Almost done

Aku, Kau dan 'Dia'...

 

Kris yang baru keluar dari bilik air tersenyum melihat situasi di hadapannya. Situasi yang comel pada pendapatnya. Orang kesayangannya berada di hadapan cermin dengan bajunya yang diselak hingga menampakkan baby bumpnya yang dah mula kelihatan.

 

 

"Comel..." Kris bergumam sebelum dia melangkah menuju ke arah Lay yang masih tak sedar kehadirannya di situ.

 

 

Lay sibuk membelek tubuhnya yang dah mula mengalami perubahan. Dia tersenyum mengetahui yang bayinya membesar dengan sihat dalam dirinya.

 

 

"I can't wait to see you, my baby..." dia tersenyum sambil mengusap baby bumpnya dengan lembut.

 

 

"Sayapun tak sabar nak jumpa anak kita." ucap Kris yang dah berdiri di belakang Lay. Dia memeluk Lay dari belakang dan tangannya diletakkan di perut pasangannya itu. "Tapi masih ada lagi 4 bulan, kan?"

 

 

"Ya."

 

 

"Thanks sayang sebab bersabar dengan karenah saya selama ini. Kalau orang lain, saya rasa tentu diorang dah lama tinggalkan saya yang dingin ni."

 

 

"Sebenarnya, saya ada terfikir juga untuk tinggalkan awak, tapi sebab baby, saya tak sanggup. Saya taknak dia membesar tanpa seorang ayah."

 

 

"Apa? Betul ke apa yang awak cakap ni? So, awak bersama saya sekarang ni hanya sebab baby ni? Bukan sebab awak cinta saya? Huh?" di saat itu, pelukan mereka dah terlerai. Kris yang terkejut dengan pengakuan Lay itu segera meleraikan pelukan mereka dan air mukanya berubah. Air muka yang menunjukkan dia kecewa.

 

 

Melihatkan itu membuatkan Lay tertawa kecil. Dia berjaya mengusik Kris.

 

 

"Fan?" Lay memanggil nama Kris setelah Kris berdiam dari tadi, namun tiada sebarang reaksi. Lay mengamat-amati muka Kris namun dia tak dapat membaca apa dalam fikiran Kris waktu itu sebab ekspresi wajahnya kosong.

 

 

"Fan, saya bergurau jer la. Saya tak maksudkannya. Saya bersama awak bukan sebab baby ni saja, tapi sebab saya cintakan awak juga. Please, Fan. Jangan la macam ni." tu dia, Lay dah gelabah sebab dia fikir Kris kecewa dengan apa yang diperkatakannya tadi. Sungguh, Lay hanya bergurau tadi. Dan dia rasa bersalah bila tengok riak muka Kris yang kosong lepas apa yang dia cakap tadi.

 

 

"Fan?" Lay memanggil sekali lagi. Tangannya dilambai-lambai di hadapan muka Kris. "Fan, awak dengar tak saya cakap ni? Tolong jangan takutkan saya macam ni, Fan." Lay hampir saja menangis bila Kris seperti patung tak endahkan dia.

 

 

"Awak taknak cakap sudah la. Malas saya nak layan awak dah." Lay merajuk. Dan hampir saja dia berlalu pergi, Kris segera mencapai tangannya dan merapatkan tubuh mereka. Mereka berpelukan. Kris memeluk Lay dari belakang.

 

 

"Jangan la marah, sayang. Saya bergurau jer. Awak kenakan saya, sekarang saya kenakan awak balik. Kan seri."

 

 

Lay hampir tak tertahan tangisannya apabila dia tiba-tiba saja menangis membuatkan Kris panik.

 

 

"Sayang, kenapa ni? Ada yang tak kena, ke? Kenapa awak nangis, ni? Ada sakit kat mana-mana, ke? Huh? Awak jangan buat saya panik. Cakap la, apa yang tak kena? Please, jangan terus nangis macam ni. Say something, Xing. Please..." Kris panik dan dia kedengaran merayu di hujung ayat sebab dia taktau apa yang tak kena dengan Lay. Dia gelabah untuk memujuk Lay. Dia hilang arah, dan Lay masih lagi terus-terusan menangis. Kris segera menarik Lay ke dalam dakapannya dan mereka berpelukan.

 

 

Dan lepas beberapa minit, Lay kembali tenang. Tangisannya masih tersisa, namun ia menunjukkan yang dia dah hampir berhenti menangis. Kris tak lagi menggelabah seperti tadi. Dia mengusap lembut kepala Lay dan membelainya dengan penuh kasih sayang.

 

 

"Saya minta maaf kalau saya ada buat awak terluka tadi. I'm sorry, honey. Please forgive me..." bisik Kris ke telinga Lay. Terukir satu senyuman di bibir Lay menampakkan lesung pipitnya. Dia suka bila Kris layan dia dengan begitu lembut dan menggoda seperti itu. Dia rasa disayangi dan istimewa.

