No Brain Avengers Assemble!

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~


MASA: Jam 1028

TEMPAT: No Brain City

STATUS: Mengalami kemusnahan teruk akibat serangan pengganas.



"Brain Corp Tower hari ini telah diserang oleh kumpulan pengganas yang menggelarkan diri mereka sebagai Sleeping Forest telah menyebabkan kerugian yang banyak kepada Bandar No Brai--"

Televisyen itu ditutup kembali. Alat kawalan jauh itu hanya dibiarkan di atas meja sementara wanita itu berdiri di sisi tingkap bilik tersebut, jauh sekali dari temannya yang masih lagi tidur di atas katil.

"Nampaknya Screamerilla sudah menyerang kembali.."

Kata wanita itu perlahan, memandang ke arah fail yang terletak di atas meja belajarnya saat itu. Sleeping Forest sudah mula menyerang. Mungkinkah ini masa yang baik untuk melancarkan projek tersebut?


Pada masa yang sama, di Alphea Academy...

"Semua orang! Kekal dalam formasi sekarang!"

Kesemua mereka terus berdiri merapati satu sama lain. Memandang ke arah hadapan mereka sekarang. Keadaan saat itu. Api yang marak merata-rata tempat. Kaca pecah. Bangunan runtuh. Semuanya. Hampir musnah. Bau getah yang terbau semerbak di keliling. Jelas dimana mereka berdiri sekarang merupakan satu tempat yang merupakan sebuah jalan raya sebelumnya.

Dari jauh kelihatan salah satu penyerang yang berkemungkinan merupakan punca segalanya ini terjadi saat ini. 

Min Hyuk hanya mampu menganalisa penyerang tersebut dari jauh. Bunyi keletang keletung yang dihasilkan dari penyerang itu jelas-jelas menunjukkan bahawa penyerang itu cumalah sebuah robot penyerang jarak jauh. Macam mana Min Hyuk tahu? Senang. Kuasa membaca aura miliknya itu amat berguna dalam keadaan macam ni. Dan yang pastinya robot besi tu langsung takde aura langsung di sekelilingnya. 

Nasib baiklah tiada orang awam di sekeliling waktu itu. Kai dan Eun Ji telah memindahkan mereka ke tempat yang sepatutnya jadi kawasan itu bebas dari sebarang gangguan orang awam. Kuasa teleport mereka tu berguna juga dalam saat-saat genting macam ni.

"Hei, L!"

L terus memandang ke arah ketuanya itu. Riak wajahnya langsung tidak menunjukkan apa-apa jenis emosi langsung. Tapi aura miliknya. Tidak ada satu pun yang tidak dapat dibaca oleh Min Hyuk saat itu. Bukan dia tidak tahu perasaan L. Walaupun wajahnya tidak menunjukkan sebarang ketakutan, aura disekelilingnya menunjukkan yang sebaliknya. 

"Naik ke tempat yang lebih tinggi. Serang benda alah tu dari jauh."

Mudah. Itu sahaja arahan yang dikeluarkan dari mulut Min Hyuk namun dengan sekelip mata sahaja L sudah lesap dari pandangan, kini berada di atas runtuhan apa yang sebelumnya ialah sebuah bangunan pencakar langit yang agak tinggi. Banyak juga barang yang boleh dicampak olehnya dari atas ini. Itu mengurangkan sedikit rasa gelisahnya saat itu.

Gelas panjang, besi dari bangunan yang runtuh itu. Habis segala benda dibaling oleh L. Kelebihan L dalam membaling segala jenis objek tepat mengenai sasaran yang ditetapkan, tiada satu pun yang terlepas. Salah satu dari kepingan simen yang dilemparkan oleh L tadi mengenai satu bahagian pada robot penyerang tersebut, menyebabkan kepulan asap mula timbul. Mungkin terkena bahagian yang sensitif.

