NB Lovers Time!! [Part Two]

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Special III: Bila Fluffiness Menyerang...

 

Jessica hanya memandang ke hadapannya, langsung tidak mempedulikan apa yang terjadi disekelilingnya. Buat masa ini dia hanya ingin melupakan segalanya yang baru terjadi sebentar tadi. Sejujurnya Jessica tidak ingin ingat langsung namun apa yang dilihatnya sebentar tadi bermain-main di dalam fikirannya. Seperti video yang ditekan rewind berulang kali.

"Daddy, slow down!! Nak bunuh kita ke???"

Suara Tiffany mengejutkan Jessica kembali ke alam realiti. Kereta yang sejak dari tadi dipecut mula diperlahankan. Jessica sendiri tidak sedar kereta yang dipandunya saat itu sudah hampir mencecah 180km/h. Lamborghini merah milik Jessica itu tiba-tiba berhenti di tepi jalan saat itu juga. 

Jessica terus keluar dari kereta miliknya saat itu, meninggalkan Tiffany yang perlahan-lahan mengikutnya dari belakang. Dia perlu menenangkan mindanya saat itu. Bayangan yang tadi sudah berhenti seketika mula muncul kembali di dalam pemikiran Jessica pada waktu itu, membuatkan kemarahannya mendadak kembali. 

Tiffany yang sejak tadi berdiri berhampiran dengan Jessica hanya mampu tersenyum memandang suaminya yang seorang ini. Bukan dia tidak tahu apa yang sedang bermain di fikiran Jessica pada waktu itu. Imej yang ada sebentar tadi sudah pasti meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada mereka berdua, tak kiralah cuma Jessica atau Tiffany sahaja secara keseluruhannya. 

"Daddy, janganlah macam ni.. Mommy dengan Sunny takde pape la.."

Pujuk Tiffany lembut, sambil memegang tangan Jessica. Hanya untuk melihat Jessica memberikan layanan yang sangat dingin padanya waktu itu. 

Imej Sunny dan Tiffany tadi mula muncul kembali dalam fikiran Jessica. Bagaimana mereka berdua bermesra sesama sendiri. Tiffany dengan selamba kodoknya duduk di atas riba Sunny tanpa rasa bersalah. Mana tidak dia naik angin waktu itu. Sepanjang masa dia hanya memerhatikan gelagat keduanya yang rapat bukan main. Kalau ikutkan hati Jessica, mahu sahaja dia menarik tangan Tiffany dan keluar dari tempat itu namun dia sendiri lebih dari tahu apa yang patut dilakukan.

Melihat wajah Jessica pun Tiffany tahu Jessica sangat marah namun entah kenapa hatinya rasa geli sangat waktu itu hingga dia mengukir senyuman manis yang mencairkan hati batu Jessica. Hanya untuk membuatkan keadaan menjadi lebih teruk diantara mereka.

"Are you jealous, Jung Soo Yeon?"

Tanya Tiffany, membuatkan Jessica terkedu sebentar. Mana tidaknya. Eyesmile Tiffany menusuk kalbunya, membuatkan Jessica memandang ke arah Tiffany saat itu. 

"Yah.. It's not something funny arraseo? I'm not finished being angry.."

Kata Jessica tegas, hanya untuk membuatkan Tiffany tersenyum lebih lebar lagi. Dia tahu Jessica berusaha sedaya upaya untuk menjadi suami yang memahami kononnya tapi melihat Jessica yang cemburu begini, hati Tiffany jadi gembira berbunga-bunga. Nampaknya rancangannya untuk membuat suami kesayangannya ini cemburu berjaya juga.

"Yah.. Fany main-main jelah dengan Sunny.. Sica nih.. Takkanla Fany nak curang pulak? Kan Fany dah cakap Sica the best yang pernah jadi in Fany's life?"

Kata Tiffany, membuat muka kesian, menyebabkan Jessica tidak jadi nak marah waktu itu. Haha. At least kali ini dia tahu yang Jessica cemburu. Mungkin dia boleh buat lagi di masa hadapan. Kadang-kadang melihat Jessica yang cemburu seperti ini pun best jugak...


