Chapter 14

Secret Love

Chorong sedang bersiap-siap untuk ke sekolah. Dia menyikat rambutnya dengan rapi dan mengikatnya ala ponytail. Dia memeriksa dirinya sekali lagi di cermin sebelum mengambil beg sekolahnya dan turun ke bawah.

“Selamat pagi eomma” kata Chorong sambil memcium pipi eommanya yang sedang menyiapkan sarapan.

“Selamat pagi sayang” balas Puan Park yang turut mencium anak kesayangannya.

Chorong mengambil sekeping roti yang telah disapu jem ke mulutnya dan berlalu ke muka pintu.

“Chorong pergi dulu eomma. Dah lambat ni”.

Puan Park hanya mengangguk sambil melambaikan tangannya. Chorong membuka pintu dan kelihatan Suho sedang menunggunya sambil bersandar di kereta mewah miliknya.

“Kau buat apa kat sini?” tanya Chorong setelah selesai memakai kasut.

“Nak jemput kau la takkan nak datang beraya kot” balas Suho sambil melemparkan senyuman ke arah Chorong.

“Tak lawak la. Aku boleh pergi sendiri la. Selama ni aku pergi sendiri kot”.

“Yang tu sebelum ni. Sekarang ni aku akan hantar dan jemput kau balik sekolah. Satu sekolah dah tau sekarang ni pasal kita. So, takda masalah kot. Lagipun aku risau geng perempuan semalam kacau kau lagi”.

Chorong malas nak bertengkar dengan Suho pagi-pagi ni. Dia tau kalau dia tolak pelawaan Suho pun, Suho mesti akan memaksanya. Lagipun dia  dah lambat nak ke sekolah. Chorong segera masuk ke dalam kereta setelah dibukakan pintu oleh Suho. Puan Park tersenyum melihat tingkah laku mereka berdua melalui jendela.

Kereta Suho meluncur laju memasuki perkarangan sekolah. Kelihatan geng perempuan semalam menunggu di depan pintu pagar. Suho dah agak akan tindakan mereka sebab itu dia berkeras ingin menghantar Chorong. Apabila melihat Chorong hadir bersama Suho, mereka segera menuju ke kelas. Suho mengikut langkah Chorong sehingga sampai ke kelas.

“Yang kau ikut aku ni kenapa?” tanya Chorong setelah meletakkan begnya.

“Aku risaukan kau. Kau nampakkan tadi diorang tunggu kau kat depan pintu pagar tadi”. Riak muka Suho jelas kelihatan risau.

“Kau tak payah risau la. Aku boleh jaga diri. Bomi ada. Minho pun ada”.

Suho segera berpaling apabila mendengar nama Minho.

“Kau masih berkawan dengan dia ke?”

“Ye lah. Dia kawan aku. Kenapa?”

“Kan aku dah cakap aku tak suka kau kawan dengan dia. Aku rasa dia ada niat tak baik”.

“Kau ni suka buruk sangka kat orang kan? Minho tu baiklah. Kau tak payah risau la”.

“Gila aku tak risau. Kau isteri aku kot. Siapa yang tak sayang isteri.” kata Suho dengan nada perlahan tapi masih didengari oleh Chorong.

Hati Chorong berdegup laju mendengar kata-kata Suho. Chorong masih lagi ragu-ragu dengan keihklasan Suho.

“Kau cakap apa? Aku tak dengar” tanya Chorong untuk mendapatkan kepastian.

“Takda apalah” balas Suho sambil memandang ke arah lain.

“Aku dengar kau cakap something tadi. Baik kau mengaku”.

Suho mengeluh. “Aku cakap mestilah aku risau sebab kau isteri kau dan aku sayang isteri aku”.

Suho segera berlalu kerana dia malu nak berhadapan dengan Chorong. Tanpa sedar bibir Chorong mengukir senyuman apabila mendengar kata-kata Suho. Hatinya mula timbul perasan yang tak pernah dia rasa sebelum ni.

Loceng sekolah berbunyi tanda tamat sesi persekolahan. Chorong mengemas barang-barangnya lalu dimasukkan ke dalam beg. Suho berdiri disisi Chorong sambil menunggu Chorong mengemas barang-barangnya.

“Kau tunggu aku kenapa?” tanya Chorong yang hairan melihat Suho menunggunya.

“Aku nak balik dengan kau la” balas Suho.

Chorong hanya mendiamkan diri lalu mengekori Suho ke keretanya. Chorong masuk ke dalam kereta setelah dibukakan pintu oleh Suho. Kemudian Suho menghidupkan enjin dan keretanya melunjur laju meninggalkan perkarangan sekolah.

“Hari ni kita balik rumah kita” ujar Suho setelah beberapa minit mendiamkan diri.

“Hah? Tak payah la. Kau hantar aku balik rumah eomma je la” Chorong cuba menolak.

“Kenapa pulak? Dah lama kita balik rumah tu. Aku spend time dengan kau jugak. Ni asyik jumpa kat sekolah je” Suho meluahkan perasaannya.

“Lain kali boleh spend time. Lagipun aku tak bawa baju. Takkan aku nak pakai je baju sekolah ni” Chorong memberi alasan. Sebenarnya dia agak tak selesa tinggal berdua dengan Suho di rumah itu. Lebih-lebih lagi lepas mendengar apa yang Suho katakan pagi tadi.

“Yang tu kau jangan risau. Eomma dah kemaskan pakaian kau. Tu ada kat belakang tu” kata Suho lalu menunjuk ke arah seat belakang.

Chorong yang terkejut segera berpaling ke belakang. Kelihatan dua beg pakaiannya di seat belakang.

“Bila masa kau letak dalam kereta” tanya Chorong.

“Pagi tadi sebelum kau keluar”.

Chorong segera mengeluarkan telefonnya dan menelefon eommanya.

“Eomma, bila masa eomma kemaskan pakaian Chorong?” tanya Chorong meluru setelah eommanya mengangkat telefon.

“Pagi tadi waktu kamu tengah mandi”.

“Kenapa eomma tak bagitau Chorong dulu?”.

“Kalau eomma bagitau mesti kamu tak nak kan? Chorong ikut la suami Chorong. Kesian dia. Lagipun eomma takda kat rumah sekarang. Eomma balik kampung, nenek sakit. Mungkin dalam sebulan”

“Hah? Lamanya eomma”.

“Okay la. Nenek kamu panggil tu. Jaga suami kamu baik-baik”. Belum sempat Chorong berkata apa-apa Puan Park mematikan panggilannya.

“Eomma! Yeoboseyo?”.

Chorong mengeluh sambil memandang telefonnya. Nak tak nak terpaksa la dia ikut Suho balik. Takkan dia nak tinggal kat rumah tu sorang-sorang. Suho hanya tersengih-sengih memandang Chorong yang tengah gelisah.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 18: tak sangka setahun jugak tunggu update huhuhu
lyanaesyaz #2
Chapter 17: suho behave..hahahaha..tq update authornim
lyanaesyaz #3
Chapter 15: i've waited for long for this story..tq update authornim..it's okay if you bz..take your time..i'll wait