Chapter 11

Secret Love

Chorong menonton televisyen sehingga lewat petang. Kelihatan jam menunjukkan pukul 5 petang. Tiba-tiba perut Chorong berbunyi menandakan yang dia lapar.

"Aduh lapar la pulak. Menyesal tak kirim kat Suho tadi". Chorong menggosok-gosok perutnya sambil matanya menjeling-jeling ke arah dapur.

Setelah dia pasti yang Suho tiada di dapur, Chorong bangun perlahan-lahan lalu menuju ke dapur. Chorong membelek-belek kabinet dan peti ais kot-kot ada makanan tapi hampa. Satu makanan pun Chorong tak jumpa. Sedang Chorong tercari-cari makanan, dia terdengar suara orang berdeham.

"Ehem! Kau cari makanan ke? Mesti kau laparkan?" tanya Suho sambil bersandar tepi peti ais.

"Siapa kata aku lapar? Aku saja je tengok-tengok dapur ni" Chorong cuba berdalih.

Sebaik saja Chorong selesai bercakap, perutnya pun berbunyi. Chorong yang terkejut segera memegang perutnya sambil tersengih-sengih ke arah Suho.

"Masih tak nak mengaku lagi? Chorong chorong". Suho menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menuju ke arah microwave. Dia mengeluarkan sekotak pizza dari microwave tersebut.

"Ni ha aku ada tinggalkan untuk kau. Aku tau mesti kau lapar nanti". Suho menghulurkan pizza tersebut kepada Chorong.

Chorong segera mencapai pizza tersebut dan memakannya dengan lahap kerana dia betul-betul lapar.

"Makan la elok-elok nanti tercekik" kata Suho sambil menghulurkan segelas air kepada Chorong.

Suho duduk di hadapan Chorong sambil memerhatikan Chorong makan.

"Yang kau tengok aku makan ni kenapa?"

"Saja. Comel tengok kau makan" kata Suho sambil tersenyum manis ke arah Chorong.

Muka Chorong tiba-tiba merona kemerahan dan dia dapat rasakan pipinya kepanasan. Chorong segera mencapai air untuk mengurangkan kepanasannya. Entah macam mana akibat perasaannya tak keruan, air yang diminum Chorong tertumpah ke bajunya.

"OMG!" . Chorong segera mengibas-ngibas bajunya yang basah.

"Aigoo-ah. Chorong-ah macam mana boleh tumpah?". Suho segera mencari tuala untuk mengelap baju Chorong yang basah.

Ketika Suho cuba untuk mengelap baju Chorong, Suho perasan yang baju Chorong menampakkan baju dalamnya akibat kesan basah tadi. Muka Suho mula merona kemerahan. Dia berdeham sambil menunjukkan ke arah baju Chorong. Chorong yang pelik segera melihat bajunya, alangkah terkejutnya Chorong apabila melihat baju dalamnya jelas kelihatan. Chorong segera mencapai tuala yang dipegang Suho lalu menutup dadanya.

"Sorry. Aku tak sengaja tertengok tadi". Suho meminta maaf walaupun dia tau tak salah pun kalau dia tengok tapi dia tak nak Chorong fikir yang dia ert.

"Ha? Takpe-takpe". Chorong tau tak salah pun kalau Suho tengok cuma dia malu.

"Buat sementara waktu ni kau pakai dulu sweater aku. Nanti kau keringkan baju kau tu".

Chorong mengangguk lalu menuju ke bilik air untuk menyalin baju. Jam menunjukkan hampir pukul 10 malam. Chorong mula gelisah kerana tiada tanda-tanda yang Suho mahu menghantarnya pulang.

"Suho!". Chorong memanggil Suho yang sedang khusyuk menonton cerita kegemarannya.

"Emm" balas Suho. Matanya masih lagi melekat ke arah televisyen.

"Dah dekat pukul 10 ni. Jom la hantar aku balik".