"Hyun, your turn. Serang tempat yang dah rosak tadi. Musnahkan robot tu dari dalam. Kami akan back up kau dari belakang."

Kata Min Hyuk, memandang ke arah Hyun Sik yang sedang berdiri disebelahnya waktu itu. Hanya untuk melihat pemuda itu mengukir eyesmile yang menjadi trademark biasanya. Baru sahaja Hyun Sik berlari mendapatkan robot itu, robot penyerang tersebut sudah pun mula menembakkan lasernya ke arah Hyun Sik namun tindakan pantas Jung Kook menghalang laser tersebut dengan pelindung dari tanah yang dihasilkan olehnya mematahkan serangan robot tersebut.

Misil yang tiba-tiba datang dari arah atas Hyun Sik pada saat itu hampir sahaja mengenai pemuda itu saat itu andai V tidak menggunakan kuasa pyrokinesis yang dilihatnya pada seorang mutan lain yang pernah ditemui olehnya. Misil yang menggunakan pengesan haba itu hanya mengikut bebola api yang dilepaskan oleh V saat itu, menyelamatkan Hyun Sik dari serangan.

"Ha Young, ikat robot tu ke tanah. Pastikan dia terikat kat situ sampai Hyun Sik musnahkan dia dari dalam."

Arahan Min Hyuk saat itu terus dilaksanakan oleh gadis genit itu. Kuasa mengawal tumbuhan yang tiba-tiba muncul di kaki robot tersebut, semuanya kerja Ha Young. Akar-akar yang mula melilit di kaki robot itu mudah sahaja diputuskan namun makin banyak yang putus, makin banyak pula yang muncul. 

L yang sejak dari tadi membaling segala jenis benda yang berada di sekelilingnya tadi masih tidak berhenti. Dari sini pun dia sudah dapat memikirkan plan yang ingin dilakukan oleh ketuanya saat itu. Serpihan simen yang dilemparkan olehnya sebentar tadi telah membuat lubang yang lebih besar pada bahagian badan robot itu, betul-betul cukup besar untuk Hyun Sik melompat masuk ke dalamnya. 

Ha Young, Jung Kook dan V masing-masing masih lagi meneruskan kerja masing-masing sementara Hyun Sik memasuki ke bahagian kawalan robot besar tersebut. Min Hyuk, Kai dan Eun Ji masing-masing sudah berada dalam keadaan berjaga-jaga, bersedia untuk menyerang seandainya ada apa-apa yang tidak kena terjadi. 

Tiba-tiba, satu bunyi seperti gangguan siaran televisyen kedengaran, menyebabkan kesemua mereka terkejut saat itu. Tertanya-tanya mengenai bunyi pelik yang datang entah dari mana. Keadaan sekeliling mereka saat itu berubah serta merta, imej bandar yang musnah tadi digantikan dengan kepingan-kepingan besi, membuatkan mereka berada di dalam bilik berwarna kelab saat itu. Keenam-enam mereka yang lain sedang berdiri, manakala L dan Hyun Sik kedua-duanya jatuh ke lantai besi yang sejuk saat itu kerana berada di tepat yang agak tinggi ketika mereka kembali ke ruangan tersebut.

"Sakitla!! Lain kali beritahu dulu sebelum shut down simulasi tu boleh tak? Sekurang-kurangnya taklah sakit sangat bila jatuh macam ni!"

Kata Hyun Sik, mengerang kesakitan akibat impak jatuh tadi. Mana tidaknya, jatuh punggung dulu. L hanya mampu mengangguk perlahan, namun langsung tidk berkata apa-apa untuk menyokong mahupun membantah kata-kata Hyun Sik tadi.  

Baru sahaja mereka semua hendak bertanya kepada orang yang menutup simulasi tersebut apabila satu susuk tubuh tidak dikenali oleh mereka berdiri di situ, menyebabkan kesemua mereka terdiam saat itu juga...


"Pedang kristal!"

