Chapter 6

Secret Love

Hari semakin gelap menandakan dah masuk waktu malam. Suho dan Chorong masih lagi terperangkap di dalam stor. Tiba-tiba Suho bangun dan mencari sesuatu.

"Kau cari apa?" tanya Chorong ingin tau.

"Aku nak cari air. Cikgu Kim selalu simpan air mineral dalam stor ni" terang Suho.

Chorong pun bangun dan mencari bersama. Akhirnya mereka jumpa sekotak air mineral. Dapat juga mereka menghilangkan dahaga tetapi mereka terpaksa menahan lapar.

"Ni semua kau punya pasal la. Kalau tak kita tak terperangkap dalam ni". Suho tiba-tiba bersuara menyatakan ketidak puasan hatinya.

"Eh! Apasal salah aku pula?" tanya Chorong dengan nada geram.

"Ye la.Kalau kau tak jatuh atas aku mesti kita dah keluar dah".

"Eh! Hello. Memang aku jatuh atas kau tapi kalau kau tak membebel mesti kita dah keluar dah". Chorong cuba membela dirinya.

Suho mendengus kasar. Malas dia nak bertengkar dengan Chorong. Dia dah takde tenaga nak bertikam lidah.Chorong pula mempalingkan mukanya ke arah lain. Dia menjauhkan sikit dirinya dari Suho.Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi guruh menandakan hari nak hujan. Chorong menjerit kecil apabila terdengar bunyi guruh. Setiap kali bunyi guruh setiap kali tu juga Chorong menjerit. Chorong memang fobia dengan guruh sejak kecil. Sebab itu apabila terdengar bunyi guruh dia segera memeluk eommanya.

"Kau takut guruh eh?" tanya Suho sambil ketawa. Dia tak sangka perempuan yang ganas macam Chorong ni akan takut dengan guruh.

Tiba-tiba kedengaran Chorong teresak-esak menahan tangisan.

"Wei! Kau nangis ke?". Suho mula rasa bersalah kerana mentertawakan Chorong.

Dia tak tau Chorong takut sangat dengan guruh. Suho berasa kasihan melihat Chorong yang menangis seperti anak kecil. Suho menghampiri Chorong dan menarik Chorong ke arahnya. Chorong segera menyembamkan wajahnya ke dada Suho.

"Shhh. Jangan la menangis. Aku ada kat sini". Suho cuba memujuk Chorong. Dia menggosok-gosok bahu Chorong untuk menenangkannya. Tangisan Chorong beransur-ansur reda. Beberapa minit kemudian Chorong terlelap di dada Suho.

"Alamak! Dia tertidur la pula".

Suho tak sampai hati nak mengejutkan Chorong. Dia tahu Chorong mesti penat menangis tadi. Akhirnya terpaksa la Suho tidur dalam keadaan begitu. Tiba-tiba Suho rasa ingin melihat wajah Chorong kerana dia tak pernah tengok muka Chorong secara dekat. Suho pun mengintai wajah Chorong yang sedang tidur. Suho terpaku seketika. Dia tak perasan selama ni Chorong memiliki wajah yang sangat cantik. Jantung Suho berdegup kencang. Jarak mukanya dengan muka Chorong hanya beberapa meter. Kemudian dia terpandang bibir Chorong yang comel. Suho menelan air liurnya. Hampir saja dia mencium bibir Chorong tapi dia cuba mengawal perasaannya. Suho segera mengalihkan pandangannya dan cuba melelapkan matanya.

========================================

Sorry guys sebab lama tak update. Lately ni busy dengan assignment. Don't forget to comment and subscribe ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 18: tak sangka setahun jugak tunggu update huhuhu
lyanaesyaz #2
Chapter 17: suho behave..hahahaha..tq update authornim
lyanaesyaz #3
Chapter 15: i've waited for long for this story..tq update authornim..it's okay if you bz..take your time..i'll wait