Masih sama

Aku, Kau dan 'Dia'...

 

 

Sepanjang Lay sakit, Kris la yang menjaga dia dengan penuh kasih sayang sampai Lay sembuh. Lay seronok sangat sebab pada sangkaannya, Kris dah jatuh cinta dengan dia. Tapi, sangkaannya meleset bila Kris masih tak berubah. Sebaik saja Lay sembuh sepenuhnya, Kris mula buat perangainya yang dulu. Bawa balik perempuan setiap malam, kadang-kadang bermalam kat hotel, suka marah dan tengking Lay tanpa sebab dan macam-macam lagi perkara yang buat Lay sakit hati.

 

 

Ada satu hari tu, Kris hampir-hampir merogol Lay disebabkan mabuk.

 

 

Flashback

Lay sedang mandi dan dia tak dengar Kris ketuk pintu. Bila dia selesai mandi, dan melangkah keluar dari bilik air, baru dia dengar ada orang ketuk pintu. Dia tahu itu Kris, jadi dia cepat-cepat lari ke pintu utama dengan hanya bertuala untuk membuka pintu. Dia takut Kris akan marahkan dia macam yang sebelum ni. Sebaik saja pintu dibuka, Lay mulai gementar sebab Kris nampaknya marah sangat. Kris menolak dia dengan kasar.

 

 

"Kau pekak ke apa ha?! Kenapa lambat sangat buka pintu ni?! Kau nak aku tidur kat luar ke ha?!" tengking Kris selantangnya.

 

 

Lay hanya diam. Kalau menjawab, parah dia nanti. 'Kunci sendiri ada, tak reti buka sendiri ke?' getus hati Lay. Lay tundukkan kepalanya, tak berani tengok muka Kris yang bengis tu. 'Dia mabuk lagi? Mesti keluar celebrate sesuatu ngan kengkawan dia. Tahan telinga lagi la aku macam ni.' getus hati Lay.

 

 

"Hei, kau dengar tak aku cakap ni?!" tengking Kris lagi lantas tangan Lay dicapai dan digenggam kuat.

 

 

"Auch! Sakit la!" Lay terjerit sedikit.

 

 

"Ikut aku!" arah Kris lalu Lay diheret ke ruang tamu selepas pintu ditutup kasar. Kemudian, Kris menolak Lay ke sofa dengan kasar dan merenungnya dengan pandangan tajam.

 

 

"Ke-kenapa awak pandang saya macam tu? Kris?" soal Lay dengan takut-takut. Kris memandangnya dari atas ke bawah berulang kali menyebabkan Lay rasa tak selesa lantas Lay memeluk tubuhnya. "A-apa yang awak tengok?" Kris tersenyum sinis seperti ada sesuatu yang tak baik difikirkannya. "Sa-saya nak masuk tidur. Awakpun pergilah tidur. Dah lewat ni." ucap Lay lantas dia bangun dari sofa.

 

 

Kris segera mencapai tangannya. "Kau nak ke mana? Aku tak mengantuk lagi, so aku nak kau layan aku malam ni." Kris tersengih jahat sambil memandang Lay.

 

 

Lay mulai gementar. Dia takut. Dia seolah-olah faham apa yang Kris nak dari dia lalu dia segera menepis tangan Kris. "Awak mabuk ni. Biar saya ambilkan sesuatu untuk hilangkan..." belum sempat Lay menghabiskan ayatnya, Kris memaut pinggangnya dan merapatkan tubuh mereka. Kris cuba menciumnya apabila dia segera memusingkan mukanya ke arah lain. "Kris, lepaskan saya!"

 

 

"Memang ini yang kau nak selama kita kahwin, kan? So, let's do this..."

 

 

"No!" Lay menolak Kris sekuatnya sebelum dia cuba melarikan diri, tapi Kris pantas menangkapnya dan menolaknya terbaring ke lantai. "Kris, jangan!" rayu Lay apabila Kris mula naik ke atasnya. Dia menahan tubuh Kris dengan tangannya, namun Kris masih cuba untuk menciumnya.

 

 

Setelah bergelut beberapa minit dengan diiringi tangisan, Lay berjaya menolak Kris jatuh ke sebelahnya lalu dia segera berlari ke dalam biliknya. Dia segera mengunci pintu bilik itu bagi menghalang Kris dari masuk. Kris mengetuk-ngetuk pintu itu berkali-kali sambil berteriak supaya Lay membuka pintu bilik, tapi Lay enggan. Lay duduk bersandar pada pintu dalam ketakutan. Tubuhnya menggigil. Nasib baik dia sempat lari, kalau tak habis la semuanya. Kris pula dah makin tak bermaya sebab mabuk lalu dengan terhuyung-hayangnya dia menuju ke sofa dan merebahkan dirinya di situ.

 

 

Lay mulai menangis teresak-esak. Dia betul-betul tak sangka yang Kris hampir-hampir merogolnya.

End of flashback

 

 

'Memang saya ada keinginan untuk bersama awak, tapi bukan ini caranya. Saya nak lalui saat-saat tu dengan penuh kasih sayang antara kita, bukan secara paksa. I hate you, Kris!' getus hati Lay. Dia sedih setiap kali dia teringatkan kejadian itu.

