Ego

Aku, Kau dan 'Dia'...

 

 

 

"Kris! Saya tau awak akan datang!" ucap Lay dengan gembiranya.

 

 

"Aku kebetulan jer lalu kat kawasan ni. Saja singgah. Boring dok rumah." ucap Kris seangkuhnya.

 

 

"Tu la saya dah cakap. Boring duduk kat rumah tu. Awak nak kek? Biar saya ambilkan. Awak tunggu sini." belum sempat Lay beredar, Kris mencapai tangannya dan menariknya lalu mereka berciuman.

 

 

Suho yang masuk ke dalam rumah untuk mencari Lay, terkejut dengan situasi itu.

 

 

'Kau dah nampak, kan? So, blah la! He's mine!' getus hati Kris. Sebenarnya, dia sengaja tarik Lay dan menciumnya bila dia nampak Suho on the way nak masuk ke situ dari sebalik tingkap tadi.

 

 

'Awak dah ada yang empunya? Patut la awak tolak cinta saya. Sekarang baru saya tau.' Suho mengeluh kecewa sebelum dia segera beredar dari situ.

 

 

Menyedari Suho dah beredar dari situ, Kris segera meleraikan ciuman mereka dengan menolak Lay menjauhinya.

 

 

"Lakonan dah tamat. Puas hati aku!" ucap Kris sambil tersenyum sinis.

 

 

Lay memandangnya dengan kehairanan. "Lakonan apa Kris? Jangan kata ciuman tadi cuma lakonan awak?"

 

 

"Ya. Ia memang lakonan semata-mata. Kau jangan nak perasan yang aku nak cium kau sangat, tau?"

 

 

"Tapi untuk apa?"

 

 

"Suka hati aku la untuk apa pun. Yang penting, aku puas." Kris ketawa. "Kau pergi la join birthday party kau tu. Aku nak balik. Mission accomplished!"

 

 

"Kris, kenapa awak buat saya macam ni? Misi apa yang selesai? Apa yang awak cuba buat tadi? Saya tak faham."

 

 

"Tak perlu faham. Aku cuma nak kau jauhi lelaki yang jemput kau tadi. Faham?"

 

 

"Kenapa? Awak cemburu, ke?"

 

 

"Takda pasal aku nak cemburu. Pi la, aku nak balik. Lepas parti habis, call aku. Nanti aku jemput kau. Aku taknak kau balik ngan mamat tu. Tau?"

 

 

Lay tersenyum. Dia gembira Kris sudi mengambil berat ke atasnya.

 

 

'Nampak macam awak jealous. Kenapa tak mengaku? Saya takkan ejek awak, malah saya suka! Akhirnya awak dah tunjukkan tanda-tanda yang awak dah mula sukakan saya.' Getus hati Lay, kemudian satu rancangan nakal muncul dalam fikirannya. "Tak payah la susah-susah, Kris. Suho boleh hantarkan saya balik. Lagipun, dia yang bawa saya ke sini, so dia la yang patut hantarkan saya balik. Okey? Bye!" ucap Lay sebelum beredar.

 

 

Kris segera mengejar Lay dan mencapai tangannya. "Yah! Jangan berdegil boleh tak? Baiklah kalau macam tu, aku tunggu kau kat sini. Kau balik ngan aku bila parti dah habis. Jangan nak mengada-ngada. Kau tu husband aku, mana boleh kau naik kereta berdua-duaan dengan lelaki lain. Tak boleh!" ucap Kris dengan lantangnya.

 

 

Lay memandang tangannya yang digenggam erat oleh Kris, kemudian dia memandang Kris dengan senyuman. "Akhirnya awak mengaku juga yang saya ni husband awak. So, bila plak awak nak mengaku yang awak sukakan saya? Cakap la sekarang."

 

 

Kris segera melepaskan tangan Lay dengan kasar. "Ee, jangan nak perasan la! Suka hati kau la nak balik dengan siapa. Aku balik dulu." Kris segera beredar dengan keegoannya.

 

 

'Kenapa susah sangat awak nak mengaku yang awak dah mula sukakan saya? Takper la, lambat-laun awak akan mengaku juga. Saya akan pastikan itu.' Lay tersenyum dengan pemikirannya sendiri.

 

 

Tamat saja parti itu, Lay meminta diri untuk pulang. Pn. Wu dan Tn. Wu memintanya bermalam di rumah mereka namun Lay enggan dengan alasan Kris tak boleh tidur sendirian tanpanya. Mereka memahaminya lalu mereka membenarkannya balik ke rumah.

 

 

"Mari saya hantarkan awak balik." pelawa Suho sebaik saja dia memberhentikan keretanya di hadapan Lay yang sedang menunggu di luar pagar.

 

 

"Takper la, Suho. Nanti Kris datang jemput saya. Awak balik la dulu." ucap Lay.

 

 

"Kris? Sebenarnya siapa dia?"

 

 

"Dia suami saya. Maaf sebab tak bagitau awak sebelum ni. Saya..."

 

 

"Takper la, saya faham. Awak mungkin ada sebab tersendiri. Okey la, kalau macam tu saya balik dulu la. Bye, take care!" ucap Suho lalu memandu pergi.

 

 

"Mianei, Suho ah..." bisik Lay. Kemudian, dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor Kris.

 

 

"Hello?" ucap Kris dengan malasnya.

 

 

"Kris, saya dok tunggu awak ni. Cepat la datang. Awak kata nak ambil saya." jelas Lay.

 

 

"Ambil kau? Tadi kau kata, kau nak balik ngan mamat tu, so buat apa tunggu aku?"

