NB Lovers Time!! [Part Three]

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Special III: Bila Fluffiness Menyerang...

 

  

"Baek benci Hyukkies.."

Kat Baek Hyun perlahan, menyebabkan Min Hyuk tersentap waktu itu. Belum pernah lagi Min Hyuk mendengar kata-kata itu keluar dari mulut isteri kesayangannya itu, tak pernah langsung. Hati Min Hyuk rasa sakit. Rasa hancur. Entahlah. Ini kali pertama Min Hyuk mendengar kata-kata sebegitu. Pedih.

Hanya untuk dibiarkan oleh Baek Hyun saat itu. Baek Hyun sendiri sedang melayan kepedihan didalam hatinya. Airmata yang mengalir dari matanya bukti betapa sakitnya hati Baek saat itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia mengucapkan kata-kata itu namun memandang Min Hyuk berjalan pergi meninggalkannya disitu, entah kenapa dia rasa bersalah dengan pemuda itu. 

Baek Hyun hanya berjalan tanpa hala tuju saat itu, apabila dia terdengar bunyi hon dari tepinya saat itu. Kaki Baek Hyun entah kenapa jadi kaku, terlekat di jalan, tak boleh bergerak. Trak yang semakin menghampiri saat itu. Mungkin ke hidup Baek Hyun hanya sehingga ke saat ini? Entahlah. Baek Hyun tak tahu. Tiada siapa yang mengetahui. Dalam fikirannya hanya terlintas satu nama. Min Hyuk. 

Apa yang terjadi selepas itu, Baek Hyun sendiri tidak tahu. Sepasang tangan menariknya ke belakang, ke arah tepi jalan yang selamat tadi. Jantung Baek Hyun seperti sudah terhenti saat itu, pemilik tangan tadi masih memeluknya dengan rapat, langsung tak mahu melepaskan Baek Hyun saat itu.

"Yah!! Baekhyunnies!! Dah benci sangat ke dengan Hyukkies sampai nak bunuh diri macam tu?? Hah?? Cakaplah!!"

Tanya suara pemilik tangan yang memeluk Baek Hyun saat itu. Dia cukup mengenali pemilik suara itu. Suara milik seseorang yang sangat-sangat disayangi olehnya. Walaupun marah namun ada sesuatu yang terkandung dalam suara itu. Apakah? Kesedihan? Prihatin? Baek Hyun sendiri tidak mengerti. Kenapa Min Hyuk masih risaukan dirinya sedangkan dia sudah mengatakan dia membenci pemuda itu?

"Minhyukkies.. Baek--"

"Baek dah benci sangat ke sampai buat macam ni? Baek tak fikir ke perasaan Hyuk if ade pape jadi kat Baek tadi?? Baek.. Baek.. Kalau Hyuk takde tadi..."

Belum sempat Min Hyuk menghabiskan kata-katanya, setitis airmata jatuh ke tengkuk Baek Hyun saat itu, menyebabkan Baek Hyun terdiam seketika. Min Hyuk menangis? Mungkin selama ini Min Hyuk lebih banyak bergurau dan tegas namun ini kali pertama Baek Hyun melihat pemuda itu menangis. Perlahan-lahan Baek Hyun memandang ke arah Min Hyuk yang hanya tertunduk, langsung tidak memandang Baek Hyun.

"Minhyukkies, mianhae-yo..."

Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Baek Hyun saat itu sebelum dia menarik Min Hyuk ke dalam pelukannya, memujuk suaminya itu untuk kembali bertenang. Airmata yang sejak dari tadi mengalir di pipi Min Hyuk juga dilap perlahan oleh Baek Hyun. Cinta lama mungkin pernah menyakiti hati Baek Hyun namun Min Hyuk. Entahlah. Dia dapat merasakan yang Min Hyuk lain dari yang pernah dikenalinya sebelum ini...


  

"Mikki, okay tak ni?"

Tanya Sung Jae lembut, memandang ke sebelahnya waktu itu. Mikki hanya mengangguk perlahan sebelum meneruskan perjalanannya saat itu. Kenapalah banyak-banyak hari yang ada hari ini jugak yang ia perlu datang? rungut Mikki di dalam hatinya. Sudahlah itu kali pertama dia memberanikan dirinya untuk keluar temujanji dengan trainee syarikat Cube itu. Kenapalah malang sangat nasibnya hari ini?

