Salah faham

Aku, Kau dan 'Dia'...

 

 

 

2 bulan kemudian...

Lay sedang menonton tv apabila dia melihat berita hiburan tentang Kris dalam rancangan Hiburan Terkini. Lay ingin menukar siaran, tapi tangannya tidak mahu berbuat demikian. Walaupun dia benci Kris, tapi dia masih nak tahu tentang keadaan Kris sepanjang dia tiada bersama Kris. Dan jauh di sudut hatinya, dia tetap berharap yang Kris hidup dalam keadaan baik. Dia menumpukan sepenuh perhatian apabila wartawan rancangan itu menemu ramah Kris.

 

 

"Hai, Kris!" sapa wartawan itu sewaktu dia mengunjungi sesi fotoshoot Kris di set penggambaran.

 

 

"Hai, semua!" Kris mengukir senyuman sambil melambai ke arah kamera.

 

 

Pada waktu itu, hati Lay mulai cair. Dia rindu. Dia rindukan senyuman itu dan orang itu juga. Tanpa disedarinya, air matanya perlahan mengalir.

 

 

"I miss you..." spontan perkataan itu keluar dari mulut Lay.

 

 

Sesi temu ramah Kris~

"Okey, kris. Boleh kita mula sesi temu ramah ni?" soal wartawan itu.

 

 

"Ya, boleh saja." balas Kris, sopan.

 

 

"Dengar kata, awak nak berhenti jadi model dan pelakon, betul ke? Pendek kata, awak nak tarik diri dari dunia hiburan. Ada apa-apa sebab?"

 

 

"Ya, saya memang dah buat keputusan untuk tarik diri dari dunia hiburan. Memandangkan saya anak tunggal dalam Keluarga Wu, jadi sayalah satu-satunya pewaris Wu Company."

 

 

"Maksud awak, awak akan jadi CEO di syarikat ayah awak?"

 

 

"Nampaknya macam tu la. Saya minta maaf kepada para peminat saya atas keputusan yang tiba-tiba ni. Tapi, saya tetap berharap agar awak semua tetap menyokong saya walau dalam apa jua perkara yang saya lakukan. Terima kasih atas semua kasih sayang dan sokongan yang kalian beri pada saya sebelum ini. Saya amat hargainya."

 

 

"Okey, jadi maknanya, awak dah tak terikat dengan kontrak. Maksud saya, kontrak yang tak benarkan awak berkahwin atau bercinta. So, ada awak terfikir untuk mulakan hidup berkeluarga?"

 

 

"Itu semestinya. Dan untuk pengetahuan semua, saya dah ada calonnya."

 

 

"Oh, really? Boleh bagitau kami?"

 

 

"Bila dah tiba masanya, saya akan bagitau. Tapi buat masa sekarang, biarlah rahsia." Kris mengeyitkan matanya ke arah kamera dengan senyuman.

 

 

"Awak ni memang misteri."

 

 

Lay tersentak. Apa maksud Kris yang dia dah ada calon? Hati Lay mulai sakit memikirkan yang Kris dah ada penggantinya. Lay terus menekan punat 'OFF' di remote control untuk menutup tv. Lay mulai menangis.

 

 

"Aku ingat kalau aku tinggal berjauhan dari dia, dia akan rindukan aku. Tapi nampaknya, dia lagi seronok tanpa aku. Awak tak guna, kris!" teriak Lay lantas dia segera berlari ke tingkat atas menuju ke arah biliknya. Sejak dia tinggal bersama Suho, Suho berikan dia sebuah bilik. Lay merebahkan tubuhnya ke atas katil dan dia mula menangis teresak-esak.

 

 

Kemudian, Lay cuba menenangkan hatinya. Air matanya dikesat perlahan. Telefon bimbitnya yang terletak di atas meja lampu dicapai. Satu mesej diterima dari Suho.

 

 

From: Suho

'Hi, Lay! Awak macam mana? Still muntah-muntah lagi?'

 

 

To: Suho

'Saya okey, cuma...takda apa-apa la.'

 

 

Sebaik saja Lay membalas mesej Suho itu, telefonnya berdering menandakan panggilan masuk. Suho yang menelefonnya. Tanpa membuang masa dia segera menjawabnya.

 

 

"Ya, Suho?"

 

 

"Awak okey tak? Apa maksud awak yang 'awak okey, cuma...' Cuma apa?" suara Suho kedengaran risau di sebalik talian. Mana tak risaunya bila pagi tadi sebelum dia keluar pergi kerja, Lay hampir-hampir pengsan. Sebab tu Suho benarkan dia bercuti hari ni.

