Chapter 4

Secret Love

Sejak kejadian yang berlaku di dalam kelas hari tu, Suho sering mengganggu Chorong. Ada saja idea dia untuk mengenakan Chorong. Chorong mula sakit hati dan benci dengan Suho.Ketika Chorong sedang turun tangga untuk ke library, Suho sengaja menyadung kakinya. Chorong hilang pertimbangan dan akhirnya dia terjatuh atas seorang pelajar yang kebetulan lalu disitu.

"Argh!". Chorong mengerang kesakitan. Dia menggosok kepalanya yang sakit akibat terjatuh tadi.

Suho hanya memandang Chorong sambil tersengih melihat Chorong yang terjatuh. Baru puas hatinya. Chorong baru perasan yang dia terbaring atas seseorang.

"Omo! Sorry sorry. Awak okay ke?". Chorong segera bangun dan menolong lelaki tersebut.

Chorong segera berpaling ke arah Suho. "Kau dah kenapa sadung kaki aku? Tak pasal-pasal dia pun terlibat sama". Chorong menunjukkan ke arah lelaki yang jatuh bersamanya tadi.

Suho hanya mengangkat bahunya sambil tersengih.

"Takpe saya okay". Lelaki tadi bersuara sambil mengibas-ngibas bajunya yang kotor akibat terjatuh tadi.

"Sorry sangat-sangat. Mamat ni yang sadung kaki saya" kata Chorong sambil menjeling ke arah Suho.

"Its okay la. Saya tak apa-apa. By the way saya Choi Minho. Panggil je Minho".

Lelaki tersebut menghulurkan salam perkenalan. Chorong menyambut huluran Minho tersebut.

"Saya Park Chorong. Panggil Chorong". Chorong tersenyum ke arah Minho.

"Saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni. Budak baru ke?".

"Ha ah. Saya baru pindah seminggu kat sini. Saya dari kelas 5-1."

"Owh ye ke? Budak cerdik la ni. Saya kelas sebelah. Kelas 5-2. Nanti boleh la ajar saya". Minho tersenyum manis.

Chorong hanya tersipu malu. "Boleh jer. No problem".

Suho yang melihat Chorong dan Minho beramah mesra tiba-tiba berasa cemburu. Suho segera menarik Chorong ke tempat lain. Minho memandang Suho dan Chorong yang berlalu pergi dengan senyuman sinis.

"Lepas la. Kau ni dah kenapa?". Chorong cuba menarik tangannya dari gengaman Suho.

Suho segera melepaskan tangan Chorong. Dia pun tak tau kenapa tiba-tiba dia rasa cemburu.

"A..a..aku bukan apa. Kau tak kenal pun dia siapa. Mana tau dia orang jahat ke? Aku tak pernah nampak dia pun sebelum ni". Suho berkata dengan tergagap-gagap. Dia langsung tak memandang Chorong kerana malu dengan perbuatannya tadi.

"Apa yang kau mengarut ni? Orang jahat apanya. Dia budak sekolah kita la. Dah la. Malas aku layan kau". Chorong segera berlalu meninggalkan Suho seorang diri.

Selepas Chorong berlalu pergi, Suho mengetuk-ngetuk kepalanya.

"Kau dah kenapa tarik tangan dia tadi? Bodoh bodoh bodoh". Suho berkata kepada dirinya sendiri.

"Sayang! Kenapa you ketuk kepala you?". Sulli tiba-tiba muncul entah dari mana.

"Datang dah minah ni". Suho berkata dalam hatinya.

"Takde apa. I sakit kepala sebab tu I ketuk kepala I ni" kata Suho cuba memberi helah.

"Sakit sangat ke? Jom I hantar you ke bilik sakit". Sulli cuba memicit kepala Suho.

Suho segera menepis tangan Sulli. "Tak payah la kejap lagi okay la ni". Suho segera berlalu ke kelas.

Dari tak sakit kepala boleh jadi sakit kepala melayan minah ni lama-lama. Sulli mengetap gigi sambil menghentak-hentak kakinya kerana Suho tak melayannya. Suho masuk ke kelas tapi dia tak berani nak bertentang mata dengan Chorong kerana malu dengan perkara tadi. Chorong hanya memandang Suho dengan ekor mata. Mereka meneruskan pembelajaran seperti biasa hingga tamat sesi persekolahan.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 18: tak sangka setahun jugak tunggu update huhuhu
lyanaesyaz #2
Chapter 17: suho behave..hahahaha..tq update authornim
lyanaesyaz #3
Chapter 15: i've waited for long for this story..tq update authornim..it's okay if you bz..take your time..i'll wait