Chapter 9

Secret Love

Bomi menolong Chorong untuk berjalan kerana kaki Chorong masih lagi sakit. Chorong melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah dengan perlahan-lahan.

"So, macam mana dengan perkahwinan kau? Best?". Bomi bertanya sambil memegang bahu Chorong.

"Tak best langsung". Chorong mendengus kasar. Malas dia nak cakap pasal hal perkahwinannya.

"Eh orang lain kahwin best jer!".

"Tu orang lain. Kahwin dengan orang yang diorang cinta mesti la best. Aku ni kahwin dengan orang yang aku tak cinta. Dah la. Jangan cakap pasal ni la"

Bomi tak meneruskan lagi pertanyaan bila Chorong kata begitu.

"Hah! Tu orang yang kau tak cinta dah sampai". Tunjuk Bomi ke arah Suho yang sedang menuju ke arah mereka. Chorong buat tak endah dengan kehadiran Suho.

"Hai korang!". Suho menyapa Chorong dan Bomi dengan senyuman riang. Pengantin baru la katakan.

"Hai Suho". Bomi membalas ucapan Suho tetapi Chorong hanya mendiamkan diri.

"Okay la. Aku tak nak kacau korang. Aku pergi dulu eh". Bomi segera meninggalkan Suho dan Chorong sambil ketawa terkekeh-kekeh.

"Woi Bomi kau nak pergi mana?"  Chorong menjerit memanggil Bomi tetapi Bomi buat-buat tak dengar.

"Haish minah ni. Saja nak kenakan aku" kata Chorong dalam hatinya. Chorong ingin meneruskan perjalanan ke kelasnya tetapi agak sukar kerana kakinya yang terseliuh. Suho segera memapah Chorong apabila melihat keadaan Chorong.

"Hish tak payah la. Nanti orang nampak la". Chorong menolak tangan Suho yang terletak di atas bahunya. Dia tak nak pelajar lain tau hubungan mereka.

"Aku nak tolong kau je. Kalau budak lain nampak pun lantak diorang la. Kita bukan buat benda tak baik".

"Aku tak nak diorang tau hubungan kita. Aku boleh jalan sendiri la".

"Okay. Aku nak tengok kau boleh jalan sendiri ke tak?".

Chorong meneruskan perjalannya. Baru beberapa tapak berjalan, Chorong hampir nak terjatuh. Nasib baik Suho segera memegang tangan Chorong.

"Lain kali jangan sombong" kata Suho lalu segera menolong Chorong untuk berjalan. Chorong hanya membiarkan saja kerana dia memang tak mampu nak jalan sendiri.

 

"Okay kelas. Minggu depan saya akan adakan test. Sila baca semua topik yang kita dah belajar" kata Cikgu Kim sesudah tamat pembelajaran. Dia memandang semua anak muridnya. Semua menganggukan kepala mereka tanda faham.

"Kalau tak ada apa-apa dah, kelas bersurai". Cikgu Kim mengangkat buku-bukunya dan berjalan ke luar kelas.

Suho ingin mengajak Chorong belajar bersama-samanya tetapi belum sempat dia nak bagitau, Chorong dan Bomi dah keluar kelas terlebih dahulu. Suho ingin mengejar Chorong tetapi langkahnya terhenti apabila melihat Chorong berbual dengan Minho. Suho memandang Minho dengan pandangan tak puas hati lalu terus pulang ke rumahnya.

"Chorong boleh tak saya nak belajar sama dengan awak malam ni? Kita belajar kat rumah saya. Nanti saya jemput awak". Minho memandang Chorong sambil tersenyum.

"Boleh je. Tak de masalah". Chorong turut tersenyum ke arah Minho.

Seperti yang dijanjikan Minho menjemput Chorong dirumah. Pada mulanya Puan Park agak keberatan untuk membenarkan Chorong pergi kerana dia isteri orang tetapi apabila Chorong menjelaskan yang mereka nak buat study group, Puan Park benarkan. Apabila sampai dirumah Minho, Chorong tergamam kerana rumah Minho 2 kali ganda besar dari rumahnya. Mereka pun masuk dan memulakan study group.
Setelah setengah jam baru Chorong perasan yang dia tak nampak sesiapa pun dalam rumah tu.

"Parents awak mana?" tanya Chorong ingin tahu.

"Diorang pergi oversea atas urusan kerja" jawab Minho.

"Maknanya kita berdua je ke kat sini?".

Minho hanya mengangguk menandakan takde sesiapa dalam rumah tersebut selain mereka. Chorong mula rasa tak sedap hati. Chorong berkira-kira nak balik.

"Awak, saya terpaksa balik sekarang sebab omma saya pesan jangan balik lewat sangat". Chorong memberi alasan untuk pulang awal. Minho hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Chorong  bercadang ingin naik teksi je tapi dia terkejut apabila melihat Suho di depan rumah Minho.

"Kau buat apa kat sini?" tanya Chorong separuh berbisik kerana dia tak nak Minho tau kedatangn Suho.

"Nak jemput kau la".

"Macam kau tau aku kat sini?".

"Omma yang bagitau. Dia risau kau keluar berdua je dengan lelaki. Dah jom balik". Suho menarik tangan Chorong ke arah keretanya.

Chorong hanya menurut saja. Dia pun tak berani nak balik seorang diri malam-malam macam ni. Minho melihat kereta Suho meluncur laju meninggalkan kawasan rumahnya melalui tingkap biliknya. Dia dah menyaksikan segala-galanya. Sebuah senyuman sinis terukir dibibirnya.

"Kenapa bos tak teruskan rancangan kita?" tanya seorang lelaki yang berdiri di belakangnya.

"Masih terlalu awal lagi. Biar mereka nikmati dulu alam percintaan mereka". Minho akhiri ayatnya dengan gelak jahat. Orang suruhannya turut sama gelak.

 

"Kau buat apa kat rumah dia?" tanya Suho setelah beberapa minit berdiam. Pandangannya tak dilepaskan dari jalan raya.

"Study la". Jawab Chorong seperti endah tak endah.

"Kau tak bagitau aku pun kan?".

"Buat apa bagitau kau. Aku yang nak study".

"Sebab aku suami kau. Kau tu tanggungjawab aku. Kalau jadi apa-apa kat kau masa kat rumah dia tu macam mana?".

Chorong hanya memekakkan telinga. Malas dia nak dengar Suho membebel. Suami atas kertas je!

"Lain kali tak payah study dengan dia. Study je dengan aku. Aku boleh ajar kau. Lebih pada tu aku boleh ajar" kata Suho sambil tersengih-sengih.

Chorong yang geram dengan kata-kata Suho mencubit paha Suho.

"Aduh! Kenapa kau cubit aku?". Suho menggosok-gosok pehanya yang dicubit Chorong.

"Tu la. Gatal lagi!"

"Alah, gatal pun dengan isteri aku jugak".

Chorong hanya menjelingkan matanya. Malas dia nak layan mamat sorang ni.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 18: tak sangka setahun jugak tunggu update huhuhu
lyanaesyaz #2
Chapter 17: suho behave..hahahaha..tq update authornim
lyanaesyaz #3
Chapter 15: i've waited for long for this story..tq update authornim..it's okay if you bz..take your time..i'll wait