Berbaik

Aku, Kau dan 'Dia'...

 

Sebaik saja Kris melangkah keluar dari bilik, dia disapa oleh Pn. Wu. Pn. Wu kelihatan risau apabila dia secara tidak sengaja terdengar pertengkaran antara anak dan menantunya.

 

 

"Apa dah jadi? Semuanya okay, ke? Mak dengar kamu berdua bertengkar tadi." tegur Pn. Wu dengan penuh kerisauan.

 

 

"Takda apa-apa, mak. Cuma..." Kris mengeluh. Dia tak tahu macam mana nak explain.

 

 

Pn. Wu membawa Kris ke ruang tamu dan mereka duduk di sofa yang ada di situ.

 

 

"Fan, kamu kata kamu dah mula sayangkan dia."

 

 

"Memang saya dah mula sayangkan dia, mak. I really do." ucap Kris bersungguh.

 

 

"Jadi, mak tak tahu apa masalahnya sampai kamu kata yang dia pentingkan diri sendiri."

 

 

"Saya tak kata dia pentingkan diri."

 

 

"Oh ya? Kamu kata dia cuba sembunyikan hal kehamilan dia daripada kamu walaupun kamu berhak untuk tahu. Kamu tak rasa itu sama maksudnya dengan selfish?"

 

 

Kris terdiam. Ada betulnya kata-kata ibunya itu. Dia sedar kesilapannya, dan dia sedar itu yang membuatkan Lay begitu marah dengannya.

 

 

"Tapi saya tak maksudkannya macam tu."

 

 

"Memang kamu tak maksudkannya macam tu, tapi itu yang Xing faham."

 

 

Kris mengeluh buat kesekian kalinya.

 

 

"Mak harap kamu akan layan dia sebaiknya. Dalam keadaan dia sekarang ni, dia betul-betul perlukan kamu. Percaya la, mak tahu sebab mak pernah melaluinya juga."

 

 

"Saya tahu."

 

 

"Kamu tahu, tapi kamu masih ragui dia?"

 

 

"Wait, mak dengar semuanya?"

 

 

"Itu tak penting. Yang penting sekarang, kamu kena yakinkan dia semula yang kamu betul-betul sayangkan dia. Jangan buat dia rasa yang dia tak diperlukan. Ya?"

 

 

"Baik, mak. Saya faham."

 

 

Pn. Wu menepuk bahu Kris. "Baiklah, mak perlu balik sekarang ni. Fan, kalau kamu perlukan bantuan mak untuk uruskan Xing, jangan teragak-agak untuk telefon mak. Okay?"

 

 

"Apa maksud mak? Selama ni saya tinggal berdua dengan dia, takda apa-apa masalah pun. Well, except yang kami ada juga bergaduh sikit-sikit."

 

 

"Itu sebelum dia pregnant, Fan. Dan kamu tahu, orang pregnant ni lagi susah nak diuruskan. Dan dengan apa yang mak lihat sekarang, mungkin menyukarkan kamu lagi."

 

 

"Ya, mak betul."

 

 

"Well, mom always right. Tak gitu?" Pn. Wu memberi senyuman yang boleh menenangkan Kris.

 

 

"Thanks, mom!" Kris memeluk Pn. Wu.

 

 

"Baiklah, jaga Xing baik-baik tau. Kalau ada apa-apa, call me. okay?"

 

 

"Yalah. Bye! Hati-hati tau." Kris menghantar Pn. Wu hingga ke pintu utama.

 

 

Sebaik sahaja memastikan Pn. Wu dah berlalu pergi dari kawasan rumahnya, Kris menuju ke bilik Lay. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum dia mula mengetuk pintu bilik Lay.

 

 

"Lay? Boleh saya masuk?" pintanya dengan lembut.

 

 

Tiada jawapan.

 

 

"Lay, saya minta maaf dengan apa yang saya cakap tadi. Please, maafkan saya..." rayunya yang masih setia berdiri di luar bilik Lay.

 

 

Masih tiada jawapan dari Lay.

 

 

"Baiklah kalau awak masih marahkan saya, saya takkan paksa awak lagi. Awak rehat la, saya takkan ganggu awak lagi. Tapi, kalau awak perlukan saya, saya ada di bilik saya. Ya?" ucap Kris. Dan belum sempat dia melangkah pergi dari situ, dia terdengar sesuatu terjatuh di dalam bilik Lay.

 

 

Memikirkan yang jatuh itu Lay, membuatkan Kris panik. Dia mula mengetuk-ngetuk pintu bilik Lay yang masih berkunci sambil berteriak.

 

 

"Lay! Lay, buka pintu ni! Apa dah jadi kat dalam tu? Lay, please open this door!" teriak Kris sambil dia memulas tombol pintu itu berkali-kali. "Lay!"

 

 

Disebabkan panik, Kris terlupa tentang kunci pendua yang ada untuk setiap bilik. Dan apabila dia bertenang sedikit, baru terlintas difikirannya tentang kunci itu. Lantas dia segera mencari kunci itu di dalam laci. Setelah menjumpai kunci tersebut, dia segera membuka pintu bilik Lay.

 

 

"Lay?"

 

 

"Fan?" ucap Lay sambil memandang Kris dengan pandangan terkejut.

 

 

"Lay..." Kris segera menuju ke arah Lay yang berdiri di satu sudut biliknya, lalu dia menarik Lay ke dalam dakapannya. "Lay, bagus la awak tak apa-apa. Saya lega sangat." ucap Kris dalam nada yang perlahan.