Suho segera berpaling ke arah Chorong."Kenapa nak balik? Tidur la sini. Ni kan rumah kita".

"Tak nak. Aku nak balik jugak".

"Tidur la sini. Kau tak pernah pun bermalam kat sini".

"Tak nak. Kalau kau tak nak hantar aku balik, aku naik teksi".

Suho hanya mampu mengeluh. Memang dia selalu mengalah dengan perangai degil Chorong. Akhirnya Suho terpaksa menghantar Chorong balik.

 

"Omo Suho-ah. Dah lama kamu tak datang sini" Puan Park segera menegur Suho setelah Suho keluar dari kereta.

"Anneonghaseyo eomonim. Sorry la sebab tak selalu lawat eomma. Eomma sihat?". Suho menyalam tangan ibu mertuanya.

"Eomma sihat je. Eh tidur sini la Suho. Dah lewat malam ni". Puan Park mempelawa Suho bermalam di rumahnya kerana Suho tak pernah bermalam disitu.

Chorong yang mendengar perlawaan eommanya segera membulatkan matanya ke arah Puan Park tanda dia tak setuju. Tapi Puan Park buat tak endah dengan  pandangan Chorong.

"Baik la eomma". Suho tersengih-sengih ke arah Chorong kerana dia tau mesti Chorong tak nak dia bermalam disitu.

"Kau tidur kat lantai ye. Katil ni aku sorang yang punya" kata Chorong apabila mereka berdua masuk ke dalam bilik.

"Tak kan la aku nak tidur atas lantai yang keras ni. Tak kesian ke kat suami kau ni". Suho cuba buat muka kesian untuk meraih simpati Chorong.

Chorong tak mengendahkan kata-kata Suho lalu terus baring atas katilnya. Terasa kepenatannya hilang apabila kepalanya mencecah bantalnya. Sedang Chorong menikmati keselesaannya, tiba-tiba Suho berbaring disebelahnya.

"Wei! Kenapa kau baring kat sini". Chorong lantas bangun lalu memandang Suho yang enak berbaring disebelahnya.

"Tak best la tidur kat bawah. Tidur dengan isteri baru best" ujar Suho sambil tersenyum nakal ke arah Chorong.

"Katil ni sempit la. Mana muat dua orang" Chorong memberi alasan.

"Muat je la. Aku bukannya besar pun".

Chorong terpaksa mengalah kerana dia tak sanggup nak tidur atas lantai yang keras dan sejuk tu. Suho segera menarik Chorong untuk berbaring disebelahnya lalu memeluknya sambil tersenyum. Chorong yang terkejut hanya kaku dalam pelukan Suho dan dia dapat rasakan hembusan nafas Suho dipipinya. Chorong segera memejamkan matanya setelah menutup lampu tidur disisinya. Kemudian dia terasa seperti ada yang mengucup dahinya. Chorong membuka matanya dan kelihatan Suho dalam samar-samar cahaya sedang merenungnya sambil tersenyum. Jantung Chorong hampir tercabut kerana renungan Suho tersebut.

"Selamat malam isteriku" ucap Suho lalu berbaring semula disebelah Chorong.

"Se..se..selamat malam" balas Chorong dengan gagap kerana masih lagi terkejut dengan tindakan Suho.

Chorong memejamkan matanya semula dan tanpa sedar tangannya perlahan-perlahan melingkar dipinggang Suho kerana dia sudah terbiasa memeluk sesuatu semasa tidur. Suho yang terasa seperti ada yang memeluknya tersenyum gembira apabila melihat tangan Chorong memeluk erat pinggangnya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 18: tak sangka setahun jugak tunggu update huhuhu
lyanaesyaz #2
Chapter 17: suho behave..hahahaha..tq update authornim
lyanaesyaz #3
Chapter 15: i've waited for long for this story..tq update authornim..it's okay if you bz..take your time..i'll wait