Saya tau...

Aku, Kau dan 'Dia'...

 

 

 

Keesokannya, Lay yang terjaga dari tidur terkejut mendapati dia berada di atas katilnya. "Aik, macam mana aku boleh ada atas katil ni? Setahu aku semalam aku tertidur atas lantai." gumam Lay.

 

 

Kedengaran pintu biliknya dibuka, lalu Lay memandang ke arah pintu untuk melihat siapa yang akan masuk. Dan dia seperti tak percaya melihat Kris melangkah masuk dengan membawa sarapan untuknya.

 

 

"K-Kris? Awak buat apa ni?" soal Lay.

 

 

"Kau tidur atas lantai semalam, apahal? Dah nyanyuk ke sampai tempat tidur pun dah tak kenal?" sindir Kris dingin sambil dia meletakkan setalam sarapan ke atas meja.

 

 

"Awak ke yang letakkan saya di sini?" soal Lay lagi.

 

 

"Habis tu, kau ingat ada putera kayangan yang turun ke bumi semata-mata nak angkat kau dan baringkan kau atas katil? Macam tu?" balas Kris selamba.

 

 

Lay tertunduk sambil menjuihkan bibirnya. Dia kecil hati dengan kata-kata Kris itu. "Tak la sampai macam tu." ucap Lay perlahan. Kemudian, dia memandang Kris. "Apa-apapun, terima kasih!"

 

 

"Dah la jangan banyak cakap. Aku buat macam tu pun sebab aku taknak kau jatuh sakit. Kalau tak, susah aku nak menjawab dengan parents aku nanti. Cepat siap! Diorang nak jumpa kau."

 

 

"Jumpa saya?"

 

 

"Diorang rindu sangat kat menantu kesayangan diorang ni. Cepat la siap! Aku tunggu kat luar."

 

 

"Awak nak pi sekali ke? Bukan ke jadual kerja awak padat? Boleh pula awak temankan saya pi jumpa parents awak." seloroh Lay.

 

 

"Aku terpaksa ambil cuti la. Kau bukan tak kenal diorang tu. Kalau tak ikut cakap diorang, berdesing telinga ni nanti dengan leteran diorang tu."

 

 

Lay tertawa kecil mendengar penjelasan Kris yang seperti takutkan parents dia. Rupa-rupanya, Kris yang dingin dan sombong ni ada juga kelemahannya.

 

 

"Kau gelakkan aku, ke? Nak kena, ke?" marah Kris (tak la marah sangat).

 

 

"Tak la. Geli hati jer. By the way, thanks again!"

 

 

"Kenapa?"

 

 

"Sebab bawakan breakfast ni."

 

 

"Aku cuma taknak kau mengadu kat diorang yang aku buli kau. Cakap yang baik-baik jer pasal aku kat diorang, tau? Nahas kau kalau kau cakap perkara sebenar pasal hubungan kita." Kris memberi amaran sekerasnya sebelum dia segera melangkah keluar dari bilik Lay.

 

 

Lay hanya mengeluh hampa. Pada mulanya dia memang terfikir yang Kris buat semua ni sebab dah mula sayangkan dia, tapi hakikatnya, Kris cuma takut perangai buruknya diadukan kepada parents dia.

 

 

'Bila awak nak mula sukakan saya macam saya sukakan awak?'

 

 

*^*^*^*^*^

 

 

Setibanya mereka di perkarangan kediaman ibu bapa Kris...

 

 

"Ingat, jangan bagitau diorang hal sebenar. Dan kita cuma berlakon mesra saja depan diorang. Jangan nak mengharap lebih. Arasseo?" Kris mengingatkan Lay sebelum mereka turun dari kereta.

 

 

"Ya, saya tau." balas Lay.

 

 

Sebaik saja mereka turun dari kereta, Kris segera memaut pinggang Lay dan mereka mula melangkah masuk ke dalam rumah.

 

 

"Kami dah sampai!" teriak Kris dengan lantangnya.

 

 

Pn. Wu dan Tn. Wu segera menyambut ketibaan mereka dengan mesranya.

 

 

"Yixing, mak rindu sangat dengan kamu! Amboi, makin comel la kamu ni!" Pn. Wu mencubit manja pipi Lay. "Mesti kamu bahagia dengan Yifan, kan?"

 

 

Lay hanya mengangguk. 'Kalau la mak tahu hal yang sebenar tentang kehidupan kami...'

 

 

"Sayapun, rindu sangat kat mak!" Lay memeluk Pn. Wu. Walaupun, Pn. Wu hanyalah ibu mertuanya, tapi Lay dah menganggap yang Pn. Wu ialah ibu kandungnya kerana dia anak yatim piatu.

 

 

"2 bulan tak jumpa sejak hari perkahwinan korang. So, kamu mesti dah jatuh cinta kat Yixing, kan?" soal Tn. Wu lalu menepuk belakang Kris.

 

 

"Semestinya. Lepas hidup bersama, baru saya nampak keistimewaan dia." Kris menarik Lay merapatinya. "Kan sayang?"

 

 

"Y-Ya..." Lay tersenyum kekok.

 

 

*^*^*^*^*^

 

 

"Malam ni, mak dan ayah nak adakan majlis hari jadi Lay. So, mak harap korang boleh hadir. Terutamanya birthday boy la. Takda dia, parti tak jadi la." ucap Pn. Wu setelah mereka selesai makan tengah hari.

 

 

"Apa? Hari ni hari jadi saya, ke?" soal Lay.