 

 

"Fan, kenapa ni?" soal Lay yang tidak tahu apa-apa. Dia kehairanan dengan sikap Kris itu.

 

 

"Takda apa-apa, sayang. Just saya taknak something bad happen to you. Sebab saya tak boleh bayangkan hidup saya tanpa awak. Cause i love you, Lay! I love you..." nada Kris kedengaran sebak. Dia sepertinya menangis.

 

 

Hati Lay berdebar mendengar pengakuan Kris itu. Ia kedengaran jujur dan ikhlas.

 

 

"Fan..." ucap Lay perlahan sebelum dia membalas pelukan Kris. "I...I love you too..."

 

 

Mereka berpelukan buat seketika, dan masing-masing melayan perasaan. Dan tak lama selepas itu, pelukan dileraikan. Kris membawa Lay duduk di birai katil dan mereka mula berbicara.

 

 

"Apa yang awak buat tadi? Dan apa yang jatuh?" soal Kris dalam nada yang risau.

 

 

"Mesti awak ingat saya yang jatuh. Sebab tu awak gelabah semacam. Risau juga awak kat saya, ya?" Lay mengusik.

 

 

"Mesti la risau. You're my spouse and you're carrying my child. Saya takkan maafkan diri saya kalau sesuatu jadi kat awak dan...baby."

 

 

"Fan..." Lay terharu mendengar kata-kata itu. Dia memandang terus ke dalam mata Kris dan dia dapat rasa yang Kris betul-betul maksudkan apa yang dikatakannya itu. Lay tersenyum.

 

 

"Kenapa awak senyum? Saya risaukan awak, boleh pula awak tersenyum."

 

 

"Awak betul-betul sayangkan saya?" Lay menduga.

 

 

"Mesti la. Apa saya dapat kalau saya berbohong?"

 

 

"Baiklah, saya percaya."

 

 

"You do?"

 

 

"Yeah!"

 

 

"Thanks, Lay!" Kris segera mendakap Lay seeratnya. "Saya janji yang saya takkan sia-siakan kepercayaan awak terhadap saya. Saya akan berusaha jadi suami yang terbaik buat awak, dan ayah baik untuk bakal anak kita. Thanks sebab bagi peluang kat saya!"

 

 

'Memang ini yang aku harapkan...' fikir Lay dengan senyuman.

 

 

"Jom!" Kris mengajak.

 

 

"Ke mana?"

 

 

"Sekarang kita dah berbaik, jadi lebih elok kalau kita sebilik. Maksud saya, pasangan yang dah kahwin mana boleh tidur di bilik berasingan. Lagipun, dengan keadaan awak macam ni, lebih mudah untuk saya jaga awak kalau kita sebilik. Tak gitu?" jelas Kris.

 

 

"Betul ke sebab kita dah berbaik atau awak ada agenda lain?"

 

 

"Apa maksud awak? Saya ni nampak macam ert, ke?"

 

 

"Ada la sikit." gurau Lay.

 

 

"Well, hanya untuk awak." dengan itu, Kris mendukung Lay secara bridal style lalu dia menuju ke biliknya yang sememangnya lebih luas berbanding bilik Lay, sebab bilik Kris adalah bilik utama dalam rumah itu. Jadi, takda masalah untuk mereka tinggal sebilik.

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 18: Please sambung ye nanti. Nak tau pengakhiran KrisLay mcm mana.
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 17: sekai so cute and sweet.. tak boleh nak stop senyum baca dorang saling mengusik.. tahniah sekai!!! haha
boleh tak nak cilikan mulut kris tu?? dah kenapa dia tu?? mmng patut pun lay merajuk lama2 lagi.. awal2 kesian dngn dia tapi mcm tu pula perangai dia ni.. ish ish..
SuperNatuGirl
#3
Nownow, do you still remember me? I'm your Indonesian reader lol

Oh, i haven't red this story for a while. But now that i have read the rest of the story, this is getting seriously interesting. Lol at Kai being clueless about Sehun(just admit it that he is preggy yayy) and awww Suho xD Kris sure is an evil man for Suho... Of course, to defend his beloved wife, but he actually went a bit far(points for Yixing for lecturing him like a mother lecturing her son, so adorbs zzzzz).

And i know about Yixing's memory loss. It's a temporary amnesia, where one tends to forget an event if that was traumatizing, painful memory or anything that makes the brain can't really handle the informations and decided to 'store' the informations somewhere within the deepest part of the brain itself.

Great story so far, i don't really care about the language, cause I can understand it better than before lol.

Fighting, authornim
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 16: Yay for sekai!!!!! Haha setiap kali majlis kahwin mesti ada apa2 jadi.. xD hope sehun okay..
Aigoo kray ni.. boleh pulak dorang bergaduh.. baru je baik.. kris ni pon tak pandai jaga mulut.. ish ish..
tahniah juga untuk suho.. akhirnya jumpa juga dia dengan org yg betul.. lupakan jelah lay tu.. haha

Side note: ade rasa nk sepak pulak part kris pout kt lay tu.. xD hahaha i'm sorry… ><

Thanks for update ^^
vanilachoc
#5
Chapter 16: I'm really looking forward on this story.... serious best.... update soon please TㅅT
famushinee #6
Chapter 16: I thought you've abandon this story because it's been so long since you update this story..I thought you forget about this story..this is your first story that I read..this is your first story that made me became your fan..please update soon.
Sunflower_Heart
#7
Chapter 16: apa yang terjadi kat sehun???