Chapter 10

Secret Love

"Anneong Chorong!" tegur Minho yang baru sampai ke sekolah.

"Owh! Anneong Minho-ah" balas Chorong sambil tersenyum manis ke arah Minho. Minho terpaku seketika melihat senyuman Chorong.

"Awak balik dengan siapa semalam? Saya nampak ada orang yang jemput awak semalam" tanya Minho pura-pura tak tau.

"Owh, aaa..abang saya yang jemput" jawab Chorong dengan tergagap-gagap.

"Bukan awak anak tunggal ke?"

"Ha! Ye. Maksud saya abang sepupu saya" kata Chorong sambil tersengih-sengih untuk menutup perasaan malunya.

Minho hanya mengangguk tapi dibibirnya terukir senyuman sinis. Minho sampai ke kelasnya setelah menghantar Chorong ke kelasnya. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam kelas, tiba-tiba ada seseorang menariknya.

"Kau borak apa dengan Chorong?" tanya Suho sambil menolak badan Minho ke dinding.

Minho hanya tersengih sambil membetulkan kolar bajunya yang ditarik Suho tadi.

"Tak ada apa. Borak-borak kosong je".

"Kau sebenarnya nak apa. Dari pandangan kau aku tau yang kau ada niat tak baik kat Chorong".

"Eh rilek la. Tak baik tuduh-tuduh orang tanpa bukti. Kalau betul pun aku ada niat tak baik kat Chorong, kau peduli apa? Dia siapa pada kau?" Minho menuding jarinya ke arah Suho.

Suho yang panas hati dengan kata-kata Minho terus menumbuk Minho. Minho terdorong ke belakang akibat tumbukan  tersebut. Minho hanya tersengih apabila melihat darah dibibirnya. Pelajar perempuan yang melihat kejadian tersebut mula menjerit. Suasana menjadi kecoh apabila semua pelajar berpusu melihat pergaduhan tersebut. Chorong yang mendengar tentang pergaduhan tersebut segera ke tempat kejadian. Suho ingin menumbuk Minho sekali lagi tetapi segera dihalang oleh Chorong.

"Kau ni dah kenapa sesuka hati nak tumbuk orang?" tanya Chorong dengan marah sambil menghadap Suho. Suho tidak membalas pertanyaan Chorong, matanya masih memandang tepat ke arah Minho. Chorong segera berpaling ke arah Minho.

"Awak tak apa-apa ke Minho-ah?" tanya Chorong sambil memegang mulut Minho yang berdarah.

"Tak apa. Sikit je ni". Minho tersengih ke arah Suho sambil memegang tangan Chorong yang menyentuh bibirnya.

"Jom saya hantar awak ke klinik".

Belum sempat Chorong membawa Minho ke klinik, Suho segera menarik tangan Chorong pergi dari tempat tersebut. Semua pelajar terpinga-pinga melihat kejadian tersebut.

"Lepas la. Sakit la tau tak". Chorong cuba melepaskan tangannya dari genggaman Suho.

"Hati aku lagi sakit tau tak. Jom ikut aku balik".

"Waktu sekolah belum habis lagi la. Kalau kau nak balik, kau balik la sendiri". Chorong masih berusaha untuk melepaskan tangannya.

"Nanti tau la aku nak bagi alasan kat pengetua. Kau kena ikut aku. Aku tak nak kau rapat dengan Minho tu".

Suho menuju ke kelas Chorong untuk mengambil beg Chorong dan segera menuju ke kereta miliknya. Chorong hanya menurut setelah gagal melepaskan tangannya. Di dalam kereta Chorong memasamkan mukanya kerana masih marah dengan Suho. Sekali sekala dia mengurut tangannya yang sakit akibat genggaman Suho tadi. Suho memandang perbuatan Chorong tersebut dengan ekor matanya. Dia rasa bersalah kerana menggenggam tangan Chorong terlalu kuat.

"Sorry la pasal tangan kau tu. Nanti aku urutkan" kata Suho sambil menoleh ke arah Chorong.

Chorong memalingkan mukanya ke tepi tingkap. Dia tak mahu melihat muka Suho. Chorong hanya mendiamkan diri. Suho mengeluh perlahan apabila Chorong tak mempedulikannya. Suho memandu menuju ke rumah mereka.

"Kenapa balik sini?" tanya Chorong apabila kereta Suho memasuki perkarangan rumah mereka.

"Saja. Nanti apa pula kata eomma kalau tau kita ponteng sekolah. Lagipun kau tak pernah lagi tengok rumah ni kan".

Suho mematikan enjin kereta dan turun daripada kereta. Chorong mengangguk setuju. Betul juga apa yang Suho katakan. Chorong mengikut Suho turun dari kereta. Suho masuk ke dalam rumah diikuti oleh Chorong. Chorong melihat sekeliling rumahnya.

"Boleh tahan besar jugak rumah ni".

Chorong menghempaskan badan ke atas sofa dan terus mencapai remote lalu menghidupkan suis televisyen. Suho segera berlalu ke dapur untuk mencari first aid. Setelah mengambil first aid, Suho ke ruang tamu dan duduk di sebelah Chorong yang sedang menonton televisyen.

"Meh sini tangan kau tu" kata Suho sambil menarik tangan Chorong yang kemerahan akibat gengamannya tadi.

Chorong cuba mengelak apabila Suho cuba menyentuh tangannya.

"Meh la sini biar aku urut. Nanti bengkak pulak" kata Suho dengan lembut dan akhirnya Chorong mengalah.

Suho mengambil minyak urut di dalam first aid dan mengurut lembut tangan. Sekali sekala Chorong mengadu sakit akibat urutan Suho.

"Tahan sikit ye. Nak siap dah ni".Chorong tersentak seketika mendengar suara Suho yang penuh prihatin. Secara perlahan Suho membalut tangan Chorong sesudah selesai dia mengurut. Chorong segera menarik tangannya setelah Suho selesai membalutnya. Hatinya berdegup kencang.

"Kau ada nak makan apa-apa tak? Aku nak keluar ni". Suho mengambil kunci keretanya dan bersedia untuk keluar.

"Tak nak".

"Takkan tak nak makan. Nanti masuk angin perut tu".

"Tak nak. Aku tak lapar".

Suho hanya mengeluh. Dia tau sangat perangai degil Chorong tu. Dah kene nanti baru menyesal.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 18: tak sangka setahun jugak tunggu update huhuhu
lyanaesyaz #2
Chapter 17: suho behave..hahahaha..tq update authornim
lyanaesyaz #3
Chapter 15: i've waited for long for this story..tq update authornim..it's okay if you bz..take your time..i'll wait