Pertengkaran

Aku, Kau dan 'Dia'...

 

"Macam mana? Xing sakit apa?" soal Pn. Wu.

 

 

"Belum tau lagi keputusannya, mak. Kejap lagi keluar la." jelas Kris.

 

 

Beberapa minit kemudian, Dr. Park muncul dengan rupa yang gembira bersama hasil pemeriksaan kesihatan Lay. Mereka bertiga saling berpandangan melihat gelagat Dr. Park itu.

 

 

"Yang kau senyum-senyum macam kerang busuk ni kenapa? Dah buang tabiat?" perli Kris, rimas dengan kelakuan Dr. Park yang masih tak beritahu tentang hasil pemeriksaan kesihatan Lay.

 

 

"Tahniah!" ucap Dr. Park dengan gembiranya.

 

 

"Tahniah untuk apa? Kau ni kenapa?" soal Kris yang dah mula hilang sabar.

 

 

"Kau tengok sendiri la." Dr. Park menghulurkan sepucuk sampul berwarna perang ke arah Kris sebelum dia beredar meninggalkan mereka bertiga.

 

 

Pn. Wu mengambil sampul itu dari Kris lalu dia mengeluarkan sepucuk surat dari sampul itu. Mata Pn. Wu terbeliak dan dia kelihatan begitu teruja sebaik sahaja dia selesai membaca isi kandungan surat itu. Kris dan Lay saling berpandangan, masing-masing kehairanan melihat gelagat Pn. Wu.

 

 

"Surat tu tulis apa, mak? Saya sihat, kan? Takda penyakit yang serius, kan?" Lay menyoal dengan innocentnya.

 

 

Tanpa berkata apa-apa Pn. Wu segera memeluk Lay.

 

 

"Akhirnya permintaan mak termakbul. Terima kasih, Xing. Terima kasih!" ucap Pn. Wu dengan gembiranya.

 

 

Kris segera mengambil surat dari tangan Pn. Wu, dan sekeping gambar hitam putih yang terselit di dalam surat itu terjatuh ke lantai. Kris mengambil gambar itu, dan dia terkejut sebelum dia tersenyum gembira. Lay semakin bingung melihat suami dan mak mertuanya berkelakuan aneh. Dahinya berkerut memikirkan sebabnya.

 

 

"Kenapa ni? Gambar apa tu, Fan?" soal Lay sebaik saja Pn. Wu meleraikan pelukan mereka.

 

 

"Kenapa awak tak bagitau saya? Dah 2 bulan, Lay. Kenapa awak rahsiakan dari saya?" soal Kris yang menyangka Lay cuba menyembunyikan hal sebenar daripadanya.

 

 

"Apa yang awak cakap ni? Sembunyi apa? Bak sini gambar tu." Lay mengambil gambar itu dari Kris dan dia tergamam. Itu bukan gambar biasa, itu adalah gambar ultrasound. Lay terlopong. "Ini..."

 

 

Tiba-tiba Lay pengsan dan Kris sempat menyambut tubuhnya sebelum dia mendarat ke lantai.

 

 

'Aduh! Kenapa tubuh aku rasa lemah sangat, ni? Aku kat mana ni? Kenapa semuanya putih? Eh, kejap...' Lay meneliti keadaan sekeliling sebelum dia dapati yang dia ada di hospital. Dia kehairanan. Dan apabila dia cuba turun dari katil hospital, seseorang menghalangnya. Dia lihat Kris segera berlari ke arahnya dengan rupa yang risau.

 

 

"Awak jangan banyak bergerak. Doktor kata tubuh awak masih lemah lepas awak guna seluruh tenaga awak tadi. Rehat, ya?" ucap Kris selembutnya membuatkan Lay tergamam. 'Aku sedang bermimpi ke? Sebab Kris tak sebaik ini dalam realiti.' fikir Lay. Dia memandang Kris dengan tanda tanya tentang apa yang jadi sampai dia terlantar di sini, dan apa maksud Kris yang dia guna seluruh tenaganya tadi? Lay bingung.

