Zelo

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Lima Belas : Zelo Choi Jun Hong

 

Untuk kali ke berapa Zelo melihat budak itu. Geramnya yang amat. Tiada siapa yang tahu. Apalah yang ada pada budak baru tu? Dahlah biadap, tak reti hormat senior pulak. Kalau ikutkan hati Zelo, mahu sahaja dia tenyeh-tenyeh muka budak baru itu di dalam lauk masak lemak cili api tapi mengenangkan dia yang terlalu baik untuk melakukan semua perbuatan terkutuk tu, dia hanya mendiamkan dirinya sahaja.

Terimbas kembali pertemuan pertama mereka. Zelo baru sahaja dalam perjalanannya ke sekolah, kebetulannya dia terlalu awal hari itu. Tinggal bersama noonanya, Zelo belajar hidup berdikari. Yalah. Noonanya itu bekerja tak tentu masa. Hendak jumpa pun adakalanya susah. Mungkin sebab itu dia begini.

Baru sahaja dia melewati simpang berdekatan rumahnya saat itu, matanya memandang akan rumah banglo di atas bukit. Rumah kediaman keluarga Yook. Hanya sekali sahaja dia menjejakkan kakinya ke situ. Itupun kerana majlis seperti mereka meraikan rumah baru mereka itu. Kaya. Itu perkataan mudah untuk menerangkan keluarga itu.

Zelo baru sahaja berjalan ingin melintasi rumah keluarga Yook tersebut apabila hujan tiba-tiba membasahi diri Zelo waktu itu.

"Hujan?? Aish!"

Marah Zelo, hanya untuk melihat sekelilingnya berada dalam keadaan kering. Air yang sedang menitik-nitik jatuh dari rambut Zelo saat itu. Mana pulak datangnya air ni tiba-tiba jer? Tempat lain tidak pulak hujannya. Entahlah. Zelo hanya mampu memandang ke hadapannya, ingin meneruskan perjalanannya apabila sebaldi air dicampakkan tepat ke arahnya, membuatkan Zelo basah kuyup saat itu.

Pemuda yang berada dihadapannya itu hanya mampu memandang ke arah Zelo, mukanya langsung seperti tidak bersalah saat itu. Hanya sedikit terkejut. Mungkin tidak menyangka yang Zelo akan berada di situ agaknya. Zelo sendiri pun tidak mengerti. Dia baru sahaja ingin memarahi pemuda itu apabila pemuda itu lari memasuki rumahnya, menghempaskan pintu rumahnya juga pada masa yang sama. 

Membuatkan Zelo naik angin sepenuhnya pagi itu. Dia terlewat ke sekolah pagi kerana terpaksa berulang ke rumahnya untuk menukar bajunya yang sudah kotor dek air tanah yang disimbah pemuda dari keluarga Yook itu. Sudahlah tiada kata maaf, malah lari pula. Hempas pintu lagi. Mahu sahaja dia hempuk budak itu jika ketemu lagi. Memang nak makan penangan.


Memandang ke hadapannya kini, ini pemuda yang sama seperti yang dijumpainya sebelum ini. Budak berkulit putih itu agak tinggi juga jika hendak dibandingkan dengan rakan seangkatannya. Muda setahun. Namun dia agak bongkak. Itu yang Zelo menyampah dengan budak ini. Harapkan muka jer hensem tapi hati? Busuk. Hitam.

"Jalan tu lain kali pandang depan la.."

Kata pemuda itu, membuatkan Zelo menyirap saat itu. Memang sengaja dilanggar budak bertuah itu, ingin melihat reaksinya. Memang ternyata jerk. Zelo berpaling ke belakangnya kembali untuk melihat pemuda tersebut berlalu pergi dari dirinya.

Satu nama.

Yook Jung Kook.

"Kau akan terima balasannya nanti."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