 

 

"Fan-ah..." ucap Lay perlahan tapi cukup untuk didengari Kris.

 

 

"Ya, sayang? Kenapa?"

 

 

Lay meleraikan pelukan mereka, dan tangan Kris diraihnya lalu diletakkan di baby bumpnya.

 

 

"Awak rasa tak?" soal Lay.

 

 

"Rasa?"

 

 

"Baby's first kick. Can you feel it?"

 

 

"Baby what?" sejurus itu Kris dapat rasa pergerakkan kecil di perut isterinya itu. Dia terlopong. Matanya memandang Lay, perlukan kepastian atas apa yang dirasainya itu dan Lay hanya mengangguk kecil dengan senyuman.

 

 

"Tendangan pertama dia." jelas Lay.

 

 

"Tak terlalu awal, ke?"

 

 

"Saya dah 5 bulan lebih, Fan. Mana awalnya. Ia normal la." jelas Lay.

 

 

"Oh okay...nampaknya saya terlepas pengiraannya sebab terlalu sibuk dengan kerja baru saya. I'm sorry..."

 

 

"It's okay, Fan. I understand. Cuma jangan terlepas waktu yang saya perlukan awak, when the due's come. Okay? I really need you by my side." ucap Lay sambil tangannya bermain dengan tangan Kris.

 

 

"Saya janji, Xing. When the due's come, i'll be with you no matter what happen. I love you..." ucap Kris seraya dahi Lay dikucupnya.

 

 

Kris sekarang telah bekerja di syarikat milik ayahnya sebagai CEO. Dia telah mengadakan sidang akhbar untuk memperkenalkan Lay sebagai pasangannya dan tentang pengundurannya dari dunia hiburan 2 bulan yang lalu. Pada mulanya, para peminat tidak menerima keputusannya dengan hati yang terbuka, namun masa yang menentukan segalanya apabila semuanya berjalan lancar. Kini hidup Kris lebih bahagia daripada sebelumnya dengan kehadiran Lay dan bakal anak mereka.

 

 

*^*^*^*^*^

 

 

Hari itu merupakan hari perkahwinan SeKai. Majlis diadakan di sebuah hotel mewah dengan kehadiran saudara mara yang terdekat dan sahabat handai sahaja, namun ia tetap majlis yang meriah. Setelah bercinta lebih 2 tahun, mereka berdua akhirnya merancang untuk berkahwin. Segalanya berjalan dengan lancar sepanjang majlis itu berlangsung sehinggalah pada malam itu sebaik sahaja semua orang dah bersurai.

 

 

"Xing, kamu okay, ke? Dari tadi mak tengok kamu muram jer." soal Pn. Wu sewaktu mereka sekeluarga berkumpul di sebuah meja bulat untuk minum ucap selamat bagi pengantin baru.

 

 

Mendengar itu, Kris segera beralih ke arah Lay yang duduk di sebelahnya. Dia mengamat-amati wajah Lay dan ternyata ia seperti yang diperkatakan oleh Pn. Wu. Wajah Lay nampak tak bermaya, dan muram, seperti dia sedang menyembunyikan sesuatu.

 

 

"Awak okay tak, Xing?" soal Kris, sambil tangannya meraih tangan Lay yang diletakkan di bawah.

 

 

"Saya okay, Fan. Cuma sakit sikit jer. Takda apa la." jelas Lay dengan senyuman.

 

 

Semua yang dengar, membeliakkan mata mereka. Apa maksud Lay dengan sakit? Takkan la dah sampai masanya dia...well, Lay sebenarnya dah cukup bulan. Dan ini membuatkan semua yang ada sentiasa perhatikan keadaannya sepanjang majlis berlangsung.

 

 

"Sakit? Sakit macam mana tu? Xing, kalau kamu rasa dah sampai masanya, jangan kamu berdiam diri. Kamu tahu kan yang kami semua risaukan kamu." bebel Pn. Wu.

 

 

"Betul tu, Xing. Awak nak masuk dalam untuk rehat, ke? Mungkin sakit awak akan berkurangan nanti." cadang Kris.

 

 

"Saya okay la. Maybe baby terlalu excited tengok perkahwinan bapa saudaranya. Awak jangan la risau." jelas Lay. Dia taknak saat-saat bahagia SeKai terjejas disebabkan dia. Memang dia ada rasa sakit sikit, tapi dia taknak perbesarkan hal itu sebab dia masih ada lagi seminggu sebelum baby lahir.

 

 

"Hyung, kalau hyung rasa tak sihat, hyung boleh rehat kat dalam bilik yang kami dah tempah. Lagipun, tetamu dah balik dan majlis dah selesai. Takda apa yang nak dibuat lagi. Hyung rehat la, ya?" ucap Sehun dengan penuh prihatin.

 

 

Mendengar semua orang begitu risaukannya, Lay tak boleh berkata apa-apa lagi. Dia akur.