 

 

Dan belum sempat semuanya jelas, Lay lihat mak dan ayah mertuanya menghampirinya sambil mendukung dua orang bayi dalam pangkuan mereka. Lay semakin bingung.

 

 

"Mak, ayah...apa yang..." belum sempat Lay habis berayat, mereka mengucap tahniah kepadanya dan Kris.

 

 

"Tahniah kepada kamu berdua! Dan terima kasih sebab penuhi harapan mak, Yixing. Mak memang dah lama nak cucu kembar." ucap mak mertua Lay, membuatkan dia terlopong.

 

 

'Apa maksud mak?'

 

 

Kris duduk di sebelah Lay dan tangan Lay diraihnya. Dia mencium tangan isterinya itu dengan penuh kasih sayang sambil tersenyum. 'Oh tidak!! Memang sah! Ini semua mimpi sebab Kris tak pernah sebaik ini dan semesra ini terhadapku. Bangun! Cepat la bangun Lay! Ini semua mimpi!' Lay menepuk-nepuk pipinya supaya dia bangun dari mimpi itu dan tiba-tiba semuanya gelap.

 

 

"Arh!" teriak Lay yang baru tersedar dari pengsannya.

 

 

"Xing, awak dah bangun?" terdengar suara seseorang dari sisinya dan apabila dia menoleh, dia terlihat Kris menghampirinya.

 

 

"Saya kat mana, ni? Apa yang dah jadi?" soal Lay yang masih keliru.

 

 

"Awak ada dalam bilik kita la, sayang. Awak pengsan tadi kat hospital. Awak okay dah ke? Perlukan apa-apa?" soal Kris.

 

 

"Pengsan kat hospital?" Lay mengerutkan dahinya, cuba mengimbas kembali kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan dia pengsan. Kemudian, matanya membesar. "Fan, keputusan pemeriksaan tu...Saya..."

 

 

Kris mengukir senyuman sambil mengangguk, tanda dia memahami soalan yang ingin ditanya oleh Lay. "Yes, you are. Pelik la awak ni. Pasangan lain kalau dapat berita gembira macam ni, mesti diorang celebrate terus, tapi awak, pengsan pula. Awak tak suka, ke?"

 

 

Lay dapat melihat senyuman yang terukir di bibir Kris mulai pudar sebaik saja ayat terakhirnya diucap.

 

 

"Tak! Bukan saya tak suka." Lay cepat-cepat menyangkal agar Kris tidak bersedih.

 

 

"Habis tu? Kenapa awak pengsan bila awak dapat tau yang awak hamil? Awak tak suka ada anak dengan saya, ke?"

 

 

"Eh, bukan macam tu la." Lay memuncungkan bibirnya tanda merajuk sebab Kris suka buat andaian sendiri tanpa dengar penjelasannya dahulu.

 

 

"Habis tu?"

 

 

"Saya terkejut. Itu jer."

 

 

"Terkejut? Terkejut sebab akhirnya saya dapat tahu tentang ni? Macam tu?" nada suara Kris kedengaran sinis.

 

 

"Apa yang awak cakap ni?"

 

 

"Dah 2 bulan, Xing. Mustahil awak tak tahu. Awak sengaja nak sembunyikan hal ni dari saya, kan? Kenapa? Dan sampai bila awak rancang untuk sembunyikan hal kehamilan awak ni dari saya? Sampai baby lahir?" suara Kris semakin meninggi di setiap ayatnya itu membuatkan Lay sentap.

 

 

"Awak cakap apa ni?! Apa yang saya dapat kalau saya sembunyikan perkara ni dari awak? Takda apa faedahnya, okay. Dan takda sebab untuk saya rahsiakan..."

 

 

"Sebab awak taknak saya jadi sebahagian dari hidup awak dan baby." Kris mencelah.

 

 

"What?! Apa yang buat awak fikir sampai ke situ?"

 

 

"Sebab awak masih tak percaya yang saya dah berubah. Sebab awak tak percaya yang saya dah mula cintakan awak. Sebab awak tak..."

