Betul ke ni??

Aku, Kau dan 'Dia'...

 

 

 

Keesokan paginya, Lay mulai terjaga disebabkan sinar mentari yang menyuluh ke arahnya. Dia cuba bangun tapi kepalanya terasa berat dan dia terbaring semula di katil. Kemudian, matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Dia kebingungan.

 

 

'Eh, kat mana ni? Macam bilik aku...tapi macam mana aku boleh ada kat sini? Seingat aku, aku...aku tunggu bas kat perhentian bas, lepas tu...Aduh, sakitnya kepala aku! Aku tak ingat la...' getus hati Lay. Dia memejamkan matanya semula dengan harapan sakit kepalanya akan hilang.

 

 

Pintu biliknya dibuka, namun mata Lay terasa berat untuk dibuka. Panas pun ada. Mungkin sebab dia masih demam. Kemudian, dia terdengar suara seseorang.

 

 

"Tak bangun lagi? Takkan la demam lagi?" rungut Kris sambil dia menghampiri katil Lay. Dia meletakkan belakang tangannya ke dahi Lay untuk memeriksa suhu badan Lay. "Panas lagi ni! Eotteokhae?" ucap Kris dengan bimbangnya. Dia segera ke dapur, ambil air suam untuk didemahkan ke dahi Lay.

 

 

'Betul ke apa yang aku dengar ni? Kris risaukan aku? Sentuhan dia...kalau macam ni, aku rela demam sampai bila-bila agar dia akan selalu jaga aku...' getus hati Lay. Senyuman di bibirnya mula terukir.

 

 

Sebaik saja Kris melangkah masuk ke dalam bilik itu, dia mengerutkan dahi melihat Lay tersenyum. 'Dah bangun ke? Ke dia mimpi?' Kris perlahan menghampiri katil Lay. 'Mimpi apa la sampai tersenyum macam ni?' tanpa disedari, Kris juga tersenyum. 'Manisnya senyuman dia...ada lesung pipit lagi...sesiapapun boleh tergoda ni. Macam mana la aku boleh tak perasan sebelum ni? Rasa bertuah plak dia milik aku.' Kris dah angau. Matanya tak berkelip memandang Lay. Kemudian, dia perlahan merapati mukanya ke muka Lay dengan niat nak mencium Lay. Tapi, keinginannya terbantut bila Lay tiba-tiba bersin dan buat dia tersedar dari angaunya.

 

 

"Yah! Tempias la ngok!" marah Kris sambil mengelap mukanya yang terkena tempias air liur Lay akibat terbersin tadi.

 

 

"So-sorry...tak sengaja..." ucap Lay dengan selamba. "Yang awak rapat sangat dengan saya kenapa? Tu yang kena tu." balas Lay.

 

 

"Apa? Kau jangan nak perasan aku nak cium kau. Tak kebulur aku kalau tak dapat ciuman kau tu." seloroh Kris lalu dia meletakkan sebesen air suam ke atas meja lampu di sisi katil.

 

 

"Cium saya? Bila saya kata awak nak cium saya? Saya tak sebutpun pasal tu." Lay membuat muka innocentnya.

 

 

Kris sentap. 'Aduh, terlepas cakap la plak!' mata Kris memandang ke lain, sambil kepalanya ligat mencari alasan. Dia memandang Lay dengan muka yang jelik. "Kau tu nyanyuk. Mana kau ingat apa kau cakap. Ni, ambil kain dan air ni, demahkan kepala kau tu." Kris menunding ke arah besen kecil yang berisi air suam dengan tuala kecil. "Jangan harap aku yang nak tolong buatkan. Aku bukan orang gaji kau."

 

 

"Thanks!" ucap Lay.

 

 

"Untuk apa? Aku tak buat apapun."

 

 

"Sebab risaukan saya."

 

 

"Bila masa aku risaukan kau?"

 

 

"Kalau awak tak risaukan saya, kenapa awak cari saya semalam dan bawa saya balik? Sekarang ni, awak bawakan air ni plak. So, thanks!"