 

 

"Baiklah, kalau macam tu. Sayapun sebenarnya memang rasa penat sikit. Fan, temankan saya ke bilik." pinta Lay, dan Kris segera bangun dari tempat duduknya untuk membantu Lay bangun.

 

 

Namun, baru selangkah mereka berjalan, Lay tiba-tiba berhenti.

 

 

"Kenapa Xing? Ada yang tak kena, ke?" soal Kris.

 

 

Semua yang ada di tempat duduk tadi, memandang ke arah mereka.

 

 

"Fan, saya rasa...saya..." Lay menggenggam tangan Kris membuatkan dahi Kris berkerut memandangnya.

 

 

"Kenapa, Xing?" soal Kris.

 

 

Di saat itu, Lay merasa sesuatu yang mengalir di kakinya. Dia memandang ke lantai dan matanya terbeliak tatkala dia perasan yang lantai tempat dia berdiri dibasahi oleh sesuatu.

 

 

"Fan, my water's broke..." ucap Lay dengan selamba, sebab dia taknak yang lain panik, namun sebaik saja dia cakap perkara itu, semua yang ada mulai panik.

 

 

Kris segera mendukung Lay dan dibawa ke keretanya seperti yang diarahkan oleh keluarganya.

 

 

"Kamu pergi dulu, nanti kami menyusul." kata Tn. Wu kepada Kris.

 

 

Kris mengangguk sebelum dia meletakkan Lay di tempat duduk belakang dengan kepalanya di riba Sehun yang volunteer nak bersama Lay sementara Kris memandu.

 

 

Perjalanan ke hospital yang pada mulanya senyap, menjadi riuh dengan suara Lay yang mengerang kesakitan. Sehun yang bersamanya turut sama menjerit sebab Lay menggenggam tangannya dengan kuat. Kai yang duduk di sebelah Kris, memandang ke belakang untuk melihat keadaan mereka bagi pihak Kris yang sedang memandu.

 

 

"Awak kenapa, Hunnie? Xing hyung menjerit saya faham la, yang awak menjerit juga kenapa?" soal Kai yang sedang menahan gelak sebab dia lucu tengok rupa Sehun.

 

 

"Tangan saya rasa macam nak patah digenggam Xing hyung. Awak apa tau?" marah Sehun.

 

 

"Sabar la, kita dah nak sampai dah." ucap Kai.

 

 

"Argh, Fan lambat lagi ke nak sampai?" soal Lay dalam kesakitan.

 

 

"Kita dah nak sampai, Xing. Bertahan la." balas Kris yang dah berpeluh panik.

 

 

Setibanya mereka di hospital, Kris segera mendukung Lay dan membawanya masuk ke dalam diikuti SeKai. Kris sentiasa bersama Lay sewaktu proses kelahiran anak mereka, manakala SeKai menunggu di luar wad bersama ahli keluarga yang lain.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 18: Please sambung ye nanti. Nak tau pengakhiran KrisLay mcm mana.
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 17: sekai so cute and sweet.. tak boleh nak stop senyum baca dorang saling mengusik.. tahniah sekai!!! haha
boleh tak nak cilikan mulut kris tu?? dah kenapa dia tu?? mmng patut pun lay merajuk lama2 lagi.. awal2 kesian dngn dia tapi mcm tu pula perangai dia ni.. ish ish..
SuperNatuGirl
#3
Nownow, do you still remember me? I'm your Indonesian reader lol

Oh, i haven't red this story for a while. But now that i have read the rest of the story, this is getting seriously interesting. Lol at Kai being clueless about Sehun(just admit it that he is preggy yayy) and awww Suho xD Kris sure is an evil man for Suho... Of course, to defend his beloved wife, but he actually went a bit far(points for Yixing for lecturing him like a mother lecturing her son, so adorbs zzzzz).

And i know about Yixing's memory loss. It's a temporary amnesia, where one tends to forget an event if that was traumatizing, painful memory or anything that makes the brain can't really handle the informations and decided to 'store' the informations somewhere within the deepest part of the brain itself.

Great story so far, i don't really care about the language, cause I can understand it better than before lol.

Fighting, authornim
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 16: Yay for sekai!!!!! Haha setiap kali majlis kahwin mesti ada apa2 jadi.. xD hope sehun okay..
Aigoo kray ni.. boleh pulak dorang bergaduh.. baru je baik.. kris ni pon tak pandai jaga mulut.. ish ish..
tahniah juga untuk suho.. akhirnya jumpa juga dia dengan org yg betul.. lupakan jelah lay tu.. haha

Side note: ade rasa nk sepak pulak part kris pout kt lay tu.. xD hahaha i'm sorry… ><

Thanks for update ^^
vanilachoc
#5
Chapter 16: I'm really looking forward on this story.... serious best.... update soon please TㅅT
famushinee #6
Chapter 16: I thought you've abandon this story because it's been so long since you update this story..I thought you forget about this story..this is your first story that I read..this is your first story that made me became your fan..please update soon.
Sunflower_Heart
#7
Chapter 16: apa yang terjadi kat sehun???