Pedang yang diperbuat dari kristal itu memancarkan kilauan apabila berdepan dengan cahaya yang datang dari tangan Pyro saat itu. Cantik. Macam bola disko di dalam kegelapan tempat yang dibuat oleh Shadow, si pengawal kegelapan antara mereka. Mereka semua cuma mampu duduk di situ, memerhatikan cahaya kilauan yang dipancarkan dari pedang kristal Glassheart saat itu. Sekurang-kurangnya ada juga entertainment dalam kegelapan ni. 

"Meow~"

Neko yang sejak dari tadi duduk di bahu Pyro juga sudah mula turun ke atas latai, mengejar-ngejar kilauan tadi. Nampak sangat kucing putih itu tidak boleh menahan diri. Pyro hanya mampu tergelak kecil sambil memerhatikan gelagat Neko saat itu. Bunyi sayap yang berkibas di dalam bilik tersebut saat itu menunjukkan Pegasus juga sudah pulang ke tempat tersebut. Hmm.. 

"Korang semua ni dah tak reti nak buat kerja lain ke?!"

Jeritan super sonik dari Screamerilla saat itu memecahkan keheningan saat itu. Kesemua mereka sudah menutup telinga masing-masing, melindungi gegendang telinga mereka dari Screamerilla yang bisa memecahkan pedang kristal yang dibuat oleh Glassheart sebentar tadi. 

"There is no need to shout, noona.. Sakit telinga tahu tak?"

Lock yang baru sahaja keluar dari kawasan 'jajahan' miliknya, mukanya sedikit annoyed dengan jeritan menjengkelkan dari Screamerilla sebentar tadi. Neko yang sebentar tadi dalam bentuk kucingnya pun sudah kembali kepada bentuk asal, rambut putih miliknya itu memang senang sangat dikenali. Kristal yang sudah pecah merata-rata itu pun menyebabkan Screamerilla menjadi annoyed. Pasti hati si Glassheart tu pecah lagi.

"Next time jangan la menjerit macam tu, Scream.. Sian aku nak kena cantum balik hati si Glassheart ni tahu tak?"

Kata Shadow, mengutip kembali serpihan hati Glassheart yang sudah bertaburan saat itu. Nasib baik ada Pegasus menolongnya, kalau tidak entah macam mana hendak dicantum kembali hati Glassheart itu dia sendiri pun tak tahu.

Screamerilla hanya mampu menahan kemarahannya saat itu. Destroia yang dicarinya sebentar tadi langsung tidak kelihatan. Sudahlan Zero juga tiada disisinya saat itu. Apalah yang hendak dibuatnya dengan Sleeping Forest ni?

"Screamerilla~~"

Melody yang tiba-tiba muncul dibelakangnya saat itu hampir sahaja mengejutkan Screamerilla sepenuhnya, hampir sahaja membuatkan wanita itu menjerit lagi andai tiada Bonnie untuk mematahkan tulang Melody saat itu.  Kuasa Bone Manipulation milik Bonnie membolehkan gadis itu mengawal segala tulang yang ada di dalam manusia, tak kiralah mematahkannya, menyambungnya kembali. Segalanya boleh. Namun, membuatkan Melody hanya mampu menangis kesakitan saat itu.

"Pegasus, tolong heal Melody sekajap lagi.. Destroia, sediakan kumpulan untuk pergi serang No Brain City lagi sekali.. Kita patut tunjukkan pada diorang semua apa kuasa Sleeping Forest yang sebenarnya..."

Kata Screamerilla mengeluarkan arahan, Destroia hanya mengangguk disamping semua ahli Sleeping Forest yang lain..

Nampak gayanya akan ada pertembungan dua dunia lagi lepas ni.... 

Haha.. Tetibe jer tulis pasal superpowers.. Setelah sekian lama.. Akhirnya keluar jugak chappie nih~ Sila komen korang.. Then bru mikki fikir nak tulis part 2 ke tak.. hahaha...

XSYKOTICA

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