Keliru

Aku, Kau dan 'Dia'...

 

'Aduh! Kenapa tubuh aku rasa lemah sangat, ni? Aku kat mana ni? Kenapa semuanya putih? Eh, kejap...' Lay meneliti keadaan sekeliling sebelum dia dapati yang dia ada di hospital. Dia kehairanan. Dan apabila dia cuba turun dari katil hospital, seseorang menghalangnya. Dia lihat Kris segera berlari ke arahnya dengan rupa yang risau.

 

 

"Awak jangan banyak bergerak. Doktor kata tubuh awak masih lemah lepas awak guna seluruh tenaga awak tadi. Rehat, ya?" ucap Kris selembutnya membuatkan Lay tergamam.

 

 

'Aku sedang bermimpi ke? Sebab Kris tak sebaik ini dalam realiti.' fikir Lay. Dia memandang Kris dengan tanda tanya tentang apa yang jadi sampai dia terlantar di sini, dan apa maksud Kris yang dia guna seluruh tenaganya tadi? Lay bingung.

 

 

Dan belum sempat semuanya jelas, Lay lihat mak dan ayah mertuanya menghampirinya sambil mendukung dua orang bayi dalam pangkuan mereka. Lay semakin bingung.

 

 

"Mak, ayah...apa yang..." belum sempat Lay habis berayat, mereka mengucap tahniah kepadanya dan Kris.

 

 

"Tahniah kepada kamu berdua! Dan terima kasih sebab penuhi harapan mak, Yixing. Mak memang dah lama nak cucu kembar." ucap mak mertua Lay, membuatkan dia terlopong.

 

 

'Apa maksud mak?' Lay memandang Kris seperti meminta jawapan akan semua itu.

 

 

Kris duduk di sebelah Lay dan tangan Lay diraihnya. Dia mencium tangan pasanganya itu dengan penuh kasih sayang sambil tersenyum.

 

 

'Oh tidak!! Memang sah! Ini semua mimpi sebab Kris tak pernah sebaik ini dan semesra ini terhadapku. Bangun! Cepat la bangun Lay! Ini semua mimpi!' Lay menepuk-nepuk pipinya supaya dia bangun dari mimpi itu. Kris memandangnya dengan kehairanan sebelum dia segera menghentikan tindakan Lay itu.

 

 

"Xing, awak kenapa? Kenapa tampar diri sendiri? Awak okay, ke?" soal Kris kebimbangan.

 

 

"Saya mimpi, ke? Kenapa awak tetiba baik dengan saya? Bukan ke awak tak sayang saya? Kenapa awak tetiba baik dengan saya? Dan saya..." Lay memandang keadaan sekelilingnya lagi dengan kehairanan. "...saya kat mana ni? Kenapa semuanya putih?"

 

 

"Awak kat hospital la sayang. Kenapa dengan awak ni? Awak macam orang yang hilang ingatan je." Kris mengerutkan dahinya. Dia juga kehairanan dengan kelakuan Lay itu.

 

 

"Saya hilang ingatan? Apa yang awak cakap ni? Rasanya awak yang hilang ingatan. Awak dah lupa ke yang awak tak sayang saya. Ni kenapa tetiba plak awak panggil saya sayang? Apa dah jadi sebenarnya?" soal Lay yang masih clueless dengan keadaan sekelilingnya.

 

 

Parents Kris saling berpandangan. Kemudian, Tn. Wu segera melangkah keluar daripada wad Lay untuk mencari doktor.

 

 

"Xing, betul ke kamu tak ingat apa-apa?" soal Pn. Wu, bagi pihak Kris yang masih dalam kebingungan.

 

 

Lay menggeleng dengan rupa innocentnya. "Ingat apa mak? Dan baby siapa tu?"

 

 

"Xing, kamu jangan main-main. Ni anak-anak kamu la." jelas Pn. Wu dengan risaunya.

 

 

"Anak-anak saya? Bila saya...?" belum sempat Lay menghabiskan ayatnya, Tn. Wu muncul bersama doktor.

 

 

Dan setelah diperiksa, ternyata Lay mengalami amnesia. Dia hanya ingat saat Kris merogolnya. Dan dia menganggap dia dimasukkan ke hospital sebab Kris dah melukainya dan dia percaya, Suho yang membawanya ke situ. Apabila dia mula bertanyakan Suho, Kris bengang. Mana tak bengang apabila hubbynya sendiri menginginkan lelaki lain selain daripada dirinya.

 

 

"Xing, kamu tak ingat apa-apa ke pasal anak-anak kamu, ni?" soal Pn. Wu yang kedengaran bimbang. Apalah nasib si kembar itu apabila omma mereka sendiri tidak ingat tentang mereka.

 

 

Lay menggeleng. "Mak jangan bergurau la. Saya dengan Yifan bukannya rapat, macam mana kami nak ada anak?" ucap Lay dengan selambanya tanpa mengetahui tentang perasaan orang-orang yang ada di situ.