Hanya untuk membuatkan pemuda yag berada dihadapannya itu semakin risau adelah. Bukan Sung Jae tidak nampak muka teman wanitanya itu menahan sakit sejak dari tadi. Mungkin Mikki cuba menjaga hatinya. Dia tak mahu Mikki berada dalam kesakitan hanya disebabkan oleh seseorang seperti dia.

"Muka Mikki nampak pucat la.. If Mikki tak sihat, kita--"

Belum pun sempat Sung Jae menghabiskan ayatnya, Mikki sudah memotong cakapnya.

"Kan Mikki dah cakap Mikki okay? Apesal Jae susah sangat nak faham ni?? Pergi tempat lain boleh tak!"

Marah Mikki, meninggikan suara pada Sung Jae. Terkesima Sung Jae sebentar. Selama mereka berkenalan selama ini, belum pernah lagi Mikki naik angin sebegitu dengan dirinya. Tinggikan suara? Lagilah. Sung Jae perlahan-lahan berjalan pergi meninggalkan Mikki saat itu hanya untuk patah balik apabila melihat gadis itu berada dalam kesakitan yang teramat sangat saat itu.

"Mikki tengah kena hari perempuan Mikki ke?"

Tanya Sung Jae lembut, memandang ke arah Mikki yang sudah terduduk di bangku No Brain Secret Garden saat itu. Menerima anggukan dari gadis itu, muka menjadi sedikit merah bercerita mengenai dirinya sendiri.

"Mana Jae tahu?"

Tanya Mikki, membuatkan Sung Jae hanya tersenyum saat itu. Walaupun menjadi yang lebih muda di dalam relationship mereka, entah kenapa Sung Jae lebih memahami Mikki adakalanya lebih daripada gadis itu memahami dirinya sendiri. Hanya membuatkan Sung Jae tersenyum saat itu.

"Sepupu Jae pun selalu macam ni bila time tu.. Hmm.. Sakit ke?"

Tanya Sung Jae lembut, risau dengan keadaan Mikki saat itu. Mikki hanya mampu tersenyum lembut sambil bersandar ke bahu Sung Jae, menahan sakit yang dirasai olehnya saat itu.

"Cramp dengan mood swing jer selalunya.. Kadang-kadang boleh sampai tahap loya and hilang selera makan tapi jarang la.."

Jawab Mikki, menggigit bibirnya apabila Sung Jae merapatkan dirinya kepada Mikki, memeluk gadis itu sementara tangannya mengurut bahagian bawah abdomen Mikki perlahan-lahan, mengurangkan rasa sakit yang dirasai Mikki saat itu. Mereka hanya menghabiskan temujanji mereka begitu, duduk berehat sambil Sung Jae sesekali humming lagu kegemaran Mikki di telinganya saat itu...


  

Minah tidak mampu berkata apa-apa saat itu. Hanya terdiam seribu bahasa. Entahlah. Dia sendiri tidak mempercayai apa yang sedang berlaku kepadanya sekarang ini. Kenapalah banyak-banyak hari dia perlu memalukan dirinya seperti ini hari ni?

Hari itu merupakan hari Chen telah mengajaknya keluar double date bersama temannya Yura dan Suho. Jarang juga mamat sorang tu ingin keluar bersama dengannya, malah tiba-tiba pula mengajaknya keluar. Mimpi apa agaknya, Minah sendiri pun tak tahu. Mungkin ada sesuatu yang romantik akan dilakukan oleh cinta hatinya yang seorang itu? Entahlah.

"Kita akan naik subway ke?"

Tanya Minah, memandang ke arah Chen yang berada disebelahnya, hanya untuk tidak dipedulikan oleh pemuda itu. Sakit hatinya waktu itu hanya dia sahaja yang tahu. Harapan untuk berlovey-dovey dengan Chen hanya tinggal harapan seperti selalunya. Kenapalah malang sungguh nasibnya dalam percintaan?

Sebaik sahaja kereta api tersebut tiba, mereka agak bernasib baik kerana terdapat banyak lagi tempat duduk di dalam kereta api tersebut. Hanya untuk Minah menyedari satu fakta yang lain saat itu. Fakta pahit yang harus ditelannya saat itu.

"Minah, kenapa ni? Marilah sini duduk dengan Yura..."

