Chapter 7

Secret Love

Keesokan harinya Cikgu Kim menuju ke stor sukan untuk mengambil alatan sukan. Apabila Cikgu Kim membuka pintu stor tersebut, alangkah terkejutnya dia apabila melihat Suho dan Chorong berada dalam stor tersebut. Kelihatan Chorong tertidur dalam pelukan Suho manakala kepala Suho terlentok di atas kepala Chorong.

"Suho! Chorong! Bangun sekarang! Apa kamu berdua buat kat sini?". Suara Cikgu Kim bergema di dalam stor tersebut. Nafas Cikgu Kim turun naik turun naik akibat menahan marah.

Suho dan Chorong terjaga apabila terdengar suara Cikgu Kim. Kedua-dua mereka membulatkan mata apabila melihat Cikgu Kim dihadapan mereka. Suho segera melepaskan pelukan dari badan Chorong dan segera bangun. Begitu juga dengan Chorong.

"Kamu berdua ikut saya ke bilik pengetua sekarang!". Arah Cikgu Kim.

Suho dan Chorong akur lalu mengikut Cikgu Kim ke bilik pengetua.

 

"Tuan pengetua percaya lah kami tak berdua tak buat apa-apa pun. Saya dan Chorong terperangkap dalam stor tu semalam sebab tu kami terpaksa bermalam kat situ". Suho cuba meyakinkan pengetua sekolahnya setelah bertalu-talu soalan yang diterima.

"Betul Tuan pengetua. Suho hanya menenangkan saya yang ketakutan dan lepas tu kami terlelap". Chorong menyokong kata-kata Suho. Dia tak mahu dikenakan tindakan disiplin dan dia tak mahu eommanya mendapat malu.

Pengetua Song memandang Suho dan Chorong dengan pandangan yang kurang percaya.

"Kalau Tuan pengetua masih tak percaya. Tuan pengetua boleh bawa Chorong ke klinik untuk pemeriksaan". Suho memberikan cadangan. Itu saja caranya untuk membuktikan mereka tak bersalah. Chorong membulatkan matanya ke arah Suho. Dia tak sangka Suho akan memberikan cadangan seperti itu.

"Baiklah. Macam mana kalau keputusan menunjukkan yang berdua dah terlanjur?" tanya pengetua Song kepada Suho.

"Saya akan kahwin dengan Chorong". Suho memberikan jawapan tanpa ragu-ragu.

"Woi! Apa yang kau merepek ni?". Chorong tak suka cadangan Suho tersebut. Dia tak nak berkahwin dengan Suho.

"Kau jangan risau la. Kita tak buat apa -apa pun kan? Keputusan dia mesti negatif". Suho cuba meyakinkan Chorong. Dia yakin dia dipihak yang benar.

"Baiklah. Cikgu Kim sila bawa mereka berdua ke klinik". Pengetua Song memberi arahan kepada Cikgu Kim.

Cikgu Kim mengangguk lalu menyuruh Suho dan Chorong mengikutnya.

 

Suho dan Chorong duduk di ruang menunggu sementara menunggu keputusan daripada doktor. Chorong agak nervous manakala Suho pula tenang sahaja. Beberapa minit kemudian mereka masuk ke bilik doktor bersama Cikgu Kim.

"Hasil daripada pemeriksaan terhadap Suho dan Chorong mendapati mereka dah terlanjur". Doktor di hadapan mereka menyatakan keputusan yang diperoleh.

Mata Suho dan Chorong terbeliak luas kerana tidak percaya apa yang diperkatakan. "Tak mungkin. Kami memang tak buat apa-apa. Saya rasa keputusan doktor silap". Suho menyatakan pendiriannya kerana tidak berpuas hati. Chorong mengangguk laju mengiakan kata Suho. Air mata Chorong mula bergenang kerana memikirkan nasibnya selepas ni.

"Ini adalah keputusan yang betul. DNA ni adalah milik kamu berdua".

Suho dan Chorong merasakan dunia mereka gelap.

"Suho! Chorong!. Nampaknya kamu berdua telah berbohong. Ikut cikgu ke sekolah sekarang. Kita selesaikan masalah ini dengan pengetua. Panggil ibu bapa kamu sekali".

Akhirnya air mata Chorong mengalir juga. Dia rasa malu dengan dirinya dan malu nak berhadapan dengan eommanya. Suho memandang Chorong dengan rasa bersalah. Dia sangat yakin yang mereka berdua tidak melakukan apa-apa malam tu. Setelah Suho, Chorong dan Cikgu Kim keluar, doktor tersebut menelefon seseorang.

"Aku dah jalankan tugas aku. Duit aku mana?" tanya doktor tersebut pada seseorang.

"Bagus bagus. Kau jangan risau. Kejap lagi aku bagi la". Lelaki dihujung talian bersuara.

Dia mematikan talian tersebut sambil tersenyum. Rancangannya berjaya mengenakan Suho."Ini baru permulaan Suho. Yang lain akan menyusul. Hahahaha" kata lelaki tersebut sambil ketawa jahat.

 

Omma Chorong dan parents Suho datang ke sekolah apabila diberitau oleh pengetua. Mereka semua membuat perbincangan tertutup. Setelah setengah jam mereka semua bersetuju untuk mengahwinkan Suho dan Chorong seperti apa yang Suho janjikan. Kelihatan wajah omma Chorong dan parents Suho agak kecewa tapi mereka terpaksa menerima hakikat. Suho dan Chorong juga tiada pilihan lain selain bersetuju.

 

========================================================

Anneong guys! I'm back! So inilah adalah sambungan chapter seterusnya. Hope you guys enjoy. Please comment yeorobun. Krik2 je ruang comment ni.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 18: tak sangka setahun jugak tunggu update huhuhu
lyanaesyaz #2
Chapter 17: suho behave..hahahaha..tq update authornim
lyanaesyaz #3
Chapter 15: i've waited for long for this story..tq update authornim..it's okay if you bz..take your time..i'll wait