 

 

"Saya dah suruh dia balik sebab awak kata nak ambil saya. Cepat la. Sejuk kat luar ni. Awak nak saya mati kesejukan ke?" rungut Lay dengan manjanya.

 

 

"Aku malas la. Kau telefon la mamat tu untuk ambil kau. Tadi beria-ia sangat nak balik ngan dia. Dah jangan kacau aku nak tidur. Anyeong!" dengan itu Kris segera mematikan talian.

 

 

"Yah! Kris hyung! Hyung!" Lay mencebik. Dia geram kerana Kris mungkir janji untuk ambil dia. "Aduh, macam mana ni? Takkan nak call Suho, susahkan dia plak. Nak bermalam kat rumah ni, malu la plak sebab aku dah kata taknak. Hurm, nampaknya kena naik kenderaan awam la jawabnya." rungut Lay sebelum dia mula melangkah pergi.

 

 

*^*^*^*^*^

 

 

Dah hampir 2 jam berlalu sejak Lay menelefon Kris dan sampai sekarang Lay masih lagi belum pulang. Kris mulai risau. Dia mundar-mandir di ruang tamu dengan gelisah.

 

 

"Ish, mana dia ni? Dah pukul 2 pagi tak balik lagi ni. Ntah-ntah dia dok dating ngan mamat tu. Ish, tak boleh jadi ni!" Kris segera mendail nombor Lay tapi gagal sebab telefon bimbit Lay ditutup. Kris mulai bengang. "Hei budak ni! Tak tau ke orang dok risau kat dia ni?! Boleh plak dia tutup phone dia. Melampau sangat dah ni!"

 

 

Kris segera mengambil kunci keretanya lalu dia keluar dari rumahnya dengan tujuan untuk mencari Lay. Dia memandu kereta sambil mencari-cari kelibat Lay, kalau-kalau Lay sedang berjalan di tepi jalan.

 

 

Setelah beberapa minit mencari akhirnya Kris ternampak sesusuk tubuh yang terbaring di perhentian bas. Dan tanpa membuang masa, dia segera memberhentikan keretanya di situ lalu dia mendapatkan orang itu.

 

 

"Lay!" teriak Kris sambil dia cuba menggerakkan Lay.

 

 

Tiada respon dari Lay membuatkan Kris semakin panik lalu dia segera mendukung Lay dan dibawa ke keretanya.

 

 

*^*^*^*^*^

 

 

"Dia cuma demam sebab terdedah pada cuaca sejuk malam ni. Kamu tak perlu risau. Dia akan sembuh dalam beberapa hari dan selama itu, kamu perlu jaga dia. Bagi dia makan ubat ikut time. Ya?" jelas doktor peribadi Keluarga Wu.

 

 

"Ya, saya faham. Terima kasih doktor!" ucap Kris.

 

 

Setelah doktor itu melangkah keluar dari rumahnya, Kris segera ke bilik Lay semula.

 

 

'Awak sakit sebab saya. Mianei...jadi saya akan jaga awak sampai awak sembuh untuk tebus kesilapan saya malam ni. Mianei, Yixing ah...' bisik hati Kris sebelum dia mengucup dahi Lay.

 

 

...........................................................................................................................

Terima kasih sebab membaca ^^

Jangan lupa komen, ya? :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 18: Please sambung ye nanti. Nak tau pengakhiran KrisLay mcm mana.
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 17: sekai so cute and sweet.. tak boleh nak stop senyum baca dorang saling mengusik.. tahniah sekai!!! haha
boleh tak nak cilikan mulut kris tu?? dah kenapa dia tu?? mmng patut pun lay merajuk lama2 lagi.. awal2 kesian dngn dia tapi mcm tu pula perangai dia ni.. ish ish..
SuperNatuGirl
#3
Nownow, do you still remember me? I'm your Indonesian reader lol

Oh, i haven't red this story for a while. But now that i have read the rest of the story, this is getting seriously interesting. Lol at Kai being clueless about Sehun(just admit it that he is preggy yayy) and awww Suho xD Kris sure is an evil man for Suho... Of course, to defend his beloved wife, but he actually went a bit far(points for Yixing for lecturing him like a mother lecturing her son, so adorbs zzzzz).

And i know about Yixing's memory loss. It's a temporary amnesia, where one tends to forget an event if that was traumatizing, painful memory or anything that makes the brain can't really handle the informations and decided to 'store' the informations somewhere within the deepest part of the brain itself.

Great story so far, i don't really care about the language, cause I can understand it better than before lol.

Fighting, authornim
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 16: Yay for sekai!!!!! Haha setiap kali majlis kahwin mesti ada apa2 jadi.. xD hope sehun okay..
Aigoo kray ni.. boleh pulak dorang bergaduh.. baru je baik.. kris ni pon tak pandai jaga mulut.. ish ish..
tahniah juga untuk suho.. akhirnya jumpa juga dia dengan org yg betul.. lupakan jelah lay tu.. haha

Side note: ade rasa nk sepak pulak part kris pout kt lay tu.. xD hahaha i'm sorry… ><

Thanks for update ^^
vanilachoc
#5
Chapter 16: I'm really looking forward on this story.... serious best.... update soon please TㅅT
famushinee #6
Chapter 16: I thought you've abandon this story because it's been so long since you update this story..I thought you forget about this story..this is your first story that I read..this is your first story that made me became your fan..please update soon.
Sunflower_Heart
#7
Chapter 16: apa yang terjadi kat sehun???