Wu Siblings Time!

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Special II: Bila Wu Siblings Tinggal Dengan Kris...

 

Masa: Beberapa tahun sebelum sekarang

Lokasi: Kediaman KrisLay

Status: Apabila Lay tiada di rumah...

Hari itu merupakan hari yang normal. Sama seperti selalunya. Senyap. Sunyi sepi. Pagi yang penuh dengan ketenangan. Segala-galanya masih kelihatan normal. Kecuali satu. Kelibat Lay yang sentiasa ada untuk menyediakan sarapan pagi seperti selalunya hilang. Maklumlah, pagi itu juga Lay terpaksa bertolak ke rumah keluarga Jung kerana ingin keluar menemani Tiffany membeli belah. Meninggalkan rumah itu di tangan suami kesayangannya, Kris dan juga askar-askar kecilnya...

Di bilik atas...

Hyun Seung seperti biasa sudah mula bangun dengan awalnya. Matanya sedang melilau mencari-cari sesuatu.

'Hmm.. Pasti ada benda itu disini..'

Kata Hyun Seung di dalam hati, masih lagi melihat-lihat di mana barang yang dicarinya sebentar tadi. Seingatnya, barang itu masih ada lagi malam sebelumnya. Mungkin disorok. Ceh. Sudah diketahuikah pelan hebatnya sebelum itu? Ah. Tak mungkin Chi dah tahu. Harapannya tidak dipersia-siakan apabila kelibat barang tersebut menjelma dihadapannya, membuatkan Hyun Seung hanya tersengih sendirian.

Dong Woon terjaga apabila mendengar bunyi bising datang dari bawah katilnya, menyebabkan tidurnya terganggu saat itu. Sudahlah dia lambat tidur malam tadi akibat berborak dengan hyungnya, Hyun Seung sehingga dimarahi oleh eomma mereka dan hampir dirotan oleh appa Kris. Pagi-pagi lagi hyungnya yang seorang itu sudah mula menjalankan misi.

"Hyung, buat ape tu??"

Tanya Dong Woon, matanya masih separa tertutup. Mengantuk lagi sebenarnya. Kelihatan Hyun Seung cuma tersengih sambil memandang ke arah Dong Woon, sengih yang memberi seribu satu makna. Dong Woon faham sudah dengan perangai hyungnya itu. Pasti ada yang dirancang olehnya. Entahlah. Otak budak sembilan tahun itu seperti tidak berhenti berfikir. Ada-ada sahaja yang dirancangnya.

Mikki dan Luhan. Keduanya tidur dengan lena sekali. Seperti tiada apa yang perlu dirisaukan saat itu. Lena diulit mimpi-mimpi indah. Maklumlah, pertama kali keduanya menjejakkan kaki ke sekolah semalam. Mana tidak kepenatan itu terasa. Ditambah pula dengan sambutan hari jadi adik mereka, Baek Hyun yang mencecah usia dua tahun semalam. Memori indah sekali. 

Kris pula masih lagi terbaring di atas katilnya, keletihan setelah tidur lambat malam tadi bersama dengan Lay kerana mengemas rumah yang berselerak akibat sambutan hari jadi Baek Hyun. Ditambah pula dengan kerenah dua beradik Hyun Seung dan Dong Woon yang tak mahu tidur sehingga hampir dirotan. Ditambah pula dengan Baek Hyun yang menangis di malam hari. Entahlah. Kris sendiri pelik bagaimana Lay menghadapi semuanya seorang diri. 

Kris baru sahaja ingin melelapkan matanya kembali apabila jeritan Luhan kedengaran menggegarkan rumah tersebut. Bingkas Kris bangun kembali, terkejut sepenuhnya. Luhan tidaklah mudah menangis seperti noonanya, Mikki namun begitu silap sedikit pun boleh menyebabkan anak kecil itu mengamuk sakan. Pasti ada yang menyakat anak itu. Sangkaan Kris tepat pula. Sampai di ruang makan tersebut, kelihatan Luhan sudah melekit disimbah cecair coklat yang senang ditafsirkan oleh Kris sebagai Milo kegemaran Luhan. 

"Dah puas dah minum Milo hyung??"