  

Jung Kook yang sejak dari tadi fokus pada kerja rumah Matematik yang macam tak siap-siap tu hanya mampu mengeluh tatkala melihat soalan yang bermain di hadapan matanya saat itu. Kenapalah Maths ni suka tanya soalan yang pelik-pelik? Jung Kook hanya mengetap bibirnya, mengambil kalkulator yang sudah tersedia di sebelahnya sambil mengira jawapan bagi soalan tersebut.

Hanya untuk melihat satu kertas disorongkan ke atas kerja rumahnya waktu itu.

[Masakkan ramyun untuk Jello? -Cupid Jello-]

Hanya untuk melihat muka Jung Kook berubah menjadi sangat-sangat annoyed pada waktu itu. Mana tidaknya. Dia sememangnya rasa annoyed, Zelo pula seperti langsung tidak memahami situasinya. Homework tak siap lagi, dia dah mintak ramyun. Aish! Mahu sahaja Jung Kook menggigit hyungnya itu apabila membuatnya begitu. Mana tidaknya. Kali ini sahaja sudah masuk 4 kali Zelo meminta makanan daripadanya.

"Yah.. Takkan tak kenyang lagi dari tadi? Dah dekat 4 kali kot hyung makan!"

Marah Jung Kook, hanya untuk melihat Zelo membuat aegyo kepadanya saat itu. Zelo tahu aegyonya boleh melembutkan hati Jung Kook dan dia memanipulasi kelebihan miliknya itu saat ini.

"Kenapelah hyung nak rasa lapar jugak time Kookie nak study ni??"

Kata Jung Kook pada dirinya sendiri, sambil menunggu ramyun dihadapannya itu mendidih. Sejujurnya Jung Kook langsung tidak boleh fokus hendak belajar apabila Zelo banyak kerenah seperti ini. Ditambah dengan kepalanya yang rasa macam nak pecah waktu itu, entah kenapa pandangan Jung Kook waktu itu tiba-tiba menjadi gelap menyebabkan dia hampir jatuh rebah ke lantai kalau tidak disebabkan oleh Zelo yang menyambutnya pada waktu itu.

"Yah, Kookie.. Gwenchana??"

Tanya Zelo, kerisauan jelas terpampang diwajahnya di saat itu. Mana tidaknya, kulit cerah Jung Kook sudah kelihatan pucat waktu itu, ditambah lagi dengan sakit kepala yang sering dialami oleh Jung Kook. Terus sahaja Zelo mengangkat orang kesayangannya itu menuju ke ruang tamu rumahnya saat itu juga, tangannya langsung tidak melepaskan tangan Jung Kook sepanjang itu. 

"Kan hyung dah cakap jangan belajar teruk sangat.. Tengok ape dah jadi?"

Bebel Zelo sambil tangannya yang kosong itu mengambil kain untuk diletakkan diatas dahi Jung Kook yang sudah panas membara saat itu. Bukan dia tidak tahu bagaimana Jung Kook belajar sehingga lewat malam sehingga tidak cukup rehat. Jung Kook hanya mampu memandang ke arah Zelo pada waktu itu, sedikit bersalah terhadap pemuda di hadapannya. Zelo terlalu baik. Walaupun perangainya adakalanya agak annoying namun pemuda itu sentiasa ada untuk menemaninya.

Entah bagaimana Jung Kook tertidur di dalam pelukan Zelo petang itu. Namun antara sedar dan separa sedar Jung Kook, dia sentiasa mendengar Zelo humming lullaby kegemarannya. Suara Zelo menenangkan dirinya. Walaupun Jung Kook tidak mahu mengakui fakta itu dihadapan Zelo namun dia sudah mula merasakan sesuatu yang pelik didalam hatinya saat itu. 

Adakah perasaan ini sebenarnya cinta?


Luhan tidak mampu memandang ke hadapannya saat itu.

Kenapa? Bayangkan sahaja si gergasi berketinggian 185cm sedang memandangnya dengan mata bulat yang besar. Mana boleh. Luhan pun jadi panik saat itu. Terutamanya apabila gergasi kesayangannya itu yang memandang. Entah kenapa hatinya jadi tidak tentu arah saat itu. Jantungnya pula sudah seperti ingin keluar dari dalam badannya saat itu.

