Aish~

Aku, Kau dan 'Dia'...

 

Kai menuju ke arah mereka sambil mendukung Sehun yang tidak sedarkan diri. Kai kelihatan cemas. Dan mereka pun kelihatan risau.

 

 

"Kenapa ni?" soal Suho.

 

 

"Saya tak tahu. Saya jumpa dia dah pengsan kat bilik air tadi. Saya nak bawa dia pergi ke hospital." jelas Kai.

 

 

"Pergi la. Nanti kami menyusul." arah Suho. Kemudian, dia segera mendapatkan pasangannya.

 

 

"Kenapa ni? Apa dah jadi?" soal Kyungsoo apabila dia melihat suaminya kelihatan resah.

 

 

"Jom, kita ke hospital!" Suho mengajak.

 

 

"Jom, Xing!" Kris memegang tangan Lay, namun ditepis kasar.

 

 

"Saya boleh jalan sendiri." balas Lay, dingin. Dia kemudiannya melangkah menuju ke arah kereta mereka.

 

 

Kris melepaskan keluhan sebelum dia melangkah menuju ke keretanya. Lay sudah duduk di dalam kereta di sebelah tempat duduk pemandu dengan rupa yang muram. Dia masih marahkan Kris sebab memburukkan Suho tadi.

 

 

"Takkan awak still marahkan saya sebab tadi?" Kris menegur sebaik sahaja kereta dihidupkan.

 

 

Lay hanya mendiamkan diri. Pandangannya dilempar ke luar kereta. Dia tiada mood untuk menjawab. Kris mengeluh buat kesekian kalinya. Dia mula memandu menuju ke hospital.

 

 

^*^*^*^*^*

 

 

Di hospital, Kai menemani Sehun di dalam wadnya. Yang lain belum tiba lagi, mungkin masih dalam perjalanan. Sehun bersandar pada kepala katil, manakala Kai duduk di sebelahnya sambil memegang tangan pasangannya itu.

 

 

"Hunnie, awak buat saya risau tau. Jangan buat macam ni lagi. Okay? Saya dah kata awak patut rehat je kat rumah. Tengok sekarang apa dah jadi. Nasib awak takda apa-apa. Awak ni suka buat saya risau. Awak tau kan saya tak boleh hidup tanpa awak. Awak orang kesayangan saya. Lain kali dengar cakap saya, okay. Jangan nak..." Kai mula membebel namun dia terdiam apabila Sehun mengucupnya secara tiba-tiba untuk mendiamkannya.

 

 

"Awak ni..." Kai hanya memandang Sehun apabila ciuman dileraikan. Sehun memegang kedua-dua pipi Kai, dan memandangnya dengan senyuman.

 

 

"Jangan la berleter lagi. Saya okay, kan. Saya tau awak risau. Maaf sebab buat awak risau. Awak maafkan saya?" ucap Sehun dengan senyuman manja membuatkan hati Kai tenang. Dan satu senyuman mula terukir di bibir Kai.

 

 

"Baiklah, saya maafkan awak. Just jangan buat lagi, okay?" Kai mengusap kepala Sehun, sebelum dia mengucup dahi Sehun dengan penuh kasih sayang.

 

 

"Macam mana saya nak janji? Pengsan bukan sesuatu yang boleh dikawal. Apa la awak ni. Suka minta yang bukan-bukan."

 

 

"Maksud saya, kalau awak rasa tak sihat, bagitau la. Jangan sembunyi or pura-pura sihat. Okay?"

 

 

"Baiklah. I'm sorry, okay? So, doktor kata apa pasal saya? Saya sakit apa?" soal Sehun.

 

 

"Diorang tengah buat ujian darah awak. Nanti baru tau keputusannya."

 

 

"Iya? Macam mana kalau saya ada penyakit yang kronik? Apa awak nak buat tanpa saya?" Sehun menduga.

 

 

"Hunnie!" teriak Kai membuatkan Sehun terkejut. Dia memandang Sehun dengan muka tak puas hati sebab baru saja dia cakap yang dia tak boleh hidup tanpa Sehun dan sekarang Sehun cakap macam tu pula.