 

 

"Aku cuma taknak parents aku fikir yang aku buli kau. Kalau kau sakit, atau ada benda buruk jadi kat kau, siapa yang nak dipersalahkan? Aku juga, kan? So, tak payah nak terima kasih kat aku. Aku bukannya ikhlaspun, terpaksa jer." dengan itu Kris segera keluar dari bilik Lay.

 

 

Lay tersenyum. 'Sampai bila awak nak selindung? Saya tau awak ambil berat pasal saya. Katalah apa yang awak nak kata, tapi saya tetap yakin yang awak dah mula sukakan saya...'

 

 

Kris masuk ke dalam bilik air lalu dia membasuh mukanya di sinki. "Apa ni? Kenapa dengan aku ni? Takkan la aku dah jatuh cinta dengan dia? Tak mungkin..." ngomel Kris. Dia melihat refleksi wajahnya di cermin. 'Aku risaukan dia, ambil berat pasal dia, tapi ia tak bermaksud aku cintakan dia, kan? Tapi aku tak suka bila tengok dia mesra dengan lelaki lain. Cemburu ke aku ni? Tak la! Cemburu tandanya sayang, tapi aku tak sayangkan dia la. So, aku tak cemburu. Aku cuma...' Kris terkelu. Dia tak dapat nak klasifikasikan perasaannya itu. "Cemburu ke aku?"

 

 

Lay ingin mandi, lalu dia perlahan menurunkan kakinya menjejak ke lantai. Kepalanya masih terasa berat dan tekaknya mulai mual. Lay kalau demam memang macam ni gayanya. Kepala terasa berat, dan tekak terasa loya. Dia cuba bangun perlahan-lahan dari katil tapi dia terduduk semula sambil memegang kepalanya yang masih pening.

 

 

"Kris hyung...tolong..." ucap Lay perlahan. Dia tak berani cakap kuat-kuat takut dia termuntah kat situ juga. "Urgh..." Lay menekup mulutnya. 'Eotteokhae? Aku nak termuntah dah ni...nak pergi toilet, kaki aku tak kuat. Silap-silap haribulan, aku boleh jatuh pengsan ni...Kris hyung, tolong...'

 

 

Kris yang dah keluar dari tandas, menuju ke bilik Lay. Dan sewaktu dia nak memulas tombol pintu bilik Lay, dia terdengar bunyi benda jatuh. Dia tersentak dan tombol pintu segera dipulas. "Lay!" teriak Kris sebaik saja pintu dibuka. Dia terkejut melihat Lay terbaring di lantai, lantas dia mendapatkan Lay.

 

 

"Lay, awak okey? Kenapa ni?" soal Kris dengan cemasnya sambil memapah Lay bangun.

 

 

"Nak pi toilet..." pinta Lay yang tak bermaya.

 

 

"Okey, saya bawakan awak ke sana." Kris mendukung Lay lalu dibawa ke bilik air.

 

 

Kris menunggu di luar bilik air, untuk pastikan Lay tak apa-apa. Memang dia nafikan perasaan dia, tapi hatinya lebih tau apa yang perlu dilakukannya. Dia risau tengok keadaan Lay yang lemah macam tu. 'Ni semua salah aku! Aku yang buat dia demam. Aish~'

 

 

"Lay, awak dah sudah, ke?" teriak Kris dari luar.

 

 

Tiada jawapan.

 

 

"Lay, awak dengar tak ni?" teriak Kris dengan nada yang lebih kuat dari tadi.

 

 

1 saat, 2 saat, 3 saat, still takda jawapan dari Lay. Kris mulai gelabah. Dia segera mengetuk-ngetuk pintu bilik air dari luar sebelum dia teringat yang pintu tu tak berkunci supaya senang dia masuk kalau sesuatu jadi kat Lay. Pintu dibuka kasar, dan dia nampak Lay sedang muntah di mangkuk tandas.