 

 

"Ya, memang! Memang saya tak percaya yang awak dah berubah, tapi ia tak bermaksud saya perlu rahsiakan perkara ni dari awak sebab awak berhak. Awak ada hak sebagai ayahnya, Fan. Dan saya betul-betul tak tahu pasal ni, hinggalah hari ni. Please, jangan anggap saya sebagai orang yang tak berhati perut macam tu. Please, saya bukan orang yang macam tu..." air mata Lay mula mengalir. Dia betul-betul terluka apabila Kris menuduh dia sebegitu tanpa tahu perasaannya yang sebenar.

 

 

Kris terkelu seketika. Dia mulai rasa bersalah kerana menuduh Lay tanpa dengar penjelasannya dahulu. Dia duduk di sebelah Lay di atas katil. Tangan Lay diraih.

 

 

"Lay, saya minta ma..."

 

 

"Pergi..." Lay mencelah, dan tangan Kris dileraikan dari tangannya.

 

 

"Lay..."

 

 

"Tinggalkan saya sendirian. Please..." nada suara Lay seolah-olah berbisik. Dia merayu.

 

 

"Xing, jangan buat saya macam ni. Saya betul-betul minta maaf. Saya..."

 

 

"Fan, pleasee...tinggalkan saya sendirian..."

 

 

Kris menyerah. Dia melepaskan keluhan berat dan dengan perlahan dia bangun dari katil itu.

 

 

"Baiklah. Kalau awak perlukan apa-apa, saya ada di luar." ucap Kris, namun Lay berpura-pura tidak mendengarnya. Sebaik saja Kris melangkah keluar dari bilik itu, Lay berbaring semula di katil. Tangannya diletakkan di perutnya.

 

 

'Mimpi tu, hanyalah mimpi. Dengan perangai Fan macam ni, ia tak mungkin berlaku.' getus hati Lay.

 


Maaf buat korang tertunggu-tunggu

Dan maaf kalau chapter ni tak menarik

Bye! ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 18: Please sambung ye nanti. Nak tau pengakhiran KrisLay mcm mana.
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 17: sekai so cute and sweet.. tak boleh nak stop senyum baca dorang saling mengusik.. tahniah sekai!!! haha
boleh tak nak cilikan mulut kris tu?? dah kenapa dia tu?? mmng patut pun lay merajuk lama2 lagi.. awal2 kesian dngn dia tapi mcm tu pula perangai dia ni.. ish ish..
SuperNatuGirl
#3
Nownow, do you still remember me? I'm your Indonesian reader lol

Oh, i haven't red this story for a while. But now that i have read the rest of the story, this is getting seriously interesting. Lol at Kai being clueless about Sehun(just admit it that he is preggy yayy) and awww Suho xD Kris sure is an evil man for Suho... Of course, to defend his beloved wife, but he actually went a bit far(points for Yixing for lecturing him like a mother lecturing her son, so adorbs zzzzz).

And i know about Yixing's memory loss. It's a temporary amnesia, where one tends to forget an event if that was traumatizing, painful memory or anything that makes the brain can't really handle the informations and decided to 'store' the informations somewhere within the deepest part of the brain itself.

Great story so far, i don't really care about the language, cause I can understand it better than before lol.

Fighting, authornim
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 16: Yay for sekai!!!!! Haha setiap kali majlis kahwin mesti ada apa2 jadi.. xD hope sehun okay..
Aigoo kray ni.. boleh pulak dorang bergaduh.. baru je baik.. kris ni pon tak pandai jaga mulut.. ish ish..
tahniah juga untuk suho.. akhirnya jumpa juga dia dengan org yg betul.. lupakan jelah lay tu.. haha

Side note: ade rasa nk sepak pulak part kris pout kt lay tu.. xD hahaha i'm sorry… ><

Thanks for update ^^
vanilachoc
#5
Chapter 16: I'm really looking forward on this story.... serious best.... update soon please TㅅT
famushinee #6
Chapter 16: I thought you've abandon this story because it's been so long since you update this story..I thought you forget about this story..this is your first story that I read..this is your first story that made me became your fan..please update soon.
Sunflower_Heart
#7
Chapter 16: apa yang terjadi kat sehun???