FINAL

Aku, Kau dan 'Dia'...

 

 

Pada suatu petang, pasangan KrisLay dikejutkan oleh pasangan SuDo yang mengunjungi mereka secara tiba-tiba. Sebenarnya, pasangan itu baru sahaja pulang daripada honeymoon, dan mereka singgah di rumah KrisLay untuk memberi cenderahati yang dibeli. 

 

 

"Maaf la kami datang tanpa bagitau." ucap Kyungsoo. 

 

 

"Eh, takper la. Lagipun, kami memang nak jumpa korang." balas Lay, sambil mempersilakan pasangan SuDo duduk di ruang tamu.

 

 

Pasangan SuDo saling berpandangan sebelum mereka memandang Lay semula. 

 

 

"Untuk apa?" soal Suho. 

 

 

"Well, itu kena tanya husband saya ni la." Lay menyiku Kris yang duduk di sebelahnya dengan isyarat supaya Kris mula bicara.

 

 

Pandangan SuDo couple dialihkan kepada Kris.

 

 

"Untuk apa cari kitorang?" soal Suho.

 

 

"Aku...err..." Kris tergagap sebab dia bukan seorang yang mudah ucap kata maaf. Dan untuk melancarkan percakapan dia, dia memerlukan sedikit dorongan, atau dalam kes ni...'Buk!' 

 

 

"Yah! Sakitlah! Awak nak jadi bini derhaka ker, main ketuk kepala suami macam ni." marah Kris sambil dia menggosok kepalanya yang diketuk oleh Lay.

 

 

"Dah siapa suruh awak tergagap? Sejak bila jadi gagap pun taktau." Lay bukan sahaja tak mengendahkan amarah Kris tadi, malah dia menyindirnya lagi.

 

 

Pasangan SuDo hanya saling berpandangan dan menjungkitkan bahu mereka tanda tidak faham dengan kelakuan pasangan KrisLay itu.

 

 

"Cakap la apa yang awak nak cakap. Hari tu bukan main lagi kata takut tak sempat la apa la. Cakap la." Lay menyindir lagi, membuatkan Kris mencebik.

 

 

Pasangan SuDo dipandang oleh Kris silih berganti dengan senyuman kekok. "Aku sebenarnya, nak...nak minta...nak minta..."

 

 

"Minta apa? Kau ni kenapa?" soal Suho yang hampir hilang sabar dengan tingkah Kris itu.

 

 

Lay menampar dahinya. Ini kalau dibiarkan, mahu sampai esok tak habis. 

 

 

"Dia nak minta maaf sebab terlepas cakap pasal Kyungsoo hari tu. Tu je." seloroh Lay apabila Kris masih lagi tidak dapat menghabiskan ayatnya itu.

 

 

"Apa? Oh, tak perlu la. Saya tak ambil hati pun." balas Kyungsoo dengan senyuman kekok.

 

 

"See, dia tak kisah pun. Awak yang over sangat." Kris berbisik kepada Lay, dan satu cubitan dihadiahkan oleh Lay kepadanya. "Yah!"

 

 

"Nak minta maaf tu, elok-elok sikit. Biar ikhlas. Jangan kira orang kisah ke tak dengan kesalahan kita tu." bebel Lay.

 

 

"Aish, yer la." Kris akur. "Saya minta maaf sebab terlanjur cakap tempoh hari."

 

 

"Eh, takper la. Lagipun, memang betul apa yang awak kata tu." balas Kyungsoo.

 

 

'See.' Kris bercakap tanpa suara ke arah Lay, dan Lay meletakkan jari telunjuknya ke bibir tanda supaya Kris diam.

 

 

"Tapi kitorang kahwin bukan atas sebab aku nak bertanggungjawab kat dia, kitorang memang dah plan nak kahwin sebelum dapat berita tu lagi." jelas Suho supaya Kris tidak menyoal banyak lagi.

 

 

Selepas puas berbual kosong, sambil menikmati sedikit makanan dan minuman ringan, pasangan SuDo meminta diri untuk pulang.