 

 

Sedang Lay asyik melayan perasaan di ruang tamu, loceng rumahnya berbunyi. Dia segera mengesat air matanya. "Siapa tu? Takkan Kris hyung. Dia ada kunci."

 

 

"Yah! Buka pintu ni! Buka!" laung satu suara di sebalik pintu.

 

 

Lay kenal suara itu, dan dia mulai gugup. "Takkan dia mabuk lagi macam semalam? Habis la! Apa aku nak buat ni?" Lay mundar-mandir di ruang tamu. Sesekali matanya mengerling ke arah pintu itu. "Nak buka ke, atau nak biar dia tidur kat luar je? Kalau aku buka nanti...macam mana kalau dia cuba rogol aku lagi? Aku..."

 

 

"Yah! Kau pekak ke?! Buka pintu ni!"

 

 

Lay menelan air liur. Dia mula memikirkan cara untuk melarikan diri sebaik sahaja pintu dibuka. "Okey, aku buka pintu bilik aku siap-siap, then baru senang aku nak lari masuk lepas aku buka pintu utama tu. Baiklah..." Lay menuju ke pintu utama selepas pintu biliknya dibuka seluasnya. "1,2,3..." Lay membuka pintu utama, lantas dia berlari menuju ke dalam biliknya sepantas yang mungkin. Dia segera mengunci pintu biliknya.

 

 

Kris melangkah masuk ke dalam rumah. Dia tengok takda sesiapa kat situ dan dia mulai hairan. "Takda orang? Habis siapa yang tolong bukakan pintu ni?" bebel Kris dalam keadaan mabuk. "Apa-apa jer la. Kepala aku dah pening ni." Kris terus merebahkan dirinya di sofa dan mulai terlelap.

 

 

^*^*^*^*^*

 

 

Keesokan paginya...

 

 

"Mana Lay ni? Tak datang kerja ke hari ni? Kalau dia tak datang, dia mesti mesej atau telefon aku macam selalu. Yer la, aku kan bos dia. Tapi, mana dia ni? Dah lewat sangat ni." keluh Suho sambil mundar-mandir di dalam pejabatnya. Dia resah memikirkan Lay yang tak pernah buat macam ni. "Biar aku telefon dia. Maybe dia ada problem." lantas Suho mencapai handphonenya dan mula mendail nombor Lay.

 

 

Kris yang nyenyak tidur di sofa, dikejutkan dengan bunyi nada dering dari handphone Lay. Lay tertinggal handphonenya di atas meja teh berdekatan dengan sofa. Kris segera bangun dan tanpa melihat nama si pemanggil, dia menjawabnya. "Hello?"

 

 

"Hello? I-Ini nombor Lay, kan?" Suho gugup apabila mendengar suara yang bukan milik Lay.

 

 

"Kau siapa? Nak apa?" soal Kris malas, sebab dia masih mengantuk.

 

 

"Saya Suho, bos dia. Saya nak tanya..." belum sempat Suho berkata apa-apa, Kris segera mematikan talian dan menutup handpone Lay supaya Suho tak boleh menghubunginya lagi.

 

 

"Sial! Husband orangpun nak kacau, ke?" marah Kris lantas handphone Lay dilemparnya ke lantai.

 

 

"Tak guna! Berani dia putuskan talian macam tu jer?! Kurang asam sungguh!" bentak Suho kegeraman.

 

 

Kris segera bangun dari sofa dan menuju ke bilik Lay. Dia mengetuk-ngetuk pintu bilik Lay dengan kuat. "Yah, buka pintu ni!"

 

 

Lay yang sedang nyenyak tidur terkejut dengan bunyi ketukan itu. "Apa tu? Bisingnyer!" rungut Lay. Dia menggeliat dan menguap sebelum turun dari katilnya dan menuju ke arah pintu bilik. Pintu dibuka dan dia terbeliak melihat Kris terpacak depan biliknya dengan muka yang marah. "K-Kris hyung. A-ada apa?" soalnya dengan takut-takut. Pintu bilik tak dibuka dengan luas sebagai persediaan kalau-kalau Kris bertindak macam sebelum ni, so senang dia nak tutup pintu tu.

 

 

"Kau bagi nombor kau kat jantan tu buat apa?" soal Kris sekerasnya.

 

 

"Dia bos saya, mesti la saya kena bagi nombor kat dia. Baru dia senang nak hubungi saya kalau dia perlukan apa-apa. Saya kan setiausaha dia." jelas Lay selamba bila dia tengok Kris dah tak mabuk. Kemudian, dia terpandang handphonenya di tangan Kris. "Macam mana handphone saya boleh ada kat awak? Bagi balik." pinta Lay.

 

 

"Tak boleh! Jawab soalan aku dulu."

 

 

"Apa dia?" soal Lay.

 

 

"Apa hubungan kau dengan dia sampai dia telefon awal-awal pagi macam ni? Selalu ke dia telefon kau pagi-pagi macam ni? Untuk apa? Untuk kejutkan kau? Untuk ucap 'SELAMAT PAGI, SAYANG!' macam tu?"

