Chapter 16

Secret Love

Hujung minggu Suho dan Chorong sedang menonton movie di ruang tamu bersama. Kadang kala mereka tertawa bersama apabila ada babak yang melucukan. Sedang Chorong ralit menonton, tiba-tiba Suho baring diatas ribanya.

“Eh kenapa kau baring sini?” tegur Chorong yang terkejut dengan perbuatan Suho.

“Saja. Teringin nak rasa baring atas riba isteri aku ni” balas Suho sambil tersengih.

Chorong yang malas nak bertengkar dengan Suho biarkan saja Suho baring di atas ribanya. Matanya kembali fokus ke arah televisyen. Tanpa sedar tangannya mengusap lembut rambut Suho. Suho memejamkan matanya sambil menikmati usapan Chorong. Setengah jam kemudian movie yang mereka tonton akhirnya tamat.

“Best jugak kan cerita ni?” tanya Chorong tapi tiada balasan daripada Suho.

Chorong melihat Suho sudah pun tertidur di atas ribanya. “Haih! Aku bercakap sorang-sorang rupanya tadi”.

Chorong merenung muka Suho yang sedang lena tidur. Chorong tersenyum sendirian sambil mengusap lembut rambut Suho. Dia tak sampai hati nak mengejutkan Suho lalu Chorong pun tertidur sama sambil duduk.

Suho menggosok-gosok matanya dan baru dia teringat yang dia tertidur sewaktu menonton movie tadi. Suho segera berpaling ke arah Chorong. Kelihatan Chorong sudah lena dengan kepalanya yang terlentok di kepala sofa. Suho segera bangun dan mengendong Chorong ke bilik. Perlahan-lahan Suho meletakkan Chorong diatas katil supaya Chorong tak terjaga. Suho mengambil tempat disisi Chorong dan kembali menyambung tidurnya.

 

 

“Kau tak bosan ke duduk rumah je hujung minggu ni?” tanya Suho sambil menyuap makanannya. Mereka sedang lunch bersama selepas terjaga dari tidur mereka tadi.

“Bosan jugak tapi aku tak tau nak buat apa” balas Chorong.

“Apa kata lepas ni kita keluar?” cadang Suho.

“Nak pergi mana?”

“Adalah. Dah sampai nanti kau tau la. Kau mesti suka”.

“Okay”.

Setelah bersiap, mereka menaiki kereta Suho dan keretanya laju melunjur di atas jalan raya. Chorong masih lagi tertanya-tanya tempat yang Suho akan tuju.

“Okay kita dah sampai” ujar Suho lalu mematikan enjin keretanya.

Chorong pun keluar dari kereta dan memerhatikan tempat yang Suho cadangkan. “Amusement park?” tanya Chorong dengan kening terangkat. Dia tak sangka Suho akan bawa dia ke sini.

“A ah. Kau tak suka ke?” tanya Suho perlahan apabila melihat air muka Chorong.

“Gila kau tak suka. Aku memang dah lama nak pergi sini tapi takde kesempatan” balas Chorong dengan muka yang teruja. Akibat terlalu teruja Chorong segera memeluk Suho yang berada disebelahnya.

Suho terkesima seketika dengan pelukan Chorong. Suho tersenyum sendirian kerana dia membuat pilhan yang tepatl untuk bawa Chorong ke sini. Chorong segera menarik tangan Suho yang masih mengelamun.

“Wei, cepat la. Aku tak sabar nak main semua ni” kata Chorong dengan teruja.

“Okay-okay. Kau nak main yang mana dulu” tanya Suho sambil melihat permainan disekelilingnya.

“Aku nak main yang tu” tuding Chorong ke arah roller coaster yang sedang bergerak laju.

Suho menelan air liurnya apabila melihat permainan tersebut. Seumur hidupnya dia belum pernah lagi naik permainan tersebut.

 

 

Chorong mengambil tempatnya sambil tersenyum gembira. Suho disebelahnya mula menyesali keputusannya membawa Chorong ke sini.

“Kau okay tak ni?” tanya Chorong sambil menyentuh tangan Suho. Jelas kelihatan raut wajah Suho yang nervous dan bibirnya yang pucat.

“Aku okay. Jangan risau” balas Suho sambil tersenyum kelat.