 

 

"Hari jadi kamu sendiripun boleh lupa? So, pagi ni Yifan tak ucapkan lagi kat kamu, ke?" soal Tn. Wu sambil memandang Kris. "Takkan birthday hubby sendiripun kamu lupa, Fan? Kan ayah dah bagitau tadi masa dalam telefon."

 

 

"Oh, saya lupa! Happy Birthday my sweetheart!" satu ciuman dihadiahkan ke pipi Lay.

 

 

Lay tergamam. Pipinya mula berona merah. "Thanks!" ucapnya malu-malu.

 

 

"Wow, Yixing! Takkan la hanya dengan ciuman tu kamu boleh malu-malu dengan muka merah macam ni? Yifan tak pernah sentuh kamu, ke?" sakat Pn. Wu.

 

 

"Itu la. Kamu berkelakuan macam ini kali pertama Yifan sentuh kamu." sakat Tn. Wu pula sambil tertawa kecil bersama isterinya.

 

 

'Betul tu, mak, ayah...Kris belum sekalipun sentuh saya...this is the first time, and...i like it!'

 

 

"Dia memang macam ni, mak ayah. Walaupun dah berkali-kali kami bersama tapi dia still malu-malu macam ni." tipu Kris dengan selambanya.

 

 

'Awak ni memang takda perasaan la, Wu Yifan! Sanggup tipu mak, ayah macam ni...' getus hati Lay.

 

 

Mereka terus berbual dan berbual sehingga penat berbual. Lalu, Kris dan Lay meminta diri untuk pulang dengan alasan mereka perlu cari pakaian yang sesuai untuk majlis malam ni.

 

 

*^*^*^*^*^

 

 

"Aku tak boleh pi malam ni." ucap Kris sebaik saja mereka melangkah masuk ke dalam rumah mereka.

 

 

"Kenapa? Awak kata, awak cuti hari ni."

 

 

"Memang la aku cuti, tapi aku tak boleh pi ke majlis tu."

 

 

"Kenapa?"

 

 

"Kau cuba fikir. Mak, ayah tentu jemput ramai orang dan aku tak boleh biar diorang tau yang kita ni dah kahwin sebab perkahwinan kita ni rahsia. Ingat?"

 

 

"Ya, saya tau. Tapi, sampai bila awak nak rahsiakan perkahwinan kita ni? Dan sebab apa ia perlu dirahsiakan?" soal Lay dengan innocentnya.

 

 

"Sebab karier aku. Dalam kontrak perjanjian, aku mesti kekal bujang sampai tarikh akhir kontrak tu. Kalau tak, karier aku akan musnah dan aku dipecat. Faham?" jelas Kris.

 

 

"So, berapa lama lagi untuk kontrak tu tamat?"

 

 

"2 tahun lagi."

 

 

"Maknanya, lagi 2 tahun kita kena sembunyikan perkahwinan kita ni. Lamanya." Lay hampa.

 

 

"So, malam ni, kau pergi sendiri. Aku tak boleh hadir."

 

 

"Kalau mak dan ayah tanya, apa saya nak..."

 

 

"Pandai-pandai la kau bagi alasan." Kris segera beredar ke biliknya.

 

 

'Jahat la awak ni...'

 

 

...................................................................................................

A/N: Saya akan update lagi bila saya rasa cerita ni disukai ramai. So, ringan-ringankan la tangan untuk menulis komen ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 18: Please sambung ye nanti. Nak tau pengakhiran KrisLay mcm mana.
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 17: sekai so cute and sweet.. tak boleh nak stop senyum baca dorang saling mengusik.. tahniah sekai!!! haha
boleh tak nak cilikan mulut kris tu?? dah kenapa dia tu?? mmng patut pun lay merajuk lama2 lagi.. awal2 kesian dngn dia tapi mcm tu pula perangai dia ni.. ish ish..
SuperNatuGirl
#3
Nownow, do you still remember me? I'm your Indonesian reader lol

Oh, i haven't red this story for a while. But now that i have read the rest of the story, this is getting seriously interesting. Lol at Kai being clueless about Sehun(just admit it that he is preggy yayy) and awww Suho xD Kris sure is an evil man for Suho... Of course, to defend his beloved wife, but he actually went a bit far(points for Yixing for lecturing him like a mother lecturing her son, so adorbs zzzzz).

And i know about Yixing's memory loss. It's a temporary amnesia, where one tends to forget an event if that was traumatizing, painful memory or anything that makes the brain can't really handle the informations and decided to 'store' the informations somewhere within the deepest part of the brain itself.

Great story so far, i don't really care about the language, cause I can understand it better than before lol.

Fighting, authornim
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 16: Yay for sekai!!!!! Haha setiap kali majlis kahwin mesti ada apa2 jadi.. xD hope sehun okay..
Aigoo kray ni.. boleh pulak dorang bergaduh.. baru je baik.. kris ni pon tak pandai jaga mulut.. ish ish..
tahniah juga untuk suho.. akhirnya jumpa juga dia dengan org yg betul.. lupakan jelah lay tu.. haha

Side note: ade rasa nk sepak pulak part kris pout kt lay tu.. xD hahaha i'm sorry… ><

Thanks for update ^^
vanilachoc
#5
Chapter 16: I'm really looking forward on this story.... serious best.... update soon please TㅅT
famushinee #6
Chapter 16: I thought you've abandon this story because it's been so long since you update this story..I thought you forget about this story..this is your first story that I read..this is your first story that made me became your fan..please update soon.
Sunflower_Heart
#7
Chapter 16: apa yang terjadi kat sehun???