Cintakah ini?

Aku, Kau dan 'Dia'...

 

 

 

"Kris, malam ni boleh tak awak jemput saya balik dari tempat kerja saya?" soal Lay sewaktu mereka berdua sedang bersarapan.

 

 

"Selalu kau boleh balik sendiri, kenapa malam ni nak minta aku jemput plak? Tak boleh! Aku busy!" balas Kris.

 

 

"Selalunya Baekhyun temankan saya, tapi hari ni dia tak datang kerja sebab demam. Saya tak berani la balik sorang-sorang. Malam-malam tak ramai orang. Saya takut." jelas Lay dengan harapan Kris akan menunjukkan sedikit belas kasihan.

 

 

"Kau ingat aku ni driver kau, ke? Jadual aku padat sampai esok pagi, so kau balik la sendiri." balas Kris dengan angkuhnya sebelum dia segera beredar dari meja makan.

 

 

Lay menundukkan kepalanya. Kecewa. 'Awak busy dengan kerja, atau busy dengan perempuan? Saya tau kerja awak habis sebelum lewat malam. Takper la. Aku akan cuba beranikan diri.'

 

 

"Lay! Kau mari sini kejap!" teriak Kris dari dalam biliknya. Lay yang sedang mengelamun, tersentak.

 

 

"Ya, Kris! Ada apa?" soal Lay yang bergegas menuju ke arah bilik Kris.

 

 

"Ini apa, ni?!" marah Kris sambil menunjukkan bingkai gambar yang terletak di atas meja lampunya.

 

 

"Itu gambar kahwin kita. Takkan awak tak tau?" balas Lay dengan innocentnya.

 

 

"Aku tau la ini gambar kahwin kita. Aku tak sebodoh tu, okey?"

 

 

"Saya tak katapun awak bodoh." Lay menjawab.

 

 

"Yah! Jangan menjawab!" tengking Kris.

 

 

"Dah awak soal, saya jawab la. Jangan la nak marah." Lay menjuihkan bibirnya.

 

 

"Tengok tu, menjawab lagi! Diam jer la!" seloroh Kris.

 

 

"Okey." Lay meletakkan jari telunjuk ke bibirnya sambil matanya kelipok-kelipok memandang Kris.

 

 

'Amboi, pandai ya buat muka innocent macam ni? Saja nak cairkan hati aku yang dok membara ni. Mesti elak!' getus hati Kris lalu dia melarikan pandangannya ke arah bingkai gambar itu. "Kau ke yang letak gambar ni kat sini?" Kris kembali ke topik asal.

 

 

Lay hanya berdiam sambil matanya masih memandang Kris.

 

 

"Hei, aku tanya ni. Kau ke yang letak gambar ni kat sini?" soal Kris lagi dan Lay hanya mengangguk. "Kenapa? Kau saja nak jatuhkan reputasi aku, ke?" sindir Kris.

 

 

Lay menggeleng.

 

 

"Habis tu, yang kau letak sini apahal? Kau dah lupa perjanjian kita? Kau dah lupa yang perkahwinan kita ni rahsia?"

 

 

Lay menggeleng lagi.

 

 

"Apa geleng-geleng? Kau bisu, ke? Aku tanya ni. Jawab la." Kris bercekak pinggang.

 

 

"Boleh jawab, ke? Tadi awak yang suruh saya diam. Tu yang saya geleng-geleng, angguk-angguk jer." jelas Lay.

 

 

Kris menampar dahinya. 'Ish budak ni! Lurus bendul, ke apa? Nasib baik kau cute, kalau tak, dah lama kau makan pelempang aku ni!' getus hati Kris. Dia menarik dan menghembus nafas untuk menenangkan hatinya. "So, apa motif kau letak gambar ni kat sini?"

 

 

"Motif? Takda la. Saya tengok bilik awak kosong jer, takda gambar apa-apapun. Tu yang saya letak gambar tu. Baru nampak complete, kan? Baru saya tau yang awak ni husband saya dan saya husband awak." Lay tersenyum manja menampakkan lesung pipitnya.

 

 

"So, selama ni kau taktau ke yang aku ni husband kau, dan kau tu husband aku? Takkan la hal macam tu pun kau boleh lupa? Apa la..." sindir Kris.

 

 

"Saya tau yang saya ni husband awak, dan awak tu husband saya. Tapi awak tu yang tak sedar yang awak husband saya. Tu yang saya letak gambar kahwin kita." jelas Lay.

 

 

"Apa maksud kau, aku tak sedar yang aku ni husband kau?"

 

 

"Tiap-tiap malam awak bawa balik perempuan dan tiduri diorang. Awak berkelakuan macam awak ni masih bujang. Itu dah menunjukkan yang awak tak sedar awak tu husband saya. Tak gitu?" terang Lay.

 

 

Kris terasa seperti Lay sedang memerlinya. Lalu dia membaling bingkai gambar yang dipegangnya ke lantai. Bingkai gambar itu pecah dan gambar di dalamnya terkeluar dari bingkai. Lay tersentak dengan perbuatan Kris itu. Dia memandang bingkai itu dengan sayu, sebelum dia memandang Kris.

 

 

"Kris, sampai hati awak..."  hati Lay terluka. Dia berlutut di sebelah bingkai itu lalu dia mengutipnya dengan berlinangan air mata.

 

 

"Suka hati kau la!" bentak Kris lalu dia segera melangkah keluar dari biliknya dengan marah.

 

 

'Sampai hati awak...' Lay mula menangis teresak-esak.

