Saya ada...

Aku, Kau dan 'Dia'...

 

 

 

"Okey, kita dah sampai!" ucap Suho supaya Lay boleh turun dari keretanya. Tapi tiada sebarang jawapan dan bunyi dari tempat duduk belakang membuatkan dia melihat cermin pandang belakang. Dia tersenyum apabila mendapati Lay dah terlentok kat tempat duduk belakang tu. "Dah tidur rupanya. Mesti awak penat." Suho turun dari keretanya lantas dia membuka pintu belakang dan mendukung Lay. "Kita masuk berehat kat dalam, ya?" ucapnya, walaupun dia tahu Lay dah nyenyak tidur. Setelah mengunci keretanya, Suho melangkah masuk ke dalam rumahnya.

 

 

"Selamat pulang Tuan Muda Kim!" sapa orang gaji Suho sebaik sahaja pintu dibuka.

 

 

"Awak dah kemaskan bilik yang saya suruh tu?" soal Suho.

 

 

"Dah tuan muda. Semuanya dah siap." balas orang gaji itu.

 

 

"Bagus! Awak boleh pergi tidur." arah Suho.

 

 

"Baik tuan." selesai mengunci pintu, orang gaji itu beredar ke biliknya.

 

 

Suho membawa Lay ke bilik tetamu yang terletak di tingkat atas. Selesai membaringkan Lay di atas katil, dia menyelimutkan tubuh Lay dengan selimut dan duduk di birai katil sambil memandang Lay.

 

 

"Kesian awak. Dianiaya suami sendiri memang menyedihkan." Suho membelai kepala Lay dengan senyuman. "Awak jangan risau. Lepas ni, takda sesiapapun yang boleh lukai awak termasuk suami awak. Saya akan lindungi awak." dengan itu, Suho mengucup dahi Lay. "Sweet dream, my dear..." ucap Suho sebelum dia beredar.

 

 

^*^*^*^*^*

 

 

Keesokan paginya, Kris pergi ke bilik Lay dan mendapati Lay masih tak balik. Katilnya masih belum disentuh. Kris melepaskan keluhan berat.

 

 

"Mana dia pergi?" fikir Kris.

 

 

Kemudian handphonenya berdering dan tanpa melihat nama si pemanggil dia segera menjawab dengan sangkaan orang itu ialah Lay. "Hello, Lay awak kat mana?"

 

 

"Lay? Yah, Wu Yifan! Dah pukul berapa ni? Awak tak reti tengok jam, atau jam rosak? Yang mana satu alasan awak?" sindir si pemanggil.

 

 

"Oh, Manager Lee. Sorry. Saya ingat awak orang lain."

 

 

"Orang lain? Lain kali tanya dulu sebelum serbu, okey? Siapa Lay tu? Jangan kata scandal awak sebab awak still ada 2 tahun sebelum kontrak ni tamat. Kalau awak nak kontrak dibatalkan silakan buat macam tu. Cari la berapa banyak scandal yang awak nak. Dan saya boleh cari model lain." sindir Manager Lee lagi.

 

 

"Saya tau pasal kontrak tu. Awak jangan risau. Saya baru bangun. Nanti saya sampai sana."

 

 

"Baik awak datang cepat sebelum saya gantikan awak dengan orang lain." Manager Lee mematikan talian.

 

 

Kris mengeluh berat disebalik talian. Dia melemparkan handphonenya ke atas sofa.

 

 

Sementara itu di kediaman Suho...

Suho membawa setalam sarapan untuk Lay. Dia tahu Lay masih belum sihat, so dia mahu Lay bersarapan si atas katil saja. Dia meletakkan talam itu ke atas meja kecil di sebelah katil dan mula mengejutkan Lay.

 

 

"Lay, bangun." kejutnya dengan lembut.

 

 

Tiba-tiba Lay meracau-racau dengan mata yang masih tertutup. Dia mulai dibasahi peluh membuatkan Suho panik. Suho cuba mengejutkannya berkali-kali.

 

 

"Tolong, jangan apa-apakan saya! Please, saya merayu!" teriak Lay.

 

 

'Mesti dia mimpikan apa yang berlaku kelmarin. Kris tu memang tak guna!' getus hati Suho kegeraman. "Lay, bangun Lay! Awak selamat. Awak cuma mimpi. Lay, bangun la! Lay..."

 

 

Lay mula membuka matanya dan dia memandang keadaan sekeliling sebelum matanya memandang Suho. "Su-Suho?"

 

 

"Ya, saya. Awak ada kat rumah saya. Awak cuma mimpi tadi. Dah, jangan taku, ya? Saya ada." pujuk Suho dengan senyuman.