Tanya Yura, memandang ke arah Minah yang wajahnya sudah berubah sama sekali saat itu. Kenapa pula kawannya yang seorang ini? Pelik. Selalunya dia yang akan beria-ia hendak duduk tapi entah kenapa Minah hanya mampu berdiri di pintu kereta api tersebut, langsung tidak bergerak saat itu.

"Yura, Minah tak boleh.. Err.. Gerak sekarang ni..."

Jawab Minah, awkward. Hanya untuk mendapati Chen derjalan menghampiri dirinya saat itu, memandang ke arah Minah, membuatkan gadis itu panik seketika.

"Skirt kau tersepit dekat pintu tu eh?"

Tanya Chen perlahan, suaranya cukup perlahan sehinggakan hanya Minah sahaja yang boleh mendengarnya. Minah cuma mampu mengangguk perlahan, matanya memandang ke lantai waktu itu. Malunya saat itu. Hanya dia yang tahu. Mana tidaknya. Semua mata sudah berfokus kepada dirinya sekarang. Bengong punya Minah. Skirt sendiri pun tersangkut dekat pintu train. Hanya untuk ditolak oleh Chen sehingga dirinya tersandar di pintu kereta api tersebut, sebelum satu ciuman hinggap di bibirnya.

Ciuman pertamanya.

"Lebih baik orang nampak kita macam couple yang tengah berasmara dana kat dalam kereta api ni daripada orang nampak budak perempuan yang skirt dye tersangkut kat pintu kereta api kan? Lagipun, lebih baik kita kongsi malu tu dari kau yang tanggung sorang-sorang.."

Kata Chen perlahan, sedikit tergagap sambil cuba untuk menyorokkan pipinya yang sudah berubah kemerahan juga saat itu. Membuatkan Minah rasa terharu tiba-tiba. Segera dia memeluk Chen seeratnya, langsung tidak dipedulikan orang yang ada disekelilingnya saat itu. Apa yang dia tahu, Chen ialah penyelamatnya yang ditunggu selama ini...


"Jonginnie.. Minum cepat.."

Kata Se Hun lembut memujuk Kai yang sedang berdiri di hadapannya saat itu. Hanya untuk dibiarkan begitu sahaja oleh suami kesayangannya yang seorang ini. Se Hun mengeluh panjang. Kenapalah banyak-banyak hari dia memilih untuk menjadi keras kepala sangat hari ini?

"Nope. Tak nak. No. Andwae."

Jawab Kai dengan ayat mudahnya, berdegil seperti selalunya. Gelas berisi susu yang dipegang oleh Se Hun tadi rasa macam hendak dihempuk sahaja di atas kepala Kai waktu itu namun Se Hun hanya bersabar. Adakalanya Kai memang sangat mencabar kesabaran dan ini adalah salah satunya.

"Kai, please.. Minumlah.. Bukannya teruk sangat pun..."

Pujuk Se Hun sekali, hanya untuk melihat kai semakin degil, malahan lebih degil daripada selalunya. Pujukan dari Se Hun langsung tidak diendahkan oleh Kai malahan dia hanya sibuk dengan rutin hariannya berlatih koreografi lagu EXO, menyebabkan Se Hun mengambil langkah drastik saat itu.

Kai yang sejak dari tadi mengusik Se Hun agak pelik apabila suara isterinya itu tidak lagi kedengaran memujuknya minumseperti selalunya. Mana pula perginya Se Hun tadi? Merajukkah? Kai mula rasa bersalah saat itu, memperlakukan Se Hun sebegitu rupa. Mungkin dia terlalu berkasar tadi agaknya. Kai segera berhenti menari saat itu juga, hanya untuk ditolak oleh Se Hun ke dinding bilik latihan tersebut, dicium tanpa ada rasa malu ataupun segan.

"Next time jangan berani-berani cabar kesabaran Hun..."

Kata Se Hun, tersenyum nakal sambil mengelap kesan susu yang melelah dari mulutnya saat itu. Kai hanya mampu mengerdipkan matanya banyak kali, langsung tidak mengerti apa yang terjadi saat itu. Belum pernah ada lagi orang yang memberinya minum susu sebegitu rupa, apatah lagi diberi secara mulut ke mulut begitu.

"Hunnie.. Tapi.."

Belum sempat lagi Kai menghabiskan ayatnya, Se Hun telah pun menuju ke arahnya untuk ciuman susu mereka kali yang kedua....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