Gaduh ke??

Aku, Kau dan 'Dia'...

 

"Betul juga. Soo hyung pun kena la jaga diri elok-elok. Kandungan hyung pun masih baru. Hyung tak boleh terlalu letih. Kalau tak, nanti jadi macam saya. Kena bermalam kat hospital ni." Sehun memuncungkan bibirnya apabila memikirkan yang dia terpaksa ditahan di wad untuk semalaman walaupun doktor belum memberi kata putus lagi.

 

 

"Diapun pregnant? Jadi betul la kau kawin dengan dia sebab nak bertanggungjawab atas dia. Betul la khabar angin tu." ucap Kris sambil menunding ke arah Suho.

 

 

"Yah! Tak habis-habis lagi dengan tuduhan tu!" marah Lay. 'Apa la Kris ni? Taktau apa-apa tapi main tuduh-tuduh je.'

 

 

Mereka semua terkejut dengan tuduhan Kris itu.

 

 

"Sa-saya minta diri dulu." Kyungsoo segera melangkah keluar daripada wad itu dengan air muka yang sedih.

 

 

"Soo!" teriak Suho namun dah terlambat apabila Kyungsoo dah hilang dari pandangan. Dia memandang Kris dengan pandangan tajam sebelum dia juga melangkah keluar daripada wad itu untuk mendapatkan pasangannya itu.

 

 

"Awak ni memang tak serik!" marah Lay sebelum dia juga keluar dari wad itu.

 

 

^*^*^*^*^*

 

 

Setibanya di rumah, Lay segera menuju ke bilik si kembar lantas pintu bilik itu dikunci bagi menghalang Kris daripada masuk. Dia betul-betul kecewa dengan Kris. Pada sangkaannya Kris dah berubah, namun apa yang berlaku hari itu membuatkan dia tidak yakin akan perubahan Kris.

 

 

Kris mengetuk pintu daripada luar sambil meminta maaf.

 

 

"Xing, please open this door! I'm sorry, okay. Please, jangan la marah. Saya tak sengaja. Xing!" Kris merayu.

 

 

Lay berpura-pura tak dengar. Dia asyik memerhati si kembar yang tidur tenang tanpa masalah.

 

 

"Untung jadi bayi. Takda masalah. Tenang je hidup." gumam Lay. "Appa korang tu tak guna. Tak cukup sakitkan omma, kacau orang lain plak. Berkali-kali dia minta maaf pun, dok buat juga. Hmm, ntah la." bebel Lay lagi.

 

 

"Xing, buka la pintu ni! Kesian kan la saya. Saya dah minta maaf ni. Please, Xing...jangan la buat saya macam ni. Jangan la abaikan saya. Saya janji, saya takkan buat lagi. Perkara ni takkan berulang. Xing! Yixing!" teriak Kris dari luar bilik.

 

 

"Ish, bising la dia tu. Kang terjaga diorang ni, jenuh nak tidurkan nanti. Aish~" Lay tiada pilihan, daripada si kembar ni terjaga dan menangis, lebih baik dia mengalah. Bukan senang nak tidurkan mereka ni nanti.

 

 

Dengan langkah yang malas, Lay menghampiri pintu bilik lalu dia membukanya. Kelihatan Kris masih lagi berdiri di situ dengan rupa penyesalan.

 

 

"Xing..."

 

 

"Bising la awak ni. Si kembar tu terjaga baru tau. Tak payah tidur semalaman, baru berakal." perli Lay.

 

 

"Awak marah saya lagi?" soal Kris.

 

 

"Awak rasa?" Lay menyilang kedua-dua tangannya ke dada.

 

 

"Kan saya dah minta maaf?" Kris meraih tangan Lay dan memegangnya.

 

 

"Buat apa minta maaf dengan saya? Awak tak buat salah dengan saya." tegas Lay. Tangannya ditarik semula.

 

 

"Okay, esok saya minta maaf dengan diorang. Ya?" Kris memujuk.

 

 

"Ikut awak la." Lay menutup pintu bilik si kembar dengan perlahan sebelum dia melangkah pergi ke bilik perkongsian mereka, meninggalkan Kris di situ.

 

 

"Sayang..." Kris memanggil sebelum dia mengikuti Lay ke bilik mereka.

 

 

^*^*^*^*^*

 

 

Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan, Kris dan Lay pergi ke rumah pasangan SuDo. Namun hampa kerana pasangan itu tidak ada di rumah kerana mereka telah pergi berbulan madu.

 

 

"Aik, takkan awak tak tahu bos sendiri pergi honeymoon hari ni?"