 

 

"Apa yang awak cakap ni? Mana ada. Saya tak curang, okey. Saya sedar siapa saya. Saya husband awak. Awak tu yang tak sedar yang awak suami saya. Asyik berfoya-foya dengan perempuan lain tiap-tiap malam. Awak ingat saya takda perasaan ke? Awak ingat saya tunggul kat rumah ni? Sebelum awak nak mengata saya, baik awak cerminkan dulu diri awak tu! Dasar playboy tak guna!" marah Lay lantas dia merampas handphonenya dari tangan Kris dan menutup pintu bilik sekuatnya. Kris tercengang. Ini pertama kali Lay memarahinya.

 

 

"Berani kau marah aku." Kris cuba membuka pintu bilik itu tapi gagal sebab Lay dah menguncinya dari dalam. "Tak guna! Siap kau bila kau keluar nanti." rungut Kris sebelum beredar ke biliknya.

 

 

Lay bersandar pada pintu. "Aku marah dia? Habis la! Tentu dia lagi bengang dengan aku." keluh Lay. "Tapi, kenapa Suho call aku awal-awal pagi ni?" Lay memandang jam locengnya dan dia mulai gelabah. "Alamak! Aku dah lewat untuk pergi kerja! Patut la dia call aku." Lay segera menuju ke bilik air untuk bersiap.

 

 

Sebaik saja Lay selesai bersiap, dia bergegas keluar dari biliknya tanpa mengetahui yang Kris sedang menunggunya untuk membalas dendam. Kris berdiri di pintu utama bagi menghalang Lay dari keluar.

 

 

"Kris hyung, saya dah lewat ni. Please let me go..." pinta Lay.

 

 

Kris menyilang tangannya sambil tersenyum sinis. "Kau marah aku tadi. Berani kau, ya?" Kris perlahan menghampiri Lay.

 

 

"A-awak nak buat apa ni?" Lay mengundur.

 

 

"Aku pantang kalau orang tinggikan suara kat aku. So, siap kau." ugut Kris.

 

 

Lay mengundur dan mengundur sampai dia tersandar pada dinding. Takda lagi ruang untuk dia lari bila Kris mengepungnya dengan tangannya.

 

 

"K-Kris...please don't do this."

 

 

"Aku dah bosan dengan diorang, so aku nak kau pula. Jaga kau!"

 

 

"No-Nooooooo!!!!!!!" Lay bergelut untuk melepaskan diri, tapi Kris lebih kuat darinya. Akhirnya Kris berjaya membaringkannya ke lantai dan mulalah moment mereka. Lay menangis dalam diam. Dia tak mampu nak buat apa.

 

 

'Saya benci awak, Kris!'

 

 


Chapter ni macam mengarut...tapi saya harap awak semua berpuas hati, ya?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 18: Please sambung ye nanti. Nak tau pengakhiran KrisLay mcm mana.
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 17: sekai so cute and sweet.. tak boleh nak stop senyum baca dorang saling mengusik.. tahniah sekai!!! haha
boleh tak nak cilikan mulut kris tu?? dah kenapa dia tu?? mmng patut pun lay merajuk lama2 lagi.. awal2 kesian dngn dia tapi mcm tu pula perangai dia ni.. ish ish..
SuperNatuGirl
#3
Nownow, do you still remember me? I'm your Indonesian reader lol

Oh, i haven't red this story for a while. But now that i have read the rest of the story, this is getting seriously interesting. Lol at Kai being clueless about Sehun(just admit it that he is preggy yayy) and awww Suho xD Kris sure is an evil man for Suho... Of course, to defend his beloved wife, but he actually went a bit far(points for Yixing for lecturing him like a mother lecturing her son, so adorbs zzzzz).

And i know about Yixing's memory loss. It's a temporary amnesia, where one tends to forget an event if that was traumatizing, painful memory or anything that makes the brain can't really handle the informations and decided to 'store' the informations somewhere within the deepest part of the brain itself.

Great story so far, i don't really care about the language, cause I can understand it better than before lol.

Fighting, authornim
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 16: Yay for sekai!!!!! Haha setiap kali majlis kahwin mesti ada apa2 jadi.. xD hope sehun okay..
Aigoo kray ni.. boleh pulak dorang bergaduh.. baru je baik.. kris ni pon tak pandai jaga mulut.. ish ish..
tahniah juga untuk suho.. akhirnya jumpa juga dia dengan org yg betul.. lupakan jelah lay tu.. haha

Side note: ade rasa nk sepak pulak part kris pout kt lay tu.. xD hahaha i'm sorry… ><

Thanks for update ^^
vanilachoc
#5
Chapter 16: I'm really looking forward on this story.... serious best.... update soon please TㅅT
famushinee #6
Chapter 16: I thought you've abandon this story because it's been so long since you update this story..I thought you forget about this story..this is your first story that I read..this is your first story that made me became your fan..please update soon.
Sunflower_Heart
#7
Chapter 16: apa yang terjadi kat sehun???