 

 

Si kembar itu dah dibawa ke bilik bayi semula untuk disusukan dan juga untuk memberi ruang kepada Lay yang masih tak dapat menerima kenyataan bahawa si kembar itu ialah anak kandungnya. Kris juga dah lama keluar apabila Lay menghalaunya dengan menuduhnya kejam sebab sanggup merogolnya secara paksa dan memandangkan keadaan Lay sangat terganggu, Kris akur.

 

 

"Mak tak bergurau, Xing. Si kembar tu memang anak-anak kamu. Dan kamu dengan Yifan dah lama berbaik sejak Yifan tahu tentang kehamilan kamu. Cubalah ingat, Xing. Takkan sikitpun kamu tak ingat tentang tu?" jelas Pn. Wu yang kelihatan seperti dia akan menangis pada bila-bila masa sahaja. Dia begitu risau dengan keadaan Lay pada waktu itu.

 

 

"Doktor, kenapa dengan menantu saya tu? Kenapa dia tak ingat apa-apa? Kenapa tiba-tiba dia amnesia? Tolong la doktor. Kesian cucu-cucu saya tu. Tolong la doktor." rayu Tn. Wu yang melihat situasi itu dari luar wad bersama doktor yang merawat Lay.

 

 

"Sayapun tak tahu kenapa dia boleh alami amnesia secara tiba-tiba. Tapi, tuan jangan risau sebab ini hanya sementara. Mungkin dalam beberapa hari lagi dia akan ingat semuanya. Jangan risau."

 

 

"Beberapa hari lagi? Doktor pasti?"

 

 

"Kita hanya mampu berdoa, dan berusaha yang terbaik supaya dia kembali sembuh. Itu saja yang saya boleh cakap sebab perkara ini memang tak pernah berlaku. Mungkin dia ada sesuatu yang dia nak cuba lupakan."

 

 

"Sesuatu yang macam mana tu doktor?" soal Kris yang tiba-tiba muncul entah dari mana.

 

 

"Mungkin kenangan pahitnya."

 

 

"Kenangan pahit?" Kris mengerutkan dahinya.

 

 

"Ya, kenangan pahit. Perkara buruk yang dia taknak ingat. Apa-apapun, ini mungkin sementara. Jadi, jangan la risau. Baiklah, saya ada kerja lagi. Saya minta diri dulu." ucap doktor itu sebelum dia mula berlalu pergi meninggalkan Kris dengan ayahnya yang kebingungan.

 

 

 


Not the end of this story yet...

Jadi, jangan lupa menyokong saya hingga ke akhirnya ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 18: Please sambung ye nanti. Nak tau pengakhiran KrisLay mcm mana.
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 17: sekai so cute and sweet.. tak boleh nak stop senyum baca dorang saling mengusik.. tahniah sekai!!! haha
boleh tak nak cilikan mulut kris tu?? dah kenapa dia tu?? mmng patut pun lay merajuk lama2 lagi.. awal2 kesian dngn dia tapi mcm tu pula perangai dia ni.. ish ish..
SuperNatuGirl
#3
Nownow, do you still remember me? I'm your Indonesian reader lol

Oh, i haven't red this story for a while. But now that i have read the rest of the story, this is getting seriously interesting. Lol at Kai being clueless about Sehun(just admit it that he is preggy yayy) and awww Suho xD Kris sure is an evil man for Suho... Of course, to defend his beloved wife, but he actually went a bit far(points for Yixing for lecturing him like a mother lecturing her son, so adorbs zzzzz).

And i know about Yixing's memory loss. It's a temporary amnesia, where one tends to forget an event if that was traumatizing, painful memory or anything that makes the brain can't really handle the informations and decided to 'store' the informations somewhere within the deepest part of the brain itself.

Great story so far, i don't really care about the language, cause I can understand it better than before lol.

Fighting, authornim
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 16: Yay for sekai!!!!! Haha setiap kali majlis kahwin mesti ada apa2 jadi.. xD hope sehun okay..
Aigoo kray ni.. boleh pulak dorang bergaduh.. baru je baik.. kris ni pon tak pandai jaga mulut.. ish ish..
tahniah juga untuk suho.. akhirnya jumpa juga dia dengan org yg betul.. lupakan jelah lay tu.. haha

Side note: ade rasa nk sepak pulak part kris pout kt lay tu.. xD hahaha i'm sorry… ><

Thanks for update ^^
vanilachoc
#5
Chapter 16: I'm really looking forward on this story.... serious best.... update soon please TㅅT
famushinee #6
Chapter 16: I thought you've abandon this story because it's been so long since you update this story..I thought you forget about this story..this is your first story that I read..this is your first story that made me became your fan..please update soon.
Sunflower_Heart
#7
Chapter 16: apa yang terjadi kat sehun???