 

 

Lay kembali ke posisi duduk dan dia segera mendakap Suho. "Saya takut. Saya taknak...tapi dia paksa...dia sakiti saya, Suho. Saya sakit..." ucap Lay dalam sedu-sedan.

 

 

"Saya tau. Dah, awak dah selamat sekarang. Jangan fikir pasal tu lagi, okey?" Suho mengusap-ngusap lembut belakang Lay untuk menenangkannya. 'Tak guna punya Kris! Kau dah buat Lay trauma sampai macam ni. Kau memang bedebah!'

 

 

Tiba-tiba Kai menerjah masuk. "Hyung apa dah jadi? Siapa yang menjerit-jerit tadi? Saya..." Kai terdiam melihat situasi itu.

 

 

Suho dan Lay terkejut dengan terjahan itu dan pelukan mereka terlerai. Suho merenung tajam ke arah Kai yang berdiri di muka pintu bilik.

 

 

"Yah! Tak reti ketuk pintu dulu, ke?!" marah Suho.

 

 

"Saya panik dengar orang menjerit dan saya ingat orang tu hyung, tu yang saya masuk terus. Sorry..." Kai tersengih. "Apa yang Lay hyung buat kat sini? Ha, hyung ada buat apa-apa ke?"

 

 

"Yah! Kamu cakap apa ni?! Jangan nak mengarut. Hyung tak macam tu, okey?" muka Suho mula berona merah, begitu juga Lay yang memandang ke bawah.

 

 

"Okey okey, sorry...Tapi Lay hyung buat apa kat sini?" soal Kai.

 

 

"Itu kamu tak perlu tahu. Yang penting, mulai hari ni Lay akan tinggal kat sini."

 

 

"What? Hyung kata dia dah kahwin, so husband dia..."

 

 

Suho segera berlari ke arah Kai dan menekup mulutnya. "Kita sembang kat luar." Suho mengheret Kai keluar dari bilik Lay.

 

 

Kai menepis tangan Suho bila diorang dah jauh dari bilik itu. "Apa hyung ni? Sakit tau!"

 

 

"Kamu jangan sebut pasal husband dia kat depan dia, tau?" pesan Suho.

 

 

"Kenapa?"

 

 

"Ada la. Tapi kamu janji jangan sebut. Hyung taknak dia hilang kawalan sebab trauma yang dia alami. Okey?"

 

 

"Okey. Apa-apa la hyung berdua ni. Saya nak pergi jumpa kekasih saya ni. Bye!" ucap Kai lalu dia segera beredar.

 

 

Suho kembali ke bilik Lay dan lihat Lay mula menjamah sarapan yang dibawanya tadi. "Pandaipun. Okey, lepas ni awak kena makan ubat, ya?"

 

 

"Ubat? Untuk apa? Saya tak sakitpun." rungut Lay yang sememangnya tak suka ubat.

 

 

Suho duduk di birai katil di sebelah Lay. "Ubat untuk sembuhkan luka awak tu. Doktor kata, teruk juga awak diro...ops sorry...saya tak bermaksud..."

 

 

"Takper, saya faham. Kris memang ganas hari tu. Okey, saya akan makan. Thanks Suho sebab ambil berat."

 

 

'Saya ambil berat sebab saya suka awak, Lay...alangkah bagusnya kalau awak milik saya. Saya takkan lukai awak macam yang Kris buat.' Suho tersenyum sendiri.

 

 

"Kenapa awak senyum?" soal Lay.

 

 

"Eh, takda apa la. Awak makan la."

 

 

"Awak tak pergi kerja ke? Dah lewat ni."

 

 

"Saya cuti hari ni sebab nak jaga awak. Maksud saya, mana boleh saya tinggal awak sendirian. Mesti awak kekok kalau orang lain yang jaga awak."

 

 

"Ya, duduk dalam rumah orang lain memang rasa kekok, tapi bila bersama orang yang kita kenal, okey la sikit. Maaf sebab susahkan awak. Saya janji, lepas saya sembuh, saya akan balik rumah saya semula."

 

 

"Eh, takper Lay. Awak boleh tinggal sini selama yang awak nak. Saya tak kisah sebab..." '...sebab saya sukakan awak. Buatlah rumah ni macam rumah awak...'

 

 

"Sebab apa Suho?"

 

 

"Sebab...takda apa la. Yang penting awak boleh tinggal sini selama yang awak nak." Suho tersenyum.

 

 

^*^*^*^*^*

 

 

Kris menjalani sesi penggambaran iklan krim muka untuk lelaki maskulin. Dalam iklan tu, ada model perempuan yang terpaksa buat skinship dengannya. Itu dah memang perkara biasa bagi Kris jadi dia takda apa-apa perasaan pun kat perempuan tu. Selesai saja penggambaran itu, Kris duduk berehat di kerusinya.

