Minseok

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Empat Belas: Min Seok Kim/Yook

 

"Seokkie, jangan pergi jauh-jauh!"

Jerit satu suara dari belakang Min Seok. Min Seok hanya mampu memandang ke arah suara itu sekali lagi sebelum tersenyum meninggalkan pemilik suara itu. Min Seok terus berlari ke arah buaian yang ada di hadapannya waktu itu, membiarkan sahaja pemilik suara itu bersama dengan dua anak kecil seumuran dengannya.

Sedang asyik Min Seok bermain waktu itu, suara itu menjerit di belakangnya, menyebabkan Min Seok berhenti. Wanita itu sudahpun terbaring di tanah, pengsan barangkali, bersama dua anak kecil yang tidak sedarkan diri waktu itu. Dunia Min Seok terus menjadi gelap.

"Seok.. Seok.. Bangun.."

Kejut Puan Kim, membangunkan Min Seok dari tidurnya. Dia bermimpi perkara tersebut lagi. Suara yang sama. Perempuan yang sama. Anak kecil yang sama. Min Seok sendiri tidak mengenali siapa perempuan itu. Mereka cuma kerap datang di dalam mimpinya sejak kebelakangan ini... 


"Min nak pergi dulu.. Jumpe nanti okay?"

Kata Xiumin mudah, melambaikan tangannya pada eommanya sebelum memandang ke arah bilik yang ada dihadapannya kini. Bilik putih yang dibenci sama sekali oleh Xiumin sebenarnya. Dia membencinya. Lebih dari segalanya.

Ketukan perlahan dari pintu biliknya mengejutkan Min Seok saat itu. Membuatkannya kembali ke alam realiti semula. Dia terlalu memikirkannya lagi. Min Seok sepatutnya bertemu dengan pesakit barunya saat itu. Maklumlah. Dia baru sahaja ditugaskan ke hospital tersebut. Nama di fail tersebut dilihat lagi. Yook Xiumin. Entah kenapa nama tersebut bermain-main di dalam fikirannya.

"Doktor Kim?"

Tanya Xiumin lembut, membuatkan Min Seok terkesima seketika. Memandang ke hadapan saat itu, ini kali pertama Min Seok rasa jantungnya berhenti saat itu. Terkejut? Sudah semestinya. Mana tidak? Melihat wajahnya sendiri berdiri dihadapannya, dengan ekspresi terkejut yang sama. Apa semua ni??


Keputusan yang berada di hadapannya saat itu. Bukan dia tidak tahu apa yang bermain di dalam fikiran Xiumin saat itu. Perkenalan dengan pesakitnya yang seorang itu banyak mengajar Min Seok tentang dirinya sendiri. Keputusan DNA yang ada ditangannya waktu itu. 

"Hyung..."

Suara lemah Xiumin saat itu mengejutkan kembali Min Seok. Wajah kembarnya. Kenapa? Min Seok sedar bagaimana airmatanya sudah pun mula menitis turun melalui pipinya. Berjumpa kembali dengan keluarganya setelah beberapa lama. Perasaan Min Seok bercampur baur saat ini. Dia menyedari fakta bahawa dia cumalah anak angkat keluarga Kim tapi ini?

Kenapa dia ditemukan dengan kembarnya pada saat Xiumin hampir meninggalkannya??


Pemergian Xiumin betul-betul mengejutkan keluarga Yook. Hari pemergiannya, Min Seok hanya mampu menangis seorang diri di dalam bilik sakit tempat dia merawat Xiumin kembarnya. Hendak mendapatkan rumah keluarga Yook pun dia langsung tidak mampu saat itu. Tidak bersedia? Tidak mahu menerima kenyataan? 

Sejujurnya Min Seok takut dengan kenyataan. Dia langsung tidak pernah bertemu dengan eommanya. Ahli keluarganya yang lain. Namun surat yang berada ditangannya saat itu yang membawanya ke mari. Apa yang sedang dilakukan olehnya?

Loceng pintu keluarga Yook berbunyi lagi untuk kali yang kedua. Yura yang sejak dari tadi hanya bermain dengan patung penguin miliknya memandang ke arah pintu tersebut lagi, bertukar-tukar pandangan dengan Jung Kook dan Eunji eonnienya yang baru memasuki ruang tamu rumah. Siapa pula yang hendak datang ke rumah mereka?

"Pergi bukak pintu tu Minah.. Maybe kawan Minmin agaknya yang datang.."

Kata Sung Jae, menyuruh Minah terus membuka pintu rumah mereka saat itu. Hanya untuk melihat satu susuk tubuh yang membuatkan mereka semua terkejut saat itu...


Kalau sekali dilihat, wajah itu persis sekali dengan wajah yang pernah muncul dalam hidup mereka sebelum ini. Entah kenapa, kali pertama Mikki memandang wajah itu, hatinya seperti sudah mengetahui siapa pemuda itu sebenarnya.

Min Seok hanya mampu melihat ke arah wanita di hadapannya itu. Kelihatannya masih muda, mungkin baru sahaja mencapai umur pertengahan 20-an. Entahla. Mungkin lebih tua. Dia sendiri tak pasti. Wanita itu kelihatan sangat muda. Mungkin lebih muda daripada eommanya sendiri. Surat yang ditulis oleh Xiumin tadi kini sedang berada di dalam tangan wanita tersebut.

"Maafkan saya.. Tapi--"

Sebelum Min Seok sempat menghabiskan ayatnya, pelukan yang datang ke arah hadapannya secara tiba-tiba betul-betul mengejutkannya. Dia mengharapkan cacian, penolakan. Namun begini? Perasaan yang bercampur baur dalam hatinya saat itu.


Mikki hanya mampu memandang ke arah batu di hadapannya, meletakkan sejambak bunga disitu. Ros putih. Bunga kegemaran Xiumin. Dia cuma tersenyum sambil melihat ke arah langit waktu itu.

"Eomma.."

Suara dari belakang itu mengejutkan Mikki, membuatkan Mikki berpaling ke belakang kembali saat itu. Hanya untuk melihat Min Seok berdiri disitu, bersama sejambak ros putih di tangannya juga. Mikki hanya mampu tersenyum memandang ke arah anaknya yang seorang ini. Dilihat sekali wajahnya. Entah kenapa hati Mikki jadi sebak waktu itu. Airmata yang mengalir di pipinya tiba-tiba mengejutkan Min Seok, menyebabkan anaknya itu jadi tidak tentu arah seketika.

"Eomma.. Janganla nangis.."

Ki Kwang yang muncul tadi juga mengelap airmata eommanya itu. Mana tidaknya. Min Seok hyung memang seiras dengan Xiumin. Abang kembar mereka. Sejak Min Seok hilang diculik semasa kecil, bukan dia tidak tahu kesedihan yang eommanya tanggung. Menjumpai Min Seok kembali. 

"Eomma just harap yang Xiumin ada dengan kita sekarang ni.."

Kata Mikki, memeluk kedua Min Seok dan Ki Kwang pada saat itu. Hatinya merindui Xiumin. Ibu mana yang tidak. Mikki cuma hanya mampu berharap yang anaknya itu bahagia di atas sana...

[Anggap la dye pengganti Minmin dlm hdup korg.. Tuhan ambil Min and gantikan Seokkie dlm hdup korg.. Dia akan bagi sinar dalam hidup korg sme mcm Min prnh dlu.. -Xiumin-]

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