Hari Luhan cumalah seperti hari yang biasa seperti selalunya. Pagi harinya dimulakan dengan rutin biasa, minuman Milo kegemarannya sejak kecil tidk dilupakan, sentiasa ada menjadi minuman sarapan pagi Luhan. Hari itu pula merupakan salah satu hari dia bercuti dari menguruskan kedai milik dia dan anak noonanya, Minah di No Brain Mall jadi dia free untuk satu hari tersebut. 

Kiub Rubik yang menjadi permainan kegemaran Luhan itu sudah diselesaikan olehnya untuk yang ke entah berapa kalinya, entahlah. Luhan sendiri pun sudah lupa. Dia berjanji hendak berjumpa dengan seseorang disitu namun kelibat orangnya pun entah dimana, Luhan sendiri tidak nampak. Luhan baru sahaja ingin meneruskan permainannya apabila dia terlihat kelibat seseorang yang sangat dikenalinya saat itu, menyebabkan Luhan terus menuju ke arah lif yang sudah hampir tertutup dengan pemuda tersebut, nasib baik dia dapat masuk sebelum pintu lif tersebut tertutup, membuatkan jantung Luhan terhenti seketika saat itu.

Dia kelihatan sama seperti sebelumnya. Langsung tidak berubah. Telinga capangnya yang persis dengan Yoda, senyuman derpnya yang sentiasa melekat di muka itu, mata besar yang sentiasa memancarkan sinar kegembiraan. Luhan kehilangan kata-kata saat itu. Mungkin rambutnya sudah sedikit berubah dari sebelumnya. Itu sahaja perubahan yang dapat diperhatikan oleh Luhan saat itu.

"Chan Yeol..."

Satu nama yang keluar dari mulut Luhan.  Segera lelaki yang berada dihadapannya itu dipeluk saat itu juga, membuatkan Chan Yeol hanya tersenyum sambil memeluk Luhan kembali. Betapa dia merindui pemuda tinggi itu. Tunang kesayangannya. Terdapat banyak sangat perkara yang ingin diberitahu saat itu pada Chan Yeol. Hampir sahaja mereka berkongsi ciuman disitu apabila Chan Yeol berhenti secara tiba-tiba, matanya memerhatikan Luhan yang sedang berdiri dihadapannya kini. 

"Lu dah jadi makin gemuk eh?"

Tanya Chan Yeol selamba, membuatkan Luhan jadi merah saat itu juga. Mana tidaknya, selera makannya yang bertambah-tambah sejak kebelakangan ini. Hanya untuk mendapat satu penampar manja dari Luhan di tengah belakangnya waktu itu juga. Banyak-banyak soalan yang hendak ditanyanya, soalan itu juga yang keluar.

"Tapi Yeol sayang rusa Yeol ni jer.. Tak kiralah if dia dah makin chubby ke ape.."

Jawab Chan Yeol, memeluk erat Luhan yang sudah malu didalam pelukannya saat itu. Sengaja dia ingin mengusik tunang kesayangannya ini sebelum mereka berkongsi ciuman yang paling manis didalam lif itu saat itu juga...


Jikalau diberi peluang, sudah pasti Jun Hyung hendak menghabiskan waktu cutinya bersama dengan isteri tersayang di rumah. Tapi entahlah. Kenapa dia berada di sini waktu ini, hanya dia dan Doo Joon yang tahu. Jun Hyung hanya mampu mengeluh lemah, memandang ke arah jam yang tergantung di dinding pejabatnya saat itu. 4:45 petang. Kerja yang masih berlambak di atas meja saat itu. Kenapalah hari ini antara banyak-banyak hari yang Doo Joon minta dia gantikan tempatnya? Kenapa hari ni? Kenapa pada hari jadi Hyun Seung???

Pukul 8 malam dan kerja Jun Hyung masih lagi tidak habis-habis. Sekarang ini dia sedang menyumpah seranah dirinya sendiri kerana tidak mampu menjadi suami yang baik buat isteri kesayangannya yang seorang itu. Teruk betul. Hadiah hari jadi yang tersimpan didalam bilik tidur mereka di dalam laci peribadi Jun Hyung. Jun Hyung hanya mampu mengeluh sekali lagi sebelum meneruskan kembali kerjanya apabila dia terdengar bunyi orang mengeuk pintu bilik pejabatnya waktu itu...