 

 

"Terima kasih untuk cenderahati ni. Susah-susah je korang datang untuk hantar ni jer." ucap Lay sewaktu dia menghantar pasangan SuDo ke muka pintu bersama Kris.

 

 

"Takder susahnya. Kebetulan kitorang memang lalu jalan sini, so alang-alang, kitorang singgah ler." balas Suho.

 

 

'Nasib baik alang-alang. Ingatkan sengaja nak kacau bini aku.' getus hati Kris yang masih lagi tak dapat melupakan bahawa Suho pernah ada hati dengan Lay. Dan si Suho juga pernah menyembunyikan Lay selama 2 bulan di rumahnya. 'Well, salah aku juga, sakitkan Lay.' fikirnya lagi.

 

 

"Fan!" Lay menyiku perut Kris untuk menyedarkan Kris yang kelihatan sedang mengelamun jauh.

 

 

"Aduh! Sakitlah! Awak ni kenapa?" soal Kris.

 

 

"Taknak masuk dalam rumah, ker?" sindir Lay sebelum dia melangkah masuk ke dalam meninggalkan Kris di muka pintu.

 

 

"Masuk?" Kris baru menyedari bahawa pasangan SuDo telahpun berlalu pergi sewaktu dia sedang mengelamun tadi. Dia mengeluh sebelum dia masuk, dan menutup pintu. "Teruk juga aku mengelamun tadi." Kris tergelak sendiri dengan kelakuannya.

 

 

^*^*^*^*^*

 

 

Malam itu, Lay terjaga daripada tidurnya dalam keadaan panik.

 

 

"Fan! Fan! Bangun la!" Lay menggerakkan Kris yang tidur di sebelahnya.

 

 

"Kenapa? Ada apa Xing?" soal Kris sambil menenyeh matanya yang masih enggan dibuka.

 

 

"Fan, baby! Baby mana?!" soal Lay sambil memeriksa tubuhnya atau lebih tepat lagi, perutnya yang kempis itu.

 

 

Mendengar itu membuatkan Kris juga panik. Pada fikirannya, Lay memaksudkan si kembar telah hilang. Dengan itu, dia segera berlari menuju ke bilik si kembar tanpa menyedari Lay yang sedang menangis. Setibanya Kris di bilik si kembar, dia menghela nafas lega melihat si kembar sedang tidur nyenyak.

 

 

"Diorang elok jer tidur. Apa maksud Xing yang diorang hilang?" Kris menutup semula pintu bilik si kembar dengan berhati-hati supaya tidak mengejutkan mereka sebelum dia kembali ke biliknya semula. "Xing?"

 

 

Kris terdengar suara orang menangis sewaktu dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Lampu segera dinyalakan sebelum dia terkejut melihat Lay duduk di lantai sambil menangis.

 

 

"Xing, kenapa ni? Kenapa awak nangis? Yixing-ah..." soal Kris yang menghampiri Lay.

 

 

"Fan...tolong bagitau saya, baby kita okay...please..." ucap Lay di antara tangisannya.

 

 

"Apa maksud awak? Xing, jangan takutkan saya. Kenapa ni?" Kris duduk di sebelah Lay dan mememluknya.

 

 

"Baby bump saya dah takder. Mana baby?" 

 

 

"Xing, awak tak ingat ker yang...wait..." Kris cuba menghadam situasi yang berlaku.

 

 

Beberapa minit kemudian...

 

 

"Xing, ingatan awak dah pulih?" soal Kris sambil memandang Lay yang masih menangis.

 

 

"A-apa maksud awak? Saya tanya baby kita mana? Kenapa awak tak jawab? Jangan kata baby..." Lay tak sanggup menghabiskan ayatnya itu.

 

 

"Xing, awak ikut saya." Kris mengesat air mata Lay, dan menariknya berdiri.

 

 

"Ke mana?"

 

 

Kris hanya tersenyum sebelum dia membawa Lay yang masih kebingungan menuju ke bilik si kembar. Sebaik sahaja pintu bilik di buka, Lay terlopong.

 

 

"Itu..."

 

 

"Yer, anak-anak kita."

 

 

"What? Saya...bila masa...apa yang jadi?"