 

 

Sehun menelan air liur melihat reaksi Kai itu.

 

 

"K-Kai..." Sehun tergagap.

 

 

"Omo, saya buat awak takut, ke? Sorry...i don't mean to..."

 

 

"It's okay. Saya terkejut je. Awak mana pernah marah macam ni."

 

 

"Mian...saya..."

 

 

"Saya tau awak risaukan saya. Tapi saya okay, percaya la." Sehun memujuk.

 

 

"I love you." Ucap Kai.

 

 

"I love you too." balas Sehun sebelum bibir mereka bersatu.

 

 

"Erm maaf mengganggu." Ucap satu suara membuatkan SeKai segera berjauhan. 

 

 

"Err doktor..hehe takper." balas Kai dengan malu-malu sambil menggosok belakang lehernya.

 

 

Sehun yang masih di katil mulai blushing sebab adegan tadi dilihat orang yang tidak sepatutnya.

 

 

"Tak apa. Saya faham. Saya datang untuk beritahu yang keputusan ujian darah Sehun dah keluar."

 

 

"Iya? Apa keputusannya?" soal Kai dengan nervousnya.

 

 

"Saya takda penyakit kronik kan, doktor?" soal Sehun pula.

 

 

Doktor itu memandang mereka berdua silih berganti sambil tersenyum membuatkan SeKai saling berpandangan.

 

 

"Apa keputusannya doktor?" Soal mereka berdua serentak.

 

 

"Tahniah saya ucapkan!" Ucap doktor itu membuatkan SeKai semakin bingung.

 

 

"Untuk apa?" Soal Kai.

 

 

"Keputusannya positif. Pasangan awak hamil 3 bulan."

 

 

"A-apa?" mereka berdua seperti tidak percaya dengan apa yang didengar. Sehinggalah doktor itu memberitahu buat kali kedua, baru mereka terima.

 

 

"Kita akan jadi parents! Thanks, Hunnie!" Ucap Kai dengan gembiranya. Pipi Sehun dicium berkali-kali.

 

 

Sesungguhnya berita itulah yang dinanti-nantikan oleh mereka berdua.

 

 

Sehun mengalirkan air mata gembira. Doktor itu beredar setelah selesai memeriksa keadaan Sehun.

 

 

Beberapa minit kemudian, pasangan KrisLay dan SuDo tiba di wad Sehun. Mereka sibuk bertanya khabar Sehun kerana mereka risau dan setelah diberitahu oleh Kai tentang berita gembira itu, mereka mengucapkan tahniah.

 

 

"Kalau kamu dah rasa tak sihat, kenapa gagahkan diri untuk datang juga ke majlis hyung? Rehat je la kat rumah. Nasib baby takda apa-apa." Suho menegur Sehun.

 

 

"Sayakan adik ipar hyung. Kena la pergi walau macam mana pun." jelas Sehun yang tidak menyedari pasangan SuDo merasa bersalah.

 

 

"Maaf, sebab kamu terpaksa datang dalam sakit-sakit macam ni." ucap D.o a.k.a Kyungsoo.

 

 

"Eh, takper la hyung. Bukannya salah hyung. Tak payah la minta maaf. Sepatutnya, saya yang minta maaf sebab dah rosakkan majlis hyung berdua. Mianei..." ucap Sehun seikhlasnya.

 

 

"Sampai bila baru nak habis sesi maaf-bermaafan ni? Kitakan dah jadi satu keluarga, jadi tak payah la saling rasa bersalah. Nanti rasa kekok pula." ucap Lay yang cuba menceriakan suasana.

 

 

"Ya, betul juga tu." mereka semua bersetuju.

 

 

"Jadi, bila kamu boleh keluar dari hospital ni?" soal Kris.

 

 

"Tunggu doktor beritahu. Rasanya hari ni juga sebab saya sihat-sihat saja." balas Sehun dengan sengihan.