Hyun Seung hanya mampu memandang ke arah parti yang sedang berlangsung di dalam rumahnya saat itu. Kesemua ahli keluarganya ada disini. Eomma Lay dan Appa Kris. Daddy Sica serta Mommy Fany. Chan Yeol dan Luhan. Baek Hyun dan Min Hyuk. Dong Woon juga ada sebentar tadi. Anak-anaknya Kai, Hayi dan menantunya Se Hun. Semuanya ada disitu. Semuanya kecuali seorang.

"Jun..."

Hyun Seung hanya mampu mengeluh saat itu, memahami spenuhnya situasi suaminya saat itu. Bukan Jun Hyung sengaja tidak menghadiri hari jadinya. Doo Joon dan Ki Kwang juga tidak dapat menghadirkan diri malam itu kerana Leo dan Virgo kedua-duanya terpaksa ditahan di wad kerana demam panas waktu itu. Hyun Seung baru sahaja ingin menuju ke arah dapur apabila matanya ditutup oleh sepasang tangan yang dia sudah tahu milik siapa sejak dari kecil lagi.

"Chi.. It's you rite?" 

Tanya Hyun Seung, hanya untuk melihat adik perempuannya itu berdiri disitu, memandang ke arahnya sambil memeluk Sung Jae yang berdiri disebelahnya waktu itu. Hyun Seung jadi cemburu melihat mereka sejujurnya. Kalaulah Jun ada bersamanya saat itu...

"Oppa.. Chi ada hadiah special untuk oppa hari ni..."

Kata Mikki lembut, berbisik sesuatu kepada Hyun Seung yang membawanya ke laman belakang rumahnya saat itu. Hanya terdapat sebuah kotak yang sangat-sangat besar disitu, tiada yang lain. Okayla, ada laluan yang diterangi dengan cahaya lilin aromaterapi dan juga kelopak-kelopak bunga berwarna merah disekeliling laman itu. Entah kenapa saat itu mengingatkan Hyun Seung kepada Jun sekali lagi. Hyun Seung hanya mampu berjalan di sepanjang laluan tersebut, haruman lavender yang menenangkan dan suasana yang romantis itu.

Kotak yang berdiri di hadapannya saat itu. Entah apa sahajalah yang diberikan oleh adik perempuannya yang seorang itu. Hyun Seung perlahan-lahan membuka riben di atas kotak itu apabila--

"Happy birthday Seungiee-babeh..."

Jun Hyung sedang berdiri di hadapannya waktu itu. Jadi itulah yang istimewa dari adik kesayangannya itu. Hyun Seung hanya mampu memeluk Jun Hyung pada saat itu, tidak tahu apa yang perlu dikatakan olehnya saat itu lagi. Dia hanya memerlukan Jun Hyung sahaja waktu itu dan itulah yang berada dihadapannya saat itu. Airmatanya pula automatik mengalir saat itu, seperti sudah diset sahaja.

"Yah.. Jangan nangis la.. Nanti muka Seungie hodoh macam dalam MV Now tu pulak.."

Kata Jun Hyung, membuatkan Hyun Seung tersenyum saat itu. Ada-ada sahaja perangai suaminya yang seorang ni hendak membuatkannya berhenti menangis. Di tangannya terdapat satu buku nota kecil yang sangat comel, pemberian dari Jun Hyung untuk hadiah hari jadinya.

"Seung tahu it may not be that great tapi it is our memories yang kita pernah lalui sama-sama. Seung tak pernah lupa.. Tak akan lupa.. Seung berterima kasih pada Jun sebab sudi terima Seung.. Walaupun---"

Belum sempat Hyun Seung menghabiskan ayatnya, Jun Hyung sudahpun meniumnya saat itu juga. Mereka berkongsi ciuman disitu dan gambarnya.. Yang diambil oleh adik perempuan kesayangan Hyun Seung. Just like that picture above...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