 

 

"Mana la saya tau. Dia tak bagitau pun." balas Lay.

 

 

"Hmm, tak kesampaian la hajat saya." keluh Kris sebaik sahaja mereka kembali ke dalam kereta.

 

 

"Itu la awak. Sebelum cakap tu, fikir dulu." perli Lay.

 

 

"Hmm...awak PA dia kan. Mesti awak ada nombor dia." Kris memandang Lay dengan penuh harapan.

 

 

"Ada. Untuk apa?"

 

 

"Nak mesej diorang la, minta maaf. Mana tau, nanti saya mati sebelum diorang balik, tak sempat nak minta maaf."

 

 

Mendengar perkataan 'mati' itu membuatkan Lay sentap. Kris seolah-olah tidak memikirkan dirinya kalau dia ditinggalkan sendirian begitu sahaja. Kris seperti pentingkan dirinya sahaja.

 

 

"Awak ni selfish, tau."

 

 

"La, kenapa pula? Saya nak minta maaf pun salah, ke? Awak nak apa sebenarnya?"

 

 

"Mudah je awak sebut mati, kan? Awak tak fikir langsung pasal saya dengan si kembar tu."

 

 

"La, bukan macam tu maksud saya. Xing ah..." Kris meraih tangan Lay, tapi ditepis kasar. "Xing, jangan la macam ni. Okay, i'm sorry okay sebab cakap macam tu. Saya takkan cakap lagi. Dengan adanya family saya ni, takkan la saya senang-senang nak mati, kan." Kris cuba memujuk. "Dah la majuk tu, yer..."

 

 

"Drive je la. Saya nak balik cepat."

 

 

"Kalau awak still marah, saya takkan drive. Kita tunggu sini sampai awak maafkan saya." 

 

 

"Yah! Ish...kalau macam tu, biar saya yang drive. Tak pun, saya balik naik teksi ja." dengan itu Lay segera keluar daripada kereta membuatkan Kris gelabah lantas dia segera mendapatkan Lay yang hampir jauh.

 

 

Setelah sesi pergaduhan yang tak berapa serius itu berakhir, mereka akhirnya selamat pulang ke rumah.

 

 

 


Maaf sebab ambil masa yang lama untuk update, and maaf kalau update ni tak menepati apa yang korang harapkan...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 18: Please sambung ye nanti. Nak tau pengakhiran KrisLay mcm mana.
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 17: sekai so cute and sweet.. tak boleh nak stop senyum baca dorang saling mengusik.. tahniah sekai!!! haha
boleh tak nak cilikan mulut kris tu?? dah kenapa dia tu?? mmng patut pun lay merajuk lama2 lagi.. awal2 kesian dngn dia tapi mcm tu pula perangai dia ni.. ish ish..
SuperNatuGirl
#3
Nownow, do you still remember me? I'm your Indonesian reader lol

Oh, i haven't red this story for a while. But now that i have read the rest of the story, this is getting seriously interesting. Lol at Kai being clueless about Sehun(just admit it that he is preggy yayy) and awww Suho xD Kris sure is an evil man for Suho... Of course, to defend his beloved wife, but he actually went a bit far(points for Yixing for lecturing him like a mother lecturing her son, so adorbs zzzzz).

And i know about Yixing's memory loss. It's a temporary amnesia, where one tends to forget an event if that was traumatizing, painful memory or anything that makes the brain can't really handle the informations and decided to 'store' the informations somewhere within the deepest part of the brain itself.

Great story so far, i don't really care about the language, cause I can understand it better than before lol.

Fighting, authornim
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 16: Yay for sekai!!!!! Haha setiap kali majlis kahwin mesti ada apa2 jadi.. xD hope sehun okay..
Aigoo kray ni.. boleh pulak dorang bergaduh.. baru je baik.. kris ni pon tak pandai jaga mulut.. ish ish..
tahniah juga untuk suho.. akhirnya jumpa juga dia dengan org yg betul.. lupakan jelah lay tu.. haha

Side note: ade rasa nk sepak pulak part kris pout kt lay tu.. xD hahaha i'm sorry… ><

Thanks for update ^^
vanilachoc
#5
Chapter 16: I'm really looking forward on this story.... serious best.... update soon please TㅅT
famushinee #6
Chapter 16: I thought you've abandon this story because it's been so long since you update this story..I thought you forget about this story..this is your first story that I read..this is your first story that made me became your fan..please update soon.
Sunflower_Heart
#7
Chapter 16: apa yang terjadi kat sehun???