Jerit Dong Woon, memandang ke arah Luhan yang kelihatan agak jengkel pada waktu itu. Baju kegemarannya sudah dibasahi minuman Milo yang dituang atas kepalanya tadi akibat Dong Woon yang jengkel dengan Luhan yang asyik merengek sejak tadi kerana Milonya tertumpah sedikit ke lantai akibat disiku oleh Dong Woon tadi. Luhan pula hanya mampu menangis sambil tangannya menggengam penumbuk hendak menyerang adiknya yang langsung tiada rasa bersalah di wajah pada waktu itu.

"Apa yang jadi ni??"

Tanya Kris, cuba menenangkan Luhan yang kelihatannya sudah mula menangis lagi akibat baju bola kesayangannya yang basah serta Milo yang melekit di badannya sekarang. Dong Woon pula hanya berdiri di situ sambil mengetap bibirnya. Dia tahu dia bakal dimarahi sebentar nanti. Namun kegeramannya itu masih belum reda. Apa nak jadi, jadilah. Dong Woon tidak peduli.

"Woonie, mintak maaf pada hyung.."

Kata Kris, cuba membuatkan Dong Woon meminta maaf. Hanya untuk menerima layanan senyap dari anak kecil itu. Dong Woon memang sangat degil jika hendak dibandingkan dengan yang lain. Keras kepala. Mengikut Kris. 

"Hyung yang start dulu! Woon dah mintak maaf tadi. Woon takkan mintak maaf lagi."

Kata Dong Woon tegas, menyebabkan raungan Luhan jadi makin kuat. Kris jadi buntu memikirkan apa yang patut dilakukan untuk dua orang anaknya ini apabila satu lagi jeritan memecahkan keheningan rumah itu, jauh lagi nyaring dari jeritan milik Luhan sebelumnya. Kris kenal sekali dengan suara yang itu. Itu hanya milik satu-satunya---

"OPPA!!!!!!!!!!!!!!!!! Bagi balik Mergha Mikki!!!!"

Jerit Mikki sekuat-kuat hatinya. Hyun Seung yang sejak dari tadi duduk di sofa menonton televisyen hanya mampu mengukir senyuman nakal di bibirnya. Pelannya pagi tadi sudah berjaya sekali lagi. Entahlah. Dia sangat suka menyakat adiknya yang seorang itu. Entahlah. Jarak umur yang agak jauh antara Hyun Seung dan Mikki mungkin salah satu dari sebabnya. 3 tahun dia tidak beradik. Kehadiran Mikki. Entahlah. Hanya menimbulkan satu sisi yang tidak pernah Hyun Seung sedar wujud.

Tangisan kuat Mikki yang semakin menjadi-jadi membuatkan Kris jadi buntu terus. Pasti Mergha kesayangan anak perempuannya yang seorang itu disorokkan oleh oppanya lagi. Kris baru sahaja ingin menuju ke atas untuk menenangkan anak perempuannya yang itu apabila satu lagi kejadian membuatkan jantung Kris seperti terhenti seketika. Baek Hyun, anaknya yang sudah mencecah usia dua tahun itu sedang menarik-narik wayar yang menyambungkan kipas angin besar di bilik mereka itu ke bawah. Nasib baik Kris sempat menghentikan perbuatan anak kecil itu. Kalau tidak..

"Lay dah balik..."

Ucap Lay, hanya untuk menjumpai kesemua anak-anaknya dalam keadaan tidak terurus saat itu. Mikki dan Hyun Seung sedang menarik-narik rambut sesama sendiri, Luhan meraung dengan bajunya basah dengan Milo, Dong Woon berdiri sambil mengetap bibirnya yang hampir berdarah dan Kris pula tidak kelihatan. 

"Korang semua stop!! Ape yang korang buat ni?!!"

Jerit Lay, membuatkan semuanya berhenti saat itu juga. Kris pula terkocoh-kocoh datang ke hadapan sambil mendukung Baek Hyun yang membuat muka tidak bersalah waktu itu. Hati Kris entah kenapa tenang melihat isterinya itu kembali.

"Lay baru tinggalkan rumah sekejap dah jadi macam ni? Kris tak tengok diorang ke?"

Tanya Lay, sudah mula membebel juga waktu itu. Kris entah kenapa berakhir dengan tangisan juga. Dia sudah tidak sanggup hendak berhadapan dengan keadaan seperti itu selepas ini. Tolonglah. Dia lebih rela dibebel oleh Lay dari ditinggalkan lagi sebegini dengan anak-anaknya...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