 

 

Kris membawa Lay duduk di sofa berdekatan dengan katil baby mereka sebelum dia menceritakan semua yang berlaku. 

 

 

"Saya cuma ingat yang saya sakit nak bersalin masa di majlis kahwin KaiHun. Lepas tu, saya tak ingat apa dah..." jelas Lay dengan muka innocent. Kris memandangnya, lalu tersenyum.

 

 

"Maknanya ingatan awak dah pulih." Kris membelai pipi Lay sambil memandangnya dengan penuh terharu. Lay yang ditunggunya telah kembali semula. Lay yang telah memaafkan semua kesalahannya, kini di hadapannya. "I miss u so much, Xing." Kris memeluk Lay.

 

 

"Saya minta maaf kalau saya ada susahkan awak sepanjang saya amnesia."

 

 

"Tak, awak tak menyusahkan pun. Walaupun kita sering bergaduh sebab awak tak ingat yang kita dah berbaik, saya tetap sayangkan awak sebab sikit sebanyak, semuanya punca dari saya juga." Kris meleraikan pelukan, dan menatap Lay. "Saya minta maaf sekali lagi atas semua kelakuan saya sebelum-sebelum ni, Xing. Sekarang saya betul-betul sayangkan awak." air mata Kris mengalir, dan itu membuatkan Lay terharu.

 

 

"Ouh, Fan..." Lay mengesat air mata Kris. "Sayapun sayangkan awak juga. I love you..."

 

 

"I love you too..." dan merekapun berciuman.

 

 

'Semoga semuanya berkekalan hingga ke akhir hayat kita.'

 

 

-TAMAT-

 

 


 

Terima kasih kepada yang support penulisan saya ini...

Saya amat menghargainya...

Maaf saya terpaksa menamatkannya di sini kerana dah terlalu lama saya biarkan cerita ni hiatus...

Sekali lagi, maafkan saya sebab korang menunggu lama...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 18: Please sambung ye nanti. Nak tau pengakhiran KrisLay mcm mana.
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 17: sekai so cute and sweet.. tak boleh nak stop senyum baca dorang saling mengusik.. tahniah sekai!!! haha
boleh tak nak cilikan mulut kris tu?? dah kenapa dia tu?? mmng patut pun lay merajuk lama2 lagi.. awal2 kesian dngn dia tapi mcm tu pula perangai dia ni.. ish ish..
SuperNatuGirl
#3
Nownow, do you still remember me? I'm your Indonesian reader lol

Oh, i haven't red this story for a while. But now that i have read the rest of the story, this is getting seriously interesting. Lol at Kai being clueless about Sehun(just admit it that he is preggy yayy) and awww Suho xD Kris sure is an evil man for Suho... Of course, to defend his beloved wife, but he actually went a bit far(points for Yixing for lecturing him like a mother lecturing her son, so adorbs zzzzz).

And i know about Yixing's memory loss. It's a temporary amnesia, where one tends to forget an event if that was traumatizing, painful memory or anything that makes the brain can't really handle the informations and decided to 'store' the informations somewhere within the deepest part of the brain itself.

Great story so far, i don't really care about the language, cause I can understand it better than before lol.

Fighting, authornim
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 16: Yay for sekai!!!!! Haha setiap kali majlis kahwin mesti ada apa2 jadi.. xD hope sehun okay..
Aigoo kray ni.. boleh pulak dorang bergaduh.. baru je baik.. kris ni pon tak pandai jaga mulut.. ish ish..
tahniah juga untuk suho.. akhirnya jumpa juga dia dengan org yg betul.. lupakan jelah lay tu.. haha

Side note: ade rasa nk sepak pulak part kris pout kt lay tu.. xD hahaha i'm sorry… ><

Thanks for update ^^
vanilachoc
#5
Chapter 16: I'm really looking forward on this story.... serious best.... update soon please TㅅT
famushinee #6
Chapter 16: I thought you've abandon this story because it's been so long since you update this story..I thought you forget about this story..this is your first story that I read..this is your first story that made me became your fan..please update soon.
Sunflower_Heart
#7
Chapter 16: apa yang terjadi kat sehun???