Chapter 12

Secret Love

Chorong sedang jalan-jalan seorang diri di shopping mall sambil melihat-lihat pakaian yang dipamerkan. Sengaja dia tak mengajak Bomi kerana dia ingin berseorang. Sejak kebelakangan ni Suho selalu muncul dalam ingatannya sejak kejadian minggu lepas. Terimbas kembali kejadian dimana Suho tidur dirumahnya.

Chorong menggeliatkan badannya dan membuka matanya perlahan-lahan. Kelihatan muka Suho begitu dekat dengan mukanya. Chorong ingatkan dia sedang bermimpi lalu dia mengusap lembut pipi Suho yang sedang tidur lena. Tiba-tiba Suho mencelikkan matanya dan Suho agak terkejut dengan tindakan Chorong.

"Kau okay tak ni?" tanya Suho dengan riak muka hairan.

Chorong tersentak dengan soalan Suho dan baru dia sedar yang dia bukan bermimpi. Merah padam muka Chorong lalu cepat-cepat dia menarik tangan dari muka Suho dan ingin turun dari katil. Tapi Suho segera menarik Chorong kembali dalam pelukan.

"Jom la tidur balik. Awal lagi ni". Suara garau Suho jelas kedengaran ditelinga Chorong.

"Aku nak siap-siap pergi sekolah la. Nanti lambat" kata Chorong sambil cuba melepaskan pelukan Suho tetapi semakin Chorong cuba semakin Suho menguatkan pelukannya.

"Kau nak pergi sekolah buat apa? Hari ni cuti la".

Chorong menepuk dahinya. Dia lupa yang hari tersebut merupakan hari sabtu. Chorong takde alasan lain untuk melepaskan diri. Akhirnya dia sambung tidur kembali bersama Suho.

“Eiii kenapa la aku ingat balik kejadian tu” kata Chorong sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia cuba untuk membuang ingatan tersebut dari kepalanya.

“Park Chorong!”. Tiba-tiba ada seseorang memanggil namanya. Chorong segera berpaling dan kelihatan Sulli sedang menuju ke arahnya.

“Owh Sulli. Ada apa?” tanya Chorong apabila Sulli berdiri dihadapannya.

“Aku nak tanya kau something. Kau ada apa-apa dengan Suho ke?”. Sulli merenung Chorong dengan pandangan tajam.

Chorong menelan air liurnya apabila mendengar pertanyaan Sulli.

“Tak ada apa-apa”.

“Kau jangan nak tipu la. Aku tau la kau suka Suho kan?”.

“Apa kau mengarut ni. Bila masa aku suka Suho?”.

“Aku tau la. Aku nak ingatkan kau eh Suho tu boyfriend aku. Kau jangan sesekali nak kacau dia. Setakat kau ni Suho tak pandang la. Lain la kalau macam aku ni” kata Sulli sambil mengibas rambutnya seperti iklan syampu.

“Kau ingat kau lawa sangat ke hah? Muka macam minta penampar je. Nasib baik aku masih sabar lagi. Kalau tak dah lama dah aku tampar muka kau tu” kata Chorong sambil menolak bahu Sulli. Hampir terjatuh Sulli dek tolakan Chorong yang kuat.

“Hei! Suka hati je kau tolak aku. Kau ni kan..”

“Apa? Kau nak tampar aku? Tampar la”.

Belum sempat Sulli ingin menampar Chorong, Suho segera menahan tangan Sulli. Chorong membulatkan matanya apabila melihat Suho dihadapannya.

“Eh sayang! You buat apa kat sini?”. Sulli tersenyum manja apabila melihat Suho dan ingin memeluk Suho.

Suho segera menolak badan Sulli. Sulli terkejut dengan tindakan Suho tersebut. Chorong hanya memerhatikan kelakuan mereka berdua.

“Aku nak warning kau. Kau jangan berani nak sentuh dia. Kalau tak siap kau”. Suho memberi amaran keras kepada Sulli. Suho dah tak peduli, dia dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan Sulli.

“Kenapa dengan you ni sayang? Apa yang perempuan gila ni dah buat kat you sampai you jadi macam ni?”

“Hoi perempuan! Kau buat apa kat boyfriend aku hah?” tanya Sulli dengan marah lalu menolak bahu Chorong.

Suho segera memegang Chorong daripada terjatuh akibat tolakan Sulli tadi. Suho memandang Sulli dengan perasaan marah.

“Aku dah cakap kan jangan sentuh isteri aku!”.