 

 

"Sihat la sangat. Kalau awak pengsan sekali lagi macam mana? Tak boleh. Walaupun doktor benarkan awak balik, saya tetap nak awak tinggal kat sini sampai awak betul-betul pulih." Kai cuba mengusik pasangannya itu.

 

 

"Yah, bosan la! Tak nak tinggal sini. Saya nak balik juga." balas Sehun yang menganggap kata-kata Kai itu serius.

 

 

Semua tertawa dengan gelagat pasangan muda itu.

 

 

Kris cuba memegang tangan Lay dalam diam, namun Lay yang menyedarinya segera melarikan tangannya terlebih dahulu. Masih merajuk lagi nampaknya. Kris mengeluh.

 

 

"Okay la, kami berdua nak balik dah ni. Soo perlu rehat." ucap Suho sambil memaut bahu pasangannya itu.

 

 

"Betul juga. Soo hyung pun kena la jaga diri elok-elok. Kandungan hyung pun masih baru. Hyung tak boleh terlalu letih. Kalau tak, nanti jadi macam saya. Kena bermalam kat hospital ni." Sehun memuncungkan bibirnya apabila memikirkan yang dia terpaksa ditahan di wad untuk semalaman walaupun doktor belum memberi kata putus lagi.

 

 

"Diapun pregnant? Jadi betul la kau kawin dengan dia sebab nak bertanggungjawab atas dia. Betul la khabar angin tu." ucap Kris sambil menunding ke arah Suho.

 

 

"Yah! Tak habis-habis lagi dengan tuduhan tu!" marah Lay. 'Apa la Kris ni? Taktau apa-apa tapi main tuduh-tuduh je.'

 

 

Mereka semua terkejut dengan tuduhan Kris itu.

 

 

Akan bersambung...

 

 


Terima kasih kepada yang setia menunggu sambungan cerita ini!

Dan saya minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk update...

Semoga berpuas hati ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 18: Please sambung ye nanti. Nak tau pengakhiran KrisLay mcm mana.
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 17: sekai so cute and sweet.. tak boleh nak stop senyum baca dorang saling mengusik.. tahniah sekai!!! haha
boleh tak nak cilikan mulut kris tu?? dah kenapa dia tu?? mmng patut pun lay merajuk lama2 lagi.. awal2 kesian dngn dia tapi mcm tu pula perangai dia ni.. ish ish..
SuperNatuGirl
#3
Nownow, do you still remember me? I'm your Indonesian reader lol

Oh, i haven't red this story for a while. But now that i have read the rest of the story, this is getting seriously interesting. Lol at Kai being clueless about Sehun(just admit it that he is preggy yayy) and awww Suho xD Kris sure is an evil man for Suho... Of course, to defend his beloved wife, but he actually went a bit far(points for Yixing for lecturing him like a mother lecturing her son, so adorbs zzzzz).

And i know about Yixing's memory loss. It's a temporary amnesia, where one tends to forget an event if that was traumatizing, painful memory or anything that makes the brain can't really handle the informations and decided to 'store' the informations somewhere within the deepest part of the brain itself.

Great story so far, i don't really care about the language, cause I can understand it better than before lol.

Fighting, authornim
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 16: Yay for sekai!!!!! Haha setiap kali majlis kahwin mesti ada apa2 jadi.. xD hope sehun okay..
Aigoo kray ni.. boleh pulak dorang bergaduh.. baru je baik.. kris ni pon tak pandai jaga mulut.. ish ish..
tahniah juga untuk suho.. akhirnya jumpa juga dia dengan org yg betul.. lupakan jelah lay tu.. haha

Side note: ade rasa nk sepak pulak part kris pout kt lay tu.. xD hahaha i'm sorry… ><

Thanks for update ^^
vanilachoc
#5
Chapter 16: I'm really looking forward on this story.... serious best.... update soon please TㅅT
famushinee #6
Chapter 16: I thought you've abandon this story because it's been so long since you update this story..I thought you forget about this story..this is your first story that I read..this is your first story that made me became your fan..please update soon.
Sunflower_Heart
#7
Chapter 16: apa yang terjadi kat sehun???