 

 

"Takda apa la, Suho. Saya okey. Awak jangan la risau." Lay cuba menenangkan hati Suho. Dia taknak Suho dibebani dengan masalah dia bila Suho sendiri dah banyak masalah dan tekanan dalam kerjanya.

 

 

"Betul ni? Kalau macam tu, baiklah. Hari ni saya balik awal, so awak nak apa-apa tak? Sesuatu untuk dimakan?"

 

 

"Suho, saya teringin nak makan kat kedai Sushi. Boleh tak malam ni kita makan kat sana?" soal Lay.

 

 

"Okey. Jam 8 malam saya jemput awak."

 

 

"Thanks!" ucap Lay dengan girangnya.

 

 

"Apa-apa saja untuk awak, Lay."

 

 

"Erm, Suho...boleh saya tanya awak sesuatu?"

 

 

"Apa dia?"

 

 

"Kenapa awak baik sangat dengan saya? Kita bukannya ada apa-apapun, tapi awak layan saya macam saya ni kekasih awak. Awak...tak anggap saya macam tu, kan?" soal Lay ragu-ragu.

 

 

'Kalau la awak tau yang saya memang anggap awak macam tu. I love you, Lay. Tapi memandangkan awak milik orang, saya tak berani nak luahkannya. I'm sorry...' getus hati Suho.

 

 

"Tak la. Awak tu husband orang, mana boleh saya anggap awak kekasih saya. Dan saya baik dengan awak sebab saya anggap awak kawan baik saya. Itulah gunanya kawan, kan?" Suho berdalih.

 

 

"Baguslah awak fikir macam tu, sebab saya taknak lukakan hati awak. Walaupun Kris jahat dengan saya, tapi dia tetap suami saya." jelas Lay.

 

 

"Saya tau tu. Okey la, saya ada kerja lagi ni. Malam ni kita jumpa, ya?"

 

 

"Baiklah! Bye!" ucap Lay sebelum menamatkan panggilan.

 

 

Suho melepaskan keluhan berat. Rambutnya diramas kasar sebelum tv di hadapannya ditutup. Dia tahu apa yang buat Lay tak senang duduk. Dia pun dah tengok sesi temu ramah Kris tadi. Sebab tu dia segera menelefon Lay untuk pastikan yang Lay tak apa-apa. Tapi suara Lay tadi kedengaran seperti dia baru lepas menangis. Memikirkan itu saja dah buatkan dia sakit hati.

 

 

"Tak guna kau, Kris! Dalam 2 bulan Lay menghilang, kau bukannya nak cari dia, tapi kau boleh cari penggantinya pula. Aku ingat bila korang berjauhan dia takkan terluka lagi, tapi nampaknya, kau memang nekad nak lukai hati dia pula. Aku takkan serahkan dia pada kau, walau apapun yang jadi." gumam Suho.

 

 

^*^*^*^*^*

 

 

Kris singgah di rumah parentsnya setelah habis kerja. Dia disapa oleh Sehun, iaitu adik angkatnya.

 

 

"Saya dah tengok rancangan hyung tadi. So, bila hyung nak umumkan yang Lay hyung tu husband hyung?" soal Sehun.

 

 

"Tak lama lagi. Lepas hyung dah berjaya bawa Lay balik, hyung akan bagitau semua orang yang Lay lah orang yang dah mengetuk pintu hati hyung." ucap Kris dengan senyuman.

 

 

"Baguslah macam tu! Saya harap hyung akan bersatu semula dengan Lay hyung." balas Sehun.

 

 

"So, apa berita dari Kai tentang Lay?" soal Kris lantas dia duduk di sofa. Sehun duduk di sebelahnya.

 

 

"Kai kata, akhir-akhir ni, Lay hyung tak sihat. Dia asyik muntah-muntah dan tempoh hari dia pengsan."

 

 

"Apa?!" Kris terkejut dengan berita itu. "So, macam mana dia sekarang?"

 

 

"Kalau hyung betul-betul risaukan dia, pergi la ambil Lay hyung sekarang. Saya yakin Lay hyung akan maafkan hyung."

 

 

"Hyung tak yakin dia akan maafkan hyung lepas apa yang hyung buat kat dia 2 bulan lepas. Hyung..."

 

 

"Kalau macam tu, macam mana hyung nak pujuk dia? Kalau betul hyung nak bersama dia semula, ini la masanya. Mulakan langkah sekarang sebelum hyung menyesal."

 

 

"Apa maksud kamu?"

