waktu itu, maklumlah pakciknya itu lebih kecil daripadanya. Mungkin jengkel. Entahlah. Segera Mikki ambil anak kecil itu, mengusap kepala Leo sambil menyuruh anak kecil itu melihat kembarnya, Virgo yang entah kemana menghilangnya tadi.

"Mavin beghak eh?? Hmm.. Jomlah kita mandi skali eh?"

Kata Mikki, membawa anak kecilnya itu pergi menuju ke bilik air yang berada didalam biliknya waktu itu. Meninggalkan rumah tersebut sebentar di tangan kanak-kanak kecil yang sedang berbincang di salah satu bilik di dalam rumah itu.

"Yes. Umpan Mavin dah berjaya dengan plan dia."

Kata Chris, memandang ke arah semua kanak-kanak yang berada di hadapannya. Kesemua mereka hanya mengangguk tanda setuju dengan ketua mereka itu. Kelihatan Da Young berdiri di sisi ketua mereka itu, memandang ke arah Chris seperti menunggu arahan seterusnya dari ketua mereka itu.

"Hmm.. Tapi kan? Takpe ke kita buat macam ni?? Nanti kena magha.."

Kata Virgo, memandang ke arah mereka semua.

"Yelah. Macam jahat jer."

Kata Lauren juga, bersetuju dengan kata-kata Virgo yang kelihatan seperti hendak menangis di tepinya. Segera Lauren menepuk-nepuk bahu Virgo, menghulurkan patung Totoro miliknya untuk mendiamkan Virgo disisinya. 

"Hmm.. Memang jahat pun.. Tapi.. Takpe la.. Shekali shekala.."

Kata Ilayda, tersengih sambil memandang mereka. Anak perempuan Mikki yang ni entahlah. Dia sedikit boyish berbanding dengan kanak-kanak yang seumur dengannya. Sangat boyish jika hendak dibandingkan dengan Da Young ataupun Lauren. 

"Hmm.. Betul tu.. Shekali shekala la.. Tak payah la wiesau.."

Kata Da Young juga, tersenyum senyumannya yang persis seperti eommanya Shin Yeong. Manis. Namun entah kenapa kelihatannya seperti menyimpan seribu satu rahsia. Rahsia yang tiada siapa tahu. 


"Mana pulak diorang ni sume??"

Tanya Mikki sambil melihat keliling rumahnya. Mavin yang berada di pangkuannya sedang nyenyak tidur, tidak pula merengek seperti selalunya. Suara comel yang lain memenuhi ruangan rumah ini pula tidak kedengaran. Tidurkah anak-anak itu tadi?

Bunyi loceng pintu yang tiba-tiba kedengaran mengejutkan Mikki spenuhnya. Segera diletakkan Mavin sebentar pada Sung Jae yang duduk disebelahnya smentara dia mendapatkan pintu rumahnya. Kelihatan Jessica dan Tiffany disitu, bersama dengan Ki Kwang dan juga Doo Joon. Terdapat juga Xiumin dan Shin Yeong disitu. Mungkin ingin mengambil anak-anak mereka. 

"Datang nak ambik diorang eh?"

Tanya Mikki, mempersilakan kesemuanya masuk ke rumahnya. Agak pelik untuk kesemua mereka ada disini waktu ini. Hmm. Kebetulan rasanya. Mikki membiarkan sahaja mereka sambil masuk kembali mendapatkan Mavin yang sedang bermain dengan appanya sejak tadi. Namun kelibat yang lainnya langsung tidak kelihatan.

"Senyap pulak. Mana diorang eomma??" 

Tanya Ki Kwang, sedikit pelik apabila suara bising Ilayda dan Mason yang biasa memenuhi rumah mereka. Tidurkah adik-adiknya itu? Entahlah. Dia tak tahu. Anak-anaknya Leo dan Virgo juga entah ke mana hilangnya. Haraplah anak-anaknya itu tidak menyusahkan eommanya.

Dengan tidak semena-mena, lampu rumah itu digelapkan, membuatkan kesemua mereka terkejut dengan kegelapan yang tiba-tiba datang menyerang. Kedengaran suara Jessica cuba menenangkan Tiffany yang terkejut disitu. Begitu juga dengan Ki Kwang dan Doo Joon. Siapa yang tak terkejut dengan kejutan begitu.

Tiba-tiba, lampu diatas tangga itu dinyalakan dan kelihatan kesemua kanak-kanak yang tidak kelihatan tadi berdiri di situ. Ilayda, Dayoung dan Lauren, masing-masing comel berpakaian gaun putih yang kelihatan comel di tubuh-tubuh kecil itu. Begitu juga dengan Mason, Chris, Leo dan Virgo. Segak bersut seperti orang hendak berkahwin. Comel. 

Namun, Chris yang berdiri sambil membawa kek dihadapan sekali sambil menyanyikan lagu My Lady seperti appanya, Baek Hyun. Itu yang mengharukan sekali. Terutamanya apabila dia membawa kek itu kepada neneknya, Lay yang berdiri hampir dengan mereka sekali. Kanak-kanak yang lainnya juga menyanyi sekali, masing-masing dengan kata-kata mereka.

"Saengil chukahae yo, eomma.."

Kata Mikki, tersenyum sambil membuka kembali lampu tadi. Kesemua kanak-kanak tadi juga sudah berada dihadapan Lay, masing-masing tersenyum sambil mengambil tempat mereka di ruangan yang sedikit luas di rumah itu. Perlahan-lahan kedengaran lagu EXO Wolf dimainkan di dalam rumah, dengan Tree of Life ditarikan oleh kanak-kanak kecil itu. Semuanya masing-masing tidak berhenti menepuk tangan apabila Chris menyanyi seperti Baek Hyun dan D.O manakala Lauren yang mengajuk cara Chen dan Luhan menyanyi membuatkan Jessica dan Tiffany masing-masing fangirling di belakang. Leo dan Virgo juga tak kurang comelnya, masing-masing menari sehebat Kai dan Lay di dalam tarian itu. Gelagat Ilayda dan Dayoung yang menyanyi seperti Suho dan Xiumin juga mengejutkan Xiumin dan Shin Yeong yang melihat anak-anak mereka itu. Mason yang mengajuk atuk Kris dan Chan Yeol juga membuatkan eomma dan appanya hanya tergelak apabila anaknya itu menuju ke arah Lay dan mencium pipi neneknya itu.

Mavin juga menyanyi seperti Tao dan Sehun cuma bahasanya agak kurang difahami tidak seperti mereka yang lainnya. Lay hanya mampu mengesat airmatanya, terharu melihat usaha kanak-kanak itu ingin menghiburkan dirinya. 

"Lay halmeo!! Best tak lagu tadi??"

Tanya Mason, memandang ke arah Lay apabila segalanya sudah selesai. Lay hanya mampu tersenyum memandang ke arah Mason, memeluk anak kecil itu yang hanya mampu tersengih sejak dari tadi. Kek Black Forest yang dimakan oleh mereka tadi sebenarnya dibuat oleh kanak-kanak itu sendiri dengan bantuan Mikki terutamanya, which result kepada dapur yang berkecah namun segalanya berbaloi untuk sambutan hari jadi ini.

Mereka baru sahaja ingin mengemas rumah tersebut apabila kedengaran loceng rumah itu dibunyikan, menyebabkan kesemuanya berpandangan sesama sendiri. 

"Biar Lay yang bukak.."

Kata Lay, terus menuju ke arah pintu tersebut, hanya untuk melihat satu wajah yang sangat-sangat dirinduinya setakat ini.

"Happy birthday.."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