Chen

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Tujuh Belas: Chen Kim Jong Dae

 

Kim Jong Dae. Satu nama yang mudah. Cukup mudah. Dikenali? Namanya terlalu terkenal di bandar No Brain jika hendak dibandingkan dengan orang lain. Yup. Walaupun tidak begitu kelihatan, namun kehadirannya sangat dirasai. Kenapa korang tanya? Hanya warga No Brain City jer yang tahu sebabnya.

Si troller dan spammer terhebat di alam semesta. Itulah dia. Cheeky sikit, suka menyakitkan hati orang. tapi hatinya. Tiada siapa yang tahu. Yeke? Mungkin adelah sorang yang tahu hati si troller ni. Nama? Suga. Kawan baik Chen yang seorang tu.

Peminat fanatik A Pink, Chen memang menggilai gadis-gadis comel itu. Terutamanya Cho Rong. Tapi sayang. Gadis itu hanya meminati anak-anak semutnya yang tinggal di Secret Garden No Brain. Apelah malang sangat nasibnya? Mungkin terlekat kot nasib Suga tu dekat dirinya? Entahlah. Nobody knows.

"Haih! Mane la pulak Sugus nih? Lambat la! Tadi janji pukul 2. Nih dah pukul 1:30 tak sampai lagi.."

Bebel Chen seorang diri. Mana tidaknya. Dia benci menunggu sebenarnya. Tapi. Sendiri punya salah la kalau jam locengnya tercepat satu jam hari ni. Tapi tak. Dia nak salahkan Suga jugak. Tak kira. 

"Hehehe!!! Kuma kau tinggal sini taw.. Muehehehe..."

Gelak satu suara dari atas pokok tempat Chen berdiri, membuatkan Chen jadi seram sejuk seketika. Siapa pulak yang ketawa gitu tengah-tengah hari gini?? Jahat sungguh bunyi gelak itu. Memikirkan benda yang mungkin terjadi. Hishh! Mana ade hantu tengah hari macam ni!

Duk!

Satu susuk tubuh melompat dari atas pokok tersebut, membuatkan Chen terkedu saat itu. Berpakaian serba hitam. Yup. Rambut hitam kemerahan miliknya sengaja dilepaskan, dibiarkan terbang ditiup angin. Mata besar itu juga.. 

"Yo! Kalau ada orang cari Rillakuma nanti jangan beritahu pape taw? Thanks!"

Itu sahaja yang kelur dari mulut gadis genit itu sebelu dia berlalu pergi dari situ, meninggalkan Chen keseorangan. Entahlah. Chen tidak tahu. Namun ada sesuatu berkenaan gadis itu yang bermain dengan hatinya saat itu...


"Mana la pegi Kuma nih??"

Gerak-geri gadis dihadapannya saat itu membuatkan Chen tertanya-tanya saat itu. Itukah gadis yang dijumpainya hari itu? Rambutnya sudah berubah. Warna coklat gelap. Ataupun hitam? Entahlah. Chen bukan pernah ambil tahu pun pasal warna rambut orang. Rambut dia sendiri pun dia tak kisah. Suka hatilah. Baju putih yang ada di badan gadis itu. Lembut. Berbeza sungguh dengan warna terakhir dia berjumpa dengan gadis itu. 

"Ahjussi!! Ahjussi ade nampak tak anak patung Rillakuma tu kat sini? Saya cari tapi tak jumpa.. Aigoo.. Mana pulak..."

Kata gadis berbaju putih itu, membuatkan Chen terkedu buat seketika. Suara mereka suara yang sama. Mungkin nyaring sikit. Tapi hampir sama. Yes. Sama. Mata Chen berkelip-kelip mendengar kata-kata dari mulut gadis itu. Macam mana orang sehensem Chen boleh dipanggil ahjussi? Dia letak mana mata dia??

Pelik betul la. Apa mimpi la yang dia tangah alami ni? Takkanlah dia dah lupa yang dia pernah jumpa dengan Chen sebelum ni? Orang perempuan ni memang pelupa ke? 

"Aigoo, takkanlah tak jumpa lagi dengan Kuma tu Jiji??"

Satu suara yang lain muncul dari belakang Chen, menyebabkan dia terkedu seketika. Wait. Perempuan yang dia jumpa tu ada kat depan matanya. Tapi suara tu dari belakang. Apakah semua ni? 

"Yo! Troli.. Jumpa lagi!"

Dua orang gadis yang sama berdiri dihadapannya. Mata Chen dah ada masalah agaknya. Tapi ada dua. Sorang baju putih. Sorang baju hitam. Macam angel dengan demon. Apakah semua ini??? Entah bila dunia Chen terus jadi gelap saat itu juga....


"Bangunlah cepat.. Kita dah sampai la!!"

Jerit satu suara dari tepi Chen, mengejutkan dirinya dari mimpi sebentar tadi. Gadis itu hanya tersengih sambil menarik-narik Chen keluar dari kereta itu saat itu. Entahlah. Gadis itu memang sama seperti selalunya. Sama seperti dahulu juga. 

Dua orang yang berbeza.

Berkongsi wajah yang sama.

Eun Ji, si budak mong yang mempunyai hati suci murni, bersih tanpa cela. berbeza sungguh dengan kembarnya yang seorang tu. Minah, si budak vogue yang gilakan yogurt yang sering menceriakan hari orang sekelilingnya dengan keletah nakalnya. Yup. Sejak dua orang gadis itu muncul dalam hidup Chen, hidupnya jadi lebih warna-warni. Dengan telatah dua kembar itu.

Mungkin juga salah seorang dari mereka telah berjaya mencuri hati Chen???

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