“Kalau kau takut, aku boleh je naik sendiri. Kau tunggu aku kat sana okay?”. Chorong risau melihat Suho yang pucat lesi.

“Eh takkan aku nak biarkan kau naik sorang-sorang. Kalau jadi apa-apa kat kau nanti aku yang kena bertanggungjawab”.

Chorong hanya ketawa mendengar kata-kata Suho.”Aku okay je lah. Tak ada apa-apa yang akan berlaku”.

“Takpe, aku teman kau. Aku tak yakin nak biar kau naik sorang-sorang”.

Chorong menjerit riang sambil mengangkat kedua-dua tangan nya apabila roller coaster tersebut melunjur dengan laju. Chorong melihat Suho di sebelahnya yang memejamkan matanya sambil tangannya erat memegang besi penghadang di hadapan mereka. Chorong yang berasa kasihan dengan Suho segera menggenggam erat tangan Suho.

 

 

Chorong memapah Suho ke arah tempat duduk yang berdekatan setelah tamat permainan roller coaster. Chorong memberikan sebotol air mineral ke arah Suho.

“Aku dah cakap tadi. Aku boleh je naik sorang tapi kau nak naik jugak”.

“Aku okay. Jangan risau” kata Suho dengan lemah.

“Macam ni kau cakap okay? Macam nyawa-nyawa ikan dah aku tengok” kata Chorong sambil mengelap peluh di dahi Suho.

“Kau nak main apa lagi lepas ni?”.

“Takpe lah. Kita balik je la. Kesian pulak aku tengok kau”. Jelas terpapar riak risau di wajah Chorong.

“Eh jangan la macam tu. Kau kan teringin sangat nak datangi sini”.

“Alah takpe. Lain kali boleh datang lagi”.

“No. Alang-alang kau dah ada kat sini, aku nak kau main puas-puas”. Kata Suho tegas.

“Tapi…”

“Takde tapi-tapi. Jom”. Suho segera menarik tangan Chorong.

“Kita masuk rumah hantu nak tak?” tanya Chorong ke Suho yang masih erat menggenggam tangannya.

“Okay jom”.

Chorong menjerit ketakutan selama berada dalam rumah hantu tersebut. Dia tak sangka rumah hantu tersebut menyeramkan. Selama ni dia tengok dalam tv macam tak menyeramkan. Chorong memegang erat lengan Suho sambil memejamkan matanya. Setelah keluar dari rumah hantu tersebut Chorong menarik nafas lega sambil menyeka air matanya.

“Eh kau menangis ke?” tanya Suho sambil memegang kedua-dua bahu Chorong.

Chorong hanya mengangguk sambil mengelap air matanya. Suho menggosok-gosok bahu Chorong untuk menenangkannya. Tanpa Suho dan Chorong sedar, ada seekor ‘hantu’ dibelakang mereka dan terus mengejutkan mereka.

“Argh! Eomma” jerit Chorong sambil memeluk Suho. Chorong kembali menangis kerana terkejut.

“Shhh. Takda apa. Aku ada kat sini”. Suho mengusap lembut kepala Chorong dan mengucup lembut ubun-ubunnya. Suho menjeling ke arah ‘hantu’ tersebut kerana buat Chorong menangis.

‘Hantu’ tersebut yang rasa bersalah segera meminta maaf dan berlalu pergi.

“Okay dah tak mau menangis lagi. Hantu tu dah pergi dah” kata Suho sambil mengesat air mata Chorong di pipinya. Dia tak sangka Chorong yang berpewatakan kasar selama ni rupa-rupanya seorang penakut.

“Okay jom kita balik” ajak Suho. Chorong masih lagi tidak melepaskan pelukannya. Dia berasa selamat dengan adanya Suho disisinya. Baru dia sedar betapa pentingnya seorang lelaki dalam hidupnya.

===========================================================

Hye guys! I'm back after almost 1 year. Hehehe. Mian sebab buat anda semua tertunggu-tunggu. Here is the latest chapter. Enjoy!

p/s: Next month I will start my internship for 6 months. So maybe I will not update this story regularly. Sorry again ㅠㅠ

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 18: tak sangka setahun jugak tunggu update huhuhu
lyanaesyaz #2
Chapter 17: suho behave..hahahaha..tq update authornim
lyanaesyaz #3
Chapter 15: i've waited for long for this story..tq update authornim..it's okay if you bz..take your time..i'll wait