 

 

"Lay, teruk sangat demam awak ni. Jom, pergi klinik check."

 

 

"Saya okey...saya memang macam ni kalau demam sebab saya jenis yang susah nak demam. So, bila sekali kena, memang teruk la." jelas Lay sebelum dia pergi ke sinki dengan bantuan Kris, untuk berkumur.

 

 

"Sorry..." ucap Kris perlahan.

 

 

"Apa?"

 

 

"Sorry sebab buat awak demam. Kalau saya tau seteruk ni demam awak, saya takkan buat awak demam. Saya salah sebab tak jemput awak semalam dan buat awak demam. Sorry..."

 

 

Lay terharu. Selama 2 bulan ni, ini la pertama kali Kris cakap baik dengan dia. Dia tak dapat tahan sebak di dadanya, lalu air matanya mula mengalir. "Hyung..."

 

 

"Yah, kenapa nangis ni? Sakit sangat ke?"

 

 

Lay segera mendakap Kris tanpa sepatah kata dan dia mulai menangis kegembiraan. Pada fikirannya, Kris dah mula terima dia dan sayangkan dia.

 

 

Kris membawa Lay ke ruang makan. Tadi awal-awal pagi, dia dah sediakan bubur nasi untuk Lay.

 

 

"Awak tunggu jap. Saya nak panaskan bubur tu dulu." pinta Kris sebelum beredar ke dapur.

 

 

'Sayang juga awak kat saya...sekarang saya cuma tunggu awak luahkan perasaan awak yang sebenar...i'll be waiting for it...'

 


Okey, setakat ni jer yang mampu saya tulis...

Saya nak tanya, korang nak citer ni panjang lagi ke, korang nak saya tamatkan secepat mungkin?

Need your feedback ^^

Thanks for reading it! :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 18: Please sambung ye nanti. Nak tau pengakhiran KrisLay mcm mana.
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 17: sekai so cute and sweet.. tak boleh nak stop senyum baca dorang saling mengusik.. tahniah sekai!!! haha
boleh tak nak cilikan mulut kris tu?? dah kenapa dia tu?? mmng patut pun lay merajuk lama2 lagi.. awal2 kesian dngn dia tapi mcm tu pula perangai dia ni.. ish ish..
SuperNatuGirl
#3
Nownow, do you still remember me? I'm your Indonesian reader lol

Oh, i haven't red this story for a while. But now that i have read the rest of the story, this is getting seriously interesting. Lol at Kai being clueless about Sehun(just admit it that he is preggy yayy) and awww Suho xD Kris sure is an evil man for Suho... Of course, to defend his beloved wife, but he actually went a bit far(points for Yixing for lecturing him like a mother lecturing her son, so adorbs zzzzz).

And i know about Yixing's memory loss. It's a temporary amnesia, where one tends to forget an event if that was traumatizing, painful memory or anything that makes the brain can't really handle the informations and decided to 'store' the informations somewhere within the deepest part of the brain itself.

Great story so far, i don't really care about the language, cause I can understand it better than before lol.

Fighting, authornim
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 16: Yay for sekai!!!!! Haha setiap kali majlis kahwin mesti ada apa2 jadi.. xD hope sehun okay..
Aigoo kray ni.. boleh pulak dorang bergaduh.. baru je baik.. kris ni pon tak pandai jaga mulut.. ish ish..
tahniah juga untuk suho.. akhirnya jumpa juga dia dengan org yg betul.. lupakan jelah lay tu.. haha

Side note: ade rasa nk sepak pulak part kris pout kt lay tu.. xD hahaha i'm sorry… ><

Thanks for update ^^
vanilachoc
#5
Chapter 16: I'm really looking forward on this story.... serious best.... update soon please TㅅT
famushinee #6
Chapter 16: I thought you've abandon this story because it's been so long since you update this story..I thought you forget about this story..this is your first story that I read..this is your first story that made me became your fan..please update soon.
Sunflower_Heart
#7
Chapter 16: apa yang terjadi kat sehun???