“WHAT? Isteri you? You jangan buat lawak la Suho”.

“Terpulang pada kau nak percaya ke tak. Mulai sekarang aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau lagi”. Suho segera menarik Chorong meninggalkan tempat tersebut.

“Sayang! Sayang! I tak habis cakap dengan you lagi”. Sulli menjerit-jerit memanggil Suho tapi Suho tak mengendahkan panggilannya. Semua orang di mall tersebut memandangnya dengan pelik. Sulli menghentak-hentak kakinya lalu berlalu pergi.

“Kenapa kau bagitau dia pasal kita?” tanya Chorong apabila mereka dah masuk ke dalam kereta.

“Aku tak nak dia kacau kau. Aku dah rimas dengan perangai dia tu”. Nafas Suho turun naik turun naik menahan amarah.

“Kalau dia bagitau orang lain macam mana?”

“Lantak la. Aku dah tak kisah dah”

Chorong memeluk tubuhnya lalu memasamkan mukanya. Dia tak bersetuju dengan tindakan Suho. Suho hanya memandang Chorong dengan ekor mata.

“Malam ni kita tidur rumah mama. Mama ajak dinner rumah dia” kata Suho setelah beberapa minit mendiamkan diri.

“Emm” balas Chorong pendek.

 

“Macam mana pelajaran Chorong? Okay?” tanya Puan Kim ketika mereka sedang menikmati makan malam.

“Okay je mama. Takde masalah” jawab Chorong sambil tersenyum ke arah ibu mertuanya.

“So bila nak bagi mama cucu?”.

Hampir tersedak Chorong dan Suho apabila mendengar soalan Puan Kim. Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain.

“Kami masih belajar lagi la mama. Masih awal lagi” jawab Suho sambil tersengih.

“Tak lama lagi kamu berdua dah nak abis sekolah kan. Bagus la dapat anak awal-awal. Nanti takde la anak-anak kecil lagi kamu berdua dah tua”.

“Sabar la mama. Suho tengah usahakan” ujar Suho sambil tersenyum nakal ke arah Chorong.

Chorong menelan air liurnya apabila mendengar Suho berkata begitu. Takut pula dia nak tidur malam ni.

Chorong dan Suho naik ke bilik setelah selesai makan malam. Chorong duduk di atas katil sambil memandang Suho yang sedang main telefon.

“Apa maksud kau tadi?” tanya Chorong.

Suho menjongketkan keningnya. “Maksud apa?”.

Muka Chorong mula merona kemerahan. “ Ala yang kau cakap kat mama tadi. Yang kau tengah usahakan”.

Suho mendekati Chorong lalu mendekatkan mukanya ke muka Chorong. Muka Chorong makin merona kemerahan.

“Aku tengah berusaha supaya kau cair dengan aku. Lepas tu boleh la kita bagi mama cucu”.

“Aku takkan cair dengan kau la” kata Chorong dengan yakin.

“Yeke ?”. Suho makin mendekatkan mukanya ke muka Chorong.

Chorong mengundurkan dirinya ke belakang sehingga badannya terlanggar kepala katil. Chorong kini terperangkap di antara tangan Suho.

“Kalau kau tak cair kenapa muka kau merah?” tanya Suho dengan senyuman menggodanya.

“Ni se..se..sebab aku panas. Hah! Macam mana kau boleh ada kat mall tadi?”. Chorong cuba menukar topik.

"Aik! Tukar topik pulak?".

Chorong hanya mendiamkan diri. Sebenarnya dia malu dengan Suho. Suho hanya tersengih lalu berbaring di atas katil.

"Aku saja ekori kau tadi. Nak tau kau pergi mana".

"Kenapa kau..

Belum sempat Chorong menghabiskan ayatnya, Suho menarik Chorong agar berbaring disebelahnya lalu memeluknya. Chorong hanya kaku dalam pelukan Suho.

"Dah dah la soal siasat aku. Aku penat sangat hari ni. Jom kita tidur" kata Suho lalu menutup lampu tidur disebelahnya. Suho tak lupa untuk mencium dahi Chorong sebelum tidur.

=========================================

Anneong guys! Sebenarnya saya takde idea lagi how to end this story. So mungkin tak selalu saya akan update. Dont forget to subcribe and comments! ^-^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 18: tak sangka setahun jugak tunggu update huhuhu
lyanaesyaz #2
Chapter 17: suho behave..hahahaha..tq update authornim
lyanaesyaz #3
Chapter 15: i've waited for long for this story..tq update authornim..it's okay if you bz..take your time..i'll wait