 

 

*^*^*^*^*^

 

 

Malam itu, Lay selamat tiba di rumah setelah dihantar oleh Suho.

 

 

"Thanks, Suho! Kalau tak sebab awak, tentu saya tak balik rumah selagi tak cerah." ucap Lay dengan senyuman manisnya.

 

 

"Takper Lay. Rumah sayapun tak jauh dari sini. Ikut jalan ni juga." jelas Suho.

 

 

"Okey la, saya masuk dalam dulu. Awakpun patut balik, sebab dah lewat ni."

 

 

"Awak masuk dulu, baru saya pergi. Masuk la."

 

 

"Okey, bye! Thanks again!" ucap Lay sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Suho sebelum melangkah masuk ke dalam kawasan pagar rumahnya.

 

 

"You're welcome! Bye, Lay!" Suho melambai juga dengan senyuman. 'Bye, my sweetie! See you tomorrow!' getus hati Suho. Dia masuk ke dalam kereta setelah kelibat Lay dah hilang dari pandangannya. Dia mula memandu pulang ke rumahnya.

 

 

*^*^*^*^*^

 

 

Lay menyusun kasutnya di rak kasut yang tersedia. Kemudian, dia terlihat kasut tumit tinggi dan kasut Kris yang berselerakan di kawasan itu.

 

 

'Dia mesti dok berseronok dengan pemilik kasut ni. Abaikanlah. Aku dah biasa dengan semua ni.' getus hati Lay sebelum dia mula melangkah masuk ke dalam rumah.

 

 

Sebaik sahaja dia masuk, dia tercengang melihat Kris sedang bermesra dengan seorang gadis, di ruang tamu. Dia segera menutup matanya dengan kedua-dua tapak tangannya, lalu dia berlari menuju ke biliknya. Bunyi pintu biliknya yang ditutup kuat telah mengejutkan Kris dan gadis itu.

 

 

"Bunyi apa tu?" soal gadis itu.

 

 

"Kawan serumah saya agaknya. Abaikanlah dia." balas Kris, lalu dia menyambung kerjanya dengan gadis itu tadi.

 

 

Lay bersandar di pintu biliknya dari dalam. Hatinya berdebar tatkala dia terlihat Kris yang tidak berpakaian. Dia tidak memahami perasaannya saat ini. Kemudian, hatinya mulai sakit dan air matanya mula mengalir tanpa disedari.

 

 

'Kenapa ni? Kenapa aku menangis? Bukannya aku tak biasa dengan semua ni. Sejak kami kahwin 2 bulan yang lalu, aku memang dah biasa tengok dia bermesra macam tu. Dalam bilik, kat bilik air, kat ruang tamu. Dan aku tak kisah dengan semua tu sebelum ni. Tapi kenapa sekarang hati aku rasa tak tenang dan sakit bila tengok dia sentuh orang lain? Kenapa?' Lay tertanya-tanya sendirian tentang perasaannya ini.

 

 

Kakinya terasa lemah dan dia terjelepok ke lantai. Dia berbaring mengiring di atas lantai yang sejuk itu sambil memeluk tubuhnya. Dia menangis teresak-esak berikutan hatinya yang makin gelisah dan sakit.

 

 

.....................................................................................................

LAY: Apakah ini yang dinamakan cinta? Aku tak sanggup melihat dia bermesra dengan orang lain selain aku...oh tuhan, tenangkanlah hatiku ini...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 18: Please sambung ye nanti. Nak tau pengakhiran KrisLay mcm mana.
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 17: sekai so cute and sweet.. tak boleh nak stop senyum baca dorang saling mengusik.. tahniah sekai!!! haha
boleh tak nak cilikan mulut kris tu?? dah kenapa dia tu?? mmng patut pun lay merajuk lama2 lagi.. awal2 kesian dngn dia tapi mcm tu pula perangai dia ni.. ish ish..
SuperNatuGirl
#3
Nownow, do you still remember me? I'm your Indonesian reader lol

Oh, i haven't red this story for a while. But now that i have read the rest of the story, this is getting seriously interesting. Lol at Kai being clueless about Sehun(just admit it that he is preggy yayy) and awww Suho xD Kris sure is an evil man for Suho... Of course, to defend his beloved wife, but he actually went a bit far(points for Yixing for lecturing him like a mother lecturing her son, so adorbs zzzzz).

And i know about Yixing's memory loss. It's a temporary amnesia, where one tends to forget an event if that was traumatizing, painful memory or anything that makes the brain can't really handle the informations and decided to 'store' the informations somewhere within the deepest part of the brain itself.

Great story so far, i don't really care about the language, cause I can understand it better than before lol.

Fighting, authornim
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 16: Yay for sekai!!!!! Haha setiap kali majlis kahwin mesti ada apa2 jadi.. xD hope sehun okay..
Aigoo kray ni.. boleh pulak dorang bergaduh.. baru je baik.. kris ni pon tak pandai jaga mulut.. ish ish..
tahniah juga untuk suho.. akhirnya jumpa juga dia dengan org yg betul.. lupakan jelah lay tu.. haha

Side note: ade rasa nk sepak pulak part kris pout kt lay tu.. xD hahaha i'm sorry… ><

Thanks for update ^^
vanilachoc
#5
Chapter 16: I'm really looking forward on this story.... serious best.... update soon please TㅅT
famushinee #6
Chapter 16: I thought you've abandon this story because it's been so long since you update this story..I thought you forget about this story..this is your first story that I read..this is your first story that made me became your fan..please update soon.
Sunflower_Heart
#7
Chapter 16: apa yang terjadi kat sehun???