 

 

"Kai kata, Suho hyung ada hati dengan Lay hyung. Kalau hyung lambat, saya takut..."

 

 

"Boleh jadi juga sebab Lay tinggal dengan dia dah 2 bulan. Tapi, Lay tak sukakan dia, kan? Maksud hyung, Lay tak mungkin cintakan dia, kan?"

 

 

"Itu saya tak tau sebab masa yang tentukan segalanya."

 

 

"Betul cakap Sehun tu, Yifan. Kalau betul kamu dah sayangkan Yixing, kamu pergi minta maaf dengan dia sekarang dan bawa dia balik. Mak rindukan dia." seloroh Pn. Wu yang terdengar perbualan mereka itu.

 

 

"Tapi, saya..."

 

 

"Takda tapi-tapi, Yifan. Ayah yakin Yixing masih cintakan kamu. Dia seorang yang setia. Dia mesti sedang tunggu kamu untuk minta maaf dengannya. Minta maaf adalah tindakan yang betul untuk betulkan kesalahan kita yang lalu. Bagitau dia yang kamu cintakan dia, dan kamu menyesal dengan apa yang kamu buat kat dia dulu." nasihat Tn. Wu.

 

 

"Baiklah ayah, mak. Saya akan cuba." tekad Kris.

 

 

^*^*^*^*^*

 

 

Malam itu seperti yang dijanjikan, Lay menunggu Suho di luar rumah sebab Suho dah hampir sampai. Lay tersenyum melihat kereta Suho menyusuri halaman rumah lalu berhenti di hadapannya. Suho turun dari kereta untuk membuka pintu kereta buat Lay.

 

 

"Silakan." pelawa Suho sebaik pintu kereta di tempat duduk penumpang sebelah pemandu dibuka.

 

 

Lay tersenyum, namun belum sempat dia melangkah masuk ke dalam kereta pandangannya mulai kabur dan apabila tubuhnya hampir rebah ke tanah, Suho sempat menyambutnya. Lay pengsan. Suho cuba menggerakkannya namun gagal. Suho segera mendukung Lay untuk diletakkan ke dalam keretanya dan pada waktu itu juga Kris yang entah dari mana tiba-tiba muncul di situ.

 

 

"Kau nak buat apa dengan Lay aku, ha?!" tengking Kris membuatkan Suho tersentak.

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 18: Please sambung ye nanti. Nak tau pengakhiran KrisLay mcm mana.
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 17: sekai so cute and sweet.. tak boleh nak stop senyum baca dorang saling mengusik.. tahniah sekai!!! haha
boleh tak nak cilikan mulut kris tu?? dah kenapa dia tu?? mmng patut pun lay merajuk lama2 lagi.. awal2 kesian dngn dia tapi mcm tu pula perangai dia ni.. ish ish..
SuperNatuGirl
#3
Nownow, do you still remember me? I'm your Indonesian reader lol

Oh, i haven't red this story for a while. But now that i have read the rest of the story, this is getting seriously interesting. Lol at Kai being clueless about Sehun(just admit it that he is preggy yayy) and awww Suho xD Kris sure is an evil man for Suho... Of course, to defend his beloved wife, but he actually went a bit far(points for Yixing for lecturing him like a mother lecturing her son, so adorbs zzzzz).

And i know about Yixing's memory loss. It's a temporary amnesia, where one tends to forget an event if that was traumatizing, painful memory or anything that makes the brain can't really handle the informations and decided to 'store' the informations somewhere within the deepest part of the brain itself.

Great story so far, i don't really care about the language, cause I can understand it better than before lol.

Fighting, authornim
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 16: Yay for sekai!!!!! Haha setiap kali majlis kahwin mesti ada apa2 jadi.. xD hope sehun okay..
Aigoo kray ni.. boleh pulak dorang bergaduh.. baru je baik.. kris ni pon tak pandai jaga mulut.. ish ish..
tahniah juga untuk suho.. akhirnya jumpa juga dia dengan org yg betul.. lupakan jelah lay tu.. haha

Side note: ade rasa nk sepak pulak part kris pout kt lay tu.. xD hahaha i'm sorry… ><

Thanks for update ^^
vanilachoc
#5
Chapter 16: I'm really looking forward on this story.... serious best.... update soon please TㅅT
famushinee #6
Chapter 16: I thought you've abandon this story because it's been so long since you update this story..I thought you forget about this story..this is your first story that I read..this is your first story that made me became your fan..please update soon.
Sunflower_Heart
#7
Chapter 16: apa yang terjadi kat sehun???