 

 

"Awak hebat! Boleh kita keluar lepas ni?" soal perempuan yang dalam iklan tu dengan gaya menggoda.

 

 

"Saya busy. Sorry..." balas Kris sedinginnya.

 

 

"Okey semua, sebentar lagi iklan tadi akan disiarkan di tv. Good job everyone! So, semua boleh bersurai." ucap tuan pengarah iklan itu.

 

 

'Jangan la Lay tengok iklan tu walau di mana dia berada. Eh, apa aku cakap ni? Sejak bila aku kisah pasal dia? Sebelum ni, banyak lagi iklan yang macam ni dan aku tak kisahpun kalau Lay tengok. Biar la dia nak sakit hati ke, cemburu ke, aku kisah apa. Tapi...kenapa sekarang aku rasa bersalah kalau Lay tengok aku mesra dalam iklan? Aku ingat lagi...'

 

 

Flashback

Kris selesai bersiap untuk pergi kerja, dan sewaktu dia tiba di ruang tamu, dia nampak ekspresi wajah Lay yang sedih sebab tengok iklan Kris berpelukan dengan model perempuan dalam iklan minyak wangi. Hati Kris sakit bila tengok Lay menitiskan air mata.

 

'Dia cemburu, ke? Takkan kot.' fikir Kris.

 

Lay mengesat air matanya bila dia sedar Kris ada di situ. Dia bangun dari sofa dan mendekati Kris. Senyuman palsu terukir di bibirnya. "Awak dah nak pergi kerja?" Lay membetulkan tali leher Kris.

 

Kris hanya memandang wajah Lay. 'Pandai dia berpura-pura. Aku tau kau sedih, tak payah nak control sangat.' getus hati Kris. "Kau cemburu, ke?"

 

"Apa? Cemburu?" soal Lay sambil memandang Kris.

 

"Aku nampak kau nangis bila tengok iklan tu tadi."

 

"Mesti la. Siapa yang tak cemburu dan sakit hati bila tengok suami sendiri peluk perempuan lain walaupun dalam lakonan? Hati saya sakit sangat, Kris. Tapi, saya faham. Ia kerja awak, so saya akan cuba bersabar." Lay senyum.

Flashback tamat

 

 

'Dalam lakonan pun dia boleh jealous dan sakit hati, jadi masa aku bawa perempuan balik...i'm sorry, Lay...saya taktau saya dah sakiti awak begitu teruk...' Kris meramas rambutnya. "Dan semalampun aku sakiti dia lagi...i'm a jerk!"

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 18: Please sambung ye nanti. Nak tau pengakhiran KrisLay mcm mana.
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 17: sekai so cute and sweet.. tak boleh nak stop senyum baca dorang saling mengusik.. tahniah sekai!!! haha
boleh tak nak cilikan mulut kris tu?? dah kenapa dia tu?? mmng patut pun lay merajuk lama2 lagi.. awal2 kesian dngn dia tapi mcm tu pula perangai dia ni.. ish ish..
SuperNatuGirl
#3
Nownow, do you still remember me? I'm your Indonesian reader lol

Oh, i haven't red this story for a while. But now that i have read the rest of the story, this is getting seriously interesting. Lol at Kai being clueless about Sehun(just admit it that he is preggy yayy) and awww Suho xD Kris sure is an evil man for Suho... Of course, to defend his beloved wife, but he actually went a bit far(points for Yixing for lecturing him like a mother lecturing her son, so adorbs zzzzz).

And i know about Yixing's memory loss. It's a temporary amnesia, where one tends to forget an event if that was traumatizing, painful memory or anything that makes the brain can't really handle the informations and decided to 'store' the informations somewhere within the deepest part of the brain itself.

Great story so far, i don't really care about the language, cause I can understand it better than before lol.

Fighting, authornim
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 16: Yay for sekai!!!!! Haha setiap kali majlis kahwin mesti ada apa2 jadi.. xD hope sehun okay..
Aigoo kray ni.. boleh pulak dorang bergaduh.. baru je baik.. kris ni pon tak pandai jaga mulut.. ish ish..
tahniah juga untuk suho.. akhirnya jumpa juga dia dengan org yg betul.. lupakan jelah lay tu.. haha

Side note: ade rasa nk sepak pulak part kris pout kt lay tu.. xD hahaha i'm sorry… ><

Thanks for update ^^
vanilachoc
#5
Chapter 16: I'm really looking forward on this story.... serious best.... update soon please TㅅT
famushinee #6
Chapter 16: I thought you've abandon this story because it's been so long since you update this story..I thought you forget about this story..this is your first story that I read..this is your first story that made me became your fan..please update soon.
Sunflower_Heart
#7
Chapter 16: apa yang terjadi kat sehun???